Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PEMBANGUNAN
PASUKAN ELIT
BOLA SEPAK SKKJ
PENGENALAN
Bola sepak merupakan satu sukan yang amat popular dan sukan utama di negara kita Malaysia.
Pengiktirafan sukan bola sepak sangat diterima oleh segenap masyarakat sehingga peringkat
antarabangsa dengan pelbagai kejohanan berprestij. Maka, Sekolah Kebangsaan Kampung
Jambu (SKKJ) telah mengambil satu inisiatif untuk menganjurkan satu program pembangunan
bola sepak bagi mencungkil bakat murid-murid untuk mewakili sekolah dalam pertandingan
bola sepak disamping memberikan latihan awal kepada murid sejak dari kecil lagi.

RASIONAL
Program pembangunan bola sepak peringkat sekolah adalah bertujuan untuk memperkasa dan
meningkatkan kualiti dan kuantiti murid di dalam permainan bola sepak. Selain itu , ia juga
akan memberikan ruang dan peluang kepada semua warga sekolah terutamanya murid-murid
untuk menceburkan diri dan mengembangkan bakat yang mereka ada di dalam permainan bola
sepak. Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan warga sekolah akan dapat
disemai melalui program ini sebagai contohnya nilai cintakan budaya bersukan dan
mengamalkan gaya hidup yang sihat.

MATLAMAT
Melalui permainan bola sepak, semua murid akan diberikan peluang untuk mencungkil bakat
mereka semenjak dari kecil lagi. Program ini juga bertujuan untuk melahirkan pemain bola
sepak yang berdisiplin, berkemahiran, berketrampilan disamping untuk memastikan
perkembangan yang seimbang dan menyeluruh melalui aspek-aspek intelek, rohani, emosi,
jasmani dan akhlak, nilai-nilai murni dan sosial ke arah Matlamat Pendidikan Negara. Oleh yang
demikian , modul pembelajaran dan pengajaran yang tersusun akan digunakan bagi
memastikan program ini berjalan dengan lancar dan berkesan kepada ahli pasukan elit bola
sepak SKKJ.
OBJEKTIF
1. Memperkembangkan pertumbuhan intelek, rohani, jasmani dan emosi murid agar dapat
membantu murid menjadi insan yang berdisiplin, berdikari, dan bernilai murni tinggi.
2. Memberi latihan awal agar dapat mengembangkan kemahiran murid di dalam permainan
bola sepak.
3. Melahirkan atlit yang berpotensi di dalam permainan bola sepak disamping mempunyai
latar belakang akademik yang tinggi.
4. Mempertingkatkan kualiti pengurusan sukan dan permainan dalam kalangan warga
sekolah.
5. Memberikan pengetahuan asas permainan bola sepak kepada semua warga sekolah.

TARIKH
November 2018 sehingga Disember 2019

KUMPULAN SASARAN
Semua warga sekolah

ORGANISASI PROGRAM

Penasihat : PUAN SAERWATI BINTI SAAID @ SAID


Penyelaras / Ketua Jurulatih : ENCIK MUHAMMAD HADI BIN MAZALAM
Setiausaha / Pengurus Pasukan : ENCIK ROSLAN BIN AHAHARY
Ajk / Penolong Jurulatih 1 : ENCIK MOHAMAD BADRUL HISHAM BIN ZAKARIA
Ajk / Penolong Jurulatih 2 : ENCIK ZAMRI BIN HANAFIAH
TAKWIM PELAKSANAAN PROGRAM

BIL TARIKH AKTIVITI


1 NOVEMBER 2018 PROGRAM PENCARIAN BAKAT
2 JANUARI 2019 – DISEMBER 2019 LATIHAN BERKALA
- PASUKAN B12
- PASUKAN B11
- PASUKAN B10
3 JANUARI 2019 – DISEMBER 2019 PERLAWANAN PERSAHABATAN BERKALA
- PASUKAN B12
- PASUKAN B11
- PASUKAN B10
4 APRIL 2019 KEJOHANAN BOLA SEPAK B12 ZON TAIPING
5 JUN 2019 KEJOHANAN BOLA SEPAK B12 DAERAH LARUT
MATANG SELAMA
6 JULAI 2019 KEJOHANAN BOLA SEPAK B12 NEGERI PERAK
7 JUN 2019 KEJOHANAN BOLA SEPAK B11 DAERAH LARUT
MATANG SELAMA
8 JUN 2019 KEJOHANAN BOLA SEPAK B11 NEGERI PERAK
9 JANUARI 2019 – DISEMBER 2019 KEJOHANAN BOLA SEPAK TERBUKA TAIPING
10 NOVEMBER 2019 PROGRAM PENCARIAN BAKAT

PERBELANJAAN PROGRAM

BIL PERKARA ANGGARAN PERBELANJAAN


1 PENGURUSAN RM 1000
2 JERSI RM 600
3 ALATAN LATIHAN RM 400
JUMLAH RM 2000
REKOD PENCAPAIAN PASUKAN ELIT SKKJ
BIL KEJAYAAN
1 Naib Johan Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun 2018 Peringkat Zon Taiping
2 Johan Kejohanan Bola Sepak Bawah 11 Tahun 2018 Peringkat Daerah Larut Matang dan
Selama
3 Johan Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru Bawah 11 Tahun 2018 Anjuran Bersama Zon
Simpang dan Zon Taiping
4 Naib Johan Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru Bawah 12 Tahun 2019 Anjuran Bersama Zon
Simpang dan Zon Taiping
5 Johan Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun 2019 Peringkat Zon Taiping

PENUTUP
Diharapkan semoga perancangan yang telah dibuat dapat dilaksanakan dengan jayanya oleh
seluruh warga sekolah dan memberikan impak yang positif kepada warga sekolah. Sekian,
terima kasih.

Disediakan oleh,

…………………………………………….
(ROSLAN BIN AHAHARY)
Pengurus
Pasukan Elit Bola Sepak
SK Kampung Jambu

Cadangan kertas kerja ini telah disemak dan dinilai cadangannya, maka dengan itu cadangan
kertas kerja ini diluluskan.

Yang menjalankan tugas,

………………………………………………
(SAERWATI BINTI SAAID @ SAID)
Guru Besar,
SK Kampung Jambu

Anda mungkin juga menyukai