Esei Siap
Esei Siap
GGGE 2153
TEKNOLOGI PENDIDIKAN
TUGASAN :
ESEI KUMPULAN
TAJUK TUGASAN:
Aplikasi Teknologi untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
DISEDIAKAN UNTUK :
ENCIK MOHD YUSOFF BIN DAUD
DISEDIAKAN OLEH :
MUNIRAH BINTI SOBRI (A 138144)
FARAH LIYANA SHOLLEHUDDIN (A 138483)
NUR FATIN FAKHRIAH BINTI OTHAMAN (A 137130)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
“Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan”
1.0 Pendahuluan
Kemajuan dalam teknologi komputer dan era baru pendidikan pada hakikatnya
ingin memastikan revolusi maklumat akan mempengaruhi hidup kita secara lebih
mendalam dan juga menyeluruh. Menurut Tengku Azzman (1998), terdapat 3 sebab utama
mengapa komputer diperlukan dalam pendidikan. Pertamanya ialah, banyak maklumat
yang boleh dicapai daripada komputer tetapi tidak tidak dapat dilakukan oleh manusia itu
sendiri. Keduanya ialah kemampuan mengutip dan menyimpan maklumat serta
pengetahuan hanya dapat dikelolakan dengan cekap oleh komputer. Manakala yang ketiga
ialah, maklumat dan pengetahuan menjadi kunci untuk ikhtiar dalam kehidupan manusia
terutama pada diri pelajar itu sendiri.
Teknologi pendidikan merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh
digunakan untuk menggantikan pengajaran . Ia digunakan untuk membantu guru mengajar
sesuatu topic dengan lebih berkesan. Ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukan
untuk hiburan dan membuang masa di mana penggunaannya mesti dirancang dalam tiga
peringkat iaitu pada peringkat sebelum kegunaan bagi merancang cara bagaimana
mengaitkannya dengan topik pengajaran. Kegunaannya akan dapat merancang ulasan dan
penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran dan selepas
kegunaanya pula dapat merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan
penilaian.
Selain itu, manfaat yang diperoleh kesan daripada penggunaan teknologi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang
sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak
semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar oleh
guru. Justeru itu penggunaan teknologi mampu membantu murid-murid dalam memahami
apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaram dan pembelajaran akan lebih
menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan teknologi tersebut.
3.0 Keburukan teknologi dalam pendidikan
Dengan penggunaan teknologi ini juga, kebanyakan guru akan menjadi malas
lebih-lebih lagi dengan adanya akses internet dan e-mail. Melalui e-mail mereka boleh
menukar hasil kerja mereka dan penghasilan sesuatu perkara itu sehinggakan ia tidak lagi
menjadi produktif dan efektif. Gaya pengajaran akan menjadi stereotaip sahaja tanpa ada
kelebihan yang dapat disampaikan sepanjang proses pembelajaran. Hal ini akan memberi
kesan negatif kepada perkembangan kanak-kanak dalam pembelajaran. Sebagai contoh,
kanak-kanak tidak akan mendapat pembaharuan dalam pembelajaran mereka. Kadangkala,
keadaan ini akan menjadiakn kanak-kanak malas belajar dan cepat menjadi bosan dalam
sesi pembelajaran.
Seterusnya, penggunaan teknologi dalam pendidikan memberi impak kepada
pelajar khususnya pelajar pada tahap sekolah rendah. Pelajar-pelajar tidak dapat
menonjolkan bakat mereka dan penguasaan mereka terhadap sesuatu perkara itu tidak
dapat dinilai dan akan terbiar begitu sahaja. Deria ransangan mereka tidak dapat
dikembangkan kerana mereka tidak dapat mengetahui sesuatu yang sebenar. Misalnya,
bagi kanak-kanak masalah pembelajaran yang mempunyai tahap kognitif yang rendah,
mereka akan mengetahui sesuatu itu seperti epal dalam gambar sahaja tanpa mengalami
sebenar pengalaman itu dengan merasakan bahawa epal itu sebenarnya bulat dan rasanya
manis. Hal ini kerana kanak-kanak lebih mudah mengingati perkara dan belajar melalui
pengalaman mereka di sekeliling.
Selain itu, penggunaan teknologi seperti ICT memberi impak yang buruk kepada
pelajar-pelajar sekiranya ia tidak dicegah. Penggunaan internet tanpa kawalan oleh guru-
guru di sekolah boleh menyebabkan pelajar dapat mengetahui perkara yang melampaui
batas umur mereka. Sebagai contoh, bahan pronografi yang banyak tersebar di dalam
internet dan juga laman ‘youtube’. Jika ia menaip kata kunci yang salah dan terbuka laman
web yang tidak sepatutnya tiba-tiba laman web itu muncul kanak-kanak akan melihatnya
kerana sudah fitrah semulajadi kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Oleh
sebab itulah pelajar kini dapat mengetahui apa yang tidak sepatutnya mereka ketahui.
Mereka akan meniru perkara-perkara negatif itu di sekolah bersama-sama rakan-rakan
yang lain tanpa mengetahui bahawa perkara itu sebenarnya salah.
Disamping itu, kebanyakkan isi kandungan yang dipaparkan di internet tidak dapat
dipastikan kesahihannya. Ini adalah kerana, seperti yang kita tahu, medium teknologi
komunikasi seperti internet tidak dikawal oleh sesiapa dan semua orang mempunyai hak
untuk menulis dan menyiarkan sebarang maklumat di internet. Maklumat ini boleh
mendatangkan bahaya sekiranya pelajar tidak dapat membezakan antara maklumat yang
betul dan yang salah. Ini akan menjejaskan matlamat pengajaran dan pembelajaran
melalui internet. Oleh sebab itu, guru perlu berupaya menilai maklumat yang diperolehi
daripada pelbagai media dan sumber serta berupaya membezakan ketepatannya supaya
dapat membimbing pelajar mendapatkan maklumat yang tepat dan betul. Kemudahan
yang disajikan oleh teknologi komunikasi dalam dunia pendidikan memberi keburukan
kepada pelajar.
Sehubungan dengan itu, pelajar pada masa sekarang tidak lagi kreatif dan menjana
idea mereka sendiri apabila menyelesaikan tugasan. Sebagai contoh, teknologi komputer
telah menjadikan kerja-kerja penyalinan maklumat dengan begitu senang dengan hanya
menggunakan arahan file dan hanya dengan menekan “copy” and “paste”, semua kerja
sudah siap tanpa perlu bersusah payah memerah otak. Walaupun teknologi membawa
kemudahan dalam sistem pendidikan hari ini, namun ada juga keburukannya dimana
pelajar yang selalu mengakses internet, sebagai contoh lebih tertarik untuk duduk di
hadapan komputer tanpa memikirkan kehidupan sosial samada dalam keluarga atau
masyarakat. Senario ini akan menyebabkan pelajar menjadi pasif dan kurang
berkomunikasi antara satu sama lain sedangkan untuk menjadi seorang yang berdaya saing
mereka pelu berupaya untuk memberikan idea-idea yang bernas dan berkualiti bagi
memantapan dan pembangunan kejayaan mereka.
Dewasa kini, teknologi yang digunakan untuk tujuan pendidikan ini juga
memupuk sikap malas dalam kalangan pelajar. Dengan adanya teknologi yang canggih,
kebanyakan tugas yang memerlukan kemahiran seperti melukis, mengira, menulis telah
diselesaikan oleh komputer. Pelajar sekarang akan menjadi lebih malas dan kehilangan
kemahiran-kemahiran tertentu dengan meningkatnya kebergantungan kepada komputer.
Sebagai contoh, menaip dan mengira dengan menggunakan komputer dan mesin kira akan
menyebabkan kemahiran menulis dan mengira pelajar merosot.
4.0 Bahan-bahan teknologi
Bahan atau alat berteknologi juga tidak ketinggalan dalam bantuan untuk
menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada semua lapisan latar belakang pelajar
termasuklah kepada pelajar pendidikan khas. Sebagai contoh alat yang diberi nama
Komunikasi Augmentatif dan Alternatif atau dikenali sebagai AAC telah banyak
membantu pelajar pendidikan khas terutamanya bagi yang mengalami masalah bahasa dan
komunikasi.
Bagi teknik komunikasi, terdapat dua asas teknik AAC iaitu berbantukan alatan
dan tanpa alatan ( Vanderheiden & Lloyd, 1986 ). Teknik tanpa bantuan alatan tidak
memerlukan sokongan peralatan atau prosedur untuk melaksanakannya. Teknik ini
termasuklah pertuturan, bahasa isyarat dan mimik muka. Manakala teknik berbantukan
alatan pula melibatkan penggunaan alatan eletronik atau alatan bukan eletronik serta
melibatkan penggunaan prosedur tertentu dan penggunaan beberapaa sistem simbol.
E-buku atau buku eletronik adalah sejenis medium penyampaian maklumat yang
merujuk kepada penggunaan data eletronik sebagai buku yang mengandungi pelbagai
maklumat. E-buku ini terdapat dalam bentuk berbayar dan juga dalam bentuk percuma..
Kebanyakkan e-buku ini didatangi dalam bentuk fail pdf atau seumpamanya untuk
memudahkan setiap individu untuk membacanya di computer atau peranti khas.
Buku elektronik adalah buku digital yang dikawal perisiannya menerusi portal
pembelajaran. Penggunaan buku elektronik memberikan wadah baru bagi menarik minat
dan meningkatkan motivasi pelajar untuk membaca serta mengumpulkan maklumat
(Gandhi 2001). Buku elektronik yang beroperasi tanpa wayar dan mudah untuk digunakan
adalah sesuai bagi mendapatkan maklumat dengan selesa dan pantas. Maklumat di dalam
buku elektronik adalah berbentuk setempat kerana buku ini menggunakan system
tertingkap yang membenarkan lebih daripada satu tetingkap muncul di layar buku
elektronik tersebut.
5.0 Rujukan
Rujukan:http://suhairi87.wordpress.com/kesan-ict-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran/
Rujukan : http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=43348
Kerangka gentian bermotor @ Rex kerusi roda bermotor