Anda di halaman 1dari 5

1.

1 Pengenalan Kepada Teknologi Maklumat Dan Komunikasi


1.1.1 Gambaran Keseluruhan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
1.1.1.1 Mendefinisikan TMK
Teknologi maklumat dan komunikasi adalah satu istilah umum yang menerangkan sebarang
teknologi yang membantu menghasilkan,memanipulasi, menyimpan, berkomunikasi, dan
atau menyebarkan maklumat yang melibatkan teknologi komputer serta perpindahan dan
perkongsian maklumat dalam kehidupan.
1.1.1.2 Menerangkan evolusi komputer secara ringkas
Komputer merupakan peralatan penting dalam kehidupan sekarang. Boleh dikatakan, setiap
rumah mesti dilengkapi sekurang-kurangnya sebuah komputer peribadi (PC) atau komputer
riba (Laptop). Menurut sejarah komputer, peralatannya sering dirujuk melalui generasi-
generasi. mengikut aras teknologi semasa komputer itu dibangunkan seperti berikut:
Generasi Pertama (1940-1956)

Semasa komputer generasi pertama dibangunkan, ia dilengkapi dengan tiub vakum (vacuum
tubes). Ia adalah sejenis peratalan yang diperbuat daripada kaca dan beroperasi sebagai
komponen penyimpanan dan pemprosesan data. Masalah yang dihadapi komputer generasi
ini ialah, iamenghasilkan haba dengan kuantiti banyak yang boleh merosakkan komputer itu
sendiri. Malah tiub vakum ini sendiri mudah terbakar. Contoh komputer pada generasi ini
ialah, ENIAC. Komputer ini mempunyai timbangan sehingga 30 ton, mempunyai ~18 000
tiub vakum, memenuhi ruang 30 sehingga 50 kaki dan menggunakan sekurang-kurangnya 16
000 watt tenaga elektrik.

Generasi Kedua (1956-1963)

Transistor mula digunakan menggantikan tiub vakum dalam sistem komputer. Transistor
ialah peralatan bersaiz kecil yangmemindahkan signal elektronik melaluiperintang (resistor).
Satu transistor berfungsi menyamai 40 tiub vakum. Ia tidak menghasilkan haba dengan
kuantit yang banyak dan kurang menggunakan tenaga elektrik berbanding tiub vakum. Ia
lebih pantas, murah dan kecil berbanding tiub vakum menjadikan komputer pada generasi ini
lebih pantas, kecil dan lebih dipercayai.
Generasi Ketiga (1964-1971)

Pada generasi ini, pembuat komputer mula mengantikan transistor dengan litar bersepadu
atau lebih dikenali sebagai IC (intergrated circuit). Ia adalah sejenis litar elektronik lengkap
yang terbina di atas cip silikon yang dipanggil sebagai semikonduktor. Sudah semestinya
komputer pada zaman ini lebih kompak dan lebih dipercayai berbanding komputer dari
generasi kedua. Pada zaman ini, sistem operasi (operating system) mula
menampung pelaksanaan tugas serentak (multi-task). Dikatakan juga komputer mula
digunakan secara meluas pada zaman ini kerana saiz yang semakin kecil dan semakin murah
berbanding generasi sebelumnya.

Generasi Keempat (1971-sekarang)

Mikropemproses (microprocessor) mula diperkenalkan di mana, terdapat ribuan IC dibina di


atas satu cip silikon. Apa yang ada pada generasi pertama yang memenuhi ruang seluas 30-50
kaki, kini dipadatkan ratusan kali ganda. Antara mikropemproses yang diperkenalkan pada
permulaan generasi ini ialah cip Intel 4004.Segala-galanya diletakkan dalam satu cip.

Generasi Kelima (Sekarang-Akan datang)


Ia berdasarkan kecerdasan buatan (artificial intelligence –AI). Masih dalam pembangunan,
namun telah diterapkan ke dalam beberapa peralatan elektronik pada hari ini. Contohnya,
pengaplikasian Siri pada telefon pintar iPhone 4S milik Syarikat Apple dan tefeon pintar
Galaxy SIV milik syarikat Samsung.

1.1.2 TMK Dalam Kehidupan Seharian: Pendidikan, Perbankan, Perindustrian dan


Perdagangan
1.1.2.1 Menyenaraikan kegunaan TMK dalam kehidupan seharian
PENDIDIKAN

 Meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam sistem pengurusan sekolah.

 Menarik minat pelajar ketika proses P&P

 Meluaskan pengetahuan pelajar dalam pencarian dan dapatan maklumat.

PERBANKAN & PERNIAGAAN

 Mewujudkan satu komunikasi yang luas dengan pelanggan.

 Mengurangkan kos operasi dan masa.

 Meningkatkan mutu perkhidmatan.

KEHIDUPAN HARIAN DI RUMAH

 Memudahkan pengurusan rumah

 Maklumat dapat di capai dengan mudah walaupun dari rumah dengan adanya
kemudahan komputer dan internet serta televisyen.

 Komunikasi jauh bole d wujudkan.


PERINDUSTRIAN

 Memudahkan perancangan pengeluaran dan sistem kawalan

 Membantu proses mereka bentuk produk dengan menggunakan perisian CAD

 Membantu pekerja mengendalikan mesin

 Membantu tadbir untuk mengawasi dan mengendalikan seluruh operasi kilang.

1.1.2.2 Menyatakan perbezaan di antara sistem berkomputer dengan sistem yang tidak
berkomputer
Sistem Berkomputer Sistem Tidak Berkomputer

 Semua urusan perbankan di lakukan  Semua urusan di lakukan secara manual.


menggunakan komputer -transaksi
bole di lakukan di mana-mana saja  Transaksi di lakukan pada waktu bekerja.
dan bila bila masa.
 Memerlukan masa yang lebih pendek  Mengambil masa yang lebih panjang untuk
 Lebih produktif proses perbankan.

 Kurang produktif

1.1.2.3 Menyatakan kesan TMK kepada masyarakat


( Faedah ICT)
1. Boleh mendapat maklumat secara mudah dan lebih terperinci – pelajar dapat mencari
maklumat untuk menyiapkan kerja sekolah – maklumat dapat diakses secara mudah –
maklumat berkaitan dengan pendidikan, kesihatan, pelancongan, berita dalam dan luar negara
dan sebagainya.

2. Boleh menghubungkan kita ke seluruh dunia – laman-laman social yang wujud seperti
Facebook, twitter dan Myspace – manusia dapat berkenalan – dapat mengenali rakan-rakan
luar – menghubungkan semula dengan rakan-rakan lama.

3. Memudahkan urusan harian manusia – pembayaran bil, pembelian barang-barang dan


pembayaran cukai – boleh dibuat secara dalam talian – tidak perlu beratur panjang dan dapat
menjimatkan masa.

4. Dapat mengetahui maklumat lebih cepat, tepat dan pantas – berita disampaikan secara atas
talian dari seluruh dunia– tidak perlu menunggu – perkembanga dunia yang terkini dapat
diperolehi.

Keburukan ICT
1. Fitnah dapat disebarkan secara lebih mudah – sukar dibendung kerana sesiapa sahaja boleh
menulis dan menyiarkan maklumat – maklumat sahih sukar ditentukan

2. Pelajar leka dengan penggunaan internet – mengabaikan pelajaran dan tanggungjawab lain
– seperti membantu ibu bapa, hidup bermasyarakat dan sebagainya – membuang masa
dengan bermain game

3. Terdedah kepada perkara tidak baik – cerita lucah, gambar lucah dan bicara lucah –
merosakkan akhlak dan jiwa remaja – boleh mempengaruhi pengguna untuk melakukan
perkara yang tidak baik.

4. Bertambahnya kes jenayah seperti kecurian – remaja terpaksa mencari duit untuk
mengunjungi pusat-pusat siber atau menambah nilai telefon bimbit – ada yang mencuri duit
ibu bapa, merompak dan meragu

Anda mungkin juga menyukai