Anda di halaman 1dari 10

PENGHARGAAN

Melalui peluang keemasan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada pensyarah saya iaitu En. Abdul Rahman Bin Ab Karim.

Folio ini juga telah menjadi salah satu daripada proses mengulangkaji bagi saya dan
saya juga berharap pencapaian saya dalam matapelajaran ini akan bertambah baik. Semoga
tugasan seperti ini akan terus dijalankan untuk masa akan datang untuk memantapkan dan
meningkatkan lagi pengetahuan moral pelajar-pelajar.

Akhir sekali, sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan tugasan ini dengan baik.
Saya juga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya terdapat sebarang kesalahan
yang tidak disengajakan dalam tugasan ini. Sekian terima kasih.

1
PENGENALAN

Buli ini dapat ditakrifkan sebagai perbuatan mengasari ornag yang lemah dengan
tujuan menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung menjadikan orang
yang lemah mematuhi dan menghormati mereka yang lebih kuat. Buli ini ada dua kategori
iaitu buli secara psikologi dan fizikal. Perkara ini akan menyebabkan mangsa buli
mempunyai rasa takut dan tidak tenteram.

Membuli secara psikologi merupakan membuli dari segi perasaan mangsa. Antara
buli yang selalu dilakukan ialah mengejek, menghina, merendahkan orang lain dan
sebagainya. Perkara yang sedemikian akan mendatangkan kesan yang buruk kepada mentaliti
mangsa yang dibuli tersebut dan akan mencetuskan pergaduhan. Oleh itu, buli secara
psikologi ini adalah sangat membawa kesan yang sangat mendalam kepada mangsa buli.

Seterusnya, membuli secara fizikal dapat disimpulkan dengan mencederakan mangsa


dari luaran tubuh badan seperti menumbuk, menendang, dan sebagainya. Ini akan
mendatangkan kesan yang buruk kepada mangsa kerana mangsa berkemungkinan akan
mengalami kecederaan yang boleh membawa maut jika kecederaan tersebut kritikal. Oleh itu,
buli secara fizikal amat bahaya kepada mangsa buli tersebut tidak mengira lelaki mahupun
perempuan.

2
PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA GEJALA BULI

1. Masalah keluarga
Apabila keluarga seseorang pelajar tersebut mempunyai masalah, perkara ini akan
menimbulkan rasa memberontak dalam diri remaja dan perkara ini akan membawa
mereka untuk membuli orang kerana ingin melepaskan perasaan tekanan yang terdapat
dalam diri mereka

2. Pengaruh media massa


Rancangan yang berunsur ganas akan membawa impak yang sangat negatif kepada para
penonton terutamanya kepada para remaja dan aksi yang dilakonkan di media massa
akan mudah diikuti oleh mereka.

3. Pihak sekolah
Pihak sekolah perlu bertanggungjawab dalam membanteras dan melatih pelajar agar
tidak melakukan masalah gejala buli ini. Sekiranya sekolah tidak menjalankan
tanggungjawab yang sepatutnya terhadap gejala buli ini akan membawa kepada kes buli
yang boleh menjejaskan nama baik sekolah.

4. Pengaruh rakan sebaya


Rakan sebaya merupakan pihak yang mudah untuk mempengaruh orang yang sebaya
dengan mereka atau yang tua mahupun muda. Ini akan dapat mewujudkan kumpulan
apabila ramai telah menyertai kumpulan buli dan akan menimbulkan masalah disiplin
di sekolah atau di tempat awan.

5. Sikap remaja
Apabila remaja mempunyai sikap yang buruk atau tidak baik, ini akan menyebabkan
mereka mudah terpengaruh dengan aktiviti gejala buli.

3
KESAN-KESAN DARIPADA MEMBULI

1. Pelajar akan dibuang sekolah


Pelajar yang selalu terlibat dengan gejala buli akan secara automatik dibuang sekolah
kerana melakukan masalah disiplin yang berat seperti membuli.

2. Menjadi contoh yang tidak baik kepada pelajar lain


Pelajar yang sering terlibat dengan gejala buli akan dikelaskan sebagai pelajar yang
tidak baik dan tidak dapat dijadikan contoh di sekolah kerana mempunyai sikap disiplin
yang teruk terumatanya membuli.

3. Pelajar ketinggalan dalam pembelajaran di sekolah


Apabila pelajar menjadi mangsa buli, mereka akan takut untuk turun ke sekolah dan ini
akan menyebabkan mereka ketinggalan sesuatu pembelajaran di sekolah.

4. Mengganggu ketenteraman masyarakat


Apabila gejala buli berlaku, ia akan menyebabkan suasana sekeliling menjadi selesa
kerana ornag yang berada di kawasan di mana berlakunya buli akan berasa takut.

4
CARA MENGATASI GEJALA BULI

1. Peranan media massa


Media massa dilarang untuk menyiarkan atau menayangkan rancangan program yang
berunsurkan jenayah terutamanya buli dalam kalangan masyarakat terutamanya kepada
para remaja.

2. Penguatkuasaan undang-undang dan peraturan


Pihak yang berkuasa perlu menguatkuasakan undang-undang dan peraturan terhadap
gejala buli ini. Hal ini supaya masalah buli dapat dielakkan dengan baik.

3. Poster
Poster yang berkaitan dengan kesan-kesan yang sekiranya melakukan buli perlu
disebarkan secara meluas di kesemua tempat yang sepatutnya agar pembuli sedar
bahawa betapa buruknya membuli.

4. Mendidik dengan ajaran agama


Pelajar yang melakukan buli haruslah dididik dengan ajaran agama bagi mengubah si
pembuli ke arah masa depannya yang lebih cerah.

5
REFLEKSI

Pada pendapat saya, usaha untuk mengelakkan gejala buli ialah media massa dilarang untuk
menyiarkan atau menayangkan rancangan program yang berunsurkan jenayah terutamanya
buli dalam kalangan masyarakat terutamanya kepada para remaja dan lain-lain. Antara cabaran
yang dihadapi ialah masalah pembuli yang tidak ingin berusaha untuk berubah ke arah
kebaikan. Selain itu, elakkan diri daripada terjebak dengan gejala buli agar dipandang tinggi
oleh masyarakat.

6
KESIMPULAN

Semua pihak haruslah bekerjasama untuk mengatasi gejala buli kerana kesannya terhadap
generasi yang akan datang buruk padahnya. Gejala buli juga secara tidak langsung akan
mencemarkan dan merosakkan imej negera, keluarga dan masyarakat. Jadi, peraturan dan
undang-undang diperketatkan agar gejala buli dapat dihapuskan.

7
LAMPIRAN

8
9
RUJUKAN

 https://www.google.com/search?q=gambar+buli&rlz=1C1CHBD_enMY833MY833
&tbm=isch&source=iu&ictx=1&fir=KaXoycpLXDhWHM%253A%252Cl5p2MTjSy
i4SVM%252C_&vet=1&usg=AI4_-kSHQ
 https://www.google.com/search?q=gambar+buli&rlz=1C1CHBD_enMY833MY833
&tbm=isch&source=iu&ictx=1&fir=KaXoycpLXDhWHM%253A%252Cl5p2MTjSy
i4SVM%252C_&vet=1&usg=AI4_-kSHQNn16xoIbYOkFJOBSzwyCn-
AMQ&sa=X&ved=2ahUKEwiPnvfu7o_hAhW77HMBHWYsBYYQ9QEwAHoECA
YQBA#imgrc=wSlvONys7iadmM:&vet=1
 https://www.google.com/search?q=gambar+buli&rlz=1C1CHBD_enMY833MY833
&tbm=isch&source=iu&ictx=1&fir=KaXoycpLXDhWHM%253A%252Cl5p2MTjSy
i4SVM%252C_&vet=1&usg=AI4_-kSHQNn16xoIbYOkFJOBSzwyCn-
AMQ&sa=X&ved=2ahUKEwiPnvfu7o_hAhW77HMBHWYsBYYQ9QEwAHoECA
YQBA#imgrc=vFiF6iA5L2A36M:&vet=1
 http://eprints.utm.my/id/eprint/13433/1/buli.pdf

10

Anda mungkin juga menyukai