Anda di halaman 1dari 1

Refleksi pengajaran

Secara keseluruhannya, aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada hari ini


berjalan dengan lancar. 27 daripada 30 orang murid berjaya mencapai objektif
pembelajaran pada hari ini. Tiga orang murid yang tidak hadir pada hari ini akan
diberikan tugasan yang berkaitan dengan tajuk pada hari ini. Terdapat beberapa
kelemahan pada pengajaran saya pada hari ini. Aktiviti fasa orientasi yang telah
dibuat adalah tidak berjaya menarik minat murid untuk mempelajari tajuk berkenaan.
Hal ini menyebabkan murid tidak kelihatan teruja untuk memulakan pengajaran pada
hari ini. Selain itu, peta i-think yang ditunjukkan kepada murid dihadapan murid
adalah sangat kecil menyebabkan murid tidak dapat melihat apa yang ditunjukkan
oleh guru.

Walaubagaimanapun, susunan aktiviti pengajaran adalah bersesuaian dengan


objektif pembelajaran pada hari ini. Selain itu, saya juga berjaya mengadakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid. Antara penambahbaikan
yang perlu dibuat adalah peta minda atau perkara yang ditunjukkan dihadapan oleh
guru perlulah besar dan menarik supaya murid dapat melihat dengan jelas apa yang
ditunjukkan oleh guru. Selain itu, guru perlu memastikan objektf pembelajaran yang
ditetapkan adalah bersesuaian tahap kecerdasan murid yang hendak diajar. Di
samping itu, saya perlu memastikan aktiviti pada orientasi adalah menarik supaya
berjaya menarik minat murid untuk memulakan aktiviti pengajaran. Saya juga perlu
mempelbagaikan bahan bantu mengajar kerana pemikiran murid disekolah rendah
adalah bersifat konkrit. Oleh itu, mereka memerlukan bahan maujud bagi
meningkatkan kefahaman mereka dalam tajuk yang diajar.

Anda mungkin juga menyukai