Anda di halaman 1dari 2

MAAF DAN LUPA

Petang semalam terjumpa fail Kursus Penolong Kanan Pentadbiran ketika selongkar kotak
fail-fail lama.
Kursus tersebut diadakan pada 24-27 Oktober 2005 di Hotel Sunway Georgetown, Pulau
Pinang untuk Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) sekolah-sekolah menengah negeri Perak.
Jawatan saya ketika itu adalah Guru Kanan Kemanusiaan (GK) di Sekolah Tuanku Abdul
Rahman, Ipoh.
Saya diminta mewakili PKP, Encik Zulkarnain bin Zainal Abidin yang perlu hadiri program
lain anjuran Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh yang lebih penting.
Saya berasa sangat beruntung kerana daripada 4 orang GK yang ada di STAR, saya yang
lebih junior diberi peluang untuk mengikuti kursus tersebut. Alhamdulillah!
Ada satu nota menarik yang saya tulis tersimpan dalam fail tersebut. Saya lupa siapa yang
sampaikan dalam kursus berkenaan.
Dalam menangani pelbagai isu di sekolah, seseorang PK ada empat pilihan pendirian.
1. Boleh Maaf (BM) dan Boleh Lupa (BL).
2. Boleh Maaf tetapi Tidak Boleh Lupa (TBL).
3. Tidak Boleh Maaf (TBM) tetapi Boleh Lupa.
4. Tidak Boleh Maaf dan Tidak Boleh Lupa.
Demi kepentingan organisasi dan menjaga keharmonian dengan semua warga sekolah,
seorang PK perlu sentiasa mengamalkan pendirian pertama.
Apa sahaja isu yang berlaku di sekolah, orang akan menuding jari ke arah Pengetua dan PK.
Pengetua dan PK tidak boleh cepat melatah atau melenting.
Semua kritikan, tuduhan, reaksi, emosi, tindakan dan sebagainya itu perlu ditangani dengan
tenang dan penuh hikmah.
Saya pernah bertanya kepada Encik Mohmad Guffri Alpiah mengapa saya dipilih sebagai GK
sedangkan ramai lagi guru lain yang lebih senior dan lebih menonjol di sekolah. Sedangkan
saya tidak banyak bercakap, hanya suarakan pandangan apabila perlu sahaja.
Itulah jawapan yang diberikan oleh Encik Guffri, PK ketika itu. Di sekolah memang banyak
isu. Setiap isu perlu ditangani dengan tenang dan bijaksana. Sebab itulah calon yang memiliki
sifat tersebut diberi keutamaan.
Satu lagi panduan yang saya dapat dalam kursus PK tersebut ialah tindakan yang perlu
dilakukan apabila berhadapan dengan ahli organisasi. Ada empat situasi.
1. Orang buat baik dan kita balas baik – tindakan biasa
2. Orang buat jahat dan kita balas jahat – tindakan biasa
3. Orang buat baik dan kita balas jahat – tindakan biasa
4. Orang buat jahat tetapi kita balas baik – tindakan LUAR BIASA
PK diingatkan supaya sentiasa amalkan situasi yang keempat, ambil tindakan yang LUAR
BIASA.
PK kena marah, kena kutuk, kena fitnah tu perkara biasa di sekolah. Tetapi apabila sampai
masa nak bagi markah penilaian prestasi, PK fikir juga masa depan orang yang diberi
markah.
Kalau ada peluang kenaikan pangkat misalnya, PK bagi juga peluang kepada mereka yang
layak tanpa mengambil kira perbuatan atau tindakan mereka sebelum itu.
Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua Pengetua dan PK yang telah
memberikan banyak peluang kepada saya dari sekolah pertama hingga sekolah terakhir.
Dari seorang guru biasa saya diberi peluang naik dari satu tangga ke satu tangga yang lebih
tinggi hingga ke DG54, jadi GC dan PKP.
Cuma jawatan Pengetua sahaja saya tidak sandang kerana saya sendiri tidak mahu jadi
Pengetua.
Pengetua-Pengetua dan PK-PK saya dulu berjiwa besar dengan melupakan dan memaafkan
apa-apa reaksi atau tindakan negatif saya kepada mereka.
Mereka balas perbuatan saya dengan kebaikan yang dinikmati hingga ke akhir perkhidmatan,
malah hingga ke akhir hayat.
Saya mohon ampun dan maaf atas kesilapan dan kesalahan saya dahulu. Saya berikan
kemaafan kepada sesiapa yang pernah lakukan kesilapan atau kesalahan kepada saya.
Saya sudah lupakan semua kesalahan dan kesilapan yang pernah dilakukan kepada saya
dahulu.
Mudah-mudahan Allah berikan keampunan kepada kita semua. Aamiin!!!

Anda mungkin juga menyukai