Anda di halaman 1dari 4

Kertas 1; Skop soalan mungkin sedikit berbeza dengan soalan sebelum ini tetapi berkemungkinan besar

lebih menyamai soalan penataran UPSR 2016. Peratus soalan KBAT kemungkinan antara 30% hingga 35
%. Jangkaan besar semua murid dapat menjawab dengan baik. Sekiranya murid telah didedahkan
dengan teknik pantas, ia adalah bonus kepada murid untuk mendapat markah penuh.

KERTAS 2, ELEMEN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN ANTARANYA


1. Melukis jarum jam dan minit

2. Melukis jarum pada penimbang

3. Melukis garis selari atau serenjang

4. Melukis carta palang.

5. Melukis poligon.

6. Plot titik pada satah cartes

7. Menulis sistem 12 jam atau 24 jam dalam angka atau perkataan.

8. Memahami istilah suku jam dan tiga suku jam.

9. Memahami pertukaran melibatkan pecahan dan perpuluhan persepuluh, perseratus dan perseribu.

10. Pertukaran unit antaranya melibatkan isi padu dan jisim.

11. Fakta berkaitan mata wang asing.

12. Mencari masa awal,masa akhir dan tempoh masa yang melibatkan 2 hari tetapi dalam tempoh 24
jam.

13. Menulis nisbah dengan betul dan mencari bilangan sama ada melibatkan unit atau tidak melibatkan
unit dalam konteks nisbah.

14. Memahami paksi simetri dan pepenjuru.

15. Menghitung nilai peratus dan mencari bilangan atau pecahan atau peratusan.

16. Faedah kompaun sehingga tahun kedua.

17. Untung,rugi,diskaun,rebat,harga jual,harga asal,harga sebelum diskaun atau selepas diskaun yang
mana kesemuanya berkait dengan nilai peratusan atau kuantiti atau bilangan.

18. Melukis poligon.

19. Mod,min,median,julat,

20. Kebolehjadian: jawapan perlu diberikan secara bertulis.

21. Piktograf.

22. Melengkapkan carta pai sama ada dalam pecahan atau peratus.

23. Menyatakan nilai tempat atau nilai digit melibatkan nombor bulat dan perpuluhan.
24. Membundarkan melibatkan nombor bulat,wang dan perpuluhan.

25. Hubungan blok 10 dan blok 100 dalam konteks pecahan dan perpuluhan serta peratus.

26. Nombor bercampur.

27. Petak 10 atau petak 100.

28. Semua topik melibatkan wang akan keluar dalam peperiksaan dan digabung jalin dengan tajuk2 lain.

29. Mencari perimeter,luas,isi padu dan mendapatkan panjang sisi atau tepi.

30. Sebarang tajuk dalam jisim,isi padu dan panjang

31. Mencari sudut atau menyatakan nilai sudut.

32. Garis nombor yang melibatkan pecahan dan perpuluhan.

33. Hubungan melibatkan nombor bulat dan juta.

34. Nombor perdana.

35. Cerakinkan nombor.

36.senaraikam ciri ciri bentuk 2 dimensi dan 3 dimensi.

37. Apabila ada soalan melibatkan jarak,pastikan kata kunci adalah 'jarak' iaitu yang menghubungkan
antara dua tempat.
Peringatan mesra; Semasa menjawab kertas 2, ada beberapa
perkara penting perlu di ambil kira;
Pertama ; Jika dalam soalan telah dinyatakan unit yang
dikehendaki,pastikan murid meletakkan jugak unit tersebut,bagi
mengelakkan kehilangan markah in case jika berlaku perubahan
skema jawapan.

Kedua: Pastikan murid meletakkan unit walaupun soalan tidak


meletakkan unit. Biasanya jika soalan 3 markah, dan dinyatakan
secara umum,1 markah ada pada unit berdasarkan jawapan
murid.

Ketiga; RM mesti huruf besar.

Keempat ; Jika soalan minta murid mencari peratus,pastikan


darab 100%. Simbol % adalah wajib.

Kelima : Jawapan bertulis yang perlu diberikan dalam


perkataan, mesti ditulis dengan betul.

Keenam: Jika melibatkan soalan yang dilukis,pastikan guna


pembaris.
Ketujuh: Jangan tulis apa-apa pada ruangan 'Untuk Kegunaan
Pemeriksa'.

Kelapan: Jika gunakan simbol =, pastikan dari atas ke


bawah,bukannya dari kiri ke kanan.

Kesembilan : Pastikan nombor 4 dan 5 ditulis dengan betul.

Soalan KBAT akan memungkinkan murid tidak cukup masa jika


tidak berhati hati semasa membaca soalan.

Anda mungkin juga menyukai