Anda di halaman 1dari 1

Nama peserta : Nur Syafiahezanietirow Binti Abdullah Firdaus

Kelas : Tahun 5

Tajuk : Hikmah Pandemik

Bak kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hishan Abdullah, kita
masih belum menang menentang pandemik Covid-19.
Justeru, diharapkan pelajar dan pensyarah dapat memanfaatkan
peluang yang ada ataupun mencipta peluang sendiri untuk menghadapi
Covid-19. Pada masa yang sama, marilah sama-sama kita berusaha untuk
terus mematuhi prosedur operasi SOP seperti yang ditetapkan oleh kerajaan
sehingga berakhirnya wabak.
Kebiasaannya, kursus ini sangat mahal harganya, lantas pelajar harus
mengambil peluang untuk menambahkan ilmu pengetahuan tauliah atau sijil
mereka untuk menempuh kerjaya yang mencabar nanti. Saat mencabar akan
sentiasa datang. Ia berbalik kepada individu sendiri yang harus berfikiran
positif dan menempuhnya dengan cekal dan tabah. Keadaan ini memberi
peluang kepada pelajar untuk menjimatkan kos sara hidup kerana mereka
akan tinggal bersama ibu bapa atau penjaga di kampung halaman, bukannya
di rumah sewa, kolej kediaman di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) masing-
masing. Ramai juga dalam kalangan pelajar kreatif menggunakan ruang dan
masa yang ada untuk menjalankan kerja sambilan. Ada juga yang membantu
ibu bapa berniaga dan mencari pendapatan sampingan Ketika tiada kelas.
Selain pelajar di IPT, pensyarah turut menerima tempas positif akibat
pandemik Covid-19. Dengan mengamalkan norma baharu ini, risiko
penularaan jangkitan Covid-19 dapat dikurangkan. Dalam aspek penjimatan
masa dan kos, ia dapat dilaksanakan dengan tidak perlu menghadiri
mesyuarat, perjumpaan, dan majlis rasmi secara bersemuka. Memandangkan
IPT tidak beroperasi seperti biasa, kebanyakkan pensyarah lebih tertumpu
untuk menyiapkan kerja mereka di rumah. Selain terbabit proses
pembelajaran dan pengajian, pensyarah juga dikehendaki menjalankan
penyelidikan dalam bidang kepakaran masing-masing. Antara kesan positif
kepada dunia akademik akibat penyebaran pandemik ini, kebanyakan
penerbit antarabangsa seperti Elsevier, Emerland dan lain-lain jurnal
berpresti, menyediakan akses percuma untuk semua atau sebahagian
daripada artikel yang mereka terbit.

Anda mungkin juga menyukai