Anda di halaman 1dari 2

Ilmu memagar diri dan rumah

Disini diperturunkan ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman syihir dan pencuri
yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya. Ilmu ini tidak memerlukan modal
tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekusyukan.

Waktunya..

Waktu selepas solat maghrib, se-eloknya pada hari selasa bagi memagar diri dan hari
jumaat bagi memagar rumah.

Caranya.

1)Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.

2)Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir kerana Allah Taala.
(jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus, buat berasingan).

3)Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi
dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat
kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan kita ada satu tembuk yg amat kebal.
Sesudah selesai membaca ayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

4)Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembuk
itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembuk sebelah kanan,
kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali
sehingga kita berada dalam satu tembuk empat persegi yang sempurna.

5)Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk yg afdalnya
amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja
seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselematan kita
semua. Jadikannya amalan dan yg lainnya berserah saja pada Allah Yang Esa. Untuk
memagar rumah pula caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala
ancaman dari pencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembuk itu
berada dihadapan rumah kita dan di ikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya pula.
Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri ada syaratnya
pula. Dari pengalaman yg lepas, orang yg mengamal kan ilmu memagar rumah ini, ada
terjadi pencuri yg memasuki rumahnya tidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi
maka disyaratkan tuan punya rumah tidak bolih sama sekali memukul pencuri itu.
Cukup dengan mengambil kembali barang yg telah diambil, serta nasihatkan dengan
baik dan tunjukkan dia jalan keluar.

Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini bolih dilakukan untuk anak-anak yg masih
kecil, cuma semasa kita melakukan niat kan sahaja untuk mereka. Ilmu ini jika
diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah menakjubkan(dengan keizinan allah).

Memagar Rumah Dari Pencuri


Satu cara lagi yang dilakukan oleh ramai orang ialah dengan cara membaca ayat kursi
sekeliling dalam rumah. Dimulakan dengan hujung pintu hadapan rumah mengikut arah
jam. Bahu sebelah kiri berada didinding rumah. Baca ayat kursi berulang kali
keliling setiap bilik dalam rumah kecuali tandas. Tamat di hujung pintu utama rumah
yang sebelah satu lagi. Jangan cover seluruh pintu utama. Petua ini adalah untuk
memagar rumah dari dimasuki pencuri, kebiasaannya pencuri akan payah untuk mencari
jalan masuk lain kecuali pintu utama. So pintu utama sahaja kita perlu perhatikan.
Kita tak cover sehingga hujung pintu takut2 pencuri yang masuk tak jumpa jalan
keluar pulak.

Dipetik dari laman web saya


http://fauzynm.nurhidayah.com/Nasihat/Nasihat12/nasihat12.html
Satu lagi cara saya bersetuju sangat dengan cara azan dalam rumah, ini disyorkan
oleh ustaz zawawi tv3.

saya sangat tak bersetuju kalau suruh gantung ayat2 al quran, macam dalam citer org
putih lak suka gantung salib2 tu ingat hantu boleh lari... emm tapi kan dulu kat
sekolah saya ada satu ayat quran kat depan pintu asrama... sejak dia letak ayat itu
hantu dah tak kacau asrama kita orang... lebih baik tanya ustaz...

--------------
THET-ALEV-LEFR-USWO

Anda mungkin juga menyukai