Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

BULAN KEMERDEKAAN
SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI SIPUT
LUBOK CHINA
MELAKA
1. PENGENALAN

Sambutan hari kemerdekaan merupakan salah satu aktiviti yang boleh menaikkan semangat
patriotik dan melahirkan rasa cinta kepada Negara di kalangan murid-murid. Sambutan ini
diadakan setiap tahun diperingkat sekolah.Pelbagai aktiviti yang dijalankan bagi
menanamkan rasa cinta kepada Negara.Selain itu juga ia dapat memberi maklumat kepada
murid tentang Negara kita.

2. MATLAMAT

Matlamat program ini dijalankan adalah untuk menyuntik semangat cinta kepada Negara
dan menyemai rasa sayang kepada kedamaian yang dikecapi sehingga kini.

3. MISI

Misi utama program ini dijalankan adalah untuk menerap rasa cinta kepada Negara
disamping dapat menghayati erti kemerdekaan yang sebenar.

4. OBJEKTIF
a) Dapat memupuk semangat cinta kepada Negara dikalangan murid-murid
b) Dapat menjadikan masyarakat berilmu dikalangan warga sekolah.
c) Dapat memupuk semangat sillaturahim dikalangan warga sekolah.
d) Dapat melahirkan kesedaran betapa pentingnya kemerdekaan.

5. SASARAN

Semua murid dan warga sekolah

6. TEMPOH PERLAKSANAAN
18 Ogos Hingga 30 Ogos 2019
7. AKTIVITI
a) Memasang jalur gemilang di sekitar kawasan sekolah
b) Menyampaikan maklumat tentang kemerdekaan.
c) Pertandingan melukis poster untuk murid tahun 4,5 dan 6
d) Pertandingan mendeklamasi sajak untuk tahun 4.5 dan 6
e) Pertandingan mewarna untuk murid tahun 1.2 dan 3
f) Pertandingan Puzzle untuk tahun 1,2 dan 3
g) Gotong-royong Merdeka membersihkan masjid
h) Menyanyikan lagu-lagu patriotic
i) Tayangan cerita Bukit Kepong
j) Kuiz berdasarkan cerita
k) Kembara Merdeka

8. JADUAL PERLAKSANAAN AKTIVITI


a) Untuk pertandingan melukis poster dan deklamasi sajak dijalankan pada waktu
kokurikulum
b) Untuk pertandingan mewarna dan puzzle pula dijalankan pada waktu pembelajaran PSV
c) Gotng –royong Merdeka dijalan pada hari Jumaat 30 Ogos 2019 Jam 8.45 pagi di Masjid
Kamgpung Sungai Siput
d) Kembara Merdeka diadakan pada Hari Jumaat selepas gotong royong. Laluan untuk
Kembara Merdeka, dari sekolah ke Pekan Lubok China.Guru membawa murid dengan
menaiki kereta sambil mengibarkan Jalur Gemilang.
e) Tayangan cerita Bukit Kepong diadakan pada jam 10.45 pagi pada hari Jumaat setelah
selesai Kembara Merdeka.
f) Kuiz dijalankan setelah murid menonton cerita Bukit Kepong
9. PERBELANJAAN

bil aktiviti kos


1 Pertandingan melukis poster Rm5 x 3 Johan
RM4 x 3 Naib Johan
Rm4 x 3 Ketiga
2 Pertandingan deklamasi sajak Rm5 x 3 Johan
Rm4 x 3 Naib Johan
Rm4 x 3 Ketiga
3 Mewarna Rm5 x 3 Johan
Rm4 x 3 Naib Johan
Rm4 x 3 Ketiga
4 Puzzle Rm5 x 3 Johan
Rm4 x 3 Naib Juara
Rm4 x 3 Ketiga
5 Kuiz Rm3 x 10 pemenang.

JUMLAH RM 186

10. PENUTUP
Adalah diharapkan program yang dirancang dapatlah berjalan dengan lancar dan
mendapat kerjasama dari semua pihak.

Disediakan oleh,

Anda mungkin juga menyukai