Anda di halaman 1dari 10

1.

0 Pendahuluan

Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa


yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran
membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar
dan bertutur. Membaca dapat membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta
meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam pelbagai bidang.

Proses membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali


lambang-lambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan
oleh penulisnya. Membaca berbeza daripada mendengar kerana membaca
melibatkan kedua-dua aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Kemahiran
membaca merupakan proses yang dinamik tetapi kompleks. Ia meliputi keupayaan
membaca dengan pantas, memahami fakta, kebolehan mengingati fakta serta
membuat interpretasi secara bijak dan analisis Seseorang yang berjaya menguasai
kemahiran membaca bermakna dia telah berjaya merobohkan sebuah tembok
pemisah yang maha besar antara dirinya dengan lautan ilmu yang wujud dalam
pelbagai bentuk karya (Zulkifley Hamid, 1994).

1.1 Konsep taksonomi bloom

Menurut kamus dewan bahasa edisi keempat, 2005, Taksonomi ialah kajian
tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan
persamaan dan perbezaan sifat organisma itu. Dalam bidang pendidikan, taksonomi
ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan.
Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang
seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor. Terdapat tiga domain dalam
pendidikan iaitu yang pertama domain kognitif yang melibatkan pemikiran pelajar
dimana menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian, dan
ketrampilan berfikir. domain afektif yang melibatkan perkembangan sikap,
perasaan ,emosi, nilai pelajar seperti minat, sikap, apresiasi dan cara penyesuaian
diri. Dan seterusnya adalah domain psikomotor yang melibatkan perkembangan
kemahiran fizikal pelajar. Domain Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras
yang digunakan sebagai elemen di dalam pentaksiran. Ia pertama kali diperkenalkan
oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1959. Taksonomi di dalam konsep ini bermaksud
cabang kognitif iaitu elemen yang melibatkan otak dan pemikiran manusia
1.2 Domain taksonomi bloom

Domain taksonomi Bloom menitik beratkan aspek kognitif atau pengetahuan. Domain
kognitif ini melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual seperti
pengetahuan, pengertian dan keterampilan seseorang individu itu berfikir. Domain
kognitif membincangkan pengingatan semula atau pengecaman pengetahuan dan
perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran. Objektif kognitif berubah-ubah
daripada mengingati kembali dengan mudah bahan-bahan yang telah dipelajari
hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan idea dan bahan baru dengan
cara yang asli dan kreatif. Justeru, domain kognitif merupakan domain yang utama
berkaitan dengan kebanyakkan perkembangan pengujian masa kini. Taksonomi ini
bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi.

Gambar rajah 1.2


1.2.1 Domain kognitif pengetahuan

Domain kognitif pengetahuan bermaksud keupayaan murid untuk mengingatkan fakta,


idea, pendapat, prinsip, prosedur dan peristiwa yang berlaku (Krathwohl, 2002).
istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah menyatakan, menerangkan,
menamakan dan melabelkan. Elemen pertama adalah aras pengetahuan iaitu aras
taksonomi paling rendah. Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk
mengingat kembali fakta atau pengetahuan yang telah dipelajari.

Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini iaitu yang pertama pengetahuan
fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau simbol. Aras yang
kedua ialah pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik
atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. Manakala aras ketiga ialah
pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu
bidang contohnya siapa, apa dan di mana.

Contohnya :

Gambar rajah 1.2.1

1. Berdasarkan gambar rajah 1.2.1, pelancong barat lebih suka _____________ di


bawah matahari.

A. dijemur

B. berjemur
C. menjemur

D. terjemur

1.2.2 Domain kognitif kefahaman

Elemen yang kedua dalam domain kognitif ialah aras kefahaman. Aras ini
memerlukan keupayaan murid memberi huraian atau makna sesuatu perkara. Aras
kefahaman ini terbahagi kepada tiga iaitu yang pertama menterjemahkan bentuk
komunikasi lama kepada baharu tanpa mengubah makna yang asal. Yang kedua
adalah mentafsirkan idea atau mesej yang disampaikan dalam bentuk tersirat atau
tersurat. dan yang ketiga ialah mengekstrapolasikan maklumat dengan membuat
telahan atau inferens tentang apa-apa yang akan berlaku pada masa hadapan
berdasarkan maklumat yang diberi.

Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah
terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan dan mengapa.

Contohnya :

2. Pilih ayat yang paling sesuai sebagai soalan kepada penyataan di bawah :
Gambar rajah 1.2.2

“ Fahrin pergi ke hospital kerana melawat sepupunya yang sedang sakit.”

A. Ke manakah Fahrin pergi?


B. Apakah tujuan Fahrin pergi ke hospital?
C. Siapakah yang pergi ke hospital?
D. Fahrin berada di hospital?

1.2.3 Domain kognitif aplikasi

Aplikasi membawa pengertian yang menunjukkan keupayaan murid menggunakan


konsep, prinsip, teori, hukum prosedur, dan kaedah am dalam situasi khusus atau
umum (Krathwohl, 2002). Aras ini memerlukan murid benar-benar memahami segala
konsep, teori, hukum untuk menyelesaikan masalah. Soalan aras aplikasi biasanya
memerlukan penggunaan proses aplikasi mental. Soalan aras ini biasanya
melibatkan tiga frasa.

Ciri-ciri soalan aplikasi ialah perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras
ini seperti selesaikan, tunjukkan dan susunkan.

Contohnya :

3. Azah menyidai pakaian yang telah dibasuh di ampaian.


Gambar rajah 1.2.3

Manakah antara yang berikut membantu mempercepatkan pengeringan


pakaian itu?

i. Sejuk
ii. Berangin

iii. Mendung
iv. Panas

A. i dan ii sahaja
B. i dan iii sahaja
C. ii dan iv sahaja
D. iii dan iv sahaja

1.2.4 Domain kognitif analisis

Peringkat seterusnya dalam domain kognitif ialah analisis. analisis bermaksud


keupayaan memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil, selain
memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur tersebut. Aras ini menekankan
keupayaan pelajar mengenalpasti unsur-unsur dan struktur. Jenis-jenis aras analisis
adalan yang pertama aras analisis unsur iaitu memerlukan murid menentukan
unsur-unsur. Murid juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada.
Aras kedua adalah analisis hubungan iaitu membuat perkaitan bukti dan hipotesis.
Dan yang ketiga adalah aras analisis prinsip iaitu murid perlu mengenal pasti prinsip
sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan
menganalisis tujuan, pandangan dan pendirian. Ciri-ciri soalan aras analisis ialah
soalan tersebut menggunakan proses mental analisis dan memerlukan pemahaman
perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada komponen dan melihat
perkaitan antara komponen.

Contohnya :

4. Baca sajak berikut, kemudian jawab soalan di bawah.

Tiba-tiba aku tersedar,

Lamunan yang merugikan terlepas


kini,

Sejarah hempedu pahit ku lupakan,

Kini, ku semaikan benih-benih


harapan,

bersama jutaan impian,

aku kan tempuh segala cabaran.

Gambar rajah 1.2.4

Ku semai benih-benih harapan bermaksud …

A pemuisi menanamkan cita-cita untuk berjaya

B pemuisi belajar dengan bersungguh-sungguh

C pemuisi menanam benih-benih baharu di ladangnya


D pemuisi mengharapkan dirinya tidak dilupakan
1.2.5 Domain kognitif sintesis

Peringkat domain kognitif yang kelima ialah sintesis. Sintesis bermaksud keupayaan
murid menggabungkan unsur-unsur dan bahagian-bahagian sesuatu kes supaya
menjadi lebih berstruktur, tersusun, dan menyeluruh. Kategori soalan bagi aras
sintesis ini penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu komunikasi
dimana murid cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada
orang lain. Contohnya kebolehan menulis dengan susunan dan gaya yang menarik
untuk menyampaikan buah fikiran. Kategori yang kedua adalah penghasilan suatu
rancangan atau pelan operasi dan yang ketiga adalah kategori membina suatu
hubungan yang abstrak. Ia melibatkan kebolehan membina atau membangunkan set
hubungan yang abstrak seperti teori, hipotesis untuk menghuraikan sesuatu
fenomena atau mengklasifikasikan fakta. Contohya kebolehan membuat deduksi
berdasarkan maklumat yang diberikan dan dapat membuat suatu teori daripada data
atau faktor yang diberi.

Ciri-ciri soalan berbentuk sintesis ialah soalan tidak terperinci dan kerap
menggunakan perkataan ramalkan, hasilkan, tuliskan dan cadangkan apa-apa akan
berlaku.

Contohnya :

Gambar rajah 1.2.5

5. Hasilkan serangkap pantun yang bertemakan kemerdekaan

………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………

1.2.6 Domain kognitif penilaian

Domain kognitif keenam ialah penilaian. Domain penilaian bermaksud keupayaan


pelajar menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Murid perlu
membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan,
sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti
tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri khusus aras penilaian
ini adalah murid perlu membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan, idea,
kaedah bagi sesuatu tujuan. Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana
sesuatu bahan atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria. Pertimbangan dalam
penilaian juga dikategorikan kepada dua iaitu pertimbangan dari segi bukti dalaman
iaitu menilai ketepatan sesuatu, menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dan
lain-lain. Contoh kebolehan menunjukkan kesilapan-kesilapan dari segi logik dalam
sesuatu hujah yang dikemukakan oleh seseorang. Kategori kedua adalan
pertimbangan dari segi kriteria luaran iaitu penilaian bahan yang merujuk kepada
beberapa kriteria yang dipilih atau yang diingati. Contohnya perbandingan mengenai
teori-teori utama, generaliasasi dan fakta mengenai kebudayaan tertentu.

Contohnya :

Gambar rajah 1.2.6


6. Berikan pendapat anda tentang kepentingan penjagaan alam sekitar.

….…………………………………………………………………………………………
…………..….…………………………………………………………………………………
…………………..….…………………………………………………………………………
…………………………..…………..….………………………………………………………
……………………………………………..….………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………

Anda mungkin juga menyukai