Anda di halaman 1dari 4

A.

NAMA PEMBESAR-PEMBESAR NEGARA / NEGERI

1. Ketua Negara

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV
Sultan Muhammad V

2. Ketua Negeri

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan
Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah

Tuanku Zara Salim Davidson


3. Perdana Menteri Malaysia

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

4. Menteri Besar Perak

YAB Tuan Ahmad Faizal bin Dato' Haji Azumu


B. MENGENAL PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH

1. Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batang Padang

Nama : Pn. Natrah Binti Ahmad


Jawatan dalam PPM : Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batang Padang

Tempat Bertugas Semasa : SK Sri Kinjang, Tapah

Jawatan Guru : Guru Penolong

C. AGAMA

Rukun – rukun Sembahyang

1. Niat
- penting dalam melakukan setiap ibadat

2. Berdiri Betul
- maksudnya ialah tegak lurus sambil menghadapkan wajah ke arah kiblat
- wajib hukumnyabagi orang yang mampu melakukannya

3. Takbiratul Ihram
- setelah tegak dengan betul dan sempurna, tugas selanjutnya ialah
mengangkat takbir Allahhu Akbar

4. Membaca Al-Fatihah
- wajib dibaca pada setiap rakaat solat yang kita lakukan

5. Rukuk dan Thomaninah (berhenti seketika)


- menundukkan kepala ke hadapan sehingga sama ratanya dengan
punggung
- kedua-dua belah tangan bertelekan kepada dua-dua lutut
6. Iktidal dan Thomaninah
- Bangun dari rukuk dan berdiri tegak
- Dilakukan setelah selesai rukuk dan dikehendaki berdiri semula

7. Sujud dan Thomaninah


- letak tujuh anggota (dahi, 2 tapak tangan, 2 lutut, dan 2 hujung tapak jari
kaki) ke tempat sujud
- ditinggikan punggung dari kepala

8. Duduk antara dua Sujud


- duduk yang membezakan antara sujud pertama dan kedua

9. Duduk Tassyahhud Akhir


- duduk selepas sujud yang kedua pada rakaat akhir kerana membaca
Tassyahhud

10. Membaca Tassyahhud Akhir


- membaca tssyahhud akhir ketika sedang duduk tassyahhud

11. Membaca Selawat


- membaca selawat ke atas nabi dan tassyahhud akhir

12. Mengucap salam


- salam menjadi rukun solat ialah salam yang pertama

13. Tertib
Mendahulukan rukun yang dahulu, mengemudiankan yang kemudian

D. WAKTU SEMBAHYANG FARDHU

1. Waktu Subuh ( 2 rakaat ) - 5.45 pagi


2. Waktu Zuhur (4 rakaat) - 1.20 petang
3. Waktu Asar (4 rakaat) - 4.20 petang
4. Waktu Maghrib (3 rakaat) - 7.02 petang
5. Waktu Isyak (4 rakaat) - 8. 13 petang

Anda mungkin juga menyukai