Anda di halaman 1dari 3

JIN ASYIK

Jin asyik, terlalu cinta dengan manusia sanggup sehidup semati. Untuk pesakit yang sudah
biasa mendapatkan rawatan islam dan jin yang dikenalpasti sudah diketahui bahawa ianya
JIN ASYIK, maka sebelum pesakit mendapatkan rawatan, pesan dengan pesakit supaya
amalkan amalan seperti berikut seminggu sebelum datang rawatan. Jika pesakit baru dan
tidak tahu bahawa dirinya ada Jin Asyik, bolehlah buat rawatan ini dan bertemu lagi sekali
selepas seminggu. Kaedahnya:

1. Ambil segelas air setiap kali sebelum sebelum tidur baca doa ini, gelas tu berhampiran
dengan mulut. Baca fatihah dan selawat kemudian diikuti doa ini

Bismillahirrahmanirrahim,

YA ALLAH, SAYA JUGA MENGHARAMKAN TUBUH SAYA DIJADIKAN


TEMPAT TINGGAL JIN
YA ALLAH JIKA DIA TINGGAL DAN MEMPERGUNAKAN TUBUH SAYA,
JADIKAN DIA KEPANASAN DAN TERSIAT-SIAT KULITNYA KERANA RACUN
DARIMU.

YA ALLAH, BERMULA DARI SAAT INI, SAYA HARAMKAN SEMUA MAKANAN


SAYA (DAN DARAH HAID SAYA) DARI DIMAKAN OLEH MANA-MANA JIN DI
DALAM TUBUH SAYA.
YA ALLAH, JIKA MAKANAN SAYA DIMAKAN OLEH MEREKA, JADIKAN
MAKANAN INI SEBAGAI RACUN KEPADA MEREKA.
AMIN YA RABBAL 'ALAMIN

2. Tiup pada air dan minum.

3. Sebelum tidur tadahkan tangan seperti berdoa dan baca al-ikhlas, al-falaq dan an-nas,
hembus pada tapak tangan dan sapu seluruh badan hingga kaki. Perbuatan ini dibaca dan
diulang sebanyak 3 kali kemudian selepas itu baca al-fatihah, ayat kursi dan 2 ayat terakhir
surah al-baqarah. Tidur dalam keadaan zikir asmaul husna sehingga terlena. Antaranya, Ya
Allah atau Ya rahman atau Ya Rahim, atau Ya Qohar dan lain-lain lagi. Ingat, tidur mesti
dalam keadaan berwuduk.

4. Doa itu juga hendaklah dibaca selepas solat bersama zikir dalam e-book bekalan selepas
rawatan. Download di sini
http://www.ziddu.com/download/10700502/BEKALANSELEPASRAWATAN.pdf.html

5. Untuk zikir harian, bila-bila terasa perlu, amalkan Lailaha illallah wahdahu la syarikalah,
lahul mulku walahul hamd, wahua 'ala kulli sya'in qodir seberapa byk yg mampu.

6. Amalkan surah al-falaq dan an-nas bila terdapat simptom yg pelik dan aneh berulang-ulang
kali.

Insya allah.

7. Untuk kaedah rawatan, buat seperti nombor 1 dan 2.


8. Mulakan sesi ruqyah syariah

9. Ada 3 jenis kehadirannya selepas ruqyah iaitu

a. Menangis
- kadang-kadang hanya menangis tetapi tidak berbual
b. Merasuk
- kadang-kadang hanya merasuk menjerit-jerit tetapi tidak berbual
c. Berbual dengan perawat
d. Tiada respon

10. Kendalikan seperti biasa mengikut kaedah Perawat Islam Malaysia.

11. SOALAN BONUS

SOALAN: Bolehkan pesakit masalah jin asyik dirawat dengan telefon (ruqyah via phone)?

JAWAPAN: Melalui pengalaman ana, BOLEH jika dalam kes perkara 9A, 9B DAN 9C
sahaja. Tetapi lebih afdal berjumpa kerana ada tindakan tatatertib perlu kita buat untuk jin
asyik tersebut. Diingatkan, ada teknik tertentu sahaja untuk rawatan 'ruqyah telefon' dan jika
tidak berpengalaman, jangan cuba kerana keadaan akan jadi tidak terkawal. Insya allah teknik
ini akan diajar di dalam kursus online kelak Insya Allah

Fakta tentang Jin Asyik


-jin asyik secara ringkasnya ialah jin yg jatuh cinta dgn manusia.
-antara yg paling bahaya: susah dikeluarkan dan ganas.
-biasanya jatuh hati pada orang baik
-bukan hanya berlaku kepada org bujang, tapi yg dah berkahwin juga tidak terkecuali.
-mangsa biasanya perempuan, tapi lelaki pun ada yg kena.
-kemungkinan jin yg memang berada di rumah mangsa, jin yg lalu dan ternampak, atau jin yg
mmg dihantar utk menyihir mangsa, atau jin yg dihantar utk menyihir mangsa tapi berubah
tujuan kerana jatuh cinta.
-jin saka juga boleh jadi jin asyik

Antara sebab jin asyik boleh jatuh cinta


-Bertelanjang walapun berseorangan di dalam rumah
-Jin ternampak masa berada di dalam bilik air
-Tidak baca doa sebelum bersama suami-isteri
-Selalu tidur berseorangan. Contoh orang bujang tinggal seorg diri di rumah.

Antara tanda2 kehadiran jin asyik


-Isteri mengamuk tetiba bila tengok perempuan mendekati suami
-Ada kala jin asyik hanya berada di rumah, mangsa di luar baik, bila di rumah ada saja tak
kena.
-Sering mimpi bersama dgn suami/isteri/org yg tak kenal.
-Mendengar nafas di tempat tidur, terasa ada seseorang tidur bersama.
-Badan selalu lesu, sebab selalu didakap jin asyik.
-Pendiam
-Mimpi slalu naik pelamin / hamil.
-Selesa duduk menyendiri.
-Terasa alat kelamin disentuh semasa tidur.

Antara kesan gangguan Jin Asyik


-Boleh menyebabkan tiada niat untuk berkahwin, atau jika sudah berkahwin, anak-anak degil.
-Dipinang tapi org tak jadi sbb ada sihir gagal nikah menghodohkan perempuan yg ingin
dipinang, buat tak senonoh dpn rombongan dan sebagainya, atau si lelaki atau si perempuan
nampak bakal tunang/isteri seperti org tua, hodoh dan lain-lain lagi
-Ada saja halangan bila mangsa merancang utk nikah. Jin asyik cuba gagalkan perkahwinan.
Catatan oleh ‫ مستقيم محمد نجيب‬pada jam 1:27 AM

Anda mungkin juga menyukai