Anda di halaman 1dari 4

Bab 16

FARIS masih macam dulu. Masih lagi menghabiskan masa selepas waktu kerja
bersama-sama rakan-rakannya. Kadang-kadang di rumah mereka kadang-kadang
di kelab eksekutif. Kadang-kadang balik sahaja Faris terus ke gym dan selepas
itu entah ke mana.

Faris sering memberikan alasan banyak kerja di syarikat apabila dia balik lewat
kepada Tok Zauyah. Kebetulan pula syarikat sedang sibuk menyediakan tender.

“Jomlah ke kelab biasa kita pergi tu malam ni,” ajak Tunku Shahri.

“Tak boleh. Gambar I kahwin dah terpampang dalam majalah. Nanti jadi gosip
pula bila orang nampak I masuk kelab. I kena jaga reputasi keluarga dan
syarikat,” tolak Faris.

“Kalau dah kahwin, kenapa pulak you liat nak balik rumah? Asyik melepak di
sini aje?” sindir Desmond.

“I rimaslah dengan perempuan tu. At leastjumpa you all, dapat lupakan masalah
I ni. Kalau boleh, I tak nak balik langsung. Tapi, nanti mengamuk pulak nenek I
tu. Kalau dia halau I, siapa jugak yang susah,” rungut Faris.

Kawan-kawannya hanya ketawa.


LAYLA dan Faris selalunya berjumpa bila makan malam sahaja. Itupun sekali-
sekala dalam seminggu kerana waktu lain Faris sibuk dengan urusannya di luar.

Faris akan berlagak mesra dengan Layla. Dia akan menarik kerusi untuk dia
duduk dan menyendukkan nasi dan lauk untuknya. Pada waktu itu keluarlah
semua sifat gentleman nya sehingga Layla hampir keliru bagaimana Faris yang
kasar jadi begitu pula seolah-olah lelaki itu mempunyai dua personaliti.

“Sayang, awak nak lauk mana satu?” tanya Faris.

Tok Zauyah, Tan Sri dan Wafiq tersenyum melihat kemesraan mereka. Suasana
jadi senyap seketika menyebabkan Layla terasa malu kerana seolah-olah mereka
semua memerhatikannya menunggu jawapannya.

“Err... ikan tu,” kata Layla sambil mencapai gelas air longan.

“Good choice baby!” Faris buat-buat senyum.

Hampir tersedak Layla mendengar kata-kata Faris itu. Hah? Tadi sayang dan
sekarang baby pulak. Pandainya lelaki itu berlakon bila ramai yang memerhati.

Kemudian sepanjang makan malam itu banyak pula dia bertanya Layla itu dan
ini. Yang paling dia tak boleh terima,kadang-kadang Faris menyuapkan makanan
ke mulutnya.

“Try this baby,” ujarnya sambil menyudukan satu benda pelik ke mulut Layla.
Rasanya sangat meloyakan lidah Melayunya. Tak guna! Mahu saja dia
menendang kaki lelaki itu.

Akhirnya Layla terpaksa telan juga kerana melihatkan wajah Tok Zauyah dan
Tan Sri yang tersenyum memandangnya. Faris di sebelahnya hanya memandang
dengan pandangan sinis. Nak ketawa pun ada juga dia tengok! Hah! nantilah
mamat itu! Gilirannya akan tiba juga satu hari nanti.

Sudah beberapa hari, Layla tak nampak Faris. Rupa-rupanya Faris ke London atas
urusan perniagaan. Itupun Tan Sri Omar yang memberitahunya.

“Maafkan ayah kerana hantar Faris ke London. Kacau bulan madu kamu aje,”
beritahu Tan Sri Omar.

Layla hanya tersenyum. “Tak apa ayah. Dah tugas Abang Faris. Layla tak kisah.”

“Betul ni?”

“Betul ayah.”

“Alhamdulillah... Syukur ayah ada menantu macam Layla ni dan bertuah Faris
dapat isteri macam Layla, sangat memahami,” puji Tan Sri Omar.

Sewaktu Faris ke London itulah, adik Faris bernama Nabila pulang ke mahligai
itu untuk cuti semester. Waktu itu, Layla berada di ruang tamu berbual-bual
dengan Tok Zauyah bila gadis tinggi lampai bermata hijau ala model itu sampai.
Terlongo dia melihat kecantikan adik Faris itu. Cantik sungguh!

“Siapa ni tok?” tanya Nabilah. Tadi masa dia sampai dia ingat orang gaji baru
tapi Tok Zauyah melayannya begitu mesra sekali.

“Inilah Layla, isteri Faris.”

Nabila terkejut. “Hah?” Dia memandang Layla yang berbaju kurung kain
cottonatas bawah. Sejak bila pulak abangnya berubah selera? Layla menyuakan
tangan untuk bersalam, tapi tidak disambut oleh Nabila.
“Are you sure tok? This is hillarious indeed. Sejak bila my brother berubah
sampai nak settle down, tok? Dengan perempuan macam ni pula. You know him.
Dia kan player. Unbelievable!”

“Hmm... people can change Nabila. I hope you can change too. At least, kalau
balik Malaysia tu biarlah pakai sopan sikit,” perli Tok Zauyah. Dia memandang
Nabila yang memakai skirt pendek dan baju tanpa lengan itu.

“What? Macam dia ni?” Dia mengunjuk jarinya dengan kuku berwarna ungu ke
arah Layla. “No way, tok. Too conventional for me. Macam orang kampung.
Dahlah... saya penat ni. Esok-esok ajelah kita discuss. Nice to see you.” Dia
mencebik pada Layla dan berlalu ke ruang atas.

LAYLA cuba juga untuk berbaik dengan Nabila selepas itu, tapi setiap kali dia
mencuba penerimaan Nabila memang dingin. Mungkin Nabila tak mahu berbual
dengannya sebab tak setaraf.

Banyak kali pertanyaan dan sapaan Layla tidak bersambut. Disebabkan itu, Layla
membiarkan sahaja. Wafiq pun begitu juga.

Anda mungkin juga menyukai

  • Bab 11
    Bab 11
    Dokumen5 halaman
    Bab 11
    Liana Iylia
    Belum ada peringkat
  • Bab 13
    Bab 13
    Dokumen3 halaman
    Bab 13
    Liana Iylia
    Belum ada peringkat
  • Bab 12
    Bab 12
    Dokumen6 halaman
    Bab 12
    Liana Iylia
    Belum ada peringkat
  • Bab 10
    Bab 10
    Dokumen7 halaman
    Bab 10
    Liana Iylia
    Belum ada peringkat
  • Bab 7
    Bab 7
    Dokumen8 halaman
    Bab 7
    Liana Iylia
    Belum ada peringkat
  • Bab 8
    Bab 8
    Dokumen4 halaman
    Bab 8
    Liana Iylia
    Belum ada peringkat
  • Bab 4
    Bab 4
    Dokumen7 halaman
    Bab 4
    Liana Iylia
    Belum ada peringkat
  • Bab 6
    Bab 6
    Dokumen3 halaman
    Bab 6
    Liana Iylia
    Belum ada peringkat
  • Bab 5
    Bab 5
    Dokumen6 halaman
    Bab 5
    Liana Iylia
    Belum ada peringkat
  • Bab 3
    Bab 3
    Dokumen3 halaman
    Bab 3
    Liana Iylia
    Belum ada peringkat
  • Bab 2 FARIS LOVE LAYLA
    Bab 2 FARIS LOVE LAYLA
    Dokumen6 halaman
    Bab 2 FARIS LOVE LAYLA
    Liana Iylia
    Belum ada peringkat
  • Bab 1 Faris Love Layla
    Bab 1 Faris Love Layla
    Dokumen3 halaman
    Bab 1 Faris Love Layla
    Liana Iylia
    Belum ada peringkat