Anda di halaman 1dari 1

PENYATAAN PROFESIONAL

Sebagai salah seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong
Ibrahim, saya wajib menjalani praktikum selama 3 bulan untuk fasa 2. Praktikum untuk sesi
ini ialah Opsyen major Bimbingan Dan Kaunseling Dan minor Pendidikan Moral. Saya telah
memilih Sekolah Kebangsaan Taman Perling 3 untuk menjalani praktikum fasa 2 yang
bermula pada 29 Julai 2018 sehingga 25 Oktober 2018. Latihan praktikum ini dilaksanakan
sebagai memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM).

Sebagai seorang guru, azam dan harapan saya melalui latihan praktikum ini ialah
untuk membina jati diri seorang guru. Walaupun saya sudah menjalani praktikum fasa 1, saya
tetap akan memperkukuhkan jati diri saya dan menimba pengalaman baru di sekolah yang
baru. Untuk membina jati diri ini, saya perlu memperoleh pelbagai pendedahan dalam
pelbagai bidang berkaitan perguruan dan Major Bimbingan Dan Kaunseling serta Pendidikan
Moral di sekolah khususnya. Selain itu, dalam praktikum ini juga, saya dapat memahami dan
mengenali sedalamnya mengenai budaya murid dan guru serta suasana di sekolah rendah
sebagai pendedahan dan pengalaman awal sebelum saya ditauliahkan sebagai seorang guru
nanti. Pendedahan awal sangat penting kepada bakal guru supaya teknik pengajaran dapat
dijalankan dengan kaedah yang betul. Semoga saya dapat mengambil dan menimba ilmu
sebanyak mungkin dan mengumpul pengalaman yang berguna serta boleh diaplikasikan di
masa hadapan kelak.

Antara harapan saya untuk mebina jati diri guru ialah dapat menyesuaikan diri dengan
persekitaran sekolah. Selain itu, saya perlu menunjukkan sikap yang mesra terhadap warga
sekolah. Di samping itu, kehadiran saya di sekolah ini dapat diterima dengan baik oleh warga
Sk Taman Perling 3. Hubungan profesional ini dapat dijalinkan dengan menyertai setiap
aktiviti yang di jalankan di sekolah. Akhir kata, diharapkan pengalaman menjalani praktikum
di Sk Taman Perling 3 merupakan pengalaman yang paling berharga dalam hidup saya
sebagai langkah awal sebelum menempuhi alam pekerjaan.

Anda mungkin juga menyukai