Anda di halaman 1dari 4

Refleksi pengajaran

Secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran pada hari ini tidak dapat
berjalan dengan lancar kerana perhimpunan rasmi lewat ditamatkan. Murid telah mencapai
dua daripada tiga objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Seramai sembilan orang hadir
manakala tujuh orang tidak hadir ke sekolah. Aktiviti yang dirancang tidak dapat dijalankan
sepenuhnya kerana masa yang terhad. Jadi, saya tidak sempat membuat aktiviti round table
bersama mereka. Aktiviti round table ditangguhkan pada kelas yang seterusnya. Lembaran
kerja juga akan diberikan kepada murid pada kelas yang seterusnya.

Kekuatan 1. Murid berjaya menyatakan enam cara pembiakan


tumbuhan.
Kelemahan 1. Kelas bermula lewat disebabkan perhimpunan rasmi
yang lewat tamat
2. Ramai murid tidak hadir menyebabkan aktiviti
berkumpulan tidak dapat berjalan dengar lancar.
3. Terdapat murid yang pasif didalam kelas yang terdiri
daripada murid pemulihan
Cadangan 1. Murid pemulihan perlu diberikan aktiviti yang sesuai
penambahbaikan dengan tahap mereka supaya mereka lebih
bermotivasi untuk belajar.
Refleksi pengajaran

Secara keseluruhannya, aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada hari ini berjalan dengan
lancar seperti yang dirangcangkan. Murid telah mencapai objektif pembelajaran yang
ditetapkan. Kesemua murid hadir pada hari ini.

Kekuatan 1. Murid seronok menyanyikan lagu semasa set induksi


2. Murid dapat melukis muka jam dengan betul dan tepat
3. Murid memberikan kerjasama yang baik semasa
belajar
Kelemahan 1. Aktiviti berkumpulan dilakukan melebihi masa yang
ditetapkan menyebabkan aktiviti yang seterusnya
perlu disingkatkan.
Cadangan 1. Guru perlu melatih murid untuk membuat aktiviti
penambahbaikan berkumpulan dalam masa yang ditetapkan.
Refleksi pengajaran

Secara keseluruhannya, aktiviti pengajaran pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan


lancar seperti yang dirancangkan. Seramai 23 daripada 24 orang murid hadir. Murid telah
mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan

Kekuatan 1. Murid seronok meyanyikan lagu asid dan alkali


semasa set induksi.
2. Murid memberikan kerjasama yang baik semasa
aktiviti pembelajaran
3. Murid memahami kepentingan sifat bahan kimia
dalam kehidupan seharian.
4. Aktiviti main peranan berjaya dilaksanakan
Kelemahan 1. Murid hadir lewat ke kelas menyebabkan masa yang
dirancang bagi setiap aktiviti terganggu

Cadangan penambahbaikan 1. Guru perlu mengingatkan murid supaya sentiasa


mematuhi yang ditetapkan supaya aktiviti
pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.
Refleksi pengajaran

Secara keseluruhannya, aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada harini berjalan dengan
lancar seperti yang dirancangkan. Murid telah mencapai kedua-dua objektif yang telah
ditetapkan. Seramai 23 daripada 25 orang murid telah hadir.

Kekuatan 1. Murid memahami maklumat yang disampaikan oleh guru


2. Semua murid menunjukkan kerjasama yang baik semasa
aktiviti berkumpulan
3. Murid fokus semasa guru mengajar dihadapan kelas
4. Murid aktif semasa menjawab soalan yang diajukan oleh
guru
5. Murid menunjukkan minat belajar pada hari ini
Kelemahan 1. Sikap dan nilai kemasyarkatan tidak dinyatakan secara
eksplisit
2. Rumusan pembelajaran tidak dinyatakan dengan jelas
Cadangan 1. Guru perlulah mengaitkan perayaan yang disambut
penambahbaikan dinegara kita dengan masyarakat majmuk di negara kita
supaya sikap saling hormat menghormati antara kaum
dapat diterapkan.
2. Guru dikehendaki membimbing murid untuk membuat
rumusan pembelajaran yang lebih menyeluruh.
3. Guru mempelbagaikan kaedah untuk merumuskan
pembelajaran seperti menggunakan peta I think.

Anda mungkin juga menyukai