Anda di halaman 1dari 7

GMGM2013 Organisasi dan Masyarakat

Arahan: Jawab SEMUA soalan.

1. Berikan definisi masyarakat menurut perspektif sosiologi dan bincangkan


kepentingan mengetahui konsep dan implikasi masyarakat ke atas individu.
(25 Markah)
Masyarakat menurut sosiologi didefinisikan (markah penuh=5 Markah)

 sebagai sebuah kumpulan manusia yang membentuk sistem sosial(1 Markah)


 yang mana interaksi lazimnya berlaku di antara individu lain dalam kumpulan. (1
Markah)
 masyarakat adalah sebuah populasi manusia yang diklasifikasikan oleh bentuk hubungan
antara individu yang berkongsi budaya atau institusi. (1 Markah)
 juga merupakan suatu bentuk ekonomi, sosial dan infrastruktur industri(1 Markah)
 ianya mengandungi kepelbagaian manusia. (1 Markah)

kepentingan mengetahui konsep masyarakat : (markah penuh=20 Markah)


 Memahami hakikat bahawa manusia, untuk kelangsungan kehidupan tidak
mempunyai pilihan lain selain daripada kehidupan bermasyarakat (2 Markah)
Perbincangan mengenai poin ini (3 Markah)
 Sebagai manusia haruslah memahami secara mendalam mengenai cara hidup
bermasyarakat(2 Markah)
Perbincangan mengenai poin ini (3 Markah)
 Keperluan untuk memahami budaya masyarakat lain (2 Markah)
Perbincangan mengenai poin ini (3 Markah)
 Memupuk semangat kerjasama dan saling membantu di antara masyarakat secara
langsung memahami sikap dan ciri-ciri masyarakat kerana setiap masyarakat
tersebut adalah dinamik. (2 Markah)
 Perbincangan mengenai poin ini ( 3 Markah)

1
GMGM2013 Organisasi dan Masyarakat

2. Masyarakat berevolusi dari tahap ketamadunan yang rendah kepada tahap ketamadunan
yang lebih tinggi, lebih tersusun dan lebih beradab dan berbudi pekerti. Terdapat empat
zaman utama dalam peradaban manusia iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman
Neoliltik dan Zaman Logam. Bincangkan dengan ringkas ciri – ciri cara hidup, tempat
tinggal dan pekerjaan bagi setiap zaman tersebut.
(25 Markah)

Zaman Paleolitik

Cara hidup : Nomad dalam kelompok keluarga berkumpulan. (2 Markah)


Tempat tinggal: Tepi tasik, sekitar sungai dan dalam gua. (2 Markah)
Pekerjaan: Memungut hasil hutan , Menangkap ikan dan memburu binatang. (2 Markah)

Zaman Mesolitik :

Cara hidup : Nomad dalam kelompok keluarga berkumpulan. (2 Markah)


Tempat tinggal: Tepi tasik sekitar sungai dalam gua. (2 Markah)
Pekerjaan: Memungut hasil hutan, Menangkap ikan dan memburu binatang. (2 Markah)

Zaman Neolitik

Cara hidup: Menetap (tidak berpindah randah) dalam kelompok besar. (2 Markah)
Tempat tinggal: Tepi tasik dan sekitar sungai. (2 Markah)
Pekerjaan: Bercucuk tanam, menternak binatang, melebur logam. Mengamalkan kegiatan
tukaran barang. (2 Markah)

Zaman Logam

Cara hidup : Menetap (tinggal tetap) dan mempunyai rumah. (2 Markah)


Tempat tinggal : Petempatan yang lebih besar dan kota pertahanan. Berkembang menjadi
bandar. (2 Markah
Pekerjaan: Perdangan maritim. (2 Markah)

3. Teori Evolusi dipelopori oleh DUA (2) pemikir iaitu Auguste Comte dan Herbert
Spenser. Huraikan teori tersebut dari pandangan.

a. August Comte

Teori Evolusi (12 Markah)


1.Comte mengasingkan sosial statics daripada sosial dynamics. (1 Markah)

2
GMGM2013 Organisasi dan Masyarakat

2.Dimana sosial statics adalah berkaitan dengan cara merangkumi beberapa bahagian
daripada sistem sosial yang berinteraksi diantara satu sama lain seperti sebuah
hubungan di antara bahagian dan sistem sosial secara keseluruhannya. (1 Markah)

3.Walau bagaimanapun, Comte lebih memfokuskan kepada sosial statics terhadap


individu, seperti fenomena keluarga, agama, bahasa dan juga pembahagian tenaga
buruh. (1 Markah)

4. Comte juga menetapkan penekanan yang besar ke atas kajian mengenai social
dynamics atau perubahan sosial. (1 Markah)

5.Teori Comte berkaitan dengan social dynamic adalah bertunjangkan kepada tiga
peringkat, contohnya evolusi masyarakat adalah berasaskan evolusi pemikiran
melalui theological, metaphysical and positivist stages. (1 Markah)

6.Beliau menyatakan social dynamics sebagai sebuah proses evolusi yang progresif di
mana manusia menjadi lebih pandai dan pemurah yang dapat memenangi ego. (1
Markah)

7.Proses ini mengambarkan bahawa manusia boleh membuat perubahan tetapi pada
akhirnya peraturan pembangunan yang akan mengubah persekitaran masyarakat. (1
Markah)

8.Comte percaya bahawa positivism boleh memberi kemajuan kepada teori dan
mengubah cara manusia menjalankan kehidupan seharian. (1 Markah)

9.Beliau juga menyatakan bahawa golongan perempuan dan yang bekerja adalah lebih
menyokong positivism dan membantu untuk melaksanakan program mengenai
perubahan. (1 Markah)

10.Comte juga berpandangan bahawa golongan bekerja sebagai agents positivistic change
kerana kekuatan hubungan untuk mempengaruhi kekeluargaan, menghormati
badan yang berkuasa, dan tidak mementingkan diri sendiri. (1 Markah)

11.Comte juga merasakan bahawa wanita lebih menyokong positivist program untuk
perubahan kerana wanita pada pandangan beliau adalah lebih berperasaan
berbanding lelaki. (1 Markah)

3
GMGM2013 Organisasi dan Masyarakat

12.Walau bagaimanapun, Comte merasakan bahawa lelaki adalah lebih matang dan
berpengetahuan tinggi untuk menguruskan pelbagai hal, merancang dan menyelia
perubahan, sementara wanita adalah lebih sesuai dengan pendekatan moral. (1
Markah)

b. Herbert Spenser.

Herbert Spencer ( Markah penuh = 12 Markah)

1.mengambilberat mengenai evolusi perubahan yang berlaku di dalam struktur sosial. (1


Markah)

2.evolusi adalah sebuah proses yang universal atau umum, yang menerangkan kedua-dua
perubahan awal terhadap perkembangan dunia sehinggalah perubahan terkini.(1 Markah)

3.Teori ini merupakan sebahagian daripada evolusi alam atau hukum alam. Alam sentiasa
berubah mengikut kemajuan disamping peraturan evolusi yang sama untuk manusia mahupun
masyarakat. (1 Markah)

4.Beliau juga pernah menyatakan bahawa tidak ada penerimaan yang lengkap bahawa sosiologi
adalah sains sekiranya susunan sosial tidak mematuhi natural law. (1 Markah)

5.Ini menunjukkan terdapat perkaitan antara evolusi perubahan masyarakat dengan peraturan
alam. (1 Markah)

6.Sosial evolusi adalah tidak selari dengan organic evolution tetapi keadaan sebaliknya iaitu
sosial evolusi adalah lanjutan daripada prinsip-prinsip evolusi organic. (1 Markah)

7.Evolusi juga bermaksud pertambahan dalam size, contohnya seperti pertambahan size struktur
tenaga sumber manusia. Pertambahan size juga akan menyebabkan peningkatan kompleks di
dalam sesebuah struktur. (1 Markah)

8.Evolusi yang dimaksudkan oleh Herbert Spencer adalah berkaitan dengan perbezaan seperti
perubahan tamadun manusia daripada mempunyai persamaan kepada berbagai bentuk atau
sehingga mewujudkan diversity. (1 Markah)

9.Perbezaan yang dinyatakan di sini ialah perubahan dalam pergerakkan yang senantiasa akan
berlaku dan meninggalkan perbezaan. (1 Markah)

4
GMGM2013 Organisasi dan Masyarakat

10.Proses evolusi akan berlaku sehinggalah masyarakat mencapai tahap keseimbangan dengan
keadaan persekitaran dan akhirnya hanya akan mengalami perubahan secara kecil-kecilan
tanpa mengubah struktur kehidupan secara keseluruhan . (1 Markah)

11.Kemajuan evolusi sosial adalah untuk penyesuaian manusia dengan syarat-syarat tamadun.
Tamadun dianggap sebagai satu kesempurnaan dan kemuncak kegembiraan manusia.
Kebebasan di Negara bertamadun adalah kebebasan tanpa anarki, dan terdapat pergantungan
serta pembahagian tenaga manusia (1 Markah)

12.Teori ini menumpukan kepada kesan sosial yang secara langsung akan membawa kepada
perubahan sosial. (1 Markah)

Bonus 1 Markah jika mendap at markah penuh bagi setiap bahagian. 12 + 12 = 24 Markah.
24 Markah + Bonus 1 Markah = 25 Markah
(25 Markah)

4. Terdapat EMPAT (4) peranan pihak pengurusan organisasi ke atas sumber manusia.
Nyatakan dan bincangakan ke EMPAT-EMPAT (4) peranan tersebut dengan ringkas.

Empat peranan pihak perngurusan organisasi ke atas sumber manusia

1.Perancangan (2 Markah)

 Merupakan tugas utama pihak pengurusan. Seorang pengurus perlu mengimbangi antara
keperluan sekarang dengan keperluan pada masa akan datang. (1 Markah)

 Ianya seperti memikirkan mengenai perningkatan kualiti dalam produktiviti(1 Markah)

 Ianya juga berkait dengan perkhidmatan yang disediakan oleh organisasi kepada pekerja
mahupun kepada pelanggan. (1 Markah)

 Seseorang pengurus itu bertanggungjawab untuk menetapkan objektif-objektif organisasi dan


menentukan cara untuk mencapai objektif tersebut. (1 Markah)

2.Pengorganisasian (2 Markah)

5
GMGM2013 Organisasi dan Masyarakat

 Suatu proses untuk memutuskan apa yang akan dilakukan oleh siapa. Ia berkaitan dengan
autoriti, tanggungjawab dan akauntabiliti kepada individu-individu dan kumpulan. (1 Markah)

 Contohnya seperti pengurus menugaskan seorang pekerja untuk mengumpulkan data dan
menyediakan laporan. (1 Markah)

 Pekerja akan diberi autoriti yang perlu untuk membuat tugasan tersebut serta pekerja
tersebut dipertanggungjawab ke atas kerja tersebut. (1 Markah)

 Pengurus haruslah membuat pengorganisasian dengan jelas dan teratur di dalam oganisasi
bagi mengelakkan sebarang pertindihan kerja. (1 Markah)

3.Pengawalan (2 Markah)

 Kawalan ialah cara pihak pengurusan memastikan unit atau bahagian di bawahnya berjalan di
atas trek yang betul. (1 Markah)

 memenuhi objektif organisasi. (1 Markah)

 Kawalan melibatkan perbandingan prestasi sebenar dengan prestasi yang dirancang . (1


Markah)

 memperbetulkannya jika berlaku sebarang penyelewengan. (1 Markah)

4.Pengambilan kakitangan (2 Markah)

 Pihak pengurusan bertangunggjawab untuk mengambil sumber manusia. (1 Markah)

 Mereka memilih pekerja yang betul-betul berkelayakkan untuk bekerja di organisasi tersebut
dengan tugas yang betul. (1 Markah)

 Tanggungjawab ini adalah untuk membantu organisasi supaya dapat mencari pekerja yang
dikehendaki pada masa yang tepat. (1 Markah)

 Pihak pengurusan juga dipertanggungjawabkan untuk menyediakan latihan dan orientasi


kepada pekerja baru. (1 Markah)

6
GMGM2013 Organisasi dan Masyarakat

Anda mungkin juga menyukai