Anda di halaman 1dari 4

CARA GUNA ‘SWOT ANALYSIS’ YANG BETUL UNTUK BISNES ANDA

SWOT Analysis merupakan TEKNIK yang digunakan untuk memahami KEKUATAN dan KELEBIHAN
bisnes anda. Ia juga digunakan untuk kenal pasti PELUANG dan ANCAMAN yang bisnes anda bakal
hadapi.

Dalam artikel kali ini, saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana cara untuk menggunakan teknik
SWOT Analysis dalam bisnes anda. Ia sangat penting untuk anda membuat ANALISA mengenai
bisnes anda dan pesaing anda.

Apa Itu SWOT?

SWOT ini adalah gabungan antara 4 perkataan dalam bahasa Inggeris yang membawa makna seperti
berikut:

1) STRENGTH: Kekuatan dalaman yang ada dalam bisnes anda. Ia berada dalam kawalan anda.

 Apa kelebihan produk anda berbanding dengan pesaing anda?

 Apa aspek dalaman yang POSITIF yang memberi kelebihan pada bisnes anda?

 Apakah sumber-sumber yang anda ada? Sikap pekerja yang positif, reputasi atau teknologi?

2) WEAKNESSES: Apa kelemahan dalaman yang memberi kesan yang buruk pada bisnes anda? Selepas
kelemahan ini berjaya ditemui, ia perlu cepat diperbaiki. Anda perlu perbetulkannya untuk bersaing
dengan pesaing anda.

 Adakah bisnes anda bertapak di tempat yang kurang pelanggan sasaran?

 Apa kekurangan bisnes anda?

 Adakah bisnes anda mempunyai sumber yang terhad?

 Apa yang perlu diperbaiki untuk mencapai objektif bisnes anda?

3) OPPORTUNITIES: Peluang merupakan faktor luaran yang boleh membantu bisnes anda menjadi lebih
maju dan berjaya.

 Apa peluang yang wujud dalam pasaran yang boleh anda dapat manfaat daripadanya?

 Masih adakah peluang untuk produk anda dipasarkan pada waktu wang Ringgit Malaysia jatuh?

 Adakah terdapat pertumbuhan pasaran baru atau ada perubahan yang lain di pasaran yang
mewujudkan peluang?

4) THREAT: Ancaman ini boleh memberi RISIKO pada bisnes anda. Ia juga adalah faktor luaran
dan anda tiada kawalan terhadapnya.

 Siapa pesaing terbesar anda?

 Siapakah pesaing yang sedia ada atau yang berpotensi anda?


 Apakah faktor-faktor luar kawalan yang boleh meletakkan perniagaan anda berisiko tinggi?

 Bagaimana pula dengan perubahan dalam tingkah laku pengguna, ekonomi, atau peraturan-
peraturan kerajaan yang boleh mengurangkan hasil jualan bisnes anda?

 Apa ancaman yang boleh mengganggu usaha pemasaran anda?

Berdasarkan kajian Barat, teknik SWOT ini amat sesuai dan FLEKSIBEL dalam membantu setiap jenis
bisnes (termasuk bisnes anda) dalam proses membuat keputusan berkenaan strategi bisnes mereka, tidak
kira kewangan, pemasaran, dan lain-lain.

Sebelum itu, mari kita FAHAMI betul-betul dahulu apa benda SWOT ni.

SWOT ini digunakan untuk mengenalpasti maklumat yang penting berkenaan bisnes, agar kita boleh
melakukan ANALISI dan KAJIAN terhadapnya nanti.

Contohnya seperti, apa kelebihan bisnes kita berbanding pesaing kita? Apa peluang pasaran produk kita?
Dan sebagainya.

CARA MENGANALISIS SWOT SECARA EFEKTIF


Memandangkan teknik ini boleh digunakan dengan pelbagai cara mengikut jenis PRODUK dan
SERVIS yang anda sediakan, jadi saya akan kongsikan beberapa point penting yang boleh diaplikasikan
dengan teknik ini.

Antaranya:

 Menggunakan SWOT untuk membezakan antara bisnes anda SEKARANG, dan hala tuju bisnes
pada MASA AKAN DATANG.

 Jadikan kekuatan, dan kelemahan itu realistik dan serius. Elakkan unsur main-main dan tokok
tambah perkara yang tidak perlu.

 Jadikan ia SPESIFIK yang mungkin, masukkan kata kunci yang penting dalam bentuk poin yang
ringkas.

 KAITKAN antara kekuatan dan kelemahan untuk kenalpasti apa faktor yang menyebab bisnes
anda boleh berjaya.

 LABELKAN setiap poin itu mengikut tahap keutamaannya terhadap bisnes anda.

 Jadikan ia seringkas yang mungkin. Lebih elok jika ianya tidak lebih daripada 1 muka surat.
STRENGTHS, WEAKNESSES, OPPORTUNITIES, AND
THREATS
Kebiasaannya, strengths dan weaknesses ini merupakan FAKTOR DALAMAN kepada bisnes yang kita
boleh kawal. Opportunities dan threats pula adalah FAKTOR LUARAN yang kita tidak boleh
mengawalnya.

Untuk lebih jelas lagi, ianya begini:

 Strengths: faktor dalaman yang positif untuk satu organisasi itu, atau satu situasi, yang berada di
dalam kawalan anda.

 Weaknessess: juga merupakan faktor dalaman yang berada di bawah kawalan anda, yang
sekaligus menghalang kemampuan anda untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.

 Opportunities: faktor luaran yang perlu ditambahbaik oleh organisasi tersebut.

 Threats: faktor luaran yang bukan dibawah kawalan anda, yang boleh mmebuatkan projek atau
organisasi anda berada dalam risiko yang tinggi.

CARA MENGENDALIKAN SWOT ANALISIS


Untuk mendapatkan kesempurnaan dalam proses menganalisis SWOT ini, anda amat digalakkan untuk
melakukannya bersama beberapa lagi kumpulan lain.

Contohnya, seperti pihak pengurusan bisnes anda, bahagian jualan, khidmat pelanggan, dan mungkin
beberapa pengguna.

Antara manfaat lain aktiviti SWOT ini adalah, ia merupakan satu proses yang boleh membuatkan ahli-
ahli organisasi anda semakin rapat antara satu sama lain, serta menggalakkan penyertaan mereka
dalam memutuskan strategi bisnes anda.

Dalam membincangkan SWOT ini, saya menggalakkan anda untuk mengadakan


sesi BRAINSTORMING untuk kenal pasti setiap satu faktor bagi 4 kategori tersebut. Antara langkah yang
anda boleh lakukan adalah dengan membuka ruang kepada semua ahli untuk mengemukakan pendapat.
Tiada istilah anda boss, hanya anda sahaja yang betul. Jangan sekat mana-mana idea yang timbul.

Selepas selesai BRAINSTORMING, buatkan satu draf minit mesyuarat yang direka KHUSUS untuk
analisis SWOT. Senaraikan mengikut kepentingan prioriti masing-masing, daripada yang paling perlu
dititikberatkan, dan yang mungkin anda boleh abaikan dahulu buat masa yang terdekat.

MERANCANG STRATEGI SETERUSNYA


FASA analisis seterusnya adalah untuk mengambil poin-poin SWOT yang anda sudah lakukan tadi
mengikut tahap kepentingannya. Kemudian, selepas anda selesai senaraikannya, anda jawab soalan-soalan
di bawah:

1. Bagaimana anda menggunakan Strengths untuk mencari dan mendapatkan Opportunities?


2. Bagaimana anda menangani masalah Weaknesses yang menghalang anda daripada mencari dan
mendapatkan Opportunities?

3. Bagaimana Strengths anda boleh mengurangkan risiko Threats?

4. Apa yang anda boleh buat dengan Weaknesses anda untuk mengurangkan Threats?

Apabila anda menjawab soalan-soalan ini, insyaallah anda akan mula memahami faktor luaran yang anda
hadapi dalam bisnes dan cara bagaimana anda boleh mengatasinya.

KESIMPULANNYA
Analisis SWOT ini secara ringkasnya adalah untuk mengambil kesempatan terhadap kekuatan bisnes anda
(S), menangani kelemahan (W), memanfaatkan peluang yang ada (O), dan mencegah segala ancaman yang
mendatang (T).

Selain dari itu, ia juga bertujuan untuk mengenalpasti isu dan masalah yang paling penting dalam bisnes
kita, menetapkan prioriti terhadapnya, menilai segala pilihan yang ada, dan mengambil tindakan keatasnya.

Anda mungkin juga menyukai