Anda di halaman 1dari 13

LAPORAN

KEM BESTARI SOLAT KALI 3 SESI 2011


=====================================================================
TEMPAT : Sk Bambangan, Sabah
TARIKH : 22 September 2011
HARI : Khamis
MASA : 1.00-4.00 Petang

PENDAHULUAN
Solat merupakan asas utama dalam membentuk peribadi kehidupan seorang muslim yang
sejati. Solat merupakan rukun Islam yang kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim.
Dengan kesedaran betapa pentingnya solat maka pihak Japim telah memasukkan satu modul
Bestari Solat di dalam modul perlaksanaan program j-QAF.
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, secara amnya, selepas mengadakan Kem bestari
solat ini murid-murid tahap Satu dapat mengambil wuduk dan menunaikan solat dengan
sempurna . Bagi murid tahap 2 pula mereka dapat mengatahui Syarat wajib dan sah solat. Kedudukan
imam dan makmum dan muafik serta dapat menguasai bacaan tahiyyat awal dan akhir
. Di samping itu, melalui program ini juga dapat akhlak yang mulia dan peribadi yang
cemerlang di kalangan para peserta kem.

OBJEKTIF
 Menguasai bentuk-bentuk perbuatan wuduk serta bacaannya dengan betul dan sempurna.
 Menguasai bentuk bacaan dan perbuatan di dalam solat dengan betul, tertib dan sempurna.
 Merapatkan Ukhwah Islamiyah di kalangan pelajar, guru dan ibu bapa.
 Merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang berilmu, beriman, bertaqwa
dan berakhlak mulia.

KUMPULAN SASARAN
Murid Tahun 1- 6
TENTATIF PROGRAM
TENTATIF KEM BESTARI SOLAT 2011
Tahap 1

MASA
PERKARA

1.00 Ptg - Pendaftaran peserta

1.05 Ptg - Penerangan secara umum kepada para peserta dan pembahagian
kumpulan

1.15 Ptg - LDK 1 Anggota, niat dan cara berwuduk

2.00 Ptg - LDK 2 Niat Solat dan Doa iftitah

2.30 Ptg - REHAT

3.00 Ptg - LDK 3 Bacaan Rukuk,sujud,iktidal dan duduk antara 2 sujud

3.30 Ptg - LDK 4 Amali Solat

4.00 Ptg - Bersurai

TAHAP 2

MASA PERKARA

1.00 Ptg - Pendaftaran peserta

1.05 Ptg - Penerangan secara umum kepada para peserta dan pembahagian
kumpulan

1.15 Ptg - LDK 1 Syarat wajid dan sah solat. Kedudukan imam dan makmum.
muafik

2.15 Ptg - LDK 2 Bacaan Tahiyyat awal dan akhir. Doa qunut dan sujud sahwi.

3.00 Ptg - REHAT

3.30 Ptg - LDK 3 Amali solat Berjemaah

4.00 Ptg - Bersurai


STRUKTUR ORGANISASI

Penasihat : En. Musain Tanjil (Guru Besar SKBS)


Pengerusi : En.Amilali Omar (GK Kokurikulum)
Penyelaras Program : En. Mohd Sabari Salleh (K.Panitia P.Islam)
Bendahari : En. Ahmad Fadri Mat Dahan
Setiausaha : En. Ahmad Mustaqim Hashim
Ahli Jawatankuasa : Pendaftaran
Puan Lianah Amran

: Keselamatan/ Kawalan Murid


En Herman Erlambang

: Bahan Bercetak
En. Ahmad Fadri Mat Dahan

: Teknik Dan Peralatan


En. Amilali Omar

: Dokumentasi
En. Ahmad Mustaqim Hashim

: Makanan dan Minuman


Puan Ebagirah Paling

PERBELANJAAN SEBENAR

BIL PERKARA ANGGARAN PERBELANJAAN JUMLAH

1. Makan minum peserta Tahun 1 - 6 106 X RM 3.80 X 1 RM 402.80

- 106 orang peserta X RM 3.80 X 1


kali kem
2.
Makan minum Fasilitator
4 X RM 5.00 X 1 RM 20.00
- 4 X RM 5.00 X 1 kali kem
3. Bahan Photostat Panduan Solat Murid 106 X RM 0.98 RM 104.00
JUMLAH PERBELANJAAN RM 526.80

KEBERHASILAN PROGRAM
KEKUATAN
Terdapat pelbagai kelebihan Kem Bestari kali ke 3 ini di antara ialah murid-murid sangat
bersemangat dan menepati masa yang di telah tetapkan.
Secara keseluruhannya, para pelajar tahun 2,3,4, 5 dan 6 telah dapat melaksanakan wuduk
dengan baik dan berkesan. Mereka juga telah memahami tentang ketertiban ketika berwuduk dan
bersolat. Hal ini mungkin kesan dan hasil daripada pengulangan pada siri Kem Bestari Solat pada
tahun lalu.

KELEMAHAN PROGRAM
Masih terdapat segelintir murid yang tidak dapat melaksanakan wuduk dan solat dengan
baik kerana tidak dapat hadir ke setiap Kem Bestari Solat khususnya murid-murid tahun 1.
Daripada penelitian yang telah dibuat, didapati pencapaian murid-murid dalam bacaan ini masih
kurang memuaskan. Didapati hanya 60% sahaja murid yang dapat membaca dan menghafaz
tahiyat akhir serta bacaan qunut dengan baik. Bagi murid tahun 4, 5 dan 6 pula, pembelajaran
tentang kedudukan imam dan makmum semasa solat berjamaah (Muafik dan masbuk) serta
sujud sahwi amat sukar untuk difahami. Hal ini mungkin kerana ia merupakan pendedahan yang
baru bagi mereka berbanding dengan bacaan dan perbuatan yang lain. Namun ia masih boleh
diatasi dengan menekankan pengulangan kepada murid-murid yang lemah dan pengukuhan bagi
mereka yang sudah dapat menguasainya dengan baik. Pengulangan slot solat akan dibuat pada
sesi pengajaran dan pembelajaran( Ibadat ).

PENCAPAIAN KESELURUHAN MURID


Secara keseluruhannya hasil daripada program Kem Bestari Solat kali ini berjaya
mencapai misi serta objektifnya akan tetapi kehadiran murid ke kem kali ini merosot. Ini kerana
ramai daripada murid tahun 5 tidak dapat hadir kerana menghadiri peperiksaan UPKK di
Kramungting.

TINDAKAN SUSULAN
Secara kesimpulannya, pelaksanaan kem bestari solat ini merupakan satu wadah untuk
memberi pendedahan secara khusus dalam ibadat solat dan ia masih di peringkat pengenalan
bagi murid-murid tahun 1, manakala bagi murid- murid tahun 2, 3, 4 dan 5 dan 6 pula, ia
merupakan suatu lanjutan dan praktikal kepada kem yang terdahulu. Justeru, pengisian yang
terdapat di dalam kem ini sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada murid-murid untuk
mempelajari cara-cara melakukan amalan ibadat dengan sempurna khususnya dari segi wuduk
dan solat lima waktu. Pendedahan yang telah diberikan semasa sesi LDK membolehkan mereka
mempelajari amalan tersebut dengan jelas dan terperinci. Ditambah lagi, setiap pelajar tahun 4, 5
dan 6 diberikan catatan untuk melakukan solat lima waktu di rumah masing - masing. Hasilnya,
mereka boleh melakukan serba sedikit amalan solat walau di mana mereka berada. Di samping
itu juga, pelajar dapat mengetahui ketertiban anggota-anggota wuduk serta ukurannya dan
mempelajari bacaan-bacaan serta amali solat lima waktu dengan lebih berkesan dengan
bimbingan ibubapa di rumah.

Adalah menjadi harapan agar pelaksanaan modul kem bestari solat bagi siri seterusnya
akan lebih mendatangkan kesan mendalam kepada murid-murid selaku peserta kem ini. Hal ini
penting dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk
melaksanakan ibadat Fardhu Ain yang diperintahkan oleh Allah dengan seikhlas hati.

PENUTUP

Perjalanan Kem Bestari Solat Kali Ke 3 bagi tahun 2011 ini telah berlangsung dengan baik
sepertimana yang telah dirancang. Jutaan terima kasih khususnya kepada Guru Besar Sk.
Bambangan, En. Musain Bin Tanjil di atas kepercayaan beliau terhadap kami dalam
melaksanakan program ini. Komitmen dan kerjasama daripada guru-guru serta ibu bapa juga
telah turut menjayakan Kem Bestari Solat ini. Segala kelemahan dalam melaksanakan kem ini
diharap dapat dijadikan iktibar bagi memastikan program yang lebih baik dan mantap dapat
dilaksanakan pada kem bestari akan datang.

Di Sediakan Oleh : Di Semak Oleh: Di Sahkan Oleh :

…………………….. ……………..... …………………


(Ahmad Mustaqim Hashim) ( Amilali Omar ) ( Musain Tanjil )
Setiausaha j-QAF GK Kokurikulum Guru Besar
LAMPIRAN

SENARAI NAMA MURID KEM BESTARI SOLAT

TAHUN 1
NO NAMA PESERTA
1 HASLINDA BT AWANG
2 MOHD SERAZUDIN B JIMLAN
3 MOHD HAJIM B NOLLY
4 MOHD SHAHRIEL B SHADAN
5 NADIAH NAJIHAH BT HERMAN
6 NORAINI BT HALIM
7 NOR MARSILLA BT ROSDI
8 MOHD DANIEL AZRAI B NAJIP
9 NURUL EZATIE SHAZYANA BT HASDI
10 NURUL SAHIDA BT MADNOR
11 OMARALI B INDRA SHARI
12 SULAIMAN B SUJAIMAN
13 ZUHHAIRUL B HIRMAN

TAHUN 2
NO NAMA PESERTA
1 ARDILAH BT AWANG
2 KAMARUL HISYAM B ABDULLAH
3 MOHD ADNAN B YUSOF
4 MOHD DANIEL HAIQAL
5 MOHD HAIQAL B ABD MANAP
6 MOHD NAZWAN B NASRAN
7 NURAZIEMA BT SAMRAH
8 NURAZIRA BT IRWAN SHAH
9 NORALILAH BT SAHARAN
10 SHAMIN SHAH B BASRI
11 SITI SOLEHA BT AZIS
12 SITI NORFAIDA BT NASRI
13 NAZIF B SHAMSUDIN
14 NORAMIRAH BR AMIRUDIN

TAHUN 3
NO NAMA PESERTA
1 AZIDAH BT ASMAUL
2 DAYANG SITI NORAISHAH
3 HASMAN B HABIBUL
4 HAYATI BT MAHAZIR
5 JARMA BT ABDULLAH
6 MOHD FADZLI B SALLEH
7 MOHD ILHAN B ROSDI
8 MOHD SHAZLI B AWANG SAILEH
9 MOHD SYAFIE B MAHALAN
10 MOHD ZAMANI B ISDAL
11 MUNIRAH NADASAPIKA BT NOLLY
12 NOR MASITAH BT AHMADUL
13 NORKASMAH BT SUJAIMAN
14 NORSALINDA BT HALIM
15 NUR WAHIDA AMIRA BT HERMAN
16 NURUL EZANIE SHAZLIANA BT HASDI
17 NURUL EZATUL SHAZWANA BT HASDI
18 NURUL WAN SHAU PING BT AMIR
19 RUSAILI B RUSLI
20 SAIBL B NASRI
21 SITI ISA BT INDRA SHARI

TAHUN 4
NO NAMA PESERTA
1 DAYANG NORHAINI BT MOHD RAFI
2 DAYANG NURHALIZAH BT OSMAN
3 HASDIANA BT HADINIH
4 KAMAURZAMAN B ABDULLAH
5 KARMINA BT NASRI
6 MOHD NOR AFIQ B IMRAN SYAH
7 MOHD AZMAN B JOHN
8 MOHD NIZAM B SAMRAH
9 NURMANISAH BT RUSDI
10 NURUL ASNIZAH BT HALIM
11 RAHMAN B ABDUL RAJIN
12 RIZLAN B RAMLEE
13 SAHARUDIN B CHAHRAN
14 SITI NORHAYATI BT HIRMAN
15 SUAHAINA BT SHAMSUDIN
16 SURIADI B HARYANTO
TAHUN5
NO NAMA PESERTA
1 HERNA BT AZIS
2 NUR FATIN NABILA BT ROSLAND
3 NURELYANA BT BASRI
4 SAZERAH BT ASING
5 SITI NATASHA BT AMIR

TAHUN 6
NO NAMA PESERTA
1 AZLILA BT AWANG
2 ISMALEZAH BT ISNAIN
3 JAFAR B SHAMSUDIN
4 MARDI BT SABI
5 MARIAM BT ABDULLAH
6 MASLINAH BT MUSID
7 NORNILAM SARI BT JULPARA
8 NUR MAYSARAH BT SAHARAN
9 NURUL HIDAYATIE BT SAMRAH
10 NURUL HUDA BT IBRAHIM
GAMBAR KEM BESTARI SOLAT KE 3

PESERTA KEM BESTARI TAHAP 1

PESERTA KEM BESTARI TAHAP 2


PESERTA MENGAMBIL WUDUK

PESERTA DI AJAR TENTANG SOLAT BERJEMAAH


AMALI SOLAT ASAR

‫سكوله كبغسأن بمباغن‬

SEKOLAH KEBANGSAAN BAMBANGAN SANDAKAN SABAH

LAPORAN KEM BESTARI SOLAT


KALI 3 2011
HARI : KHAMIS
TARIKH :22.9.2011
MASA : 1.00- 4.00 PETANG

ANJURAN:
UNIT j-QAF DENGAN KERJASAMA PANITIA PENDIDIKAN
ISLAM
SEK KEB BAMBANGAN

Anda mungkin juga menyukai