Anda di halaman 1dari 7

GMGM2013 Organisasi dan Masyarakat

ARAHAN : Jawab SEMUA soalan.

1. Masyarakat dapat dibahagikan kepada dua klasifikasi. Nyatakan dua klasifikasi


masyarakat dan bincangkan setiap satu. (10 Markah)

Dua klasifikasi tersebut ialah:- (Markah penuh=5 markah)


i.Stratifikasi sosial tertutup (1 Markah)
Mana mana jawapan dibawah adalah betul. Markah diberi mengikut agihan.
• ialah merujuk kepada setiap anggota masyarakat tidak dapat berpindah ke strata
atau tingkat sosial yang lebih tinggi atau lebih rendah. (2 Markah)
• Sebagai contohnya sistem kasta dalam masyarakat India yang terdiri daripada
lapisan Brahmana, Kstria, Waisya, Sudra dan yang terendah adalah lapisan Paria. (1
Markah)
• keanggotaan setiap kasta adalah diwarisi secara turun temurun, (1 Markah)
• pola perkhawinan pula adalah dalam kasta yang sama(1 Markah)
• hak serta kewajipan dalam setiap kasta juga adalah berbeza. (1 Markah)

ii. stratifikasi sosial terbuka (1 Markah) (Markah penuh=5 markah)


Mana mana jawapan dibawah adalah betul. Markah diberi mengikut agihan.

Sistem sosial terbuka mempunyai ciri-ciri:


 setiap anggota masyarakatnya dapat berpindah atau bertukar.(1 Markah)
 mereka bertukahk daripada satu tingkat kasta ke satu tingkat yang lebih baik.
.(1 Markah)
 Kebiasaanya perubahan daripada satu kasta ke kasta lain .(1 Markah)
 faktor pendidikan, kekayaan, kekuasaan mahupun pangkat yang dimiliki.
Mempengaruhi perubahan(1 Markah)
 Sebagai contoh, masyarakat di Malaysia tidak mungkin akan mewarisi
keturunan keluarga untuk hidup miskin .(1 Markah)
 mereka akan berusaha samada melalui pendidikan untuk berubah daripada satu
lapisan kepada lapisan lain yang lebih baik. .(1 Markah)

2. Status sosial dalam masyarakat Melayu tradisional dibahagikan kepada golongan


pemerintah (golongan diraja dan bangsawan) dan golongan yang diperintah (rakyat dan
hamba) manakala masyarakat moden pula, status sosial terdiri daripada golongan atasan,
golongan pertengahan dan golongan bawahan. Nyatakan dan bincangkan tiga jenis status
sosial. (10 Markah)

1
GMGM2013 Organisasi dan Masyarakat

Terdapat tiga jenis status sosial iaitu :


(i) Ascribed Status (1 Markah)
-yang merujuk kepada status yang terdapat sejak dilahirkan (1 Markah)
-seperti jantina, ras, kasta, dan juga keturunan. (1 Markah)

(ii) Achieved Status (1 markah)


-merupakan status yang didapati oleh seseorang kerana kerja keras, usaha (1 Markah)
-seperti mencari harta kekayaan, menimba ilmu sehingga ke menara gading dan kenaikan
pangkat dalam pekerjaan. (1 Markah)

(iii) Assigned status (1 Markah)


- sesuatu yang bukan dimiliki sejak dilahirkan tetapi ianya merupakan anugerah daripada
masyarakat hasil daripada kepercayaan dan kebolehan untuk memikul tanggungjawab (1
Markah)
-satu bentuk pengiktirafan di kalangan masyarakat, contohnya seperti jawatan ketua adat
atau ketua suku kaum. (1 Markah)

3. Bincangkan secara ringkas ciri ketamadunan manusia menurut Xavier Bartlett


(10Markah)

Ciri-ciri ketamadunan manusia itu menurut Xavier Bartlett adalah melalui


beberapa peringkat iaitu:

1. masyarakat dibahagikan kepada beberapa penempatan kecil seperti di


kawasan kampung dan kawasan yang lebih besar dan akhirnya bertukar
menjadi sebuah bandar. (2 Markah)
2. terdapat pusat perkembangan agama, sistem politik dan juga sistem
pentadbiran yang membentuk undang-undang ke arah kehidupan masyarakat
yang lebih aman. (2 Markah)
3. apabila terdapat lebihan sumber ianya akan membantu pertumbuhan
ekonomi dan menggalakkan pertukaran yang akhirnya mewujudkan proses
perdagangan barangan. (2 Markah)
4. terdapat lapisan masyarakat yang berbeza mengikut pekerjaan
terutama bagi masyarakat yang tinggal di kawasan bandar. (2 Markah)
5. , masyarakat semakin sedar bahawa peri pentingnya untuk merekod
segala maklumat dan juga informasi yang berlaku dalam kehidupan seharian
mereka(2 Markah)

4. Huraikan Teori Evolusi menurut Auguste Comte.


(25Markah)

2
GMGM2013 Organisasi dan Masyarakat

Teori Evolusi Comte


( Mana-mana jawapan di bawah betul mengikut agihan yang diberikan.)

Pengenalan (1/2 Markah)


 Comte mengasingkan sosial statics daripada sosial dynamics. ( 1 Markah)
 sosial statics adalah berkaitan dengan cara yang merangkumi beberapa
bahagian daripada sistem sosial yang berinteraksi diantara satu sama lain
seperti sebuah hubungan di antara bahagian dan sistem sosial secara
keseluruhannya. ( 2 Markah)
 Comte lebih memfokuskan kepada sosial statics terhadap individu, seperti
fenomena keluarga, agama, bahasa dan juga pembahagian tenaga buruh. ( 2
Markah)
 Comte menetapkan penekanan yang besar ke atas kajian mengenai social
dynamics atau perubahan sosial. ( 1 Markah)
 Teori Comte berkaitan dengan social dynamic bertunjangkan kepada tiga
peringkat, contohnya evolusi masyarakat adalah berasaskan evolusi
pemikiran melalui theological, metaphysical and positivist stages. ( 3
Markah)
 Beliau menyatakan social dynamics sebagai sebuah proses evolusi yang
progresif di mana manusia menjadi lebih pandai dan pemurah yang dapat
memenangi ego. ( 2 Markah)
 Proses ini menggambarkan bahawa manusia boleh membuat perubahan
tetapi pada akhirnya peraturan pembangunan yang akan mengubah
persekitaran masyarakat. ( 2 Markah)
 Comte percaya bahawa positivism boleh memberi kemajuan (1 Markah)
 Positivism mengubah cara manusia menjalankan kehidupan seharian. Beliau
menyatakan golongan perempuan dan yang bekerja adalah lebih menyokong
positivism dan membantu melaksanakan program mengenai perubahan. (2
Markah)
 Comte berpandangan bahawa golongan bekerja sebagai agents positivistic
change kerana kekuatan hubungan mempengaruhi kekeluargaan,
menghormati badan yang berkuasa, dan tidak mementingkan diri sendiri. (2
Markah)
 Comte merasakan bahawa wanita lebih menyokong positivist program untuk
perubahan kerana wanita pada pandangan beliau adalah lebih berperasaan
berbanding lelaki. (3 Markah)

3
GMGM2013 Organisasi dan Masyarakat

 beliau merasakan lelaki adalah lebih matang dan berpengetahuan tinggi


untuk menguruskan pelbagai hal, merancang dan penyelia perubahan,
sementara wanita adalah lebih sesuai dengan pendekatan moral. (3 Markah)

Penutup (1/2 markah)

5. Terdapat LIMA (5) Teori Persepsi. Bincangkan. (25Markah)


Terdapat lima teori Persepsi iaitu
( Jumlah markah bagi bahagian ini =5 Markah) (Mana mana jawapan
adalah betul , hendaklah mengikut agihan.)

1. Teori kognitif (Cognitive Theory) (1 Markah) .


 merupakan satu kerangka untuk memahami bentuk pemikiran manusia dan
tingkah laku hasil daripada pemikiran tersebut. (1 Markah)
 Ianya bergantung kepada rangsangan deria manusia untuk bertindak.
(1 Markah)

 Disamping itu, teori ini juga disokong oleh pendekatan yang dikeluarkan oleh
James J.Gibson iaitu perceptual ecology approach. (1 Markah)
 James J.Gibson menyatakan bahawa persepsi bukanlah hanya bergantung
kepada perasaan atau sensation sahaja. Ianya juga bergantung kepada
pemprosesan sistem maklumat untuk mencipta suatu persepsi.
(1 Markah)

(jumlah jawapan bagi bahagian ini=5 Markah)


2.Teori Interface (1 Markah)
 Teori ini merujuk kepada persepsi manusia mengikut apa yang dilihat dengan
keadaan sebenar objek tersebut. ( 1 Markah)
 Teori ini menyatakan bahawa persepsi manusia mengenai sesuatu objek adalah
berkesesuaian mengenai objek atau perkara tersebut dengan hanya melihat
kepada permukaan objek tersebut. ( 1 Markah)
 Contohnya seperti icon di komputer yang menunjukan file document berwarna
kuning adalah itu mengambarkan bahawa file tersebut adalah berwarna kuning. (
1 Markah)
 Tetapi keadaan sebenarnya adalah sebaliknya. ( 1 Markah)
4
GMGM2013 Organisasi dan Masyarakat

(jumlah jawapan bagi bahagian ini=5 Markah)


3.Teori Gestalt ( 1 Markah)

 Gestalt adalah terma daripada psychology yang bermaksud unified whole. ( 1


Markah)
 Ianya merujuk kepada teori mengenai persepsi visual ( 1 Markah)
 yang dipelapori oleh ahli psychology German pada tahun 1920. ( 1 Markah)
 menjelaskan bagaimana manusia menguruskan pemahaman visual kepada suatu
tanda atau symbol yang sama, mempunyai sambungan, tetapi kurang jelas. ( 1
Markah)
 juga melihat pola-pola atau konfigurasi kerana ini adalah fungsi yang dimainkan
oleh sistem saraf pusat. ( 1 Markah)

(jumlah jawapan bagi bahagian ini=5 Markah)


4. Teori Behaviour (1 Markah)
 Menurut teori ini persepsi adalah tidak banyak bezanya dengan pola-pola
perlakuan yang lain. (1 Markah)
 Setiap kelakuan adalah suatu tindakan dan tindakbalas (1 Markah)
 dikaitkan dengan pembelajaran. (1 Markah)
 Persepsi juga menghasilkan pembentukan tabiat pembelajaran dan generalisasi.
(1 Markah)

(jumlah jawapan bagi bahagian ini =5 Markah)


5. Teori Attribution (1 Markah)
 mencadangkan apabila kita memerhatikan tingkah laku seseorang, kita
sebenarnya cenderung untuk mengenalpasti dalaman atau luaran. (1 Markah)
 Dimana, dalaman disebabkan oleh tingkah laku yang dipercayai dikawal oleh
individu tersebut sendiri. (1 Markah)
 Manakala, luaran pula disebabkan hasil daripada faktor seperti tingkah laku
berubah mengikut situasi. (1 Markah)

5
GMGM2013 Organisasi dan Masyarakat

 Untuk mengenalpasti,tingkahlaku disebabkan oleh luaran bergantung kepada


tiga faktor iaitu distinctiveness, consensus dan consistency . (1 Markah)

6. Model Persepsi telah diperkenalkan oleh Jerome Bruner berkaitan bagaimana seseorang
individu membentuk sebuah pendapat. Terdapat tiga peringkat dalam proses tersebut.
Nyatakan ketiga-tiga peringkat dan bincangkan secara ringkas Model Persepsi ini.

(10Markah)
Model persepsi telah diperkenalkan oleh Jerome Bruner. Menurut beliau
setiap individu melalui proses tersebut untuk membentuk sebuah pendapat.
Model ini terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu:

Peringkat pertama ,( markah penuh 3 Markah.)


 Peringkat pertama, apabila seorang penerima iaitu individu bertembung
dengan sesuatu yang luar biasa bagi individu tersebut(1Markah)
 maka kita akan lebih terbuka kepada kepelbagaian perbezaan maklumat
(1Markah)
 dan ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai perkara baru
tersebut. (1Markah)

Peringkat kedua,(markah penuh 3 markah)


 Peringkat ke dua, kita akan cuba untuk mengumpulkan sebanyak yang
mungkin maklumat (1 markah)
 mengenai perkara yang tidak dikenali tersebut. (1 markah)
 Lambat-laun kita akan menemui tanda yang akan membantu kita untuk
mengkategorikan perkara tersebut. (1 markah)

Peringkat ketiga,( markah penuh 3 markah.)

 Peringkat ke tiga, tanda yang diperolehi pada peringkat kedua akan menjadi
kecil dan terpilih sahaja. (1 Markah
 Individu akan cuba untuk mencari banyak tanda untuk mengesahkan
pemahaman pada peringkat kedua (1 Markah)
 individu akan bertindak memusnahkan tanda yang menganggu permulaan
tanggapan. Persepsi menjadi lebih terpilih dan akhirnya individu dapat
mengambarkan perkara tersebut dengan tepat. (1 Markah)

6
GMGM2013 Organisasi dan Masyarakat

(Jika semua peringkat betul, markah bonus =1 markah)

7. Bincangkan secara ringkas kedua-dua peranan berikut dalam pengurusan organisasi


i. perancangan
ii. pengorganisasian
(10 Markah)

i. Perancangan (Markah penuh=5Markah)

 Merupakan tugas utama pihak pengurusan. (1 markah)


 Seorang pengurus perlu mengimbangi antara keperluan sekarang dengan
keperluan pada masa akan datang. (1 markah)
 Beliau perlu memikirkan mengenai perningkatan kualiti dalam produktiviti
atau perkhidmatan yang disediakan oleh organisasi kepada pekerja
mahupun kepada pelanggan. (1 markah)
 Seseorang pengurus itu bertanggungjawab untuk menetapkan objektif-
objektif organisasi . (1 markah)
 Beliau juga perlu menentukan cara untuk mencapai objektif tersebut. (1
markah)

a. Pengorganisasian (Markah penuh=5Markah)

 Merupakan suatu proses untuk memutuskan apa yang akan dilakukan oleh
siapa. (1 markah)
 Proses ini menentukan autoriti, tanggungjawab dan akauntabiliti kepada
individu-individu dan kumpulan. (1 markah)
 Contohnya, pengurus menugaskan seorang pekerja untuk mengumpulkan
data dan menyediakan laporan. (1 markah)
 Pekerja akan diberi autoriti yang perlu untuk membuat tugasan tersebut serta
pekerja tersebut dipertanggungjawab ke atas kerja tersebut. (1 markah)
 Pengurus haruslah membuat pengorganisasian dengan jelas dan teratur di
dalam oganisasi bagi mengelakkan sebarang pertindihan kerja. (1 markah)

Anda mungkin juga menyukai