Anda di halaman 1dari 4

.

Cara Mendirikan Solat Sunat Tasbih


.

Solat sunat Tasbih dilakukan sebanyak empat rakaat dan satu salam sekiranya solat itu didirikan
pada siang hari. Manakala jika didirikan pada malam hari, 4 rakaat itu dikerjakan dengan 2 salam
( 2 rakaat, 1 salam).

Harus diingat, walaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yang agak lama (lebih kurang 4
minit) kerana ia diselangi bacaan tasbih. Setiap rakaat jumlah tasbihnya  75 kali, maka  jumlah
keseluruhan tasbih yang dibaca adalah 75 tasbih  X 4  rakaat = 300 kali.

Caranya;

1.  Niat Solat Sunat Tasbih:

a)  Niat Solat Tasbih 2 Rakaat,

b)  Niat Solat Tasbih 4 Rakaat,

2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:

1. Rakaat 1:  Surah At-Takathur atau Ad-Dhuha


2. Rakaat 2:  Surah Al-Ashr atau Al-Insyiraah
3. Rakaat 3:  Surah al-Kafirun atau Al-Kauthar
4. Rakaat 4:  Surah Al-Ikhlas.atau An-Nashr.
3.  Bacaan Tasbihnya ialah:

Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah
Maha Besar;   Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi
lagi Maha Agung.

Nota;

*Buat permulaan sekiranya berasa berat, bacalah tasbih di atas pada barisan pertama sahaja.

4.  Lakukanlah seperti solat-solat biasa yang lain beserta bacaannya, tetapi tambahlah bacaan
tasbih di bawah di akhir setiap bacaan sebelum berpindah kepergerakan seterusnya.

5.  Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:

 Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
 Rukuk – 10 kali tasbih
 Iktidal – 10 kali tasbih
 Sujud pertama – 10 kali tasbih
 Duduk antara 2 sujud – 10 kali tasbih
 Sujud kedua – 10 kali tasbih
 Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud, – 10 kali
tasbih.

.
6.  Jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih. Lakukan perkara yang sama pada rakaat
seterusnya. Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumlah semuanya 300 tasbih.

7.  Sekiranya terlupa membaca tasbih di satu-satu tempat, bolehlah digantikan di tempat


berikutnya.

8.  Harus diingat pada rakaat kedua (malam hari) atau keempat (siang hari) setelah membaca
Tasyahhud, dibacakan juga Tasbih 10 kali sebelum memberi salam.

9. Membaca doa solat tasbih; PAGE BERIKUT

Doa Lailatul Qadr

Anda mungkin juga menyukai