Anda di halaman 1dari 1

Kepentingan Kegiatan Kokurikulum.

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar, guru-guru dan
rakan-rakan yang dihormati sekalian. Tajuk pidato saya pada pagi ini ialah Kepentingan
Kegiatan Kokurikulum.
Pertama sekali, saya ingin menyatakan definisi tajuk pidato saya pada pagi yang
mulia ini, iaitu Kepentingan Kegiatan Kokurikulum. Menurut kamus Bahasa Melayu,
kepentingan bermaksud keperluan, kegiatan pula bermaksud aktiviti, manakala kokurikulum
pula sama maksudnya dengan gerakkerja di luar bilik darjah. Ini bermakna Kepentingan
Kegiatan Kokurikulum sama maksudnya dengan keperluan aktiviti gerakkerja di luar bilik
darjah.
Para pendengar sekalian,
Kegiatan Kokurikulum merangkum kegiatan persatuan atau kelab dan
badan beruniform.Antaranya, termasuklah Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Seni
Lukis, Persatuan Alam Sekitar, Persatuan Pengakap, Persatuan Tunas Puteri, Persatuan
Bulan Sabit Merah, Kadet Remaja Sekolah dan sebagainya.
Warga hadirin sekalian,
Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang menghendaki Satu
Murid Satu Sukan dengan ini setiap murid atau pelajar diwajibkan menyertai mana-mana
persatuan dan badan beruniform. Hal ini demikian kerana kegiatan kokurikulum ini banyak
faedahnya.
Pertama, melalui kegiatan dalam persatuan, murid-murid bukan sahaja dapat
memanfaatkan masa lapang, malah akan dapat memperolehi pelbagai pengetahuan
dan pengalaman, lebih-lebih lagi jika menyertai lawatan sambil belajar ke tempat-tempat
yang menarik dan bersejarah.
Keduanya, peraturan yang mesti dipatuhi dalam persatuan atau kelab yang disertai
pula membantu murid-murid mendisiplinkan diri. Dalam hal ini,murid-murid dilatih agar bijak
membahagikan dan mengurus masa, bijak merancang aktiviti, bijakmengawal perasaan dan
sebagainya.
Ketigaya, murid-murid dilatih berdikari ketika menjalankan sesuatu tugasan dan
berdaya saing untuk membuktikan tahap keupayaan fizikal dan mental masing-masing.
Yang terakhir, sikap saling bekerjasama dan bergaulmesra dengan rakan-rakan
pelbagai kaum dapat dipupuk melalui penyertaan murid dalam kegiatan kelab atau
persatuan. Hal ini amat penting bagi memperkukuh perpaduan dalam kalangan generasi
muda seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.
Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai