Anda di halaman 1dari 6

Re: GOTI 2 ( BAB 1 )

AdminTBST on Sun Oct 26, 2014 3:14 am

Mukram Sidek
MuZakarah VoiCe GoTi2 :
By aDiK DiN (22 OCT 2014 @ RABU @ 4:46PM @ PaLRiNGo)

Bab 1 : PENGENALAN TBST

1.1 : Apa itu forex melalui Kacamata TBST

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Selamat petang..
Salam Go To Impossible Fasa ke2..

Nahmaduhu Wa Nusolliyu Ala Rasulihil Karim.

Apa khabar semua..???


ADiK harap semua.. semua sihat99999x wal afiat.
5:02 AM Mukram Sidek
Pertama kalinya, ADiK minta maaf kerana sebentar tadi, ADiK menerima SMS yang menyatakan ada
terpaksa menghadiri "MeeTiNG" pada malam ini. Takut nanti ADiK terlewat balik.

So, ADiK fikir..


Lagi pun.. tajuk ini ringan sahaja tentang "Pengenalan TBST : Apa Itu Forex Melalui Kacamata TBST".

Ringan2 sahaja ni.. dan.. semua telah tahu ni.


Tetapi.. barangkali ada "TAMBAHAN" sedikit, setelah penemuan penting dalam Trade HH1. Jadi
sekiranya ADiK sempat awal balik nanti,aDiK akan ulang jugalah.

Sekiranya tidak sempat.. Mungkin aBg M akan mengambil peranan.

Ok...
Forex Melalui Kacamata TBST ini adalah sememangnya suatu perkara yang aneh. Ia adalah suatu sudut
pandangan yang aneh.. berbeza.. bertolak belakang ganjil.. daripada umumnya

Ianya secara umum sahajalah.. bukan secara keseluruhannya. Hanya "KeBaNYaKkan".


5:02 AM Mukram Sidek
Dan.. Mungkin U all juga sebelum-sebelum ini juga mungkin sama.. iaitu apabila nak trading forex ni..
Suatu perkara akan muncul secara tiba-tiba.. tentang pandangan.. "Trading forex guna indicator apa..??..
Pakai apa..??

Itu adalah secara umumnya di Malaysia, Indonesia ini.. atau dari kawasan serantau ini.

So..
Secara umumnya..
Dan telah diamalkan secara meluas.. Forex ini ada kaitan kuat dgn indicator.. dari satu indicator ke satu
indicator. MA ke.., EA ke.., MACD ke.., Trendline ke.., Fibo ke.., Storch ke.., Bolingerband ke.. Dan
bermacam-macam lagi.. termasuk guna robot juga ada. Itu adalah secara UMUMnya.

Jadi.. TBST ini adalah bertolak belakang atau berbeza daripada UMUM itu.

Dan juga.. Untuk pengetahuan.. Apabila TBST ini dicampurkan dengan indicator2, Sistem2 atau EA2..
adalah sungguh MERBAHAYA. ADiK umpamakan.. jika indicator99999x tadi, dicampur-adukkan. Cuba
digandingkan dgn TBST ini.. Umpamanya seperti seorang yg batuk kering diberi minum ubat. Tetapi ubat
itu adalah racun. Kesannya.. Bukan bertambah baik.. Malah bertambah-tambah penyakitnya.
5:02 AM Mukram Sidek
Baik..
Asas kepada TBST ini ialah AKAL. Maknanya, kita menggunakan atau memaksimum akal.

Ada 2 akal :
1. Akal Sedar
2. Akal separa sedar

Hasil daripada kita mengulangkaji (akan diberitahu nanti, apa yg akan diulangkaji dalam bab akan
datang).. Kita menggunakan gandingan akal iaitu gandingan SEDAR dengan SEPARA SEDAR

yang mana..
penggunaannya lebih kepada SEPARA SEDAR. Jadi.. inilah ASAS kepada TBST

Jadi TBST adalah lebih kepada menguji akal. Sejauh mana kita mengasah akal, terutamanya pada MINDA
SEPARA SEDAR.. kerana.. market ini amat memerlukan banyak penggunaan minda separa sedar..
disebabkan.. minda separa sedar ini adalah untuk melihat "aPa yang aKan BeRLaKu atau aKan DaTaNG".
5:02 AM Mukram Sidek
Minda sedar ini.. penggunaannya lebih kepada suatu perkara untuk melihat suatu yang berlaku
dihadapan mata kita.. Contohnya 1+1=2. Mudah sahaja.. kerana perkara itu dihadapan kita dan kita
nampak.

Dan..satu perkara lagi... kita akan menafikan.. Untuk melihat perkara yg akan datang ini dan kita akan
menafikan apa yg kita nampak pada masa sekarang.. sekiranya hanya menggunakan mata sahaja.
Contohnya : Market sekarang. Tetapi mata kita ini tiada kemampuan untuk melihat market 1 atau 2 jam
ke hadapan. Apatah lagi.. untuk melihat market 1 atau 2 hari akan datang.

Faham yer..
Jadi mata kasar kita JUGA akan nafikan untuk MENGANALISIS MARKET AKAN DATANG

Untuk pengetahuan.. Market Forex ini adalah untuk menguji sejauh mana keupayaan kita, kebolehan
kita.. untuk melihat arah market pada masa akan datang.. 1 jam ke.. 2 jam ke.. 3 jam akan datang ke..
atau pun.. 1 hari.. 2 hari akan datang ke.. atau pun.. daripada 1 volumes ke 1 volumes maximum ke..
katakan dalam sesuatu trend itu kesannnya v170 ke hadapan ke.. Untuk itu.. Mata kita tidak ada
kemampuan.

Kebanyakkan kesilapan ketara yang berulang-ulang ialah kita terpengaruh dengan apa yang ada di
hadapan kita. Contohnya.. market pura-pura menaik.. menaik.. Market bergerak-gerak menaik. Maka
mata kita lihat.. Perlakuan market yang menaik itu.. kita pun "buy". Apabila kita telah "buy".. Tiba-tiba..
Market bergerak ke sell pula. Lepas itu.. market bergerak menurun pula.. dan.. kita lihat memang market
ini menurun ke bawah.. Apabila kita sell pula.. tiba-tiba market terus menaik semula. Seperti seolahnya
ada "Jin"
5:02 AM Mukram Sidek
Sekiranya dulu..
aDiK umpamakan FOREX ini seperti Gorilla. Maknanya.. Menurun menaik lah..
Sekejap menurun..
sekejap menaik.
Sekejap menurun..
Sekejap menaik..

Seperti gorilla lah.. Sekejap turun pokok.. Sekejap lagi panjat pokok.

Amat berbahaya perlakuan begitu.

Yang mana.. Kiasannya sebentar tadi ialah.. Sekiranya market dalam keadaan sideway begitu..
pengajarannya janganlah cuba-cuba untuk trade pada MASA itu. Terutamanya.. kelaziman di bawah jam
2pm. Dari jam 11pm hari sebelum.. membawa ke jam 2pm hari selepas.. Sekiranya EJ.. sehingga jam 12
tengaharilah. Tetapi lihatlah juga keadaan market.. Cuma kebanyakkan sifat perlakuan market..
begitulah.

ADiK gelarkan Gorilla itu..


Bukannya apa.. Ini adalah untuk memudahkan orang ingat... Masuk dalam minda separa sedar mereka.
Tiada market berbentuk Gorilla.. Hanya sifatnya yang aDiK umpamakan.

Sekiranya tidak gunakan sesuatu perkataan pelik begitu dan hanya gunakan perkataan "turun dan naik"
sahaja.. Orang tidak akan ambil perhatian
5:03 AM Mukram Sidek
Kadang-kadang kita gunakan sesuatu perkataan itu.. adalah untuk orang ingat sampai bila-bila.. Itu
sahaja sebabnya.

Maksud aDiK itu..


kita hanya akan fokus pada market yang mula bergerak ke satu arah.. Tunggu jelas dahulu signal-signal
dari sifat perlakuan market.. Sekiranya tidak jelas sifat2 perjalanan ke satu arah.. Itu bermakna market
itu.. adalah market gorilla. So.. kita perlu tunggu signal dahululah.. untuk pergerakan market ke satu
arah. Apabila jelas.. barulah kita ikut atau follow sifatnya

So.. timbul satu persoalan..

Sekiranya tidak guna indicator.. Tidak guna mata.. Tidak guna akal sedar..

Apakah sebenarnya yang TBST ini gunakan..???

Ini tentu menjadi suatu persoalan.. Sedangkan MATA juga.. TBST tidak gunakan.. dan.. tidak percaya
dengan mata.. kerana kemampuannya yang terhad.

Walhal di TBST ini..


Market yang bergerak sekiranya signal atau isyaratnya cantik.. In Shaa Allah kita boleh nampak.. Market
akan pergi sehingga 300pips.. 400pips.. 500pips.. ke hadapan..
5:03 AM Mukram Sidek
Jadi.. untuk perkara begini.. MATA TIDAK NAMPAK
Mata tidak ada kemampuan.. Akal kita juga tidak ada kemampuan..

Tetapi..
kita boleh nampak market akan sambung arah.

Kemudian..
Dengan isyarat yang ada.. Tiba-tiba kita faham pula yang sesuatu market itu.. hendak memberhentikan
perjalanannya.

Sekiranya kita telah BIASA..


Kita akan terperasan.. kita akan terasa.. kita akan seperti terhubung fikiran kita dengan market.. dan..
nampak ada sesuatu yang market cuba isyaratkan di suatu-suatu kawasan. Seolah-olah sesuatu
perjalanan market itu.. BERBAHASA DENGAN KITA

Iyaa...
Seolah perlakuan market, sifat-sifat perlakuan yang ditunjukkan oleh market.. oleh candle-candle.. oleh
bentuk-bentuk market.. Apabila kita terlampau biasa atau MAHIR.. ia seperti market ini BERBAHASA
DENGAN KITA. Sekiranya market ini bercakap.. tidak sesuai perkataan itu.. Sebab market tidak ada
suara.. Tapi ia boleh berbahasa dengan kita walaupun market ini BISU. Seolahnya "Berbisik-bisiklah"
dengan kita.

5:03 AM Mukram Sidek


Pelik.. Tetapi itulah hakikatnya.
Seperti contoh hari ini tadilah.. (22 OKTOBER 2014).. aKa NoY menyatakan awal-awal lagi.. tentang
kewujudan HHJ LAUT TENANG Type 1

Dan..

Market itu TIDAK BERCAKAP..


Tetapi seolah-olahnya ia berbisik-bisik di dalam diri.. iaitu di minda aKa NoY itu.. TELAH HIDUP.

Yang sebetulnya bukan market itu yang berbisik-bisik..


Tetapi sebenarnya MINDAnya itu YANG BERBISIK-BISIK. Apabila aKa NoY lihat sahaja bentuk itu.. Terus
mindanya berbisik-bisik.. HIDUP MINDA SEPARA SEDARnya.

Jadi..
Dengan isyarat yang berlaku daripada HHJ LAUT TENANG Type 1 itu.. aKa NoY fahamlah.. apa yang akan
dilakukan oleh market ini di masa akan datang. MATA KITA TIDAK NAMPAK.

Mata kita pada jam 2 atau jam 3pm.. Lihat market.. turun naik.. turun naik.. Tetapi.. MINDA SEPARA
SEDAR KITA SUDAH MULA NAMPAK.. iaitu.. akan keluar arah market daripada HHJ LAUT TENANG Type 1
sebentar tadi.. dan kita akan follow market ini.. Apabila "NAMPAK" sahaja arahnya... kita akan follow..
5:03 AM Mukram Sidek
Ok.. inilah contoh TBST

Baik..
TBST ini secara mudahnya atau fahamnya.. adalah "seperti perkara-perkara lain di dalam dunia ini"..
"seperti benda-benda lain yang wujud dalam dunia ni"..

Melihat FOREX ini..


ADALAH SAMA SEPERTIMANA.. KITA MELIHAT PERKARA-PERKARA LAIN DI DALAM DUNIA INI.

Cuma..
Sama ada orang.. FAHAM atau TIDAK FAHAM.. Itulah sahaja.

Baik..
Apa yang kita lihat dalam dunia ini.. iaitu..

PERTAMAnya...
APA-APA DI DALAM DUNIA INI, ADA "BENTUKNYA".
5:03 AM Mukram Sidek
Contohnya Bumi..
Ada bentuknya..Bentuk muka bumi.. Ada bergunung-ganang.. Ada lembah.. Ada bergurun padang pasir..
Ada berais salji.. Tinggi rendah.. dan.. sebagainya. Bermacam-macam bentuk muka bumi.

Dan setiap bentuk-bentuknya itu beriringan dengan SIFAT-SIFAT dia..

Kita lihat Gunung.. ada bentuknya.. Kita boleh bezakan antara gunung dengan bukit

Kita lihat bunga.. ada bentuknya.. Kita boleh beza bunga.. Ini Bunga Ros.. Ini Bunga Kertas.. Ini Bunga
Orchid..

Dengan penguasaan bentuk-bentuk ini.


Kita boleh bezakan ikan.. Jenisnya.. warnanya..

Begitu juga kita.. manusia..


Bentuk muka kita.. bentuk badan kita.. Sekiranya aBg Z.. Bentuk mukanya.. kita boleh kenal.. Sekiranya
aBg M.. Lagilah... kita mudah kenal.. Abg Jamal.. OpppSsss silap pula.. sekiranya nak sebut aBg Jamal ni..
perlu sebut aBg Jamal Paweee.. Baru sesuai.. aBg K.. aBg Shukri, aBg BeSar.. aKa NoY.. aKa SeY... Semua
mereka ada bentuk muka mereka.. Yang akan membezakan mereka..
5:04 AM Mukram Sidek
Baik..
Jadi.. bentuk-bentuk ini.. ada bagi setiap manusia. Bentuk muka.. bentuk badan.. rupa paras..

Sama jugalah..
dengan bentuk-bentuk lain di atas dunia ini.. ada bentuk-bentuknya yang tersendiri.. Semua berbeza-
beza.. Ada bentuk-bentuknya yang tertentu

Iya..
Semua di dunia ini.. ada bentuk-bentuknya yang tertentu. Kita melihat sesuatu perkara itu.. dengan
logiknya. Logiknya.. Apabila kita melihat sesuatu.. semuanya adalah pada bentuk.

Dan..
Apabila kita melihat BENTUK.. Tentu juga kita tidak terkecuali daripada melihat ukurannya.. sebagai
contohnya "Berapa besar..? .. Contohnya seperti Gunung Kinabalu.. ada ukurannya iaitu sekitar 4000
meter. Ada juga manusia yang ukurannya 1.7 meter.. iaitu saya nak menceritakan ada ukuran-ukurannya
yang tertentunya.
5:04 AM Mukram Sidek
Begitulah juga..
Dengan bentuk-bentuk dalam forex ini.. Yang mana ia juga ada ukuran-ukurannya. Iaitu kita di sini
mengenalinya dengan VOLUMES MAXIMUM.. Untuk mudah kita "MeLiHaT".. Sampai ke mana sesuatu
perjalanan itu.

Baik..
KEDUAnya.. Kita akan melihat SIFAT. Contohnya setiap manusia ada rupa paras dan tentu juga ada sifat-
sifatnya. Ada manusia bersifat suka ketawa.. Ada yang bersifat memaafkan.. Ada yang bersifat sedih..
ada yang bersifat sering merajuk.. Ada yang bersifat suka dipujuk.. Ada yang bersifat sering marah-
marah.. Dan bermacam-macam sifat tertentu. Semua manusia ada sifatnya.

Termasuk juga binatang..


Binatang juga ada sifat-sifatnya. Cuma.. kita kenal atau tidak sahaja. Contohnya.. Binatang ini.. Ada yang
bersifat lepas makan, terus tidur.. Ada yang makan kawan-kawannya.. Ada juga yang bersifat sebelum ia
makan, ia main-main terlebih dahulu.. barulah ia makan. Ada yang bersifat makan sendiri sahaja, hanya
ia sahaja yang boleh makan.. ia sahaja nak kenyang. Ini contoh sahaja untuk sifat-sifat binatang.. GANAS.
5:04 AM Mukram Sidek
Hinggakan ALLAH S.W.T. Tuhan kita.. Rabbul Alamin.. juga ada sifat-sifatNya. Sekiranya Orang-orang
Islam, suatu hari nanti.. Mereka akan dapat melihat Tuhan mereka di Syurga. Maknanya ALLAH S.W.T.
ini.. ada bentukNya.. Tetapi TIDAK SAMA DENGAN APA YANG ADA PADA MAKHLUKNYA. ALLAH S.W.T..
Ada sifat-sifatNya.. yang kita kenali melalui Nama-namaNya. Apatah lagi.. Bagi makhluk yang lain-lain ini.

Jadi..
Kita di sini melihat pada BENTUK-BENTUK & SIFAT-SIFAT.

Baik..
Apabila kita MELIHAT PADA SIFAT.. Ada sesuatu perkara yang penting untuk kita fahami. Bila dikatakan
"sifat".. Di sinilah KUNCI TBST.

Yang dikatakan SIFAT ini.. ialah :


APABILA SESUATU PERKARA YANG BERLAKU SECARA BERULANG-ULANG.
Perlakuan yang dilakukan berulang-ulang itulah kita kenalinya sebagai SIFAT. Jika sesuatu perkara itu
berlaku hanya "SESEKALI".. itu BUKAN SIFAT. Kita tidak kategorikannya di dalam sifat.
5:04 AM Mukram Sidek
Ok..
Dengan salah satu kefahaman yang penting itu tadi.. di sinilah kita boleh melihat.. Banyak membantu
aDiK dalam menghasilkan TBST ini. Melihat perlakuan atau sifat-sifat yang berulang pada market forex
ini.

Contohnya..
Seperti hari ini (20 OKTOBER 2014).. Dengan kehadiran HHJ LAUT TENANG TYPE 1 itu.. Telah berlaku
beribu-ribu kali. Dengan bentuknya yang begitu.. iaitu sering melakukan perlakuan itu dalam market ini...
kita telah boleh kenal dan mengenalinya dengan HHJ LAUT TENANG TYPE 1. Kita telah tahu bentuk ini.

Ooooo.. Ini aBg Z..


Ooooo.. Ini aBg MuKRam..

Kita telah nampak.. kita telah membuat pengecamannya.. Kita telah beri ia nama tertentu. "Ooooo..
Biasanya.. sekiranya ia berbentuk begini.. ia akan menghasilkan kesan sifat begini".

Jadi..
Dengan gabungan bentuk-bentuk dan sifat-sifat yang berulang sebentar tadi.. membantu kita untuk
MELIHAT.. Kerana ia adalah berulang-ulang. Oleh itu.. dengan kefahaman dan kemahiran bentuk & sifat
ini.. akan membantu minda separa sedar kita.. untuk melihat ARAH MARKET AKAN DATANG sama ada ke
arah sell atau ke arah buy.
5:04 AM Mukram Sidek
Kemudian..
Kita juga MELIHAT MARKET INI DARI SUDUT SUATU PERJALANAN. Iaitu kerana market ini ialah sesuatu
yang bergerak turun dan naik. Ini satu penemuan yang penting. Sekiranya dulu.. sebelum terjumpanya
penemuan HH1 ini.. Cara aDiK agak berbeza sedikit atau agak sempit sedikit tentang pandangan
dikacamata TBST tentang forex ini.

Sememangnya asas daripada dulu lagi..


Kita memang melihat dari segi Bentuk & Sifat ini. Sama sahaja di awalnya. Trade Bank.. Smart Trade..
Trade-trade Kefahaman.. semuanya adalah sama. Sebenarnya HH1 ini semenjak 2009 lagi aDiK telah
nampak dan telitikan. Tetapi.. Alhamdulillah.. dengan rahmat Allah S.W.T... pada Tahun 2014 ini HH1
berjaya disempurnakan. Jadi.. TBST ini melihat forex ini.. umpamanya sekiranya dahulu.. kita cuma
melihat market ini dari BAWAH @ dari permukaan.. Sekarang ini.. kita telah berjaya melihat market ini
dari tempat yang lebih tinggi atau dari atas.. seolahnya kita melihat dari atas gunung.

Jadi..
Alhamdulillah.. HH1 ini dapat disempurnakan pada 2014 ini.. Maka kita barulah menggabungkan semua
perkara.. bentuk-bentuk dan sifat-sifat market yang berulang-ulang.. dan.. di HH1 ini kita melihat dari
suatu perkara atau sudut yang agak berbeza. Ia suatu perjalanan market yang agak meluas. Dan juga..
kita melihat isyarat-isyarat bahasa market yang mana kita gabungkannya.

So...
Isyarat-isyarat ini.. Mudah. Yang mana isyarat-isyarat awal ini ialah penemuan yang penting dalam
perjalanan HH1. Contohnya Hari nak Hujan. Sebelum hujan turun lagi.. Kita telah tahu. Bagi orang banyak
pengalamannya.. mereka tahu. Hujan nak turun sahaja mereka telah tahu tanda-tanda atau isyarat-
isyaratnya walaupun masih belum hujan lagi.. Tetapi mereka boleh faham bahawa hujan nak turun.
Maka ini perlu ada tanda-tandanya. Iaitu tanda-tanda awal isyarat seperti awan yang gelap.. angin yang
kuat.. guruh berbunyi-bunyi.. dan.. sebagainya. Jadi.. di sini kita akan belajar di HH1.
5:05 AM Mukram Sidek
Ok..
ADiK fikir.. Di sini telah maghrib. Tak pe.. Nanti aDik cuba aturkan meeting itu. ADiK akan cuba juga buat
muzakarah malam ini kerana tajuk asas ini PENTING.. Supaya orang jangan salah faham.. dan.. supaya
mereka ada gambaran awal tentang TBST ini.

ADiK akan cubalah.. In Shaa Allah aDik akan usahakan juga untuk sambung pada 9:30 malam nanti.

Oklah semua..
ADiK fikir.. cukuplah dahulu sementara ini. In Shaa Allah kita akan jumpa lagi pada jam 9:30pm nanti.

Assalamualaikum semua..

Selamat petang dan jumpa lagi

Anda mungkin juga menyukai