Anda di halaman 1dari 3

https://www.malaysiakini.

com/news/480800

BERITA

Haziq cabar Azmin saman


News | Diterbitkan Hari ini 9:46 pagi | Dikemaskini Hari ini 9:46 pagi

A+ A-
Ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz
mencabar Azmin Ali mengambil tindakan undang-undang
terhadapnya jika isu klip video seks dan dakwaan hubungan sejenis
adalah fitnah.

Haziq yang sebelum ini mengaku sebagai salah seorang lelaki


dalam video seksberkenaan, juga mencabar Azmin membuat
laporan polis terhadapnya.

"Dia mesti melakukannya sendiri. Biarkan semua bukti dan butiran


terbuka,"katanya dalam wawancara eksklusif bersama The Star.
Haziq berkata, polis telah mengambil keterangan Azmin dan
laporan polis pula hanya dibuat oleh setiausaha politiknya,
Muhammad Hilman Idham.

Azmin yang merupakan timbalan presiden PKR menafikan terlibat


dalam video seks itu dan menyifatkannya sebagai komplot
jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Bagaimanapun, Haziq menegaskan sekali lagi bahawa dia dan


Azmin dalam klip video berkenaan.

Klip itu yang disebarkan melalui WhatsApp pada 11 Jun lalu


menggegarkan Malaysia dan menjadi tajuk utama dalam media
tempatan.

Susulan itu Haziq yang merupakan setiausaha sulit kanan kepada


Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md
Akin dipecat daripada jawatan itu pada 20 Jun lalu.

"Saya bukan pembohong. Saya mahu perkara itu dibawa di


mahkamah terbuka agar rakyat Malaysia dapat lihat sendiri bukti
itu. Rakyat Malaysia akan dapatlihat siapa yang mengatakan
kebenaran," kata Haziq yang merupakan seorang peguam.

Dalam wawancara itu, Haziq juga berkata Azmin telah membuat


tuduhan salah terhadapnya.

"Malah, saya menjadi mangsa keadaan. Jika saya memfitnahnya, dia


mempunyai hak untuk mendakwa saya di mahkamah.

"Pada mulanya saya tidak ada apa-apa untuk menentang Azmin


kerana saya fikir kami berdua menjadi mangsa dalam kes itu.

"Saya terkejut apabila Hilman cuba mendiamkan saya dan Azmin


menuduh saya diperalatkan oleh Umno dan Barisan Nasional.
"Saya tidak pernah mengatakan apa-apa yang buruk tentang
Azmin. Dia harus membuat laporan polis dan mendakwa saya jika
saya memfitnahnya," jelasnya yang turut menggesa polis
menyelesaikan kes itu secepat mungkin.

Semalam Penyelaras Parlimen Jasin, Khairuddin Abu Hassan berkata


Azmin tidak perlu membuang masa dan wang untuk melayan
semua fitnah dalam isu video seks yang dikaitkan dengannya.

Khairuddin Abu Hassan berkata adalah lebih berfaedah bagi Azmin


menumpukan kerja ke arah membina semula negara demi
kepentingan rakyat.

"Kalau hendak ikut untuk ambil tindakan undang-undang; hampir


setiap hari kita kena lakukannya kerana kalangan ini akan terus
melakukan pelbagai fitnah secara berterusan.

"Seandainya setiap hari sepuluh fitnah daripada kalangan yang


tidak bertanggungjawab terhadap kita; apakah hari-hari kita hendak
ambil 10 tindakan undang-undang ke atas mereka?" soal
Khairuddin

Anda mungkin juga menyukai