Anda di halaman 1dari 3

Bab 6

“PAK AMIR!” jerit Faris macam singa lapar di muka pintu.

Pak Amir bergegas menghampiri Faris. Dia terkejut. Tak pernah Faris menjerit
macam tu.

Layla turut terkejut mendengar suara kasar Faris. ‘Mak ai, kasarnya! Tak boleh
cakap baik-baik ke? desis hati Layla tidak puas hati. Eh, ni lelaki yang kat
KLCC tadi. Ya ALLAH! Jumpa lagi mamat sombong ni!

“Cepat keluar Layla,” bisik Pak Amir.

Layla mendengus sambil memeluk tubuh. Kalau boleh dia tak mahu keluar.
Biar padan muka lelaki tersebut. Dia ingat dia siapa?

Pak Amir menyuruh anak gadisnya itu keluar sekali lagi. Tapi, gadis itu tetap
menunjukkan keras kepala dan egonya. Geram pula hati Pak Amir.

Layla masih tidak berganjak. Mata gadis itu tidak berkelip memerhatikan Faris
dengan penuh kebencian seperti Faris hendak ditelannya.

Faris pula makin geram bila melihat gadis itu tidak berganjak sikit pun. Budak
perempuan mana yang degil sangat ni? Dia ingat kereta ni kereta bapak dia ke?
Lantas dia terus ke tempat duduk gadis itu dan membuka pintu. “Hoi!
Keluarlah!” jeritnya.

Layla terkejut.
Faris juga terkejut. Dia pandang semula gadis itu. Hah! Budak kecil di KLCC
tadi! Kecilnya dunia! Mereka berpandangan dengan sinar mata masing-masing
yang seolah ingin menelan satu sama lain.

Melihat gadis itu, hati Faris yang memang sedia panas dek Tok Zauyah seolah
mahu meletup. Siapa gadis itu? Apa kaitan dia dengan Pak Amir? Ah! Tak
kisahlah! Dia menarik tangan gadis itu keluar dengan kasar. Selepas itu dia
menolak gadis itu ke tepi hingga jatuh terduduk. Gadis itu terjerit.

Tanpa mempedulikan gadis yang mengaduh sakit itu, dia menutup pintu kereta
sebelah penumpang dengan kasar.

Layla bangun perlahan-lahan. Mujur dia tidak apa-apa walaupun jatuh terduduk.
Ganasnya! Mentang-mentanglah dia tinggi dan besar. Ikut suka hati aje tolak-
tolak orang!

“Maaf, Encik Faris,” kata Pak Amir apabila Faris bergerak ke kerusi pemandu.

“Tak payah nak minta maaf, Pak Amir. Pak Amir tahu tak apa yang Pak Amir
dah buat? Menyusahkan orang aje. Lain kali jangan nak pakai kereta ni macam
kereta sendiri. Sedarlah diri tu sikit! Pak Amir ingat ini kereta Pak Amir ke?
Suka-suka hati aje bawa ke hulu ke hilir!” marah Faris.

Pak Amir tersentak mendengar kata-kata Faris itu.

Kereta Faris meluncur laju. Hampir saja dia terlanggar tembok sebelum kereta
itu mengaum macam singa gila keluar dari perkarangan.

Pak Amir dan Layla hanya berpandangan. Tapi sinar mata gadis bertudung itu
penuh kesumat. Sungguh, lelaki itu tidak ada budi bahasa kerana melayan
ayahnya seperti tiada harga diri. Memang melampau.
Eh, lelaki tadi tu anak Omar Bukhari ke? Patutlah berlagak! getus hati Layla
geram. Kenapalah dia ditemukan dengan lelaki itu lagi? Mungkin ALLAH nak
tunjukkkan padanya betapa miskinnya hati budi anak orang kaya macam lelaki
itu. Huh! Menyampahnya dia pada lelaki itu.

“Layla lambat sangat keluar tadi kenapa? Kan lagi mengamuk budak tu pada
ayah?” tanya Pak Amir.

“Geram saya ayah dengan perangai orang gila tu. Memang kurang ajar. Kenapa
ayah tak bagi aje sebijik penumbuk kat muka dia? Baru padan muka dia.”

“Eh Layla, kenapa Layla pulak yang lebih-lebih ni? Dia kan anak majikan ayah.
Takkanlah ayah nak buat macam tu? Lagipun Layla, sabar tu kan lebih baik,”
pujuk Pak Amir.

“Ayah, dia hina ayah macam tu pun ayah nak sabar? Itu dah buli namanya.
Hisy... kenapalah ayah kerja dengan orang kurang ajar macam tu?” ujar Layla
tidak puas hati.

“Selalu budak tu baik aje. Tapi, ayah pun tak faham kenapa dia berkasar
dengan ayah macam tu tadi. Dia ada masalah agaknya.” Pak Amir cuba berbaik
sangka.

Layla menjegilkan matanya tidak percaya dengan kata-kata ayahnya. Sejak dia
mengenali lelaki itu bermula di KLCC sehingga di rumah besar tersergam indah
itu, tiada satu kebaikan pun dia nampak dari lelaki itu. Baiknya hati ayah kerana
masih berbaik sangka dengan orang seperti itu!

Anda mungkin juga menyukai

  • Bab 12
    Bab 12
    Dokumen6 halaman
    Bab 12
    Liana Iylia
    Belum ada peringkat
  • Bab 16
    Bab 16
    Dokumen4 halaman
    Bab 16
    Liana Iylia
    Belum ada peringkat
  • Bab 13
    Bab 13
    Dokumen3 halaman
    Bab 13
    Liana Iylia
    Belum ada peringkat
  • Bab 11
    Bab 11
    Dokumen5 halaman
    Bab 11
    Liana Iylia
    Belum ada peringkat
  • Bab 8
    Bab 8
    Dokumen4 halaman
    Bab 8
    Liana Iylia
    Belum ada peringkat
  • Bab 10
    Bab 10
    Dokumen7 halaman
    Bab 10
    Liana Iylia
    Belum ada peringkat
  • Bab 4
    Bab 4
    Dokumen7 halaman
    Bab 4
    Liana Iylia
    Belum ada peringkat
  • Bab 7
    Bab 7
    Dokumen8 halaman
    Bab 7
    Liana Iylia
    Belum ada peringkat
  • Bab 5
    Bab 5
    Dokumen6 halaman
    Bab 5
    Liana Iylia
    Belum ada peringkat
  • Bab 3
    Bab 3
    Dokumen3 halaman
    Bab 3
    Liana Iylia
    Belum ada peringkat
  • Bab 2 FARIS LOVE LAYLA
    Bab 2 FARIS LOVE LAYLA
    Dokumen6 halaman
    Bab 2 FARIS LOVE LAYLA
    Liana Iylia
    Belum ada peringkat
  • Bab 1 Faris Love Layla
    Bab 1 Faris Love Layla
    Dokumen3 halaman
    Bab 1 Faris Love Layla
    Liana Iylia
    Belum ada peringkat