Anda di halaman 1dari 5

SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 3

Tahap Penguasaan Tafsiran


1 Mengingat kembali pengetahuan dan kemahiran sains mengenai
pembiakan.

1. Antara organisma yang berikut, yang manakah jenis pembiakan aseksnya dipadan
dengan betul?

Organisma Jenis pembiakan aseks


A Bakteria Pembiakan vegetatif
B Lumut Belahan dedua
C Yis Pertunasan
D Paramesium Pembentukan Spora

Sperma
persenyawaan
P Q R

ovum

2. Rajah menunjukkan sebahagian daripada peringkat perkembangan manusia. Apakah


yang diwakili oleh P, Q dan R.

P Q R
A Zigot fetus embrio
B embrio fetus Zigot
C Zigot embrio fetus
D fetus Zigot embrio

3. Berapa lamakah tempoh satu kitar haid.

A. 270 hari
B. 90 hari
C. 28 hari
D. 7 hari

1
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 3

4. Rajah menunjukkan sistem pembiakan perempuan. Antara A, B, C dan D, yang


manakah perlu dipotong dan diikat untuk mencegah kehamilan yang seterusnya

5. Rajah menunjukkan keratan rentas sekuntum bunga. Antara bahagian berlabel P, Q, R,


dan S yang manakah mengandungi gamet jantan dan gamet betina?

Gamet jantan Gamet betina


A P Q
B Q R
C Q S
B R S

2
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 3

Tahap Penguasaan Tafsiran


2 Memahami pembiakan serta dapat menjelaskan kefahaman tersebut.

1. Rajah menujukkan sejenis sel yang terdapat dalam badan manusia. Antara berikut,
yang manakah benar tentang sel tersebut?

A Bercantum dengan ovum membentuk zigot


B Dihasilkan oleh organ pembiakan wanita
C Sel yang terbesar dalam badan lelaki
D Dikeluarkan dari badan bersama-sama air kencing

2. Apakah yang akan berlaku ke atas seorang wanita jika kedua-dua tiub fallopionya
tersumbat?

A Menjadi mandul
B Ovari tidak membebaskan ovum
C Pengeluaran haid tidak berlaku
D Lapisan saluran darah pada dinding uterus tidak menebal

3
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 3

Tahap Penguasaan Tafsiran


Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains mengenai
3 pembiakan untuk melaksanakan tugasan mudah.

1. Kacang hijau yang dijual di kedai tidak bercambah kerana

A Ketiadaan air
B Suhu tidak sesuai
C Disimpan dalam guni
D Tidak terdedah kepada cahaya matahari

Tahap Penguasaan Tafsiran


Menganalisis pengetahuan mengenai pembiakan dalam konteks
4 penyelesaian masalah mengenai kejadian atau fenomena alam.

Ladang Tulip di Belanda

1. Belanda adalah sebuah negara yang mempunyai empat musim iaitu musim sejuk,
musim bunga, musim panas dan musim luruh. Pada musim sejuk, suhu boleh jatuh
sehingga 4oC.

Jadual di bawah menunjukkan keputusan satu eksperimen untuk menyiasat keadaan


yang sesuai untuk pertumbuhan pokok tulip dari bebawang.

Rawatan bebawang Keputusan


Disimpan di dalam peti sejuk untuk dua Tiada pertumbuhan
bulan
Disimpan di dalam peti sejuk untuk tiga Bertumbuh
bulan

i) Tulis satu kesimpulan untuk menerangkan keputusan ini


ii) Namakan satu faktor yang penting dalam pertumbuhan bebawang tulip.
iii) Namakan satu faktor yang tidak penting dalam pertumbuhan bebawang tulip,
mengapa?
4
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 3

iv) Sekiranya anda berhasrat menanam bunga tulip, kawasan mana yang anda
cadangkan untuk ditanam di Malaysia bolehkah anda menggunakan keputusan
yang sama? Jelaskan.

Tahap Penguasaan Tafsiran


Menilai pengetahuan mengenai pembiakan dalam konteks
5 penyelesaian masalah dan membuat keputusan untuk
melaksanakan satu tugasan.

Sesetengah pasangan tidak mampu untuk mendapatkan zuriat, ini mungkin


disebabkan oleh suami tidak menghasilkan sperma yang mencukupi. Satu sebab lain adalah
jika tiub fallopio isteri tersumbat atau rosak, ini menyebabkan sperma dan ovum tidak dapat
bertemu untuk persenyawaan Persenyawaan invitro ialah proses di mana ovum dikeluarkan
daripada ovari dan digabungkan dengan sperma dalam piring petri makmal. Invitro
bermaksud dalam gelas kaca di mana proses ini boleh membantu pasangan tersebut.

Langkah pertama adalah isteri akan disuntik dengan Hormon Peransang Folikel yang
merangsang ovari untuk menghasilkan lebih banyak ovum. Kemudian doktor akan
menggunakan sebatang jarum kecil yang berongga untuk menyedut keluar ovum tersebut.

Ovum yang telah dikeluarkan akan disimpan dalam larutan yang mengandungi
nutrien dan oksigen. Sperma daripada suami dicampurkan di dalam larutan tersebut. Ovum
yang telah disenyawakan dibiarkan dalam larutan untuk beberapa hari. Perkembangan
ovum yang disenyawakan sehingga menjadi embrio diperhatikan di bawah mikroskop.
Embrio yang terhasil akan disimpan selama dua hingga lima hari sebelum dipindahkan ke
dalam uterus ibu. Seterusnya embrio akan berkembang menjadi fetus.

1. Mengapakah ovum diletakkan di dalam larutan yang mengandungi nutrien dan


oksigen?

2. Pada pendapat anda mengapa ovum yang disenyawakan perlu disimpan selama
beberapa hari sebelum dipindahkan ke dalam uterus ibu.

3. Terdapat situasi di mana terdapat lebih daripada satu embrio dihasilkan.

Anda mungkin juga menyukai