Anda di halaman 1dari 16

CARA MEMAGAR BANGUNAN & KAWASAN (Kaedah Ikhtiar Muslim) MEMAGAR RUMAH (BAHAGIAN DALAM) 1.

BIASANYA dilakukan pada waktu malam. 2. Mulakan dengan azan/ iqamah di tengah rumah. Cukup dengan suara perlahan. 3. Seorang duduk di tengah rumah, baca surah Al-Baqarah. Bacaan diteruskan sehinggalah tamat proses memagar. Tak perlu dihabiskan keseluruhan surah Al-Baqarah, tapi jika dapat diteruskan hingga habis lebih baik. 4. Seorang lagi berperanan sebagai tukang renjis. Berdiri di tepi mana-mana dinding dengan bahu kanan menghala ke dinding. BIASANYA dimulakan dengan dinding kanan rumah (Berdiri di dalam rumah menghadap pintu utama rumah, tengok sebelah kanan. Dinding itulah yang dimaksudkan). Jarak di antara dinding dengan perenjis lebih kurang 2-3 kaki. 5. Perenjis berjalan perlahan-lahan ke arah hadapan (dengan bahu kanan menghala ke dinding) ke setiap dinding. Sampai ke pintu-pintu bilik, masuk ke dalam bilik, lalu kesemua dinding dan keluar. Terus berjalan sehinggalah sampai ke tempat mula. 6. Cara merenjis Paling mudah gunakan botol spray. Sambil berjalan, sembur sahaja. Boleh juga air yang sudah diruqyah di isi dalam sebuah bekas dan direnjis dengan tangan (tapi melenguhkan). Celup tangan dalam air, renjis dari kiri ke kanan (ke arah dinding). Sedikit renjisan pun sudah cukup, ambil syarat sahaja. Kalau tidak nanti habis basah dinding, lantai dan perabot. 7. Sambil merenjis, bacakan apa-apa ayat Al-Quran ataupun doa berterusan. BIASANYA orang suka baca Ayat Kursiy. Boleh saja jika hendak baca 3 Qul, surah Al-Fiil, doa-doa dan ayatayat yang lain. 8. Setelah sampai ke tempat mula tadi, pandang ke arah bumbung. Spray/ renjis sekali, sekadar ambil syarat memagar bahagian atas. 9. Bahagian (dinding) dalam tandas dan bilik air tidak direnjis. Cukup dengan merenjis di depan pintu tandas sahaja. CARA MEMAGAR KAWASAN RUMAH. Lebih kurang sama seperti cara memagar dalam rumah.

1. Berdiri menghadap pintu pagar/ laluan utama ke luar. Lihat sebelah kanan rumah. Perenggan/ pagar / sempadan itulah yang dimaksudkan. Mula memagar dari situ. Berjalan di tepi semua pagar/ sempadan sambil merenjis/ menabur bahan. Sambil berjalan, baca ayat-ayat pilihan (biasanya Ayat Kursiy). 2. Mulakan dengan azan/ iqamah di dalam rumah. Kemudian seorang baca surah Al-Baqarah. Seorang lagi merenjis (jika air) ataupun menabur (jika lada hitam, garam atau lain-lain). 3. Cara merenjis/ menabur sama seperti memagar dalam rumah. 4. Akhirnya, pandang bumbung rumah, renjis/lontar sedikit bahan sebagai syarat. Apakah pagar/benteng yang dibuat boleh ditembusi? Ya, antaranya dalam keadaan-keadaan berikut: 1. Pagar sudah lama. Selang beberapa bulan ataupun setahun sekali digalakkan buat pagar yang baharu. Pagar lama mungkin sudah rosak, berlubang ataupun rapuh pada mana-mana bahagian. Pagar ghaib ini samalah seperti pagar zahir yang kita buat daripada batu, kayu, dawai dan lain-lain. Lama-kelamaan ia akan berkarat, dimakan anai-anai, tumbang ditanduk lembu dan lain-lain. 2. Penghuni rumah/ kawasan yang dipagar itu selalu melakukan perkara-perkara yang dilarang agama menyebabkan pagarnya semakin nipis, runtuh ataupun berlubang. 3. Jin/ pengamal sihir yang berusaha meruntuhkan pagar itu ialah seorang yang benar-benar kuat ilmunya (atas izin Allah). Biasanya mereka ada kaedah untuk menembusi pagar yang dibuat. Jin-jin dan pengamal sihir kebanyakan biasanya tak berjaya tembus. 4. Salah seorang/ beberapa orang/ keseluruhan keluarga itu ada jin saka. BIASANYA jin saka dapat menembusi pagar/ benteng kerana dia ialah family member (sudah jadi ahli keluarga tersebut). Family member boleh keluar masuk sesuka hatinya. Bagaimana cara untuk mengukuhkan pagar? 1. Penghuni rumah/kawasan lakukan amal-amal soleh, dan buat amalan-amalan pendinding seperti selalu/ setiap hari al-Mathurat, atau Manzil, atau apa-apa wirid yang sesuai. 2. Perbaharui pagar selang beberapa bulan/ tahun. Siapakah yang boleh melakukan proses memagar? Perawat, tuan rumah atau sesiapa sahaja Muslim yang ada keyakinan.

Tandas dan bilik air tak dipagar. Tidakkah berbahaya? 1. Luar kawasan rumah sudah dipagar. Jadi tak perlu risau. 2. Sebelum masuk bilik air/ tandas, baca doa : Allaahummainni auzhubika minal qubuthi wal qabaaith. 3. Untuk menguatkan lagi, boleh saja berzikir DI DALAM HATI semasa berada di dalam bilik air/ tandas.

KAEDAH MEMAGAR RUMAH DARI GANGGUAN


Setiap rumah perlu ada pagarnya samada pagar secara zahir atau melalui doa pelindung agar terselamat dari kejahatan manusia dan jin serta binatang. Pagar Diri 1. Baca Surah al-Baqarah@al-Kahfi setiap kali selepas solat maghrib.(sekurangkurangnya seminggu sekali) 2. Biasakan membaca sebelum tidur ayat2 berikut a. Ayat Qursi 7x b. Bismillah enam 11x c. Doa Nabi Sulaiman 3x Pagar rumah 1. Sediakan bahan-bahan berikut a. Garam kasar secukupnya mengikut keluasan keliling rumah. b. Air yang belum dijamah api atau air kolah masjid. 2. Bacakan kepada bahan tadi a. Surah Yaasin 1x b. Surah ad-Dukhan 1x c. Ayat Qursi 17x 3. Larutkan air dan garam tadi kemudian direnjiskan kesegenap ruang di dalam rumah bermula dari ruang tamu. Adalah lebih baik jika diazankan dulu semua tempat sebelum merenjiskan air. Amalan memagar rumah boleh dilakukan seberapa kali yang kita suka. Bagi rumah yang mengalami gangguan yang kuat digalakkan memagarnya seminggu sekali atau sebulan sekali

Ilmu memagar diri menggunakan kaedah Islam


Ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman syihir dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya. Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekusyukan. Waktunya.. Waktu selepas solat maghrib, se-eloknya pada hari selasa bagi memagar diri dan hari jumaat bagi memagar rumah. Caranya. 1)Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat. 2)Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir kerana Allah Taala.(jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus, buat berasingan). 3)Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan kita ada satu tembuk yg amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan. 4)Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembuk itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembuk sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembuk empat persegi yang sempurna. 5)Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk yg afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselematan kita semua. Jadikannya amalan dan yg lainnya berserah saja pada Allah Yang Esa. Untuk memagar rumah pula caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman dari pencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembuk itu berada dihadapan rumah kita dan di ikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya pula. Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri ada syaratnya pula. Dari pengalaman yg lepas, orang yg mengamal kan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yg memasuki rumahnya tidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya rumah tidak bolih sama sekali memukul pencuri itu. Cukup dengan mengambil kembali barang yg telah diambil, serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar. Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini bolih dilakukan untuk anak-anak yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niat kan sahaja untuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah menakjubkan(dengan keizinan allah). Memagar Rumah Dari Pencuri Satu cara lagi yang dilakukan oleh ramai orang ialah dengan cara membaca ayat kursi sekeliling dalam rumah. Dimulakan dengan hujung pintu hadapan rumah mengikut arah jam. Bahu sebelah kiri berada didinding rumah. Baca ayat kursi berulang kali keliling setiap bilik dalam rumah kecuali tandas. Tamat di hujung pintu utama rumah yang sebelah satu lagi. Jangan cover seluruh pintu utama. Petua ini adalah untuk memagar rumah dari dimasuki pencuri, kebiasaannya pencuri akan payah untuk mencari jalan masuk lain kecuali pintu utama. So pintu utama sahaja kita perlu perhatikan. Kita tak cover sehingga hujung pintu takut2 pencuri yang masuk tak jumpa jalan keluar pulak. Wallahualam...

Pagar atau pendinding rumah.


Kaedah berikut dilakukan untuk mendinding rumah dan kawasannya juga tempat-tempat lain. Untuk memagar rumah, mulakan dari bahagian kanan rumah. Mula-mula pacakkan teras kayu asam jawa disatu penjuru rumah (sebelah kanan) dan ketuk dengan pemukul besi hingga tenggelam paras bumi. Pijak tunggu tadi sambil mengadap ke penjuru lain yang di tuju dan baca:

Ini tembok Nabi Sulaiman Dalamnya laut luarnya kota Kalau kamu pecah kota ini Kamu akan berenang dalam laut.

Tiup menghala penjuru yang hendak dituju. Baca bimillah, al-Fathihah dan surah Yasin dari awal hingga ayat ke 9.

Kemudian berjalan menuju ke arah penjuru lagi satu dengan membaca ayat ini berulang-ulang. Sambil membaca, Air Yasin di renjiskan disepanjang jalan ke penjuru yang dituju. Apabila tiba dipenjuru yang dituju, paku satu lagi tersa kayu asam jawa seperti yang dilakukan sebelum ini.

Kemudian berdiri diatasnya sambil memandang penjuru yang berikutnya. Buat seperti tadi ke penjuru ketiga, kemudian seterusnya kembali ke penjuru yang mula-mula tadi. Setelah menanam kesemua empat teras batang kayu asam jawa yang disediakan, pijaklah teras kayu asam jawa yang pertama tadi kemudian buat lingkungan di bahagian atas seluruh kawasan yang dipagar tadi, dengan isyarat tangan. Untuk tujuan ini, Air Yasin atau garam boleh digunakan untuk melinkungi bahagian atas rumah tadi. Sekiranya terdapat penceroboh yang berniat buruk memasukki kawasan yang telah dipagar ini, nescaya ia akan rasakan bagai berada di tengah-tengah lautan yang luas, terkapai-kapai berenang unutk menyelamatkan dari lemas. Begitu lah kebesaran Allah. ALLAHUAKHBAR.

AS-SYIFA' MELAKA : PAGAR RUMAH


Kaedah berikut adalah salah satu daripada banyak kaedah dalam bidang pengubatan Islam yang dilakukan untuk mendinding rumah dan kawasannya juga tempat-tempat lain. Usaha untuk memagar rumah adalah ikhtiar manusia yang memohon perlindungan daripada Allah s.w.t. dengan niat memagar rumah daripada gangguan jin dan manusia dengan pelbagai niat. Usaha ini hendaklah dimulakan dari bahagian kanan rumah. Mula-mula pacakkan teras kayu asam jawa disatu penjuru rumah (sebelah kanan) dan ketuk dengan pemukul besi hingga tenggelam paras bumi. Pijak tunggu tadi sambil mengadap ke penjuru lain yang di tuju dan baca Doa Nabi Sulaiman :Ini kota Nabi Sulaiman , didalam kota diluar lautan, Barang siapa masuk di dalam kota, Umpama ia berenang dalam lautan.

BAHAN:1. Kayu teras asam jawa. 2. Garam kasar 3. Air (jika perlu) KAEDAH :1. Baca doa di atas 2. Tiup menghala penjuru yang hendak dituju. 3. Baca bimillah dan Al-Fathihah 4. Surah Yasin dari awal hingga ayat ke 9 (penggunaan kayu teras asam jawa paling popular dalam ikhtiar ini/boleh didapati di AsSyifa' Melaka setelah menerima pemberian salah seorang pesakit di Pahang) Kemudian berjalan menuju ke arah penjuru lagi satu dengan membaca ayat ini berulangulang. Sambil membaca, Air Yasin di renjiskan disepanjang jalan ke penjuru yang dituju. Apabila tiba dipenjuru yang dituju, paku satu lagi teras kayu asam jawa seperti yang dilakukan sebelum ini. Kemudian berdiri diatasnya sambil memandang penjuru yang berikutnya. Buat seperti tadi ke penjuru ketiga, kemudian seterusnya kembali ke penjuru yang mula-mula tadi. Setelah menanam kesemua empat teras batang kayu asam jawa yang disediakan, pijaklah teras kayu asam jawa yang pertama tadi kemudian buat lingkungan di bahagian atas seluruh kawasan yang dipagar tadi, dengan isyarat tangan. Untuk tujuan ini, Air Yasin atau garam boleh digunakan untuk melinkungi bahagian atas rumah tadi. Sekiranya terdapat penceroboh yang berniat buruk memasukki kawasan yang telah dipagar ini, nescaya ia akan rasakan bagai berada di tengah-tengah lautan yang luas, terkapaikapai berenang unutk menyelamatkan dari lemas. Seperti yang dimaklumkan di atas tadi bahawa ini adalah salah satu cara paling kerap diamalkan dengan tidak menolak cara serta kaedah lain selagimana ia tidak bertentangan dengan hukum syarak.
As-Syifa' Melaka : 013-2006363)

Kaedah memagar rumah

Bulan Oktober tahun lepas rumah saya di Kuala Lumpur (rumah flat je) dimasuki pencuri. Ceritanya begini. Pada hari kejadian tu saya dan isteri masing-masing dah pergi ke tempat kerja. Lebih kurang dalam pukul 1 tengahari saya mendapat panggilan daripada isteri mengatakan rumah saya telah dipecahkan oleh pencuri hasil informasi daripada jiran sebelah rumah. Tidak lama selepas tu jiran sebelah rumah tersebut juga hubungi saya memberitahu perkara yang sama. Saya dengan perasaan bercampur-campur segera bergegas pulang ke rumah. Setibanya dirumah saya dapati grill bahagian hadapan telah dipatahkan manakala tombol pintu telah tercabut. Menurut jiran-jiran, memang sebelum tu mereka langsuang tidak dengar apa-apa bunyi bising. Malah jiran sebelah rumah juga manyangka saya pulang ke rumah pada tengahari tersebut kerana pintu terbuka. Pendek cerita hasil pemeriksaan dalam rumah Alhamdulillah saya mandapati takde apa-apa barangan yang hilang walaupun kamera digital dan wang syiling (anggaran dalam 2-3 ratus) telah diletakkan atas lantai. Barangan kemas yang isteri saya sorokkan tidak ditemui oleh penjenayah. Saya hairan kenapa penjenayah tersebut langsung tak ambil apa yang ada depan mata. Senang cerita orang tua cakap kalau tak dapat gading, tanduk pun jadilah. Walaubagaimanapun saya tetap membuat laporan polis supaya dapat mencari siapa penjenayah tersebut supaya tidak berlaku kepada orang lain. Selepas beberapa hari kemudian baru saya terfikir sebenarnya beberapa hari sebelum tu saya pernah membuat pagar rumah untuk membenteng keluarga dan harta benda saya dari segala bentuk kejahatan. Jadi dengan pertolongan Allah, penjenayah tersebut tidak berjaya mengambil barangan tersebut. Jadi saya bercadang untuk kongsi bersama pembaca tentang kaedah memagar rumah yang saya lakukan. Kaedah memagar yang saya lakukan tu mudah saja. Perlu diingatkan sebenarnya segala ayat atau doa yang dibaca itu tidak memberi sebarang kesan jika tanpa pertolongan daripada Allah. jadi anggaplah segala doa & niat itu adalah ikhtiar kita di dalam memohon pertolongan daripada Allah. Caranya ialah dengan berdiri di hadapan rumah (di luar rumah). Kalau tak boleh diluar rumah, di dalam rumah depan pintu masuk menghadap kedalam rumah juga boleh. Baca surah Al-Fatihah 1x dan ayat Kursi 1x. Hembuskan ke arah rumah dengan tiupan perlahan tetapi panjang sambil mengisyaratkan membuat pagar sekeliling rumah. Jangan lupa niat/doa dalam hati memohon kepada Allah untuk membina pagar. Selamat mencuba... Posted by Attar Kasturi at 9:29 PM

Rawatan Berlandaskan Ruqyah Syariyyah Dan Doa

Friday, March 25, 2011

Kaedah Memagar Rumah


Sebelum Amalan: Doa (mohon ALLAH lindungi diri, keluarga & rumah) Baca Yassin ayat 1-9 7x (untuk dinding diri) Amalan untuk Setiap 6 Arah (Atas Bawah, Kiri Kanan Rumah, Depan Belakang Rumah): Hadapkan muka pada arah yang hendak dipagar Baca Ta'awudz 7x, tiup bahu kiri (bagi mengelakkan mendapat bisikan2 jahat) Baca Bismillah 7x, tiup bahu kanan (untuk mengelak bisikan jin2 Islam yang fasik) Qursi 25x (tetapi untuk yang was2 baca 45x) Amalan ini boleh dibuat berkumpulan supaya lagi cepat. insyALLAH. Kalau boleh dibacakan dihadapan sebaldi air. Amalan ini juga boleh dibuat untuk memagar harta benda yang baru dibeli, contohnya kereta dsb, lalu disiram pada harta benda tersebut bermula dari kanan siram pusing mengelilinginya sehingga bertemu semula tempat permula tadi. InsyaALLAH harta benda terpelihara dari mara bahaya. Lahaulawala Quwata Illa BiLLAHil Aliyil Azim.

CARA MEMAGAR RUMAH,KILANG ,SEKOLAH DLL TANPA MEMBAZIRKAN GARAM KASAR,LADA HITAM ATAU ASAM KEPING

a) Hendaklah anda bersama dua orang yang lain pergi ke rumah tersebut dan ucapkanlah perjanjian Nabi Sulaiman ini , maksudnya : "Aku bersumpah dengan perjanjian sebagaqimana yang telah diikatkan oleh Nabi Sulaiman ke atas kalian agar kalian hendaklah keluar dan pindahlah dari rumah kami.Aku bersumpah dengan nama Allah agar kalian keluar dan janganlah mengapa-apakan sesiapa pun dan berpindah dari rumah kami. Lakukan selama tiga hari berturut-turut.(Sebaik-baiknya membaca perjanjian dengan makna dan suara kuat. Jika tidak dapat tiga orang seorang pun memadai tetapi ulangan tiga kali dengan suara yang kuat)

SAMBUNGAN KAEDAH MEMAGAR RUMAH,KILANG,SEKOLAH DLL TANPA MEMBAZIRKAN GARAM KASAR,LADA HITAM ATAU ASAM KEPING
b) Apabila anda merasakan ianya masih belum berubah, maka hendaklah dibawa sebekas air lalu celupkan jari-jemari anda ke dalamnya.Sebelum membaca doa ini dekatkan sedikit mulut anda ke bekas air yang sedang dicelup itu tadi :

Sebaiknya surah As Saffat ditambah tiga ayat lagi iaitu ayat 8,9 dan 10. Setelah selesai membaca doa-doa dan ayat-ayat ini,renjis-renjiskan air tersebut ke seluruh pelusuk lokasi dalam rumah.Insya Allah, makhluk jin itu akan keluar. Semoga Allah SWT sentiasa menggolongkan kita ke dalam golongan yang sentiasa memohon pertolongan ,kekuatan, perlindungan dan menyerahkan segala tawakkal hanya kepadaNya sahaja. Petikan Dari Wiqoyatul Insan minal jin wa syaithon

MERAWAT DAN MEMAGAR RUMAH


Alhamdulillah cuti sekolah baru-baru ni saya telah melakukan satu ikhtiar dan usaha untuk merawat serta memagar rumah emak dengan cara rawatan Islam oleh bapa saudara saya sendiri ustaz Ishak Abul Rahman, salah seorang perawat di Darul Syifa , Bangi yang telah pun mempunyai pusat rawatan sendiri di Darul Syifa Mentakab, Taman Bukit Bendera , Pahang. Saya membuat rawatan dan memagar rumah mak ini dengan tujuan untuk menjauhkan sebarang gangguan makhluk Allah yang lain sama ada jin ataupun manusia yang bertujuan tidak baik sama ada dalam rumah ataupun persekitaran rumah. Sebelum proses rawatan dan memagar rumah dibuat saya diminta untuk menyediakan air yassin yang telah dibaca yassin sebanyak 44 kali, garam kasar, lada hitam dan 4 batang teras asam jawa.Setelah bahan-bahan ini tersedia garam dan lada hitam akan dicampur dan digaul dalam satu bekas dan akan dibacakan dengan ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan tujuan rawatan dan memagar rumah sambil 4 teras kayu asam jawa di cucuk-cucuk dalam garam dan lada hitam tadi.

Ustaz Ishak sedang menaburkan garam dan lada hitam yang telah didoakan

Ustaz Bohari melaungkan azan ketika proses rawatan dalam rumah dilakukan

Garam dan lada hitam ditaburkan ke seluruh rumah

Proses menyiram air yassin

Menurut ustaz Ishak, sebelum memagar kawasan luar rumah , kawasan dalam rumah mestilah dirawat terlebih dahulu, supaya sekiranya ada makhluk Allah yang lain ada di dalam rumah itu dapat dihalau keluar terlebih dahulu sebelum proses memagar dibuat. Setelah proses rawatan dalam rumah selesai barulah proses memagar di luar rumah dilakukan dengan kaedah yang sama seperti di dalam rumah.

Usaha memagar sekeliling rumah

Setelah selesai proses memagar sekeliling rumah , maka berakhirlah proses merawat dan memagar rumah.Semoga Allah memperkenankan usaha yang kami lakukan amin ya rabbalaalamin.... Posted by Karimah Abu Bakar

Adakah Rumah anda mempunyai salah satu tanda-tanda di bawah??


1-kadang-kadang terdengar bunyi guli jatuh di dalam rumah 2-terdengar sesuatu benda jatuh dari bumbung.dan kebiasaannya perkara ini berlaku pada waktu malam 3-bila masuk ke dalam rumah tidak rasa tenang dan apabila berada di luar rumah sebaliknya berlaku 4- keadaan rumah suram dan menyeramkan 5-terhidu bau bangkai atau sesuatu yang busuk dan tidak menjumpai puncanya

Tips Memagar Rumah


A.Bacaan 1. Baca Surah Yasin 2. Al-Fatihah,Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-nas Sebanyak 7x 3. Surah Yasin ayat 9 = 21x 4. Surah al-a'raf ayat 17 = 21x B. Bahan 1. Garam 2. Daun Pandan 14 Helai @ Limau Purut 14 Biji 3. Minyak Kasturi (Putih @ Hitam) C. Kaedah 1. Pastikan rumah tersebut bebas daripada sebarang azimat, tangkal dan unsur-unsur yang mensyirikkan Allah 2. Sediakan 1 baldi air (mengikut keluasan dalaman rumah)

3. Campurkan garam,daun pandan 14 helai @ limau purut 14 biji dan minyak kasturi tadi
4. Masukkan air yang di campur tadi ke dalam botol semburan. 5. Buka pintu , tingkap dan almari 6. Pasang cd ruqyahsehingga selesai kemudian azan sekali di tengah rumah 7. Sembur di setiap ruang rumah ketika menyembur baca ayat kursi berulang-ulang sehingga selesai # Cd ruqyah boleh didapati di pusat rawatan islam darul ruqiyyah atau kedai-kedai yang berhampiran Posted @ http://darulruqiyyah.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai