Anda di halaman 1dari 3

Teks Perasmi Majlis Hari Anugerah Apresiasi Murid SKDSN 2019

07 November 2019

08:00 pagi

Dewan Al-Qayyum,SKDSN

‫س ِم هللا ِ ال َّرحْـ َمـ ِن ال َّر ِح ْي ِم‬


ْ ِ‫ب‬
‫لحمد هلل رب العـلـمين ا‬
‫و على أله وصحـبه أجـمـعين والصالة والسالم على أشرف األنبـياء والمرسـلين‬

Terima kasih Saudari Pengacara Majlis,

Yang Berusaha Guru Besar SK Dato’ Syed Nahar,

Yang Dihormati YDP PIBG SK Dato’Syed Nahar,

Barisan Penolong Kanan, AJK PIBG,

Dif-dif jemputan,guru-guru dan seterusnya ibu bapa serta para hadirin yang saya
muliakan.

Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat
hadir bersama tuan-tuan dan puan-puan dalam satu upacara penting iaitu Hari Aspirasi Murid
Sekolah Kebangsaan Dato’Syed Nahar bagi tahun 2019.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan,

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang hadir
dalam majlis ini, khususnya kepada para murid dan ibu bapa yang telah menunjukkan
keintelektualan dan sahsiah yang cemerlang. Tahniah dan terima kasih juga kepada guru-guru
yang berjaya memartabatkan profesion keguruan sehingga mampu melahirkan modal insan yang
berkualiti baik dari segi akademik mahupun sahsiah. Semoga majlis yang amat bermakna ini
dapat dijadikan asas permulaan anjakan paradigma menjana modal insan gemilang dan
terbilang. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak sekolah dan PIBG dapat bekerjasama
mendepani segala cabaran dan permasalahan yang timbul. Pihak sekolah dan ibu bapa, sebaik-
baiknya wujudkan suasana kolaboratif dengan sentiasa berbincang. Hindarkan sebarang
perbalahan kerana ini tidak menguntungkan, malah merugikan semua pihak.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan,

Memandangkan pendidikan mampu menyuburkan kualiti kehidupan dan bersifat dinamik, guru-
guru perlu mewujudkan tanggapan yang positif terhadap diri dan kerjayanya. Perkara ini penting
kerana masyarakat akan membuat tanggapan terhadap guru berasaskan cara mereka berfikir,
berpakaian, bercakap dan berinteraksi dengan murid, ibu bapa dan masyarakat. Ibu bapa dan
masyarakat pula, hendaklah bersifat rasional dan jangan cepat melatah menyalahkan pihak
sekolah apabila timbul sesuatu masalah, terutama berkaitan masalah disiplin anak-anak. Saya
percaya, Tuan Guru Besar merupakan seorang individu yang bertanggungjawab dan mahukan
sekolah ini sentiasa berada dalam keadaan baik serta kondusif. Cuma kadangkala masalah
disiplin berlaku tanpa disangka dan sebagai ibu bapa, keikhlasan Tuan Guru mengurus sekolah
perlu dilihat secara positif.

Kita juga patut sedar, sistem pendidikan masa kini memerlukan perubahan selaras dengan
keperluan semasa, memenuhi tuntutan zaman dan lingkungan. Walau bagaimanpun, kita mungkin
perlu mengimbau sejenak dan menginsafi betapa bertuahnya kita berada di bumi Malaysia dengan
menikmati pelbagai peluang pendidikan ditawarkan. Apa yang paling penting adalah
kesungguhan dan keinginan kita mengejar setinggi mana pencapaian yang dikehendaki. Kita juga
perlu membuat persiapan bagi menghadapi pelbagai cabaran yang sudah tentu tidak sama lagi
dengan yang ada pada masa semalam, hari ini dan mungkin juga esok hari. Menginsafi hakikat
ini, maka tidak syak lagi bahawa sistem pendidikan itu sebenarnya menuntut kita untuk sentiasa
memperbaharui diri dengan ilmu dan tekad yang baru pada setiap masa.

Oleh hal yang demikian tuan-tuan dan puan-puan, saya mengambil kesempatan ini menyeru
kepada ibu bapa agar senantiasa merebut peluang yang ada. Saya menyarankan para murid,
guru-guru malahan ibu bapa sentiasa memberi nilai tambah kepada diri dengan terus belajar dan
menambah ilmu supaya kita semua akan terus relevan dengan perubahan serta peredaran zaman.
Walau bagaimanapun, harus diingat bahawa pendidikan yang mengutamakan aspek akademik
semata-mata akan menyebabkan lahirnya generasi yang pintar tetapi tidak mampu menonjolkan
kebestariannya dalam tindakan atau membuat keputusan. Oleh itu, aspek kemanusiaan tidak
seharusnya diketepikan kerana melaluinya terdapat beberapa pertimbangan atau budi bicara bagi
membolehkan pembentukan sahsiah yang seimbang. Lantaran itu, golongan pendidik, ibu bapa
dan masyarakat hendaklah membuka minda dan mengemaskinikan pengetahuan sedia ada sambil
meneruskan usaha untuk melahirkan generasi yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi juga
berakhlak mulia, berhemah tinggi, dan disegani pada peringkat global.

Para hadirin yang saya muliakan,

Sempena Hari Aspirasi Murid ini, saya secara peribadi mengucapkan tahniah dan syabas kepada
seluruh warga SK Dato’Syed Nahar, PIBG, ibu bapa dan para murid cemerlang kerana komited
sehingga dapat menjayakan program sekolah. Saya sentiasa memberi sokongan penuh kepada
pihak sekolah untuk melahirkan modal insan gemilang dan terbilang. Akhir kata kepada Tuan
Guru Besar, Yang Dipertua dan ahli jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Dato’Syed Nahar,
guru-guru dan semua pihak yang terlibat menjayakan majlis ini saya ucapkan terima kasih,
kerana sesungguhnya perpaduan dapat dibentuk melalui majlis seperti ini. Sehubungan itu saya
buat kesekian kalinya berdoa semoga sekolah ini akan terus mencapai kejayaan seperti mana yang
dihajati dalam masa yang terdekat ini.

Dengan lafaz ‫الر ِح ْي ِم‬


َّ ‫الرحْـ َمـ ِن‬
َّ ِ ‫ب ِ ْس ِم هللا‬

Saya merasmikan Hari Aspirasi Murid Sekolah Kebangsaan Dato’Syed Nahar bagi tahun
2019. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai