Anda di halaman 1dari 2

Doa Belajar Supaya Tidak Lupa

"Ya Allah jadikanlah aku dikalangan orang-orang yang apabila memandang bahan
bacaan dengan sekali pandangan mereka sudah menghafal kandungan dalamnya ,
memahaminya , mengamalkannya dan menyampaikannya.

Ya Allah sesungguhnya aku menyimpankan kepadaMu apa-apa yang telah Kau ajarkan
kepadaku maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya dan janganlah
Engkau melupakan daku akannya wahai Tuhan sekalian alam ."

Doa ini hendaklah diamalkan/dibaca 3 kali sebelum mula belajar ketika selepas solat.
Antara tips atau panduan dalam mengamalkan doa ini ialah :

 menjaga solat 5 waktu,


 hormati ibubapa dan guru, 
 menjaga pandangan mata
 elakkan daripada melakukan dosa dan maksiat

Imam As-Syafie r.a pernah mengadu kepada gurunya iaitu Imam Waqi' akan lemah
hafalannya. Maka Imam Waqi' menasihatkan beliau supaya meninggalkan dosa , kerana
ilmu adalah cahaya Ilahi dan cahaya Ilahi tidak akan diberikan kepada pelaku maksiat.

Selain daripada itu, menurut al-Marhum Kiyahi Mahfudz Sya’roni; yang merupakan
seorang alim di Magelang, Jawa Tengah, Indonesia; sesiapa yang mengamalkan doa
dibawah ini insya Allah tidak akan mudah lupa terhadap ilmu yang dipelajari. Ianya
hendaklah dibaca tiga kali selepas belajar, mengaji atau mendengar ilmu yang
disampaikan oleh guru. Doanya begini :
‫شرْ َرحْ ـ َمـ َت َك َيا َربَّ ْال َعالَ ِمي َْن‬
ُ ‫مـن الرَّ ِحي ِْم اللَّـهُـ َّم ارْ ُز ْقنِيْ ح ِْك َم َت َك َوا ْن‬
ِ ْ‫ِبسْ ِم اللَّـ ِه الرَّ ح‬
“ Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Pengasih. Ya Allah berilah ilmu
hikmah-Mudan tebarkanlah rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Mentadbir sekalian alam”.

Selain daripada itu doa-doa tersebut, boleh juga diamalkan ayat al-Quran dari Surah
al-Israa' ayat 70. Semasa membaca doa ini disunatkan meletakkan tangan di atas dahi.

"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri
mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah
memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah
lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah
Kami ciptakan."

Anda mungkin juga menyukai