Anda di halaman 1dari 3

PERKAMPUNGAN PENULISAN MUDA SEKOLAH MENENGAH

KERTAS KONSEP

KERTAS KONSEP
PERKAMPUNGAN PENULIS MUDA SEKOLAH MENENGAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1.0 PENGANJURAN

Program ini dianjurkan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian,


Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Program ini dikelolakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

2.0 PENDAHULUAN

Pencapaian visi dan harapan negara ( dalam konteks membina negara


bangsa ) terhadap pembinaan insan amat sulit dan memerlukan usaha yang
berani, bersungguh-sungguh dan secara holistik. Dalam konteks pembinaan
modal insan khususnya murid, pendekatan wahananya perlu menyeluruh
yang merangkumi pembinaan kecemerlangan dari aspek intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Dalam erti kata lain ketiga-tiga aspek pembinaan
pembangunan manusia iaitu KOGNITIF, AFEKTIF dan PSIKOMOTOR perlu
digembleng dan mesti dicapai.

Keseluruhan program yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran


khususnya Bahagian Sekolah mengambil kira kesemua aspek yang
dinyatakan tadi dan di samping itu memberikan fokus yang lebih terhadap
sesuatu bidang.

Melalui program Perkampungan Nilai-Nilai Murni Penulis Muda ini, hasrat


pengisian ilmu dan kemahiran berkaitan bahasa dan kesusasteraan Melayu
dalam mengangkat dan memperkasa Bahasa Kebangsaan sangat
diutamakan selain memasukkan unsur-unsur pembinaan insan iaitu adab
budi bahasa, nilai-nilai murni kehidupan , nilai kerohanian serta integrasi dan
perpaduan kaum dalam kalangan peserta. Justeru, fokus pengisian program
ini tertumpu kepada nilai-nilai murni dalam penulisan dan interaksi peserta
sepanjang berada di perkampungan tersebut mahupun selepas program
berakhir.

171
PERKAMPUNGAN PENULISAN MUDA SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

3.0 RASIONAL

Program ini telah dimulakan pada tahun 2001. Bermula di Terengganu,


kemudian pada tahun berikutnya di Johor, Perak, Sarawak, Sabah, Negeri
Sembilan, Kedah dan Johor.
Program yang melibatkan pelajar yang berbakat dalam penulisan kreatif dari
sekolah menengah seluruh negara ini didedahkan dengan beberapa aktiviti
ke arah penampilan diri dan bakat dalam pelbagai bidang ’hard-skill’ dan
’soft-skill’ komunikasi, bahasa, kesusasteraan serta sahsiah dan nilai-nilai
murni. Bakat dan pengetahuan asas peserta dalam penciptaan karya kreatif
yang berpaksikan nilai-nilai murni dapat digarap dan digilapkan untuk lebih
berketerampilan dan maju lagi pada masa akan datang. Justeru, Kementerian
Pelajaran Malaysia berpandangan dan berharap agar program ini bukan
sahaja perlu diperluaskan kepada peringkat negeri, daerah dan sekolah
malah perlu mendapat sokongan dan kerjasama dari pelbagai kementerian
dan agensi lain.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Mencungkil dan mengembangkan bakat pelajar dalam penulisan


kreatif pelbagai genre.

4.2 Memupuk semangat jati diri, kecintaan terhadap bangsa dan negara,
berdisiplin serta berbudi bahasa dan bernilai moral tinggi melalui
aktiviti pembelajaran dan hasil penulisan.

4.3 Menimba pengalaman dan kemahiran berkarya daripada tokoh-tokoh


penulis negara terutama Sasterawan Negara dan penulis-penulis
ternama.

4.4 Menghasilkan karya kreatif yang bermutu lagi bernilai murni secara
lebih produktif pada masa akan datang.

4.5 Memartabatkan genre sastera dalam kalangan pelajar.

5.0 KUMPULAN SASARAN

5.1 Pelajar tingkatan 4, 5 dan 6 seluruh negara yang pernah menghasilkan


karya kreatif pada peringkat asas. Pencalonan di kemukakan oleh
semua Jabatan Pelajaran Negeri. ( Seramai 200 pelajar dan 100 guru
dan urus setia program )

5.2 Setiap Jabatan Pelajaran Negeri menghantar 10 pelajar ( 5 lelaki dan


5 perempuan) yang berlatarbelakangkan pelbagai lokasi dan pelbagai
kaum.
171
PERKAMPUNGAN PENULISAN MUDA SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

5.3 Setiap negeri juga melibatkan dua orang guru sebagai guru pengiring
dan pembimbing serta seorang lagi sebagai ketua kontinjen.

6.0 CADANGAN AKTIVITI SEMASA PERKAMPUNGAN

Program boleh dirancang dengan persetujuan pihak penganjur yang seperti


cadangan berikut:

6.1 Pengisian ilmu pelbagai genre.


6.2 Motivasi dan ilmu bantu.
6.3 Dialong antara peserta.
6.4 Dialog Sasterawan Negara/SN dan penulis-penulis terkenal.
6.5 Bedah karya oleh pembimbing.
6.6 Apreasasi puisi.
6.7 Mendekati cerpen.
6.8 Mendekati drama dan novel.
6.9 Persembahan peserta.
6.10 Lawatan sambil belajar / Darmawisata.
6.11 Diskusi karya peserta yang terpilih.
6.12 Bengkel penulisan.
6.13 Forum penerbitan dengan editor/penerbit.
6.14 dan sebagainya.

7.0 SYARAT TAMBAHAN PESERTA

7.1 Peserta negeri yang dipilih untuk mengikuti program ini pada peringkat
kebangsaan mestilah telah menghasilkan sekurang-kurangnya sebuah
cerpen dan tiga buah sajak.

7.2 Cerpen dan sajak-sajak tersebut hendaklah dihantar satu set dalam
bentuk bercetak dan satu set dalam bentuk ’softcopy’ kepada pihak
penganjur.

7.3 Peserta program diminta menambah nilai karya mereka sebelum


berakhirnya program dan menyerahkannya kepada pihak penganjur.

7.4 Sesudah program dijalankan, setiap peserta dikehendaki


menghasilkan pelbagai karya sastera dan menghantarnya ke pihak
pencetak untuk diterbitkan.

8.0 AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan


Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia

171

Anda mungkin juga menyukai