Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

- Saya, Nor Arniza Binti Jamil, Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ILP Pasir Gudang, akan
menerangkan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian, mengenai Pelan TIndakan Kecemasan
di ILP Pasir Gudang.
- Mohon kerjasama tuan-tuan dan puan-puan untuk memberi perhatian pada taklimat yang akan
diberikan.
- Tuan-tuan dan puan-puan kini berada di, Dewan Kuliah Utama ILP Pasir Gudang, untuk makluman,
dewan ini boleh memuatkan sehingga kira-kira 350 orang pada satu-satu masa, dan ianya
dilengkapi dengan system pengesan dan pemadaman kebakaran sebagaimana yang ditetapkan
oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
- Terdapat 4 pintu keluar yang boleh digunakan semasa kecemasan, iaitu 2 di bahagian atas di sisi
kiri dan kanan dewan, manakala 2 lagi adalah di bahagian bawah di sisi kiri dan kanan dewan.
- Sekiranya berlaku sebarang kecemasan, seperti kebakaran, loceng kecemasan akan berbunyi.
Tuan-tuan dan puan-puan diminta untuk bertenang, rileks, dan tidak berasa cemas. Bergerak
keluar dari dewan ini secara teratur, melalui pintu-pintu keluar kecemasan yang saya sebutkan
tadi, dan menuju ke tempat berkumpul bernombor AP01 yang berada di kawasan parkir,
berhadapan Dewan Platinum ILP Pasir Gudang, bagi sesi kiraan kehadiran.
- Pegawai Emergency Response Team, yang bertugas di dalam majlis ini, akan membantu dalam
proses pengungsian bangunan ini.
- Sila laporkan dengan segera, jika terdapat individu yang dikenalpasti tiada semasa sesi kiraan
kehadiran dilakukan kepada pegawai yang bertugas.
- Diminta tuan-tuan dan puan-puan untuk tunggu, dan berada di tempat berkumpul sehingga
arahan selanjutnya diberikan.
- Sekian sahaja taklimat keselamatan daripada saya, semoga majlis Graduasi dan Anugerah
Kecemerlangan program KV ILP Pasir Gudang 2017 kali KEDUA pada hari ini, berjalan dengan
lancar, dan semoga tuan-tuan dan puan-puan berada dalam keadaan sihat dan selamat sepanjang
majlis berlangsung. Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai