Anda di halaman 1dari 3

Minggu Praktikum: 1

Tarikh: 13/6/ 2019


Tajuk Jurnal: Murid bersuara perlahan

1. Isu yang difokuskan


Proses pengajaran dan pembelajaran ialah satu proses yang komplek yang memerlukan
kepelbagaian aktiviti jika sesuatu proses pembelajaran itu ingin berjaya Proses-proses ini
memerlukan gabungan aktiviti diantara guru dan murid. Pengajaran akan gagal sekiranya satu
pihak sahaja yang terlibat. Oleh itu, penglibatan aktif murid ketika proses pdpc adalah sangat
penting bagi menjamin keberkesanan proses pdpc. Isu murid bersuara perlahan secara tidak
langsung akan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Semasa saya memulakan
sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas 5 Profesor, saya mendapati semasa sesi
perkenalan, hampir kesemua murid kelas 5 profesor bersuara perlahan. Hal ini menyebabkan
saya perlu meminta murid mengulang beberapa kali untuk memberitahu nama mereka. Selain
itu, percakapan murid yang perlahan dengan loghat kedah yang digunakan menyebabkan
saya sukar untuk memahami percakapan mereka. Mereka juga sering bercakap sambil
menundukkan kepala menyebabkan lontaran suara mereka sangat perlahan.

2. Analisis isu yang difokuskan (punca dan kesan isu):

Setelah membuat pemerhatian, saya mendapati punca murid bersuara perlahan adalah
kerana mereka berasa kurang yakin dengan jawapan mereka. Mereka juga tidak berani untuk
memberikan jawapan kerana takut memberikan jawapan yang salah. Kesan daripada isu ini
adalah sesi soal jawab semasa pdpc tidak dapat berjalan dengan lancar. Saya terpaksa
meminta murid untuk mengulangi jawapan beberapa kali supaya dapat didengari dengan
jelas. Selain itu, saya terpaksa bergerak berhampiran murid untuk mendengar jawapan
mereka. Saya berasa sukar untuk mendengar suara murid yang perlahan dan kurang jelas
semasa proses pdpc. Di samping itu, terdapat segelintir murid tidak faham soalan yang
ditanyakan oleh guru menyebabkan mereka tidak yakin untuk memberi jawapan. Mereka juga
lebih suka mengharapkan jawapan daripada guru.

3. Cadangan dan idea penyelesaian masalah:

Berdasarkan analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah kenalpasti, saya
mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah

i. Menghasilkan bahan bantu mengajar yang menarik dan mampu merangsang minat
murid untuk belajar.
ii. Aktiviti berpusatkan murid. Untuk menjadikan pengajaran lebih menarik, guru perlulah
menjalankan pengajaran berpusatkan murid. Beberapa kaedah yang melibatkan para
pelajar seperti syarahan, bercerita, kajian kes, main peranan boleh dijalankan untuk
menarik minat murid terhadap matapelajaran sains.
iii. Kerap mengadakan aktiviti berkumpulan
iv. Kerap mengadakan aktiviti pembentangan
v. Menukarkan kedudukan murid bersuara perlahan di hadapan kelas.

4. Tempoh masa penyelesaian

Satu bulan

5. Tindakan susulan

Saya akan menghasilkan model 3 dimensi sebagai bahan bantu mengajar saya supaya dapat
menarik minat murid untuk belajar sekaligus meningkatkan keyakinan mereka untuk
menyertai aktiviti di dalam kelas. Selain itu, saya juga bercadang untuk melaksanakan aktiviti
dalam kumpulan yang kecil supaya semua murid dapat melibatkan diri dalam aktiviti
pembelajaran. Kumpulan yang kecil akan lebih berfungsi berbanding kumpulan yang besar
bagi memastikan murid sentiasa berfikir tanpa mengharapkan rakan sekumpulan sahaja. Di
samping itu, saya juga akan mengadakan pelbagai aktiviti supaya murid tidak berasa cepat
bosan ketika belajar. Saya juga perlu prihatin terhadap semua murid di dalam kelas. Jika
didapati murid bersuara perlahan, saya perlu menukarkan kedudukan mereka di hadapan
kelas supaya mereka lebih mudah untuk bertanya semasa sesi pengajaran dan pembelajara
di dalam kelas

6. Ulasan guru pembimbing/ pensyarah pembimbing

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Disemak oleh, Disahkan oleh,

_____________________ ________________________

Guru Pembimbing, Pensyarah Pembimbing,

(PN. ROSLINA BT ARIFF) (DR NORLIZA BT KUSHAIRI)


Rujukan

Atan Long. (2005). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: DBP

Bunting, C. (2000). Cooperating teachers and changing views of teacher candidates.

Journal of Teacher Education, 39(2), 42-46.

Ibrahim Ahmad. (2002). Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah. Kuala

Lumpur: Utusan.

Malek Muhamad Said. (2007). Mengurus khidmat bimbingan dan kaunseling sekolah. Kuala

Lumpur: PTS

Ruhani Mat zin. (2009). Budaya sekolah: Implikasi terhadap proses pembelajaran secara

mengalami. Jurnal kemanusian. 13,63-78.

Anda mungkin juga menyukai