Anda di halaman 1dari 6

Bab 5

HATI Faris masih panas. Wajah gadis bermata galak itu masih terpapar dalam
ingatannya. Berani sungguh gadis itu melawan kata-katanya. Mahu sahaja dia
meramas mulut gadis itu kalau gadis itu ada di hadapannya.

Sebaik sampai di rumah, dia melihat Pak Amir sedang mengelap kereta
Mercedes putih milik neneknya. Kereta Bentley ayahnya tidak kelihatan.

Dia meletakkan kereta Audi R8 hitamnya di salah sebuah garaj yang kosong di
mahligai itu kemudian mengarahkan Pak Amir membawa keretanya ke tempat
membasuh kereta. Sudah beberapa hari keretanya tidak berbasuh.

“Jangan lambat ya, Pak Amir. Pukul 8.00 nanti saya nak keluar,” ujar Faris pada
lelaki berumur separuh abad itu.

Pak Amir hanya menggangguk.

Faris terus menuju ke biliknya di tingkat tiga mahligai Bukhary itu untuk
membersihkan diri. Dia berbaring sambil membaca majalah dan sesekali
menjenguk Facebooknya. Tiada apa yang menarik. Beberapa mesej turut
dibaca. Kebanyakan daripada kenalan wanitanya. Mereka sudah tak sabar
berjumpa dengannya di Zouk.

Desmond, anak seorang ahli perniagaan terkenal akan mengadakan parti malam
nanti. Faris memang teruja untuk pergi apatah lagi bila mengetahui Tunku
Shahri dan adiknya Tunku Shafinas, turut sama menghadiri parti tersebut.
Tunku Shafinas memang agak rapat dengannya. Mereka pernah bersekolah
rendah yang sama dulu. Dan sewaktu di Harvard, mereka selalu terserempak
apabila dia ke Boston. Tunku Shafinas memang seorang wanita yang cantik.
Tapi, Tok Zauyah tak berkenan langsung dengan Tunku Shafinas. Entah
perempuan bagaimana yang Tok Zauyah kata sesuai untuknya pun, Faris tidak
pasti.

Faris memang ramai teman wanita. Wanita bertukar ganti seperti baju yang dia
pakai. Hidupnya tidak pernah sunyi daripada di dampingi wanita. Dia tidak tahu
kenapa dia masih tidak serius dengan sesiapa pun kecuali Ariel.

Faris berlari-lari anak menuruni anak tangga ke ruang tamu. Jam di tangan
sudah menunjukkan pukul 8.00 malam. Dia terus menuju ke garaj. Dia terkejut
apabila mendapati kereta Audi R8nya tiada di tempatnya.

Pak Amir bawa kereta dia pergi mana pulak ni? gumamnya. Dia terus mendail
nombor telefon Pak Amir di iPhonenya. Dua kali dail, baru Pak Amir menjawab
panggilannya.

“Pak Amir, ni Faris. Mana kereta saya? Saya nak keluar dah ni?” Suaranya
sedikit kasar.

“Maaf, Encik Faris. Saya ada hal tadi. Baiklah... saya datang secepat mungkin
ni,” balas Pak Amir dengan suara cemas.

“Okeylah, tapi cepat sikit. Saya ada hal ni,” kata Faris dengan kasar. Sebaik saja
menamatkan perbualannya, dia masuk ke dalam rumah semula.

Entah bagaimana, dia terserempak dengan Tok Zauyah. Melihat wajah wanita
tua itu yang semacam, Faris sudah tahu ada sesuatu yang ingin diperkatakan
padanya. Itu yang Faris tidak sanggup. Mahu sahaja dia berpatah balik ke luar,
tetapi terlambat.
“Faris nak ke mana?” soal Tok Zauyah yang memakai jubah hitam
bergemerlapan dengan labuci dan tudung berwarna hitam.

“Err... nak keluar sekejap, tok,” ujar Faris.

“Duduk sekejap. Tok nak cakap,” arah Tok Zauyah yang telah pun duduk di
sofa. Dia mengunjuk pada sofa di hadapannya.

“Tapi, saya nak keluar ni, tok. Kawan dah tunggu,” dalih Faris.

“Sekejap aje. Duduk dulu!” arah Tok Zauyah lebih tegas daripada tadi.

Faris buat muka. Apa lagi agaknya yang hendak dikatakan oleh wanita purba
ini. Mahu tak mahu, dia terpaksa akur. Orang tua ini, kalau bertegas memang
boleh tahan. Macam diktator Itali Mussolini sahaja lakunya. Kalau tak pun,
macam Napoleon.

“Faris, tok ni dah tua. Sebelum tok mati, tok nak lihat Faris berumah tangga
dengan wanita yang tok sebutkan dulu,” kata Tok Zauyah tanpa berselindung.

“Tok, saya kan masih muda lagi. Baru 27 tahun. Tok dah nak suruh saya
kahwin dalam usia macam ni ke?” Faris memberi alasan. Perkahwinan adalah
perkara terakhir yang dia akan lakukan dalam usia seperti itu. Dan orang tua itu
mahu dia kahwin? Wanita ini datang dari zaman purba mana agaknya? umpat
Faris dalam hati.

“27 muda lagi? Tiga tahun lagi dah 30. Apa yang kau tunggu lagi Faris? Tok
dah lama tunggu. Tok dah tak sabar lagi. Tok dah nekad. Tok akan kahwinkan
Faris secepat yang mungkin dengan pilihan tok,” ujar Tok Zauyah. Dia telah
mengupah orang mencarikan calon yang sesuai untuk cucunya itu. Banyak
gambar yang dia terima dan telah disenarai pendek. Cuma dia belum memilih
siapa wanita yang sesuai untuk cucunya itu.
“Tok!” Faris terjerit. Dia bangun dari duduknya. Dia sangat-sangat terkejut.
Panas hatinya, tapi dia tak sanggup melawan Tok Zauyah.

“Tok nak saya mati ke? Ayah kata apa? Ayah setuju ke?” soal Faris, kasar. Dia
sangat tidak percaya sampai ke situ sekali Tok Zauyah akan lakukan.

“Hei, aku nak kahwinkan kau! Bukan aku nak bunuh kau budak bertuah! Aku
tak kisah apa ayah kau kata! Selama ini, aku banyak bersabar dengan perangai
kau orang! Kali ini keputusan aku muktamad! Tiada siapa yang boleh melawan
aku! Kekayaan ini hasil daripada titik peluh Tok Bukhary dan aku. Selagi aku
masih bernyawa, kata putus di tangan aku! Penat aku bina ini semua bersama
tok kau, senang-senang kamu semua meranapkannya dengan perangai tak tentu
hala tu! Kau tu macam tak ada tanggungjawab. Berlibur sana sini dengan entah
perempuan mana. Sekurang-kurangnya kalau kau kahwin, kau tahu erti
tanggungjawab,” bebel Tok Zauyah.

Faris terkedu. Keras betul kata-kata Tok Zauyah.

“Tok akan carikan wanita yang sesuai untuk Faris. Satu hari nanti, Faris akan
berterima kasih dengan tok kerana membuat pilihan yang tepat untuk Faris”

Faris menjuihkan bibirnyya. Mana mungkin. Tok Zauyah ketinggalan zaman.


Mana ada istilah kahwin paksa lagi dalam zaman moden dan canggih ini. Orang
sekarang berkahwin kerana cinta dan keserasian? Kahwin paksa hanya dalam
zaman kuno sahaja.

“Kalau Faris tak setuju bagaimana tok?” duga Faris.

Tok Zauyah tersenyum sinis. Dia tahu Faris tidak akan dapat hidup tanpa wang
dan kemewahan yang dia nikmati pada waktu itu. “Kalau Faris tak setuju, Faris
boleh keluar dari rumah ini. Sesen pun tok takkan bagi kat Faris. Faris hanya
boleh bawa baju di badan Faris aje!”
Faris terdiam. Sampai begitu sekali? Tok Zauyah memang melampau. Dia pasti,
ayahnya tidak akan bersetuju dengan rancangan Tok Zauyah itu. “Tok memang
kejam!”

Tok Zauyah buat muka selamba. Sikit pun dia tidak terasa. Dia tak kisah apa
pun Faris nak kata. Dia tetap dengan keputusannya.

“Aku tak kisah. Kalau kau nak nikmati semua ini, kau kena ikut cakap tok.
Kalau tak, tok ucap selamat tinggal pada kau. Pergilah cari rumah sendiri. Cari
kerja sendiri,” balas Tok Zauyah.

Faris merengus geram. Mampukah dia berdikari tanpa harta dan duit ringgit?
Bolehkah dia bekerja sendiri? Sepanjang hidupnya, dia hanya bergantung pada
keluarganya. Satu lagi, sanggupkah dia kehilangan kereta-kereta
kesayangannya? Sebelum ini, dia bebas menukar mana-mana kereta yang dia
suka. Akhirnya, dia akur. Dia memang tidak mampu hidup tanpa harta benda
dan duit ringgit keluarganya. Dia tak sanggup hidup melarat. “Bagi saya
tempoh, tok.”

“Baiklah. Tok bagi masa untuk Faris fikirkan dulu. Tapi, minggu depan Tok
nak jawapan Faris. Faham?”

Faris mengangguk lemah. Memang pandai wanita tua itu menggunakan peluang
seperti itu untuk memaksa dia mengikut kehendaknya.

Dia hanya memandang langkah Tok Zauyah yang berlalu pergi dari ruang tamu
itu. Dia meraup mukanya, menyisir rambutnya ke belakang dengan kedua-dua
tangannya. Dia rasa ingin menjerit. Semangat menyala-nyala untuk keluar tadi
padam. Dia kehilangan mood. Semuanya kerana Tok Zauyah. Wanita tua itu
telah pun masuk ke biliknya.

Argh! jerit hati Faris. Terasa berat beban yang dia pikul saat ini.
Bunyi kereta menjalar masuk menyebabkan Faris tersedar lalu keluar ke ruang
hadapan rumah.

Kereta Audi R8 kesayangannya sedang menyusur masuk ke perkarangan


mahligai itu. Kemudian dia melihat kelibat Pak Amir dan seseorang. Kelibat
seorang gadis bertudung di tempat duduk penumpang. Hati Faris panas. Patutlah
lambat. Agaknya Pak Amir bawa gadis itu berjalan-jalan macam kereta sendiri!
Memang orang tua tidak sedar diri!

Anda mungkin juga menyukai

  • Bab 12
    Bab 12
    Dokumen6 halaman
    Bab 12
    Liana Iylia
    Belum ada peringkat
  • Bab 16
    Bab 16
    Dokumen4 halaman
    Bab 16
    Liana Iylia
    Belum ada peringkat
  • Bab 13
    Bab 13
    Dokumen3 halaman
    Bab 13
    Liana Iylia
    Belum ada peringkat
  • Bab 11
    Bab 11
    Dokumen5 halaman
    Bab 11
    Liana Iylia
    Belum ada peringkat
  • Bab 8
    Bab 8
    Dokumen4 halaman
    Bab 8
    Liana Iylia
    Belum ada peringkat
  • Bab 10
    Bab 10
    Dokumen7 halaman
    Bab 10
    Liana Iylia
    Belum ada peringkat
  • Bab 4
    Bab 4
    Dokumen7 halaman
    Bab 4
    Liana Iylia
    Belum ada peringkat
  • Bab 7
    Bab 7
    Dokumen8 halaman
    Bab 7
    Liana Iylia
    Belum ada peringkat
  • Bab 6
    Bab 6
    Dokumen3 halaman
    Bab 6
    Liana Iylia
    Belum ada peringkat
  • Bab 3
    Bab 3
    Dokumen3 halaman
    Bab 3
    Liana Iylia
    Belum ada peringkat
  • Bab 2 FARIS LOVE LAYLA
    Bab 2 FARIS LOVE LAYLA
    Dokumen6 halaman
    Bab 2 FARIS LOVE LAYLA
    Liana Iylia
    Belum ada peringkat
  • Bab 1 Faris Love Layla
    Bab 1 Faris Love Layla
    Dokumen3 halaman
    Bab 1 Faris Love Layla
    Liana Iylia
    Belum ada peringkat