Anda di halaman 1dari 5

DOA UNTUK ANAK2

Caranya dengan mengumpulkan alat-alat tulis yang bakal digunakan oleh anak-anak semasa
peperiksaan. Dalam keadaan berwuduk, genggamlah alat-alat tulis itu kemudian amalkan
bacaan-bacaan berikut :

1 ::Al-Fatihah (7 kali)

2 :: Selawat (7 kali)

3 ::Subhanallah (44 kali)

4 ::Alhamdulillah (44 kali)

5 :: Allahhu Akbar (44 kali)

6 :: YaHayyu Ya Qayyum (21 kali)

7 :: dan kemudian teruskan dengan bacaan doa ini :-

Ya Allah, YaHayyu, Ya Qayyum, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latif, Ya Jabbar, Ya Khaliq.


Ya
Allah, permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka menimba ilmu di atas
seruan dan perintah-Mu… Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,
lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan
rahmat-Mu… Amin Ya Rabbal Alamin…
Setelah selesai bacaan-bacaan ini, tiupkanlah pada alat-alat tulis yang digenggam itu.
Letakkan di tempat yang tinggi dari aras punggung dan elakkan dari dilangkah…

Keesokan harinya, ketika anak-anak bersedia untuk pergi menduduki peperiksaan. Ambil
segelas air, dalam keadaan berwuduk amalkan bacaan seperti di atas (1-7), tiupkan pada segelas
air itu lalu diberi minum kepada si anak… Insya-ALLAH dipermudahkan anak-anak itu
menghadapi peperiksaan…

Doa ini juga bagus diamalkan oleh ibubapa. Caranya: hendaklah ibubapa meletakkan tanga di
atas dahi anak dan bacakan doa ini. (Doa ini adalah yang di doakan oleh Nabi SAW kepada Ibnu
Abbas ra)

‫ع ِلِّ ْمهُ التَّأ ْ ِوي َل‬ ِ ‫اللَّ ُه َّم فَ ِقِّ ْههُ فِي ال ِد‬
َ ‫ِّين َو‬

Pelajar-pelajar pula hendaklah selalu berdoa mohon berkat ilmu yang dipelajari, seperti
berikut:
Kepada ibubapa yang mempunyai anak akan menduduki peperikaan

(Rentetan perkongsian Ustzh Nurhafizah Musa, program di tg karang). kekuatan Asmaul husna.

Bacalah zikir ini sepanjang anak sedang exam ya..

Allahumma 1x

Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid. 40x

Bicara hati

Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik.
1x

Allahumma 1x

Ya zohir 40x

Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda ankku kerana Kau Maha
Menampakkan 1x

Allahumma 1x

Ya Fatah 40x

Ya Allah bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang
betul. 1x

Allahumma 1x

Ya Baari'. 40x

Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu utk Kau uruskan sebaik2nya
sepanjang dia exam ini Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya utk menjawab
dgn pimpinanmu Ya Hadi.

Aku yaqin hanya kuasaMu shj Ya Allah.. aku tiada daya.. 1x.

Ulang dan ulang. Kalau anak exam 1 jam .. zikirlah. Bayangkan ank2 sedang menjawab dengan
betul dan senyum. Pastikan anak2 ada dalam keadaan berwuduk masa nak pergi skolah. Kalau
batal takpe.. mak ayah kena istighfar sepanjang exam ini juga ya..

Dalam Al-Quran surah Al A' Raf.. ayat 180. Buka dan carilah apa Allah kata tentang Asmaul
Husna...

Anda mungkin juga menyukai