Anda di halaman 1dari 1

Burung Burung

Lama kurenung
Burung burung itu
Seketika keluar seekor dari sarang
Terbang ke arah belukar
Kemudian hilang
Keluar lagi seekor
Dari sarang yang lain
Terbang ke arah berbeza
Kemudian hilang
Tiba tiba terdengar ciapan anak anak
Dua tiga ekor yang masih merah
Menyambut kepulangan ibu
Walau perut buncit masih menganga luas
Minta disuap ulat beluncas
Kemudian ibunya keluar lagi
Mencari rezeki yang ada entah di mana
Kadang kala hanya rezeki anak-anak
Ada kala cukup makan sekeluarga
Namun mereka sentiasa berkicau riang
Macam tak ada masalah
Walau tak ada gaji dan tak ada kerja
Burung burung itu tak pernah pulang hampa
Kerana mereka yakin dan tawakkal
Rezeki seluas dunia dijanjikan Yang Maha Esa
Selagi ada sayap dan boleh terbang
Burung burung itu takkan lapar.

Anda mungkin juga menyukai