Dalam meniti abad ke 21, kemahiran pedagogi menuntut seseorang guru memiliki kemahiran
pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills), kemahiran maklumat, media dan
teknologi (Information, media and technology skills) dan kemahiran hidup dan kerjaya (Life and
career skills). Selain itu terdapat pelbagai elemen yang perlu diberi perhatian dalam menguasai
kemahiran abad ke-21 ini. Elemen-elemen tersebut adalah seperti yang berikut;
• Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)
• Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)
• Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)
• Literasi Maklumat (Information Literacy)
• Literasi Media (Media Literacy)
• Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information,
Communications and Technology) Literacy)
• Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and
Adaptability)
• Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)
• Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)
• Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
• Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)
Dalam kita melihat kemahiran yang perlu ada bagi seorang guru, penting juga kita mengetahui
ciri-ciri guru abad ke-21. Antara ciri-ciri guru yang diperlukan bagi memenuhi kehendak
Falsafah Pendidikan Negara adalah seperti berikut;
• menguasai subjek (kandungan kurikulum)
• mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)
• memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
• memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
• memiliki kemahiran kaunseling
• menggunakan teknologi terkini
Manakala ciri-ciri pelajar abad ke-21 pula merangkumi pelbagai aspek iaitu;
• Berupaya membuat hubung-kait
• Bijak menyoal
• Yakin berkomunikasi
• Mengambil risiko
• Dahagakan ilmu
• Ingin tahu
• Menjana idea
• Fleksibel
• Tidak berputus asa
• Mendengar dan membuat refleksi
• Berkemahiran kritis
• Menguasai kemahiran literasi
• Berani mencuba
• Mampu berfikir sendiri
• Membuat inisiatif
• Mampu bekerja dengan orang lain
• Membuat perubahan
• Berintegriti
• Berkeperibadian tinggi
Pembelajaran Abad Ke-21
Pengenalan
Kurikulum bagi abad ke-21 perlu dibentuk supaya relevan dan koheran dengan
keadaan pada masa itu dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang ditentukan.
Garis panduan tentang bentuk, isi dan pelaksanaan kurikulum itu pastinya ditentukan
oleh senario yang dapat dilihat dari aliran pembangunan dan kemajuan teknologi.
Ciri-ciri pelajar untuk abad ke 21 ialah pelajar perlu memiliki beberapa aspek
tertentu. Di mana, pelajar abad ke 21 merupakan pelajar yang celik dari segala-
galanya tidak kira dalam teknologi maklumat mahupun akademik. Pelajar abad ke 21
perlu memiliki aspek seperti :
1. Pelajar berupaya membuat hubung kait di antara subjek yang dipelajari dengan
keadaan sekeliling.
2. Bijak menyoal guru ketika berada di dalam bilik darjah.
4. Berani untuk mengambil risiko untuk belajar dan membuat kerja yang diberikan
oleh guru dan juga berani mencuba.
9. Sentiasa mendengar dan membuat refleksi di dalam bilik darjah semasa sesi P&P
dijalankan.
12.Pelajar abad ke 21 juga mampu untuk bekerja dengan orang lain dan berusaha
untuk membuat perubahan.
Di samping itu, para guru juga perlu beralih kepada beberapa aspek memandangkan
proses pengajaran dan pembelajaran untuk abad ke 21 amat mencabar. Guru-guru
untuk abad ke 21 memerlukan beberapa ciri tertentu seperti berikut:
Pelajar dalam abad ke 21 pasti berada dalam gelombang teknologi maklumat, untuk itu
setiap pelajar perlu celik komputer. Ini kerana komputer beupaya meningkatkan mutu
pembelajaran. Sudah sampai ketikanya komputer menjadi alat standard di semua
sekolah di peringkat rendah, menengah dan lepasan menengah.
Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang oleh guru bagi membina
dan mengukuhkan minat murid terhadap pembelajaran. Murid dibimbing supaya
bersedia menerima pengajaran dan berupaya untuk meneruskan pembelajarannya
sendiri. Pelajar ketika itu perlu dilatih untuk berdikari, yakin pada diri sendiri dan
meningkatkan rasa tanggungjawab.
• Bilangan hari persekolahan adalah fleksibel (mungkin tidak lebih tiga hari
seminggu)
Pelajar boleh beralih ke modul berikutnya apabila selesai menggunakan modul yang
disediakan tanpa menunggu arahan guru. Pendekatan modul ini telah diamalkan di
institusi pengajian tinggi tempatan. Apa yang perlu ialah menyesuaikannya mengikut
tahap kebolehan pelajar.
Unit kredit adalah nilai masa/tempoh dan tugasan yang diperlukan oleh pelajar untuk
menyiapkan kerja-kerja kursus yang telah ditetapkan bagi setiap kursus pengajian.
Kerja-kerja kursus ini termasuklah menghadiri kelas, membuat kerja projek, tugasan,
kerja-kerja makmal dan amali. Pelajar dibenarkan mengulang mata pelajaran yang tidak
mencapai asas yang ditetapkan.
PENILAIAN
Aspek penilaian kemajuan pelajar adalah penting untuk menentukan tahap
penguasaan, kemahiran dan penghayatan. Maklumat tentang tahap penguasaan pelajar
menjadi petunjuk untuk membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran
seterusnya. Alat-alat dan perkaedahan penilaian mestilah benar-benar dapat mengukur
dengan tepat kebolehan dan keupayaan pelajar seperti berikut
PENUTUP
Perlu ditegaskan bahawa apapun bentuk reformasi kurikulum yang dianjurkan tidak
akan dapat hasil yang diharapkan jika tidak diikuti dengan penyusunan semula di dalam
bidang-bidang lain, kerjasama di antara agensi-agensi di Kementerian Pendidikan dan
mengambil perhatian yang berat tentang pelaksanaannya. Dalam menjayakan hasrat
penubuhan Sekolah Bestari, tumpuan utama seharusnya diberikan kepada
pembangunan prasarana teknologi, penyediaan latihan semula guru, penyediaan bahan
kursus dan format penilaian, di samping penglibatan pihak swasta, ibubapa dan
komuniti dalam menangani tugas yang besar ini.
Pembelajaran Abad 21: Pembelajaran berasaskan Projek
Dalam penulisan kali ini, saya akan menulis tentang satu lagi
kaedah yang boleh digunakan untuk pengajaran Pendidikan Islam
untuk abad ke 21 iaitu kaedah projek.