Anda di halaman 1dari 4

PERATURAN

UMUM
ESPORT

WOOVERZ EMPIRE
PERATURAN UMUM KEJOHANAN ESPORT

I. Pemain diistilahkan sebagai atlet e-sukan yang menyertai kejohanan E-sport


II. Ruang duduk (kerusi) dan Kawasan paparan digital (TV, Monitor) adalah diterjemahkan
sebagai ‘kawasan permainan’.
III. Pengadil kejohanan diistilahkan sebagai ‘marshall’ & pegawai pertandingan di dalam
peraturan.

SISTEM DAN ATURAN

1. Pemain haruslah mengikuti sistem dan aturan seperti yang telah ditetapkan oleh penganjur
sama ada secara bertulis, cetakan atau secara atas talian.
2. Pemain harus mengikuti segala peraturan yang telah ditetapkan di Kawasan permainan
- Berada awal untuk mengelak disingkirkan dari kejohanan
- Memakai pakaian yang sesuai semasa bertanding, kemas dan tidak mencolok mata
- Tidak mengeluarkan sebarang makian, cacian, rasis, kata-kata sesat atau lucah sama ada
secara monolog, kepada pihak lawan atau pegawai pertandingan
- Tidak melakukan sebarang sentuhan fizikal kepada pihak lawan, pegawai pertandingan
serta peralatan-peralatan berkaitan pertandingan
- Tidak melakukan provokasi melampau terhadap mana-mana pihak di dalam kejohanan
3. Sebarang kesalahan yang dilakukan di dalam Kawasan permainan boleh dikenakan tindakan-
tindakan berikut
3a. Amaran Lisan (jika tanpa niat/ tidak sengaja)
3b. Kad Kuning (amaran akhir: jika kesalahan berulang / kesalahan separa berat)
3c. Kad Hijau (disingkirkan dari kawasan permainan/perlawanan)
3d. kad Merah (disingkirkan daripada kejohanan)
3b.1/FIFA
• KAD AMARAN hanya boleh dikeluarkan oleh marshall atau pegawai permainan yang
dilantik.
• KAD KUNING yang dikenakan pada perlawanan tersebut tidak akan diambil kira pada
perlawanan seterusnya.
• Pemain yang dikenakan KAD HIJAU dikhendaki berada di luar Kawasan permainan
• Pemain yang dikenakan KAD HIJAU masih boleh meneruskan baki perlawanan lain
(jika ada & hanya untuk peringkat kelayakan) manakala jika dikenakan KAD HIJAU
pada perlawanan peringkat Kalah-Singkir atau (BO3) atau timbal balik, anda akan

Disediakan oleh: WOOVERZ EMPIRE


dikira tewas 0-3 atau skor yang melebihi 0-3 pada ketika itu pada perlawanan tersebut
dan boleh meneruskan baki perlawanan jika ada.

3b.2/MOBILE LEGENDS & PUBG

• KAD AMARAN hanya boleh dikeluarkan oleh marshall atau pegawai permainan yang
dilantik.
• KAD KUNING yang dikenakan pada perlawanan tersebut tidak akan diambil kira pada
perlawanan seterusnya.
• Pemain yang dikenakan KAD HIJAU dikehendaki berada di luar kawasan permainan
dan bermain di Kawasan Kuarantin
• Pemain yang dikenakan KAD HIJAU masih boleh meneruskan baki perlawanan lain
(jika ada) di kawasan kuarantin.
• Jika melakukan kesalahan yang berulang pemain boleh dikenakan tindakan KAD
MERAH tetapi ahli pasukan yang lain boleh meneruskan permainan sehingga tamat.
• Pemain yang dikenakan KAD MERAH hendalah keluar dari ‘in game’ atau ‘in match’,
jika didapati masih membantu ahli pasukan maka pasukan tersebut akan disingkirkan
dari perlawanan dan kemenangan percuma diberikan kepada pihak lawan.
• Pasukan boleh meneruskan baki perlawanan yang lain jika ada dengan kesemua
pemain ( KAD MERAH tidak dibawa ke perlawanan seterusnya)

3c.1 KAD MERAH SECARA TERUS

- Kad merah boleh dikenakan secara terus jika berlaku perkara-perkara berikut:
• Melakukan kekasaran fizikal kepada pihak lawan/pegawai perlawanan
• mengeluarkan kata-kata kesat berunsur perkauman, agama, rasism, menganggu
gugat keharmonian kaum dan kestabilan negara.
• Merokok, memiliki rokok, vape & dadah, menghisap dadah di dalam Kawasan
Permainan.
• Mengunakan senjata tajam/objek untuk mengugut, memukul dengan niat untuk
memenangi serta mencederakan mana-mana pihak semasa kejohanan berlangsung
• Memberi wang / benda-benda yang dianggap sebagai rasuah demi untuk memenangi
perlawanan tersebut adalah dilarang sama sekali oleh pihak penganjur.
4. Pemain yang telah dikenakan Kad Merah secara terus akan dikenakan kuarantin di ‘red zone’,
dan jika disabitkan kesalahan, akan diserahkan kepada pihak berkuasa setempat.
5. Pemain boleh membuat rayuan secara terus kepada pihak penganjur jika berlaku kesilapan
oleh pegawai pertandingan dengan mengemukakan bukti atau saksi berkaitan.

Disediakan oleh: WOOVERZ EMPIRE


6. Keputusan pihak penganjur adalah muktamad.
7. Pemain yang menyertai kejohanan ini secara automatik telah bersetuju dan perlu mematuhi
peraturan-peraturan seperti yang telah ditetapkan.
8. Setiap pemain, pegawai pertandingan dan penganjur terikat dengan undang-undang dibawah
perlembagaan Negara Malaysia.
9. Jadikan e-sport sebagai salah satu industri yang positif dan sesuai untuk segenap lapisan
masyarakat di dalam negara kita, Malaysia.

Disediakan oleh: WOOVERZ EMPIRE

Anda mungkin juga menyukai