Anda di halaman 1dari 110

oleh Fendi Abdullah & Zue M Zain

http://kolejforex.com
http://collegeforex.com
http://kolejforexmudah.blogspot.com
http://kolejforex.forumotion.com

KOLEJFOREX.COM
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

KOLEJ FOREX
FOREX CARA MUDAH, SELAMAT & BERKESAN

PENDAHULUAN

Tahniah! Anda telah berjaya mendapatkan sebuah buku yang paling


berharga bagi anda! Walaupun harganya tidak seberapa, kami yakin,
sebenarnya kandungan buku ini bernilai lebih tinggi daripada itu.
Pelaburan anda untuk mempelajari ilmu yang terkandung dalam buku ini
pasti berbaloi.

Ilmu dan pengajaran serta tip-tip yang dimuatkan dalam buku ini
adalah hasil kajian dan pengalaman menceburkan diri dalam dunia forex
selama lebih 6 tahun. Jadi, kandungan buku ini bukanlah hanya
terjemahan fakta daripada pelbagai sumber, tetapi juga adalah cerita
pengalaman dan pengajaran yang cukup berguna untuk dikongsi bersama.
Ia bukanlah sesuatu yang direka semata-mata untuk mendapatkan
pendapatan sampingan, tetapi adalah pengalaman jatuh bangun yang
pernah dilalui, untung dan rugi yang pernah dialami, kesilapan dan
kesalahan yang pernah dilakukan sepanjang penglibatan kami dalam dunia
forex.

Kami berharap, buku ini akan dapat memaksimumkan profit anda


tanpa anda perlu melalui sendiri segala jatuh dan bangun, untung rugi
serta salah silap kami semasa mempelajari selok belok perdagangan
forex ini.

2|KOLEJFOREX.COM
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

KANDUNGAN
MUKADDIMAH ......................................................................................................................................... 6

BAB 1 - PENGENALAN FOREX ................................................................................................. 8


1. APA ITU FOREX? ...................................................................................................................................8
2. MATA WANG UTAMA FOREX............................................................................................................... 9
3. PERBEZAAN DI ANTARA FOREX DAN SAHAM ...................................................................................11

BAB 2 - PASARAN FOREX ..................................................................................................... 13


1. ISTILAH-ISTILAH (TERMS) UTAMA...................................................................................................... 13
2. PASARAN FOREX ................................................................................................................................21
3. PENGENALAN CARTA (Chart) ............................................................................................................27

BAB 3 - BROKER FOREX DAN PLATFORM .............................................................................. 30


1. MEMILIH BROKER-BROKER FOREX..................................................................................................... 30
2. LANGKAH-LANGKAH MEMBUKA AKAUN FOREX ............................................................................... 32
3. FUNGSI-FUNGSI IKON METATRADER .................................................................................................38
4. KAEDAH MEMBUAT DEPOSIT KE AKAUN ........................................................................................... 42

BAB 4 - PENGURUSAN KEWANGAN (MONEY MANAGEMENT) .............................................. 45


BAB 5 - TREND PASARAN ..................................................................................................... 49
1. MENGENAL TREND.............................................................................................................................49
2. JAPANESE CANDLESTICK ....................................................................................................................54

BAB 6 – ANALISIS FOREX...................................................................................................... 59


Pengenalan : Analisis Forex ................................................................................................ 59
1. DATA EKONOMI GLOBAL (FUNDAMENTAL ANALYSIS) .................................................................59
2. ANALISIS TEKNIKAL .........................................................................................................................63
i) STOCHASTIC ....................................................................................................................................64

ii) MOVING AVERAGE (MA)................................................................................................................. 68

iii) ZIGZAG ............................................................................................................................................70

iV) PARABOLIC ...................................................................................................................................... 72

3|KOLEJFOREX.COM
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

v) MACD ..............................................................................................................................................74

vi) RSI (Relative Strength Index) ..........................................................................................................75

vii) FIBONACCI RETRACEMENT .............................................................................................................77

BAB 7- ANALISIS TEKNIKAL & STRATEGI KOLEJFOREX ........................................................... 81


1) TEKNIK KANDANG KAMBING ..................................................................................................... 81
2) TEKNIK SCALPING........................................................................................................................89
3) TEKNIK KOTAK............................................................................................................................. 93
4) TEKNIK ‘CURI PIPS’. .....................................................................................................................95

BAB 8 - DISIPLIN ................................................................................................................ 105


PENUTUP .......................................................................................................................... 109
Laman Web: http://www.kolejforex.com .................................................................... 110

4|KOLEJFOREX.COM
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

profit

5|KOLEJFOREX.COM
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

MUKADDIMAH
Sebagai mukaddimah kepada pembelajaran ini, ingin kami berikan sedikit nasihat dan peringatan
sebagai tip paling penting sebelum anda memulakan langkah anda. Seperti trader-trader lain yang
pernah jatuh dan bangun dalam industri ini, pertama sekali, kami ingin mengingatkan semua pembaca
bahawa dagangan forex sebenarnya adalah satu bidang yang berisiko tinggi. Berisiko tinggi di sini
bermaksud kebarangkalian untuk pelabur kehilangan sebahagian atau keseluruhan wang pelaburan
mereka adalah cukup besar, dan tidak mustahil pula hal ini boleh berlaku dalam tempoh beberapa minit
sahaja. Jadi, sebelum anda mula melabur dengan modal wang ringgit anda, cubalah berjinak-jinak
dengan dunia urusniaga forex ini dengan membuka akaun percubaan (demo account). Malah,
memandangkan risikonya begitu tinggi, ada sesetengah trader profesional yang menasihati pelabur
amatur supaya berlatih menggunakan akaun demo selama sekurang-kurangnya setahun sebelum mula
membuka ‘real account’. Jika anda berminat, anda juga boleh memilih untuk berlatih menggunakan
akaun mikro (micro account) dahulu di mana nilai depositnya adalah serendah USD1.00.
Kesimpulannya, anda mesti sedar dan faham akan risiko kehilangan wang dalam pelaburan ini.
Kedua, keuntungan dan kerugian dalam urusniaga forex ini juga bukan hanya tertakluk kepada
pengetahuan, malah sikap pelabur dan trader juga memainkan peranan penting dalam menentukan
jumlah keuntungan anda. Forex memerlukan anda sentiasa berdisiplin, berhati-hati, bersabar,
mengawal diri, bertenang dan tidak tertekan semasa menjalankan trading dan mengendalikan akaun
anda. Setiap trader perlu mempunyai disiplin yang kuat untuk mengawal tabiat trading mereka. Sikap
tamak kerap menjatuhkan trader yang pada mulanya sudah mengumpul keuntungan yang berlipat
ganda. Sikap tidak sabar dan hilang kawalan sering membuatkan trader hilang pertimbangan kerana
ingin merebut peluang yang disangka akan terlepas jika tindakan segera tidak diambil. Jangan sekali-
kali membuka post dalam keadaan tergesa-gesa kerana kesilapan yang kecil boleh membawa kepada
kerugian yang besar. Trading dalam keadaan tertekan tidak akan membantu, malah boleh
mengakibatkan kerugian yang tidak tertanggung. Jadi, bersabarlah dalam mendalami ilmu forex ini.
Gunakan kemudahan akaun demo yang disediakan untuk anda menimba pengalaman. Akhir sekali,
kami ucapkan selamat membaca dan selamat mencuba!
Buat duit, Jangan hilang duit!
Kata orang, “Make pips, keep pips!”
6|KOLEJFOREX.COM
BAB 1
PENGENALAN FOREX

Mengenal sedikit sebanyak mengenai


FOREX serta produk yang digunakan
dalam perniagaan Forex.

KOLEJFOREX.COM
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

BAB 1 - PENGENALAN FOREX

1. APA ITU FOREX? – Definisi forex (Foreign Exchange –Tukaran Mata Wang)
yang paling mudah bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia FOREX
adalah seperti berikut: Forex merupakan dagangan mata wang asing di antara
sebuah negara dengan negara lain. Pada masa ini, Forex merupakan pasaran
terbesar di dunia, iaitu dengan dagangan mata wang berjumlah lebih dari $2.5
TRILLION sehari. Pasaran Forex tidak mempunyai tempat dagangan khusus seperti
New York Stock Exchange (NYSE), atau Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE).
Sebaliknya forex ini melibatkan ‘dagangan antara bank (interbank)’ di mana bank-
bank menjalankan dagangan antara satu sama lain tanpa lokasi khusus.

Apa yang diperdagangkan dalam Forex? - MATA WANG. Inilah produk yang
diperdagangkan di serata dunia. Oleh itu dalam pasaran Forex ini, mata wang
sesebuah negara dijual atau dibeli oleh bank-bank negara lain. Contohnya,
sekiranya anda ke bank atau ke pengurup wang yang biasanya terdapat di
pasaraya-pasaraya besar, dan ingin menukar wang dari Ringgit Malaysia ke Dolar
Amerika Syarikat, kadar tukaran mata wang adalah berbeza. Anda akan dapati
bahawa harga Belian dan Jualan pada papan mata wang itu adalah berlainan,
contohnya, harga Jualan adalah 3.50, dan Belian adalah 3.45. Ini bermakna, anda
dapat menjual setiap Dolar AS yang anda miliki dengan harga RM3.50/dolar atau
anda dapat membeli Dolar AS dengan harga RM3.45 bagi setiap dolar. Itulah
contoh yang terbaik tentang bagaimana Forex diperdagangkan, ada Jualan, dan
ada Belian.

8|KOLEJFOREX.COM
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

2. MATA WANG UTAMA FOREX

 USD --------------- US DOLLAR

 EUR ----------------EURO DOLLAR

 GBP ----------------BRITISH POUND

 AUD----------------AUSTRALIAN DOLLAR

 JPY-----------------JAPANESE YEN

 CAD----------------CANADIAN DOLLAR

 CHF-----------------SWISS FRANC

Selain dari mata wang, Emas dan Perak juga diperdagangkan di pasaran Forex.

Setiap mata wang dalam pasaran Forex diperdagangkan dalam bentuk berpasangan
-‘PAIR’ –(berpasang) contohnya USDJPY bermaksud United States Dollar dan
Japanese Yen, EURUSD bermaksud European Dollar dan United States Dollar.
Apabila anda memperdagangkan sesuatu ‘Pair’, contohnya USDJPY, ini bermaksud
anda BUY (BELI) USD dan SELL (JUAL) JPY dan sebaliknya. Gambar-gambar di
bawah menunjukkan salah satu contoh ‘board mata wang’ .

Nota: Istilah yang digunakan adalah

+ BUY (BELI) pada harga ASK (HARGA DIMINTA). Market BUY dikenali
sebagai BULL market

+SELL (JUAL) pada harga BID. Market SELL dikenali sebagai BEAR market

9|KOLEJFOREX.COM
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

BUY (harga yang diBELI)

SELL (harga yang diJUAL)

PAIR (mata wang yang


diperdagangkan)

10 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

3. PERBEZAAN DI ANTARA FOREX DAN SAHAM


Ada beberapa perbezaan di antara forex dan saham. Anda perlu pertimbangkan
perbezaan di antara kedua-duanya bagi menentukan sama ada lebih berbaloi untuk
melabur dalam forex atau saham. Di sini, disenaraikan beberapa kelebihan trading
forex.
 Bullish atau Bearish? Tiada masalah untuk trader forex.
Bagi trader forex, keuntungan boleh dibuat sama ada pada masa Bullish atau
Bearish. Tidak ada sekatan atau undang-undang yang menghalang trader
forex ini melakukan sebarang forex transaksi untuk jangka masa pendek
atau panjang.
 Trader Forex boleh mengawal leverage yang besar.
Trader Forex boleh membuat transaksi yang besar berbanding dengan
saham. Ini adalah kerana nisbah leverage yang diberikan oleh broker-broker
forex. Tidak mustahil bagi forex trader untuk menggunakan leverage
sehingga 1:500.
 Trader Forex mempunyai kelebihan melalui Fundamental
Trader forex boleh menggunakan data atau berita yang biasa contohnya
perubahan kadar faedah (interest rate). Pasaran forex terlalu sensitif
terhadap situasi politik, kewangan, ekonomi sesebuah negara, dan
perubahan tersebut memberi banyak peluang kepada trader untuk mengaut
keuntungan.

 Pasaran Forex dibuka 24 jam sehari selama 5 hari seminggu.


Pasaran saham biasanya hanya boleh didagang pada waktu-waktu tertentu
sahaja contohnya pada pukul 9.30 pagi hingga pukul 4.00 petang. Sekiranya
anda bekerja sepenuh masa, memanglah sukar bagi anda untuk mengambil
kesempatan pada waktu pasaran saham. Tetapi pasaran Forex boleh
didagang 24 jam sehari selama 5 hari (Isnin pagi pukul 5:00 pagi hingga
sabtu pukul 5.00 pagi waktu Malaysia).

11 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

BAB 2
PASARAN FOREX

Mengenal istilah-istilah yang selalu


digunakan dalam dunia FOREX serta
pasaran 24jam FOREX

12 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

BAB 2 - PASARAN FOREX

1. ISTILAH-ISTILAH (TERMS) UTAMA


Istilah yang saya senaraikan ini adalah istilah-istilah utama dalam dagangan Forex.
Anda harus tahu apakah makna setiap istilah ini. Kebanyakannya adalah istilah
bahasa Inggeris. Saya akan cuba huraikan dengan lebih terperinci untuk anda
memahaminya.

Istilah Utama

1) Base Currency – Mata wang pertama dalam pasangan mata


wang. Ia membandingkan nilai di antara ke dua-dua mata wang
dalam pasangan ini.

2) Bear market- Istilah untuk pasaran di mana harga sedang


turun (SELL).

3) Broker – ‘Orang tengah’ dalam transaksi anda dengan pasaran


Forex

4) Bull market - Istilah untuk pasaran di mana harga sedang naik


(BUY).

5) Buy- BELI atau ASK.

6) Buy limit - sejenis pending order – arahan tertangguh untuk


beli yang hanya akan dilaksanakan apabila mencapai harga yang
ditentukan. Urusniaga ini dilakukan apabila harga berada pada
tahap lebih rendah daripada harga semasa, dan anda
menjangkakan yang harga ini akan retrace dan naik semula.
Contohnya harga semasa bagi GBPUSD adalah 1.6300, apabila
anda menganggarkan yang trend pasaran akan berubah arah
dan akan naik setelah mencapai harga terendah pada 1.6280,
maka anda buat pending order BUY LIMIT pada 1.6280.

7) Buy stop – sejenis pending order untuk beli. Di beli pada


harga lebih tinggi daripada harga semasa. Contohnya harga
semasa bagi GBPUSD adalah 1.6300, apabila anda lihat trend
market itu akan naik lagi, maka anda buat pending order BUY

13 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

STOP pada 1.6320 contohnya. T/P pada harga lebih tinggi


daripada 1.6330 contohnya.

8) Close – bermaksud post/urusniaga dagangan yang sudah


ditutup sama ada dalam keadaan untung atau rugi.

9) Currency Pairs – mata wang yang diperdagangkan dalam


bentuk berpasangan seperti USDJPY, EURJPY, GBPCAD, GBPJPY,
dan lain-lain.

10) Downtrend – sama dengan istilah BEAR market. Harga sedang


menurun.

11) Expert Advisor (EA) – Kaedah menggunakan program berskrip


yang juga dipanggil ‘robot’. Dengan menggunakan kaedah ini,
post dibuka atau ditutup secara automatik apabila signal atau
teknik memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

12) Hedging – satu teknik yang digunakan untuk melindungi


kerugian, contohnya, membuka post SELL untuk mengimbangi
post BUY anda yang sedang mengalami kerugian.
13) High – Harga tertinggi untuk sesuatu pair

14) Japanese Candlestick – Satu bentuk carta (chart) yang


menunjukkan transaksi mata wang menggunakan penanda
berbentuk lilin. Mengandungi harga buka, harga tertinggi,
terendah dan harga tutup.

15) Leverage - geran yang diberikan oleh broker kepada trader.


Ratio yang biasa diberikan oleh broker adalah 1:100, 1:200,
1:500, 1:1. Contohnya apabila anda mendeposit sebanyak
USD1000.00 ke dalam akaun forex anda dan anda memilih ratio
leverage sebanyak 1:500, maka duit yang anda trade adalah
berlipat kali ganda iaitu USD1000 x 500 = USD500,000.00. Kita
seolah-oleh trade menggunakan duit sebanyak USD500, 000.00.

16) Long (Buy) – post untuk transaksi BELI apabila trend menaik.

17) Lot - Ukuran yang digunakan untuk menilai sesuatu urusniaga


dagangan forex.

14 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

18) Low – Harga terendah untuk sesuatu pair

19) Margin – Dana yang dideposit ke akaun forex bagi menampung


sebarang kerugian yang dialami oleh trader jika pasaran
bergerak ke arah bertentangan dengan post yang dibuka.

20) Margin call – Permintaan dari broker untuk anda menambah


jumlah margin hingga ke tahap yang dapat menjamin
kedudukan post yang sedang mengalami kerugian. Penambahan
dibuat ke dalam akaun agar margin anda tidak kehabisan.

21) Open – bermaksud post/urusniaga dagangan anda yang masih


terbuka sebelum ditutup

22) Overbought – bermaksud pembelian sudah mencapai tahap


maksimum. Ia adalah petunjuk bahawa besar kemungkinan
trend akan berubaha arah (harga akan turun). Cara yang paling
mudah untuk melihat Overbought adalah melalui petunjuk
(indicator) seperti RSI, Stochastic, dan William%

23) Oversold - bermaksud penjualan sudah mencapai tahap


maksimum. Ia adalah petunjuk bahawa besar kemungkinan
trend akan berubah arah (harga akan naik).

24) Pending order – Arahan urusniaga tertunggak yang dibuat,


yang hanya akan diaktifkan secara automatic apabila harga
semasa mencecah sesuatu harga yang telah anda tetapkan.

25) Pip – Perubahan harga sesuatu mata wang dikira sebagai pip.
Contohnya, EURUSD pada harga 1.5800 dan kemudiannya
meningkat kepada 1.5810, bermakna ada perubahan harga
sebanyak 10pips (1.5810-1.5800=10 pips). Keuntungan dan
kerugian anda bergantung kepada bilangan perubahan pips
tersebut.

26) Platform – Perisian (software) yang disediakan oleh broker


untuk membolehkan trader menjalankan urusniaga forex serta
menguruskan akaun mereka. Contohnya Meta4 atau VT trader.

27) Resistance - Tahap harga tertinggi sesuatu pasangan (pair)


untuk satu jangka masa tertentu yang telah dianalisis. Pada

15 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

tahap harga ini, trend pasaran dijangka akan turun semula.

28) Rollover – sama dengan swap di mana post yang masih aktif
(open) berlanjutan ke hari berikutnya (“tergantung”).
Kebiasaannya, traders harus membayar ‘rollover fee’ kepada
broker dan adakalanya traders akan mendapat ‘rollover fee’ yang
dibayar oleh broker, bergantung kepada post yang dibuka.

29) Scalping – kaedah trading yang digunakan oleh trader untuk


mengutip keuntungan dalam tempoh-tempoh yang pendek.
Traders membuka dan menutup berbilang posts dengan bilangan
pip yang kecil contohnya mengutip 5pips atau 10pips pada setiap
post yang dibuka.

30) Sell – JUAL atau BID

31) Sell limit – sejenis pending order – arahan tertangguh untuk


jualan yang hanya akan diaktifkan apabila mencecah harga yang
ditetapkan. Sell Limit dilakukan apabila yakin harga yang sedang
naik akan turun semula apabila mencecah satu tahap – harga
tertinggi. Contohnya harga semasa bagi GBPUSD adalah 1.6300,
jadi apabila anda menjangkakan yang trend market itu akan
berubah arah setelah mencapai tahap tertinggi pada harga
1.6330, maka anda buat pending order SELL LIMIT pada 1.6330.
T/P pada harga lebih rendah.

32) Sell stop - sejenis pending order. Sell Stop dilakukan apabila
yakin harga yang sedang turun akan turun lebih jauh setelah
mencecah harga tertentu. Contohnya harga semasa bagi
GBPUSD adalah 1.6300, apabila dilihat trend pasaran akan turun
lagi, maka anda buat pending order SELL STOP pada 1.6290.

33) Short – post untuk transaksi JUAL apabila trend menurun.

34) Spot – kaedah trading yang digunakan oleh bank-bank atau


institusi kewangan dengan membiarkan satu-satu post
berlanjutan sehingga 6 bulan atau setahun. Untuk melakukan
spot trading ini, anda perlu mempunyai margin yang besar untuk
menampung pergerakan sesuatu mata wang.

16 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

35) Spreads – perbezaan antara harga BUY dan SELL. Inilah


komisyen yang diperolehi oleh broker setiap kali anda buka trade
atau post.

36) Stop loss – Tahap kerugian yang ditetapkan sewaktu post


dibuka. Kiraan dibuat dengan mengambilkira margin anda bagi
mengelak margin call atau post yang ‘tergantung’.

37) Support – Tahap harga terendah sesuatu pasangan untuk satu


jangka masa tertentu yang telah dianalisis. Pada tahap harga ini,
tren pasaran dijangka akan naik semula.

38) Swap- kebanyakan broker menawarkan interest rate yang


dipanggil SWAP. Broker-broker yang mempunyai Islamic account
tidak mempunyai SWAP.

39) Swing – kaedah trading yang digunakan oleh trader untuk


mengutip keuntungan dalam tempoh-tempoh jangka panjang.
Traders membuka dan menutup post dengan bilangan pip yang
besar. Bilangan pip yang ditetapkan mungkin melebihi 50.

40) Take Profit – Singkatannya TP. Harga pada mana post anda
akan ditutup setelah mencapai keuntungan yang ditetapkan.

41) Time frame – Tempoh masa pada waktu tertentu

42) Trailing stop – Arahan menutup post berdasarkan jumlah pip


yang ditetapkan sebelum tren pasaran bergerak ke arah
bertentangan (reverse).

43) Uptrend – sama dengan istilah BULL market. Harga sedang


menaik.

17 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Sebelum kita ke topik seterusnya, ingin dijelaskan sekali lagi secara ringkas definisi
BUY limit/stop dan SELL limit/stop. Sila perhatikan contoh berikut:

Tip: Menukar Warna latar Belakang Carta

Warna latar belakang untuk carta dalam platform Meta4 boleh dipilih mengikut
kesesuaian anda. Cara mudah untuk menukar warna latar belakang;

Letakkan pointer tetikus di mana-mana kawasan kosong pada carta anda. Klik
butang tetikus kanan, pilihan akan dipaparkan. Pilih properties. Satu kotak akan
dipaparkan. Anda bolehlah menukar warna background kepada warna pilihan anda.

Atau, untuk lebih mudah, anda pilih Color Scheme yang disediakan. Kombinasi
black on white akan memberikan carta yang serupa warnanya seperti carta di atas.
Ini memudahkan carta di cetak dalam warna hitam dan putih.

18 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh
o kolejforex.com

Tip;

Overbought; buka post sell

Oversold; buka post buy

Garisan kuning ; zigzag


g yang menunjukkan paten.

19 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Secara ringkasnya, BUY LIMIT adalah urusniaga tertangguh yang anda tetapkan
pada harga lebih rendah daripada harga semasa kerana menjangkakan harga
semasa ini akan turun mencecah satu tahap support dan akan kembali naik. Ini
adalah harga Buy Limit anda. Apabila harga semasa mencecah harga Buy Limit
yang ada tetapkan, tempahan urusniaga beli anda akan diaktifkan secara
automatik. Keuntungan akan memihak kepada anda jika harga terus naik sehingga
mencecah TP yang anda tetapkan.

BUY STOP adalah urusniaga tertangguh yang anda tetapkan pada harga yang lebih
tinggi daripada harga semasa. Urusniaga anda akan diaktifkan apabila harga
pending anda dicapai dan keuntungan akan terus terkumpul selagi harga terus
meningkat.

SELL LIMIT dan SELL STOP juga adalah jenis-jenis urusniaga tertangguh. Sell Limit
adalah urusniaga tertangguh yang dibuat pada paras harga lebih tinggi daripada
HARGA SEMASA kerana menjangkakan Trend akan NAIK sedikit (hingga ke satu
tahap) kemudian akan turun semula. Apabila harga mencecah tahap ini, arahan
SELL LIMIT anda akan diaktifkan secara automatik. Anda akan mengaut
keuntungan jika trend terus turun mencecah TP (Take Profit) anda. Jika anda
menganggarkan bahawa harga akan terus turun selepas mencecah sesuatu harga
di bawah harga semasa, anda bolehlah membuat sell stop. Jika harga terus
menerus turun selepas post dibuka, post anda akan mula mengumpul keuntungan.

Gambar rajah jenis-jenis urusniaga pending order adalah seperti berikut;

20 | K O L E J F O R E X . C O M
2. PASARAN FOREX
Pasaran Forex beroperasi selama 24 jam sehari, oleh itu, amat mustahil bagi
seseorang trader untuk mengikuti pergerakan pasaran setiap masa. Timing
(pengaturan masa) adalah penting dalam forex untuk mengatasi masalah
kekurangan masa. Seeloknya, anda mengetahui waktu yang sesuai untuk
menjalankan trading bagi memaksimakan peluang trade. Pasaran trading di
kawasan yang berbeza di dunia aktif mengikut pengaruh di kawasan masing-
masing. Keaktifan pasaran bergantung kepada beberapa faktor termasuk waktu
pasaran dibuka di negara-negara terbabit, perubahan ekonomi, perubahan
keadaan politik dan psikologi pasaran.

PASARAN NEW
ZEALAND DAN
PASARAN US DIBUKA AUSTRALIA DIBUKA
Pukul 8malam – 5pagi Pukul 5pagi – 12 t’hari

PASARAN FOREX
PASARAN LONDON
DIBUKA DIIKUTI
OLEH PASARAN
PASARAN TOKYO
EROPAH SEJAM
DIBUKA
KEMUDIAN
Pukul 8pagi -4petang
Pukul 2 petang – 12 malam

Aliran aktiviti dari satu pasaran ke satu pasaran melengkapkan forex selama 24
jam sehari.

KOLEJFOREX.COM
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Sesi Pasaran Forex Antarabangsa dan Mata wang

Bahagian ini mengandungi huraian dan senarai pasangan (pair) mata wang
dalam sesuatu zon waktu (Time Zone) untuk mengenal pair yang aktif.

1. Sesi ASIA (Tokyo) : 8 Pagi – 5 Petang

Kebanyakan pair yang melibatkan mata wang Yen bergerak aktif semasa sesi
pasaran Asia. Purata julat pergerakan pair yang melibatkan mata wang Yen
adalah dalam lingkungan 90 pip.

Pair–pair seperti GBPJPY, USDJPY dan juga EURJPY merupakan antara pair-pair
yang paling aktif semasa pasaran Tokyo kerana membabitkan mata wang
Japanese Yen(JPY).

Volatiliti Semasa Pasaran Asia

Pair Mata wang

22 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

2. Sesi Pasaran London dan Eropah : 2 Petang - 12 Malam.

London merupakan pasaran terbesar dan pusat pengendalian urusniaga


kewangan yang paling penting di dunia di mana kebanyakan bank-bank
besar di dunia mempunyai ‘dealing desks’ mereka di London. Majoriti
transaksi Forex berlaku semasa pasaran London beroperasi.

Banyak pasangan mata wang mempamerkan julat melebihi 80pips pada


waktu pasaran London. Pair-pair yang membabitkan mata wang GBP, CHF,
EUR adalah pair teraktif semasa pasaran London/Eropah.

Volatiliti Semasa Pasaran London dan Eropah

Pair Mata wang


23 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

3. Sesi Pasaran US (New York) : 8 Malam- 5 Pagi

New York merupakan pasaran Forex kedua terbesar. Majoriti transaksi forex
berlaku antara pukul 8 malam hingga 12 tengah malam kerana pada waktu
ini pasaran London/Eropah masih beroperasi dan ramai trader masih
melakukan urusniaga dalam pasaran.

Kepada trader-trader yang berani menghadapi risiko lebih besar, pair-pair


seperti GBP/USD, USD/CHF, GBP/JPY dan GBP/CHF adalah pilihan pair yang
disukai untuk didagang kerana purata julat adalah dalam lingkungan
120pips.

Volatiliti Semasa Pasaran US (NEW YORK)

Pair Mata wang

24 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

4. Sesi US-London/Eropah market bertindih (‘overlap’): 8 Malam - 12 Malam.

Pada waktu ini, pasaran Forex menjadi paling aktif kerana dua pasaran
terbesar bertindih dan ramai trader masih aktif melakukan urusniaga trading
dalam pasaran tersebut. Aktiviti trading pada waktu ini merangkumi 70%
daripada transaksi keseluruhan. Peratusan ini juga menunjukkan bahawa
trader-trader yang ingin melibatkan diri dalam pasaran aktif hanya perlu
berada dalam waktu pertindihan pasaran US-London/Eropah. Purata julat
melebihi 100pips mungkin diperolehi untuk kebanyakan pair.

Volatiliti Semasa Pasaran US-London/Eropah Overlap

Pair Mata wang

25 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

5. Sesi Pasaran Asia (Tokyo)- Pertindihan London/Eropah : 2:00 Petang - 4:00


Petang

Merupakan sesi yang paling tidak aktif berbanding dengan sesi-sesi lain.
Dengan hanya 2 jam (overlap), beserta julat untuk pair-pair hanyalah dalam
lingkungan 40pips. Oleh sebab itu, kebanyakan trader kurang melakukan
transaksi dalam sesi ini.

Volatiliti Semasa Pasaran Asia (Tokyo)- London/Eropah Overlap

Pair Mata wang

TIPS: setiap hari, harus diperhatikan data-data ekonomi yang bakal


dikeluarkan untuk mengenal pasti mata wang yang akan aktif semasa
data/berita (news) berkenaan diumumkan. Anda boleh mendapatkan data-
data ini daripada http://www.forexfactory.com

26 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

3. PENGENALAN CARTA (Chart)

Ada 3 bentuk carta yang selalu digunakan.

1. Line Chart (Carta Garisan)

Line Chart mudah diguna untuk menentukan Support dan Resistance. Dengan
memerhati garisan di atas, anda dapat mengkaji trend sesuatu mata wang.

2. Bar Chart

27 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Bar chart semakin popular kerana ianya menunjukkan harga tertinggi, terendah,
harga dibuka dan ditutup sesuatu pasangan mata wang pada setiap masa.

3. Candlestick chart (lilin)

Japanese Candlestick merupakan carta yang paling popular dan mudah dikaji.
Pergerakan setiap bar pada candlestick ada maksud dan arah yang tertentu.
Setiap bar pada candlestick menunjukkan harga tertinggi, terendah, harga
dibuka dan ditutup sesuatu pasangan mata wang. Kita akan mempelajari
mengenai candlestick dan mengenali bentuk-bentuknya dalam topik seterusnya.

28 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

BAB 3
BROKER & PLATFORM FOREX

Mengenal Broker-broker Forex


& set up akaun Forex.
Mengenal platform Forex
serta fungsi- fungsinya

29 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

BAB 3 - BROKER FOREX DAN PLATFORM

1. MEMILIH BROKER-BROKER FOREX

Dalam memilih broker-broker forex, anda perlu mencari broker yang boleh
dipercayai kerana banyak terdapat broker yang cuma beroperasi untuk menipu
atau mengambil kesempatan ke atas trader. Kerap berlaku situasi di mana trader
melaburkan wang yang banyak tanpa menyedari yang broker mereka langsung
tidak mempunyai apa-apa ilmu dagangan. Wang yang dilaburkan lesap tidak dapat
dijejak. Broker begini hanya tahu menyakinkan pelabur untuk menyerahkan wang
pelabur kepada mereka dan mengosongkan akaun bank pelabur.

Berikut adalah beberapa tips berguna untuk membantu anda memilih broker:

i) Pilih broker yang berdaftar dengan badan kewangan seperti NFA (National
Future Association) atau CFTC (Commodity Futures Trading Commision).
Sekiranya broker beroperasi di UK, broker tersebut hendaklah berdaftar
dengan FSA (Financial Service Authority). Manakala di Indonesia, broker
berkenaan mesti berdaftar dengan BAPETI. Kebanyakan broker
menjalankan operasi di negara-negara ‘offshore’, maka mereka tidaklah
berdaftar dengan mana-mana badan kewangan seperti NFA dan
sebagainya. Sekiranya anda memilih broker-boker offshore ini, anda perlu
melakukan lebih banyak kajian dan siasatan, seperti membaca ‘review’
atau komen-komen mengenai broker-broker forex di forum-forum seperti
http://www.forexpeacearmy.com. Dan jika anda ingin membuka akaun
dan mendeposit dana ke dalam akaun-akaun ‘offshore forex’ ini, maka
sebaik-baiknya deposit jumlah yang kecil atau minimum dahulu bagi
mendapat keyakinan diri dalam berurusan dengan broker forex ini
sebelum mendepositkan wang dalam jumlah yang besar.

ii) Pilih pair yang mempunyai SPREAD yang kecil. Spread yang kecil dari
broker biasanya menunjukkan bahawa broker-broker tersebut
mempunyai kewangan yang baik berbanding dengan broker-broker yang
mengenakan spread yang tinggi. Contohnya, broker yang menetapkan

30 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

spread untuk pair EURUSD pada kadar 3, dan broker satu lagi
menetapkan spreadnya pada 12, maka amat jelas bahawa broker yang
mempunyai spread yang lebih besar cuba mengambil kesempatan ke atas
pelanggannya atau mencekik darah. Jadi berhati-hati dalam memilih
broker forex ini.

iii) Cara-cara memasukkan dana (deposit wang) ke dalam akaun anda.


Pelbagai cara disediakan oleh broker untuk memudahkan anda
mendeposit wang ke dalam akaun anda. Sekiranya broker menawarkan
cara ‘internet money’ contohnya Liberty Reserve atau Paypal, pastikan
anda mengesahkan akaun-akaun LR dan Paypal broker tersebut terlebih
dahulu.

iv) Software Trading (Platform) - Kebanyakan broker menyediakan perisian


khas yang digelar platform untuk pelanggan menguruskan akaun forex
mereka dan melakukan urusniaga trading. Satu contoh platform yang
paling mudah digunakan ialah METATrader; contohnya META4. Software
ini sememangnya lebih mesra pengguna serta lebih mudah digunakan
(‘user friendly’). Pelbagai jenis teknik, dan indicator siap disediakan dalam
perisian ini. Bagi trader yang lebih profesional, skrip EA boleh diimport
untuk digunakan bersama META4 ini. Sesetengah broker menawarkan
dan menyediakan software mereka sendiri, dan ini lebih merumitkan
kerana adakalanya fungsi-fungsi platform yang disediakan ini lebih
mengelirukan dan tidak mesra pelanggan. Anda mungkin terpaksa
meluangkan lebih banyak masa untuk membiasakan diri dengan platform-
platform yang kurang mesra pengguna seperti ini.

v) Sekiranya anda tidak mahu menggunakan SWAP atau ROLLOVER seperti


yang ditawarkan oleh broker-broker, anda hendaklah mencari broker
yang menawarkan akaun mengikut konsep perniagaan Islam. Sekarang
ini, banyak broker-broker besar menawarkan Islamic Account ini.

vi) Anda juga dinasihatkan supaya mencari broker-broker yang menawarkan


Mikro Akaun sebagai peringkat permulaan untuk anda ‘berjinak-jinak’
dengan transaksi FOREX. Anda dinasihatkan mencuba akaun demo
seberapa lama yang boleh sebelum trade menggunakan akaun sebenar
(real account).

31 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Di sini saya cadangkan beberapa broker Forex yang telah saya gunakan dan
berpuas hati dengan servis mereka. Antaranya adalah FXOPEN1, FXCM, CMS, SAXO
BANK, FXDD.

2. LANGKAH-LANGKAH MEMBUKA AKAUN FOREX

Seterusnya saya akan terangkan satu persatu langkah untuk membuka


akaun forex. Bagi memudahkan proses pembelajaran ini, saya akan terangkan
cara-cara membuka akaun dengan FxOpen. Kami mengesyorkan Fxopen
berdasarkan servis dan platformnya yang lebih mudah digunakan berbanding
syarikat-syarikat lain. Sekiranya anda ingin membuka akaun dengan broker-broker
lain seperti FXCM, CMS, Marketiva atau sebagainya, caranya adalah tidak sama
kerana mereka menggunakan platform mereka yang tersendiri. Broker-broker ini
tidak menggunakan META4.

Untuk membuka akaun, buka laman web broker yang anda pilih. Anda akan
memilih ‘Open New Account’ dan pilih jenis akaun yang sesuai untuk peringkat
anda; ‘Demo Account’ untuk berlatih urusniaga menggunakan wang maya, ‘Micro
Account’ untuk urusniaga kecil-kecilan (tidak bermakna untung anda akan sentiasa
kecil ) dan bermodalkan wang anda sendiri; ‘Standard Account’ bagi mereka yang
mempunyai modal lebih besar dan bersedia menanggung risiko lebih besar dalam
pelaburan ini.

Kemudian, isi ruang-ruang yang disediakan dengan lengkap. Pastikan butiran anda
adalah tepat kerana penambahan dan pengeluaran wang dapat dilakukan dengan
mudah jika semua maklumat betul dan tepat.

Seterusnya, setelah anda mendaftar melalui broker tersebut, anda akan diberi
maklumat akaun anda, seperti Nombor Akaun atau Login, Password (kata laluan),
Investor’s Password dan PIN. Sila simpan semua maklumat ini di tempat yang
selamat. Nombor Pin yang diberi mesti disimpan kerana Pin ini akan
diperlukan untuk proses pengeluaran (withdrawal) wang anda nanti.

1
Kami mengesyorkan fxopen.com berdasarkan servis dan platformnya yang mesra pelanggan. Ia juga menawarkan
3 bentuk akaun; micro, standard dan ECN. Hubungi kami untuk maklumat membuka akaun.

32 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Simbol yang menunjukkan META TRADER atau META4.

Sesudah mendaftar, anda perlu memuat turun platform META4 ke komputer anda.
Klik pautan ‘download’ yang dipaparkan dalam laman web broker berkenaan.
Sesudah anda memuat turun (download) META4 ini, popup window seperti di
bawah ini akan dipaparkan. Pilih Bahasa untuk pemasangan (install) dalam
komputer anda. Memandangkan Bahasa Malaysia tidak tersenarai dalam pilihan
yang diberi, terpaksalah anda akan memilih bahasa Inggeris –English (United
States) sebagai bahasa pilihan anda.
Selepas itu, klik NEXT. Seterusnya, Agreement akan dipaparkan.
Klik pada kotak kecil yang bertulis Yes, I agree…. , seperti gambar di
bawah. Kemudian tekan Next.

Memilih Bahasa >> NEXT AGREEMENT  YES  NEXT

33 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

34 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

35 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Apabila selesai, tetingkap yang mengandungi 4 carta (graf) berserta maklumat


mengenai ‘Personal Data’ (data peribadi) anda akan muncul. Di peringkat ini, bagi
pendaftaran untuk akaun demo, anda perlu mengisi data seperti Nama, Alamat dan
Nombor Telefon. Kemudian, pada ruang Leverage, anda boleh memilih leverage
yang anda mahu. Anda dinasihatkan agar menggunakan leverage yang rendah
seperti 1:100 atau 1:200. Semakin besar leverage anda semakin tinggi risiko anda
kehilangan margin mencukupi untuk berurusniaga jika harga tidak menyebelahi
anda. Kemudian, pilih jumlah deposit anda. Pastikan anda klik pada kotak yang
bertulis ‘I agree to subscribe….’ Kemudian tekan ‘Next’.

Anda akan lihat paparan seperti di atas. Dalam paparan ini, anda akan dapat
melihat nombor akaun anda atau LOGIN anda, Password serta Investor’s Password.
Sila simpan maklumat ini. Investor’s password (kata laluan untuk pelabur)
adalah kata laluan yang diberi kepada investor (pelabur) untuk melihat akaun serta
aktiviti trading anda. Ini bermakna, jika anda ingin menunjukkan aktiviti trading
anda kepada rakan atau pelabur, atau orang lain bagi tujuan melihat sahaja, sila
gunakan Investor’s Password. Password ini membolehkan orang berkenaan

36 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

mengakses akaun anda bagi tujuan melihat transaksi sedia ada dalam akaun
berkenaan tanpa dapat melakukan apa-apa aktiviti kerana kesemua fungsi buy/sell
seta fungsi-fungsi lain tidak diaktifkan.

Keseluruhan platform Meta adalah seperti dalam gambar skrin di bawah;

37 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

3. FUNGSI-FUNGSI IKON METATRADER

Berikut adalah sedikit sebanyak fungsi-fungsi setiap ikon yang terdapat pada skrin
platform anda.

Profiles – boleh menukar Market Watch-


profil mengikut pair-pair menunjukkan harga
ataupun profil yang sudah semasa (BUY/ASK dan
New Carta –
anda save. SELL/BID)
untuk anda
membuka, New Order- untuk
carta pair anda buat
yang baru. transaksi sama
ada BUY/SELL

Strategy Tester –untuk


anda menguji sebarang
Terminal – analisis teknikal yang
Data Window – menggunakan Expert
Navigator – menunjukkan senarai
menunjukkan Advisor (EA ataupun Robot)
Menunjukkan akaun, transaksi semasa atau
Open/Close/High/Low
indicator, EA. telah berlalu.
pada setiap candlestick
pemantauan transaksi
dilakukan di sini

Meta Editor – untuk anda Expert Advisor (EA) – Analisis


edit EA sedia ada atau buat teknikal automatik. Akan
baru. Perlu tahu buka dan tutup trade anda
pengaturcaraan. secara automatik.
New Order-
untuk membuka
trade baru
(BUY/SELL)
Bentuk-bentuk
graf yang anda
boleh pilih sama
ada Line, Bar
ataupun
Candlestick
Time Frame (TF) – frame masa untuk anda Chart
melihat perubahan atau pergerakan harga
mengikut tempoh; contohnya M1 (1 Minit), M30
(30 Minit) H1 (1 Jam), D1 (1 Hari) dan
38 | K O L E J F O R E X . C O M
seterusnya.
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Market Watch menunjukkan Mata wang, Bid (Sell) dan Ask(Buy)..

Kolum BID dan ASK (Sell dan Buy). Perbezaan antara Bid
dan Ask dipanggil Spread. Contohnya harga Bid utk
EURUSD 1.4033 dan harga Ask adalah 1.4035. Jadi
perbezaannya adalah 2 pips. 2 itulah dipanggil Spread.

Symbol menunjukkan mata wang pair yang


diperdagangkan contohnya USDJPY (mata wang US Dolar
dan Japanese Yen), GBPUSD (British Pound dan US Dolar).

Anak panah Ke Atas dan Ke Bawah menunjukkan


pergerakan mata wang semasa (Real Time). Hijau= harga
naik , Merah = harga turun

39 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

40 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Terminal

Harga Harga yang


Jenis yang ditentukan Caj broker
Trade pair spt.
diniaga untuk Stop Loss
BUY Berapa besar yang Interest
dan Take Profit Harga
atau lot yang diniaga
rate
SELL ditrade semasa
Untung/
rugi

Cara-cara untuk Memasukkan Duit ke dalam akaun forex anda.

Pelbagai cara dan kaedah yang disediakan oleh broker-broker untuk anda
men’depositkan’ duit ke dalam akaun forex anda. Anda haruslah hubungi broker
anda Terminal
untuk mengetahui kaedah
akan dipaparkan di bahagianyang
bawah disediakan atau layarijual/beli
skrin anda. Ia menunjukkan laman web
yang andamereka
lakukan.
untuk“Account History”keterangan
mendapat menyenaraikanlanjut.
transaksi atau aktiviti trading yang telah ditutup sama ada dalam bentuk
profit (untung) atau loss (rugi). Di bahagian bawah sebelah kiri, “Balance” menunjukkan baki semasa dalam
akaun anda. “Equity” (ekuiti) pula menunjukkan baki wang dalam akaun anda setelah ditolak spread untuk
setiap post yang anda buka serta baki-baki negatif/positif post yang masih aktif (terapung).
Kaedah-kaedah yang biasa digunakan adalah:

41 | K O L E J F O R E X . C O M
4. KAEDAH MEMBUAT DEPOSIT KE AKAUN

1. – Memindahkan
mindahkan wang anda melalui transaksi bank. Biasanya
bank akan menukar wang anda ke USD dan mengenakan caj sebanyak
RM25/transaksi (yang terkini)
terkini). Broker akan menghantar maklumat mengenai
bank penerima (broker
broker) kepada anda melalui emel.. Setelah wang berkenaan
anda kirimkan kepada penerima, ia akan dimasukkan terus ke dalam akaun
forex anda. Pastikan semua maklumat yang anda beri, seperti nama, alamat,
telefon dan nombor akaun andaanda, adalah tepat kerana maklumat yang salah
akan menyukarkan pengeluaran wang ((withdrawal)) daripada akaun anda.anda
Paling mudah adalah dengan menggunakan khidmat Maybank2u melalui
International Wire
ire Transfer.

2. - Menggunakan Kad Kredit – salah satu kaedah yang lebih


selamat adalah menggunakan kad kredit; sama ada Visa atau Mastercard.
Kebanyakan bank di Malaysia hari ini mengeluarkan Kad Debit yang mempunyai
logo Visa atau Mastercard yang mungkin boleh digunakan untuk prosedur ini.
ini
Walau bagaimanapun, kebanyakan kad debit tidak boleh digunakan untuk
urusniaga online. Satu lagi pilihan anda ialah menggunakan kad kredit
prabayar seperti NextG. Fungsinya adalah sama seperti kad kredit biasa cuma
wangg dalam akaun kad tersebut perlu mencukupi untuk ditolak terus untuk
jumlah transaksi anda. Sekiranya anda menggunakan kad kredit, pastikan
sama ada broker akan mengenakan caj ke atas transaksi kad kredit. Apabila
anda ingin mengeluarkan wang dari akaun forex, maka aka wang anda akan
dipindahkan ke akaun Kad Kredit anda.

3. - Kaedah
aedah ini se
semakin popular di kalangan broker sebagai salah
satu cara untuk menambah
nambah dana ke dalam akaun. Jika anda belum memiliki
akaun Paypal, anda bolehlah mel melayari laman web Paypal ini di
http://www.paypal.com untuk mendaftar dan membuka buka akaun. Cara-cara
untuk memasukkan wang ke akaun forex adalah seperti berikut:

 Daftar (Register) dengan Paypal

 Cari Paypal Exchanger (Individu yang bertindak sebagaii pengurup wang di


Internet) untuk menukar wang anda daripada Ringgit Malaysia ke Dolar
Amerika Syarikat dan di
dipindahkan ke akaun Paypal anda. Dapatkan Paypal
exchanger yang boleh dipercayai.

KOLEJFOREX.COM
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh
leh kolejforex.com

 Kemudian, dari akaun Paypal, dana ini akan dipindahkan ke akaun forex
anda. Prosedur ini dapat anda lakukan dengan mengikut langkah-langkah
langkah
membuat pembayaran dari akaun paypal.

 Untuk pengeluaran (withdrawal) wang dari akaun forex, broker akan


memindahkan wang berkenaan masuk ke dalam akaun Paypalaypal anda dan
anda perlu menjual Dolar Amerika Syarikat ini kepada Paypal
aypal exchanger
untuk mendapat wang anda dalam mata wang RM Malaysia.

 Satu ciri yang mungkin menyulitkan sesetengah orang apabila berurusan


dengan Paypal ini ialah pemilik akaun perlu mempunyai kad kredit untuk
mengesahkan akaun paypal
paypalnya sebelum membuat sebarang transaksi.
Pengesahan akaun perlu dibuat hanya sekali sahaja untuk setiap akaun.
Bagi anda yang sudah mempunyai kad kredit, hal ini tidak menjadi masalah.

4. Menggunakan
enggunakan Liberty juga adalah satu cara yang
ya setakat ini
selamat digunakan. Untuk membuka akaun Liberty Reserve, sila ke
http://www.libertyreserve.com
http://www.libertyreserve.com. Langkah-langkah
langkah untuk memasukkan dana ke
akaun forex anda adalah sama seperti langkah
langkah-langkah
langkah yang digunakan
d di
Paypal. Anda perlu mendapatkan khidmat exchanger (pengurup wang) untuk
menggunakan khidmat Liberty Reserve ini. Carilah Exchanger yang boleh anda
percayai untuk transaksi ini
ini.. Untuk pengeluaran wang menggunakan khidmat
Liberty, wang anda akan dimasukkan ke dalam akaun Liberty anda dan anda
perlu menjualnya kepada
pada exchanger untuk mendapat Ringgit Malaysia.

5. Deposit Bank Tempatan ( (Local Bank Deposit)- Setengah-setengah


Setengah
broker yang mempunyai agen di Malaysia memberi kemudahan untuk trader-
trader
trader forex di Malaysia mendepositkan wang ke dalam akaun forex . Anda
hanya perlu menghubungi
hubungi agen
agen-agen
agen broker dan mendeposit ke akaun mereka
(melalui bank tempatan) dan agen berkenaan akan terus mendeposit ke akaun
anda, dalam tempoh 24 jam. FXOPEN ada menawarkan kan perkhidmatan local
deposit ini.

Pengeluaran wang dari akaun forex anda pula adalah menggunakan saluran yang
sama yang anda gunakan untuk penambahan wang ke dalam akaun forex anda. Jika
anda memasukkan wang menggunakan kaedah wire transfer, pengeluaran wang
daripada akaun anda juga akan menggunakan kaedah yang sama. Ikut arahan yang
diberikan dalam laman web broker anda.
43 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

BAB 4
PENGURUSAN KEWANGAN
(MONEY MANAGEMENT)

Cara-cara mengawal modal


dalam FOREX bagi
mengurangkan risiko semasa trade

44 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

BAB 4 - PENGURUSAN KEWANGAN (MONEY MANAGEMENT)


Ingin ditekankan sekali lagi di sini bahawa pelaburan dalam forex adalah
pelaburan berisiko tinggi jika anda tidak berhati-hati. Seperti yang berulangkali
disebut oleh para penggiat arena forex ini, 95% daripada mereka yang terlibat dalam
pelaburan forex akan gagal dan hanya 5% akan berjaya. Sasaran kita adalah untuk
berada dalam golongan 5% tersebut. Oleh sebab itu, pengurusan kewangan (Money
Management) penting kerana mereka yang berjaya dalam forex ini adalah trader yang
pandai mengurus kewangan dalam forex.

Dari sudut pengurusan kewangan, sebelum memulakan trade, anda perlu melakukan
perkara-perkara penting berikut:

1. Mengenal pasti risiko dalam trade – keputusan penting yang anda harus buat
adalah mengenal pasti risiko yang anda sanggup terima bagi setiap trade.
Kebanyakan trader yang berjaya hanya menghadkan 2%-5% kerugian sahaja
dari jumlah margin yang ada. Contohnya dengan modal sebanyak
usd1000.00, anda menghadkan sebanyak 20 – 50pips sahaja untuk kerugian.
Tujuan menghadkan kerugian itu adalah untuk menampung margin yang sedia
ada bagi mendapatkan keuntungan dari post-post lain yang dibuka dan
menganggarkan keuntungan yang diperolehi dapat menampung kerugian yang
dialami.

Sekiranya Kerugian sebanyak % Keuntungan yang harus


x% dari modal deposit diperolehi untuk menampung
kerugian (termasuk spread)

5% 5.3%

10% 11.60%

20% 25%

50% 100%

80% 400%

90% 1000%

45 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

2. Memahami risiko trade anda, dan tentukan saiz (lot) yang selamat untuk post
anda – mengenai risiko trade ini, sebelum memulakan sebarang trade, anda
haruslah membuat kiraan pip bagi menentukan pada harga berapa anda perlu
menutup dengan kerugian(cut loss) post anda sekiranya arah pergerakan
harga tidak menyebelahi anda. Contohnya, setelah mengkaji trend dan
membuat analisis teknikal dan fundamental, anda dapati trend semasa adalah
menaik (BULL), lalu membuat keputusan membuka post BUY GBPUSD pada
harga $1.6200. Malangnya, tidak lama kemudian, mungkin disebabkan anda
tersilap tafsir, harga mula menurun (BEAR) dan tanda negatif (-) menemani
bilangan pip di terminal anda. Apa yang harus anda lakukan? Pada harga
berapakah harus anda tutup post (cut loss) tersebut? Jawapan bagi soalan
ini sebenarnya perlu anda sediakan sebelum anda memulakan trade.

3. Terima kerugian– Anda haruslah bersedia menerima kerugian yang kecil


sebelum kerugian anda (-tif) semakin membesar. STOP LOSS digunakan untuk
mengawal kerugian daripada menjadi besar. Apabila menetapkan STOP LOSS,
pastikan anda meneliti trend, ranging PAIR yang anda pilih. Pastikan harga
tertinggi, tentukan harga terendah sebelum menetapkan STOP LOSS anda.
Sekiranya anda menggunakan MODAL yang Kecil, anda MESTI
menggunakan STOP LOSS. Jika tidak, anda akan berhadapan dengan
Margin Call dan jika ini berlaku, dana dalam akaun anda akan kehabisan atau
terlalu kecil untuk membuka sebarang post baru.

Secara dasarnya apa saja analisis yang anda gunakan sama ada teknikal,
fundamental, astrologi, atau pun secara menembak di dalam gelap, anda tidak
boleh membuka post tanpa mengetahui pada harga berapa anda harus keluar
(exit) dari trade tersebut.

Kepentingan menggunakan STOP LOSS adalah teramat JELAS kerana sekiranya


anda mengalami kerugian, anda masih lagi berpeluang membuka post lain dan
cuba mengumpul keuntungan semula.

4. 1 PAIR, 1 POST, 1 TRADE @ 1 TIME - teknik ini boleh menyelamatkan margin


anda atau sekurang-kurangnya mengurangkan kerugian besar. Ia bermaksud,
setiap kali anda membuat trade, pilih satu pair yang anda sudah biasa, buka
satu post sahaja dan satu trade sama ada BUY atau SELL (kaji trend), pada
satu-satu masa.

46 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Sebagai contoh sekiranya anda mempunyai modal sebanyak USD1000.00 dan


anda memilih satu pair yang anda sudah biasa (familiar) dengan corak
pergerakan harganya, dan anda meneliti trend menggunakan analisis teknikal
lalu membuat keputusan untuk membuka post BUY dengan 0.1 lot, di mana 1
pip bersamaan dengan USD$1.00. Jika didapati trend bertukar arah, anda akan
mengalami kerugian sebanyak -100 pips (atau -$100). Margin anda pula pada
ketika ini hanya tinggal $900.00. Sekiranya anda membuka satu atau dua lagi
post baru semata-mata berharap untuk menampung kerugian dari post
pertama tadi, maka secara tidak langsung margin anda sudah menjadi semakin
kecil. Seandainya dua post baru anda itu berada dalam kerugian juga, maka
anda seolah-olah menggandakan risiko untuk kehilangan kesemua dana anda.

Melalui teknik ini, anda hanya dibenarkan membuka 1 post baru setelah post
yang pertama mendapat keuntungan. Setelah post pertama ditutup, barulah
anda boleh membuka post yang kedua. Jangan sekali-kali membuka post lain
semata-mata untuk menampung kerugian yang pertama. Walaupun ianya
mengambil masa yang lama untuk post pertama anda menunjukkan
keuntungan, contohnya dua hari, atau seminggu, anda haruslah bersabar
kerana dalam Forex ini market akan naik dan akan turun dan satu hari nanti
akan mengena harga ‘TP’ anda. InsyaAllah.

47 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

BAB 5
TREND PASARAN

Memahami dan mengenal


trend pasaran
serta pengenalan mengenai
Japanese Candlestick

48 | K O L E J F O R E X . C O M
BAB 5 - TREND PASARAN
1. MENGENAL TREND
Trend adalah corak pergerakan harga bagi jangka masa tertentu. Berikut adalah
cara-cara anda mengenal trend apabila melihat sesuatu carta. Kefahaman
mengenai carta amatlah penting untuk anda membuat sesuatu keputusan sama
ada ingin membeli atau menjual mata wang tersebut.

Sila lihat contoh-contoh berikut;

Bolehkah anda tentukan sama ada trend di atas akan terus NAIK atau TURUN?

Jika diperhatikan bar terakhir, mungkin anda mengatakan harga sedang naik.
Tetapi jika diperhatikan pada Trend Keseluruhan (Major Trend), graf ini
menunjukkan Penurunan. Kenaikan pada trend tersebut adalah minor trend.
Untuk mengesahkan teori anda ini, anda perlu menambah satu atau beberapa lagi
indikator (petunjuk) untuk tujuan pengkajian.

Perlu diingatkan di sini yang anda perlu tahu frame untuk tempoh berapa lama
yang sedang anda perhatikan dan untuk mata wang apa. Adakalanya, akibat terlalu
tergesa-gesa, pelabur tersilap memilih frame untuk dikaji. Jika anda rasa selesa
mengkaji frame untuk tempoh M15, gunakan frame M15. Frame M 1 adalah untuk
pip yang rendah dan jarang digunakan sebagai asas untuk membuka post. Frame
ini sesuai untuk mengutip untung secara scalping yang akan diterangkan dalam
bahagian lain dalam buku ini.

Ramai di kalangan pelabur yang menggunakan frame satu jam (H1). Ini adalah
kerana mereka mensasarkan pip yang lebih tinggi untuk mengaut keuntungan. Jika
cara ini tidak sesuai bagi anda, elakkan berbuat demikian. Frame 15M atau 30M
mungkin lebih sesuai untuk anda. Seperkara lagi, frame perlu dilihat dari jangka
panjang ke jangka pendek. Ini bermakna, mulakan dengan melihat trend untuk D1,

KOLEJFOREX.COM
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

kemudian lihat trend H1, M30 dan seterusnya. Dari sini anda dapat membuat
kesimpulan arah pergerakan harga secara keseluruhan.

Untuk tujuan melihat keperluan penggunaan indikator,3 indikator digunakan iaitu


Moving Average (biru), Zigzag (garisan kuning) dan Stochastic (garisan biru dan
merah di ruang bawah). Setelah memasang ketiga-tiga indikator tersebut pada
carta tadi, anda dapat mengagak dengan lebih tepat trend pergerakan seterusnya,
sama ada naik atau turun.

50 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Untuk memasang indikator, tekan “insert”. Menu akan dibuka, tekan “Indicator”.
Dalam senarai indikator yang agak panjang, tekan “custom” kemudian “Moving
Average”. Klik dua kali pada nombor di kolum “value” dan masukkan 5. Nombor
yang lebih kecil akan memberikan garisan yang lebih kasar. Cubalah menukar ciri-
ciri garisan ini satu persatu untuk tujuan pembelajaran.

Memasang indikator >> Insert  Indicator  Custom  Moving Average  Value


(masukkan nombor)

‘Property’ dan ‘input’ bagi setiap indicator yang digunakan boleh ditukar dengan
melayangkan tetikus di atas indikator berkenaan dan klik butang kanan tetikus.
‘Prompt’ yang dipaparkan akan memberikan anda pilihan berikut:

Stochastic Properties
Delete indicator
Delete Indicator window
Indicators List

Jika anda ingin membuang indikator ini, tekan ‘Delete indicator’.

Atau, untuk melihat senarai indikator yang terdapat pada carta anda, lakukan
seperti berikut;

Anda akan diberikan penerangan lebih terperinci lagi mengenai ‘indicator-indicator’


seperti ini pada bahagian seterusnya.

51 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Sila perhati pada contoh kedua mengenal trend ini:

Secara kasar, anda dapat melihat Major Trend sedang menurun. Untuk
memastikan jangkaan anda tepat, anda harus manambah beberapa lagi indikator
sebagai penunjuk.

52 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Dengan menggunakan Indikator seperti Moving Average, Zigzag dan Stochastic


ini, anda dapat memastikan bahawa overall trend menunjukkan penurunan.
Kemungkinan besar penurunan tersebut adalah untuk jangkamasa lebih panjang
berbanding kenaikan. Kenaikan harga akan mencapai harga retracement dan akan
kembali menurun untuk jangkamasa lebih panjang.

Pastikan anda tahu apa overall trend untuk hari trading anda. Post yang dibuka
mengikut overall trend adalah lebih selamat daripada post yang dibuka untuk
mengutip pip yang terhad. Contohnya, jika trend menurun, post sell adalah lebih
selamat berbanding dengan post buy kerana harga naik biasanya mencecah
retracement point sahaja. Pip untuk post buy dalam situasi begini perlu ditetapkan
mengikut kajian teliti dan menggunakan grid pada carta kerana pip terhad.

Seperkara lagi, perlu diingat, secara puratanya, carta untuk minit lebih rendah
adalah untuk kutipan pip lebih rendah. Contohnya, M1 untuk kutipan pip tidak
melebihi 10 pip, M5 untuk 15 pip dan seterusnya. Hanya pada waktu-waktu news
sahaja perubahan harga akan berubah dengan banyak dan jumlah pip lebih tinggi
dapat dikutip.

53 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

2. JAPANESE CANDLESTICK
Apakah Japanese Candlestick?

Candlestick, seperti yang anda sedia maklum, bermaksud ‘batang lilin’. Jika anda
lihat bentuk penanda harga pada carta candlestick, anda pasti faham kenapa ia
dinamakan lilin. Betul, ia berbentuk lilin.

Japanese Candlestick ini mula diperkenalkan oleh pedagan-pedagang beras di


Jepun pada tahun 1700’s dahulu. Candlestick ini merangkumi harga tertinggi dan
terendah pada sesuatu masa, harga dibuka dan ditutup, serta body (badan)
candlestick yang menunjukkan range (perbezaan harga dibuka dan ditutup).

Candlestick Sell dibuka pada harga yang tinggi dari yang ditutup, sementara
candlestick buy pula harga ditutup adalah lebih tinggi dari yang dibuka.

Setiap bentuk candlestick mempunyai maksud yang tersendiri dan berbeza...

Candlestick Buy Candlestick Sell

Harga tertinggi
Harga di buka (open
price)
BODY –menunjukkan julat
di antara harga dibuka dan
harga ditutup
Harga ditutup (close
price)
Harga terendah

Penggunaan candlestick ini tidak akan diberikan penekanan sebagai salah satu
teknik yang digunakan untuk membaca trend dan sebagainya. Di sini akan
menjelaskan beberapa bentuk candlestick yang penting dan utama sahaja bagi
memudahkan anda mengenal bentuk candlestick dan faham apa maksud yang
tersirat di sebalik bentuk candlestick tersebut.

1) Closing (penutup) Yang Bozu

54 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Bentuk candlestick ini adalah bentuk candlestick bullish yang menunjukkan


pergerakan uptrend. Ia mempunyai bentuk badan yang panjang, sumbu
(shadow) atas yang panjang serta tidak mempunyai sumbu bawah.

Ia menunjukkan tekanan Bullish yang kuat atau dalam perkataan lain, ramai
trader yang memBELI pada masa ini. Oleh itu tekanan BULL amat kuat dan
menandakan kemungkinan besar harga akan terus naik.

2) Closing (penutup) Yin Bozu

Bentuk candlestick ini mempunyai sifat yang agak sama dengan Candlestick
Yang Bozu; iaitu mempunyai sumbu yang panjang dan badan yang panjang
serta tidak mempunyai sumbu bawah.

Keadaan ini berlaku apabila tekanan dari trader-trader yang menjual lebih
ramai daripada yang membeli. Tekanan yang kuat menyebabkan trend
bertukar ke bawah (downtrend).

3) Shooting Star

Berbentuk seperti komet berekor yang jatuh; dikenali sebagai shooting star.
Ia mempunyai sumbu (shadow) yang lebih panjang berbanding dengan
badan (body). Bentuk ini terjadi apabila harga buka, rendah dan tutup
adalah hampir sama. Apabila harga sedang naik dan candle ini terbentuk, ini
bermakna harga sedang menduga tahap resistance sebenar. Apabila berish
shooting star terbentuk, akan berlaku perubahan trend dari uptrend ke
downtrend. Semakin panjang sumbu atas itu semakin kuat tekanan untuk
berlaku perubahan trend.

55 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Inverted Hammer

Bentuk yang agak hampir sama dengan


shooting star tetapi inverted hammer
(penukul terbalik) ini berbentuk seperti
tukul besi. Kebiasaannya, ia muncul pada
saat-saat akhir trend akan berubah.
Apabila harga rendah dan harga buka
adalah sama, Bullish Inverted Hammer
terbentuk. Bentuk ini dianggap sebagai
inverted hammer yang lebih baik
berbanding bearish inverted hammer.
Bearish inverted masih dianggap Bearish
walaupun tidak begitu kuat kesannya.
Selepas trend menurun yang panjang, bullish inverted akan terbentuk kerana harga
tidak lagi mampu bergerak ke bawah.

4) Hanging Man

Hanging Man adalah salah satu tanda bearish


(Jual). Biasanya, paten ini terbentuk di
bahagian atas uptrend dan adalah satu amaran
bahawa perubahan downtrend berpotensi untuk
berlaku.

5) Hammer

Bentuk ini berlaku pada trend Bear atau downtrend. Ianya bermaksud pertukaran
arah akan berlaku dari downtrend ke uptrend.

56 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

6) Doji

Doji adalah candlestick yang tidak memiliki badan. Ia berbentuk palang atau tanda
campur. Doji menunjukkan keseimbangan di antara tekanan Bull dan Bear. Doji ini
mungkin menunjukkan perubahan arah ataupun penerusan arah akan berlaku.
Apabila keluar doji, pengesahan dari candlestick yang berikutnya diperlukan.

Ada pelbagai lagi bentuk candlestick yang boleh dipelajari. Hanya beberapa bentuk
yang penting sahaja yang dipilih untuk diterangkan di sini. Bentuk-bentuk
candlestick di atas mampu memberi petunjuk atau amaran tentang potensi
berlakunya perubahan harga.

57 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

BAB 6
ANALISIS FOREX

Pengenalan mengenai Analisis,


Penggunaannya serta
Jenis-jenis indikator

58 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

BAB 6 – ANALISIS FOREX


Pengenalan : Analisis Forex
Sebelum memulakan sebarang trade, anda perlu mengenali dan memahami dua
jenis analisis iaitu ‘Technical Analysis’ dan ‘Fundamental Analysis’ (Analisis Teknikal
dan Analisis Asas).

Analisis Fundamental (Asas) - adalah cara anda menganalisis sesuatu mata wang
dari sudut ekonomi, politik, penjualan (import/export), kadar faedah (interest rate)
serta bencana alam dan sebagainya yang boleh mempengaruhi kenaikan dan
penurunan sesuatu mata wang.

Salah satu contoh mudah adalah seperti Trade deficit (defisit dagangan) dan trade
surplus (lebihan dagangan). Trade deficit berlaku apabila sesebuah negara
mengimport lebih dari mengeksport. Negara-negara akan mengalami defisit apabila
membeli/mengimport produk-produk dari luar dan menjual mata wang mereka
secara berlebihan. Ini akan melemahkan ekonomi negara itu sendiri. Oleh itu
tindakan perlu diambil untuk menguatkan semula mata wang tersebut. Caranya
adalah dengan menaikkan Interest Rate (kadar interest). Apabila data ekonomi
yang melibatkan Interest Rate diumumkan, akan berlaku pergerakan mata wang
yang aktif dan mengubah trend mata wang tersebut secara drastik.

Trade Surplus pula berlaku apabila Export Dagangan Negara melebihi Import. Trade
surplus menyebabkan negara menjual/mengeksport produk-produk ke luar negara
dengan membeli mata wang asing yang secara tidak langsung akan menguatkan
ekonomi negara tersebut. Oleh itu, untuk mengimbangkan ekonomi, kadar faedah
perlu diturunkan dan menjadikan mata wang tersebut lebih stabil.

1. DATA EKONOMI GLOBAL (FUNDAMENTAL ANALYSIS)

Data-data ekonomi boleh juga anda dapati di http://www.forexfactory.com .


Kebanyakan trader forex akan mengikuti perkembangan data ekonomi ini untuk
menentukan sama ada pergerakan mata wang akan berbentuk Bullish (Naik=Buy)
atau Bearish (Turun=Sell). Kebiasaannya, sebelum data dikeluarkan / diumumkan,
pasaran akan tenang sedikit sementara menunggu arah trend seterusnya. Hal ini
akan cuba dihuraikan nanti secara terperinci untuk lebih difahami.

59 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Contoh:
Maklumat mengenai
Tarikh dan Waktu Data Ekonomi Jenis-jenis data yang diumumkan. data-data tersebut.
akan diumumkan (Detail information).

Kadar Kekuatan Sesuatu Data. Merah menunjukkan Data


yang penting, kuat pengaruhnya ke atas perubahan
Mata wang. Contohnya
harga mata wang. Kemungkinan besar mengubah arah
Australia Dollar (AUD),
trend mata wang tersebut. Warna Oren- kekuatan yang
Swiss Franc (CHF).
sederhana, sedikit sebanyak menjadikan pasaran forex
menjadi aktif. Warna Kuning, data yang tidak kuat.

Carta/graf

Data yang sebenar


diumumkan. Kuat atau Lemah
sesuatu mata wang dapat dinilai
pada data ekonomi yang
diumumkan. Sekiranya nombor Data yang
pada data itu kurang daripada diumumkan
yang dijangka, bermakna mata pada bulan
wang tersebut adalah lemah. sebelumnya

Data ekonomi yang dijangka akan keluar


(diumumkan).

60 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Perhatikan pergerakan semasa Data NFP (Non-Farm Payroll) diumumkan pada 5


June, 2009. NFP adalah statistik yang dikaji, direkod, dan dilaporkan oleh Bureau
of Labor Statistic AS bertujuan untuk memberi gambaran mengenai jumlah gaji
pekerja-pekerja di AS dalam pelbagai bidang perniagaan melainkan:

6. Pekerja-pekerja disektor kerajaan

7. Pekerja di rumah

8. Pekerja di organisasi-organisasi ‘non-profit’

9. Pekerja ladang.

Laporan NFP yang dikeluarkan termasuklah anggaran jumlah jam bekerja dan
jumlah pendapatan untuk semua pekerja yang tidak termasuk dalam senarai di
atas. Jumlah NFP ini meliputi 80% daripada pekerja yang menyumbang kepada
Gross National Product (Pendapatan Kasar Negara). Ia membantu kerajaan dan
pakar-pakar ekonomi untuk menentukan keadaan ekonomi negara dan meramalkan
aktiviti ekonomi di masa hadapan.

Data NFP diumumkan pada HARI JUMAAT PERTAMA SETIAP BULAN.

Mata wang yang terlibat adalah USD, dan pair yang terlibat adalah seperti
GBP/USD, USD/JPY, EUR/USD, USD/CAD dan beberapa lagi mata wang yang
melibatkan USD.

Kerap kali berlaku ‘spring’ di mana harga memecut naik (mungkin sekali gus
melebihi 100 pip), dan kemudian menjunam turun dengan banyak juga. Ini berlaku
disebabkan ramai trader akan menjual/membeli pada masa yang sama apabila
mendapat tahu data ekonomi yang diumumkan tidak menyebelahi trade mereka.

Cuba perhatikan tempoh sebelum data diumumkan, pergerakan GBPUSD adalah


mendatar (‘sideway’). Kemudiannya pada pukul 8:30 malam, setelah data NFP
diumumkan, carta menunjukkan kenaikan harga secara mendadak sebanyak 220
pip , dan kemudiannya menjunam sebanyak 285 pip.

61 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Contoh yang terbaik, adalah seperti NFP yang berlaku 5hb Jun, 2009. Data ekonomi
yang diumumkan pada pukul 8.30 malam, menunjukkan kekuatan ekonomi untuk
mata wang USD. Data yang dijangka ialah -520K, tetapi data sebenar yang
diumumkan adalah lebih kuat iaitu -345k (Nombor dengan tanda negatif- semakin
kecil nombor, semakin besar kekuatannya). Kenaikan yang besar itu memberi
tekanan yang kuat kepada para trader yang sudah membeli mata wang USD ketika
itu, oleh itu mereka harus menjualnya semula. Jadi, akibatnya ialah penurunan
yang mendadak pula. Penurunan bagi pair GBP/USD menunjukkan kekuatan USD
apabila data diumumkan. Jika anda berminat untuk menggunakan data ekonomi
ini sebagai salah satu cara untuk menganalisis pasaran, anda boleh gunakan
beberapa panduan yang akan disenaraikan di penghujung buku ini nanti.

GBP/USD TF15, 5 Jun


GBP USD

62 | K O L E J F O R E X . C O M
2. ANALISIS TEKNIKAL

Analisis Teknikal banyak menekankan kepada penilaian prestasi mata wang


sebelum ini bagi menentukan prestasi mata wang pada masa hadapan. Seandainya
anda tidak begitu memahami bagaimana analisis teknikal ini dijalankan, berikut
adalah contoh mudah untuk membantu anda memahaminya.

Katakanlah anda ke pusat membeli-belah, untuk membeli sepasang kasut.


Anda pergi ke beberapa buah kedai kasut dan membuat perbandingan harga,
kualiti dan keselesaan kasut. Akhir sekali anda membuat keputusan untuk membeli
kasut setelah berpuas hati dengan penyelidikan anda itu. Itu adalah Analisis
Fundamental.

Tetapi seandainya anda pergi ke pusat membeli-belah dan duduk memerhati


bilangan pelanggan keluar masuk sesebuah kedai kasut, dan anda terus memerhati
untuk beberapa ketika. Akhirnya anda dapati ramai pelanggan masuk ke kedai
tersebut keluar dengan belian mereka. Dari situ, anda berasa puas hati dan terus
memilih untuk turut memasuki kedai tersebut serta membeli kasut yang anda
inginkan. Itulah contoh mudah yang dinamakan Analisis Teknikal.

Setelah memerhati keadaan pasaran sesuatu pair mata wang, anda mencuba
pula teknik-teknik lain dengan menggunakan beberapa indikator (petunjuk) untuk
melihat trend pair tersebut. Indikator-indikator tersebut hanya membantu
membuktikan sama ada pemerhatian anda betul atau salah sebelum anda
membuat sebarang keputusan untuk membuka post atau tidak.

Indikator Teknikal adalah indikator yang hanya memberi petunjuk kepada


seseorang trader tentang arah pergerakan harga, berdasarkan patern(corak)
pergerakan harga. Ia tidak mempunyai kuasa untuk menjangka apa yang akan
berlaku terhadap setiap mata wang yang diperdagangkan. Ada beberapa indikator
yang perlu anda ketahui bagi menyokong keputusan anda semasa trade nanti.

Setiap forex trader ada cara teknikal tersendiri. Ada juga yang mengolah teknik-
teknik trader lain dan menyesuaikannya untuk diri sendiri. Saya juga pernah
membeli beberapa teknik yang dijual oleh trader lain untuk dicuba dan diubah suai
mengikut kehendak sendiri. Tetapi, yang lebih penting, anda mencuba teknik –
teknik ini dan memilih satu yang sesuai untuk anda gunakan selalu.

KOLEJFOREX.COM
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

i) STOCHASTIC

Menggunakan Stochastic sebagai indikator membabitkan signal-signal


berikut:
Garisan Stochastic bersilang — menunjukkan perubahan trend berlaku.
Bacaan Stochastic melebihi level 80 — pair mata wang telah overbought,
Stochastic berada di level 80 — trend menaik yang kuat.
Stochastic keluar dari level 80 dan menurun – mungkin hanya akan retrace sedikit
ataupun mula menukar trend kepada menurun.
Bacaan Stochastic di bawah level 20 — pair mata wang telah oversold,
Stochastic berada di level 20 — downtrend yang kuat,
Garisan Stochastic telah keluar dari level 20 — mungkin hanya akan retrace sedikit
atau menukar arah kepada Uptrend.
Ada juga di kalangan trader yang menggunakan garisan 70-30.

64 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Contoh di atas adalah contoh stochastic yang paling mudah -hanya perlu
buka/tutup trade apabila dua garisan telah bertemu di hujung atas atau di hujung
bawah garisan (overbought/oversold).

Bagi Meta4, klik Insert –> Indicator >Custom –> Stochastic seperti yang tertera
pada gambar di atas.

65 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

66 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Apabila kotak ‘custom indicator’ muncul, klik pada ‘Inputs’, kemudiannya klik pada
‘Value’ default value adalah 5,3,3. Anda boleh menggunakan ‘default value’ ini
untuk scalping. Sebaik-baiknya, anda cuba tukarkan nilai-nilai ini sehingga ia
memberi makna kepada anda. (Tip: Cuba set pada 10,5, 3 kerana dengan nilai-
nilai ini, dua garisan stocastic akan bersilang di garisan-garisan 80 dan 30. Ini
menunjukkan ‘overbought’ dan ‘oversold’, serta selari dengan pergerakan naik
turun harga mata wang. )

Kemudiannya, pada kotak custom indicator itu juga, klik Levels kemudian Add.
Masukkan 80, 20, dan 50 sebagai level.

Carta anda beserta Stochastic akan kelihatan seperti berikut:

[Type a quote from the document or th

67 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Buka post BUY apabila telah masuk


Zon ‘Oversold’ atau SELL apabila
telah masuk Zon ‘Overbought’.

ii) MOVING AVERAGE (MA)

68 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Moving Average(MA) adalah indikator yang paling banyak digunakan oleh trader-
trader forex. Ia sangat senang untuk dibaca pada carta.

Moving Average menunjukkan pergerakan purata harga pada satu-satu masa dan
memberi gambaran yang jelas mengenai trend dan kecenderungan sesuatu mata
wang, sama ada akan berlaku downtrend atau sebaliknya.

a. Bagaimana menggunakan Moving Average (MA)


Moving Average adalah indikator untuk menunjukkan trend pair mata wang.
Ia dapat menentukan:
1. Hala tuju harga - menaik, menurun, atau tetap (sideways).
2. Lokasi harga – kalau atas dari MA –BUY, bawah MA - SELL.
3. Masa sesuai untuk buka post atau tutup post.
4. Mudah menentukan paras (level) harga Support/Resistance.

Kolejforex.com

Moving average memudahkan


kita melihat pergerakan mata
wang dengan lebih jelas

69 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

b. Jenis-jenis Moving Averages


i. SMA - Simple Moving Average – menunjukkan purata harga pada sesuatu
masa.

ii. EMA - Exponential Moving average – memberi keutamaan pada data-data


terkini, oleh itu harga bertindak lebih laju dari SMA.

iii. WMA - Weighted Moving Average – memberi keutamaan pada data-data


terkini dan bukannya data-data yang lama.

c. Setting-setting yang selalu digunakan dalam Forex


- 200 EMA dan 200 SMA
- 100 SMA
- 50 SMA
- 34 SMA
- 20 EMA dan 20 SMA
- 10 EMA dan 10 SMA

iii) ZIGZAG
Satu lagi indikator yang dapat menunjukkan pergerakan turun naik harga dengan
baik ialah Zigzag. Zigzag digunakan untuk membentuk corak turun-naik (berbukit)
harga dengan membentuk paten segitiga. Bentuk zigzag adalah seperti yang anda
lihat di bawah:

70 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Zigzag boleh digunakan untuk meramal naik/turun untuk jangka masa akan
datang. Ia dibentuk dengan menyambungkan harga terendah kepada harga
tertinggi untuk tempoh tertentu. Apabila harga mencecah harga ramalan tertinggi,
harga akan turun sehingga harga terendah untuk tempoh berkenaan. Post dibuka
apabila garisan zigzag mencecah harga terendah (beli) dan harga tertinggi (jual).
Perbezaan harga untuk M5 adalah lebih kecil, jadi untuk frame ini, TP perlulah lebih
kecil ataupun gunakan teknik scalping.

Jika anda lihat pada frame M30, segitiga yang terbentuk adalah lebih besar dan
untuk jangkamasa lebih panjang. Jika anda set TP untuk post anda, 10-20 pip
masih boleh dipungut. Bagi setiap penurunan harga pada frame M15 atau M5,
zigzag pada frame M30 akan menunjukkan candle (lilin) turun harga tetapi harga
akan kembali naik sehingga mencecah harga tertinggi (resistance) untuk tempoh
frame itu. Begitu juga sebaliknya.

Walau bagaimanapun, bucu atas atau bawah segitiga yang terbentuk mempunyai
hadnya. Ia mungkin berulang sebanyak tiga kali dan kemudian memecahkan harga
support atau resistance dan kemudian akan membentuk segitiga-segitiga yang
baru, iaitu dengan harga-harga tertinggi dan terendah yang baru. Peluang untuk
anda mengumpul pip ialah apabila harga semasa menjadi harga resistance atau
support (bucu bawah atau bucu atas segitiga).

71 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Kebiasaannya apabila tiga segi terbentuk yang mempunyai ‘double top’ atau
‘double bottom’ (dua high atau dua low), peningkatan atau penurunan pada mata
wang akan menjadi lebih besar.

iV) PARABOLIC

Parabolic Sars adalah indicator yang menunjukkan arah trend sesuatu pair.
Sekiranya titik-titik parabolic sar berada di atas pada carta candlestick, ia
menunjukkan pergerakan downtrend begitu juga jika titik-titik parabolic berada di
bawah candlestick, pergerakan harga adalah uptrend.

72 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Kolejforex.com

Untuk setup Parabolic Sars pada Meta4.

 Klik pada Insert – Indicator – Common – Parabolic

 Apabila kotak custom indicator muncul, klik Inputs dan


pastikan Value pada Step adalah 0.02 dan maximum
adalah 0.2. klik OK.

Tip-tip yang berguna sekiranya menggunakan parabolic sar.


Tip 1: Apabila titik-titik parabolic mempunyai jarak yang besar antara satu sama
lain, ia menunjukkan kekuatan pada sesuatu mata wang tersebut. Sekiranya anda
terlewat untuk memula trade anda, adalah lebih baik tidak membuka sebarang post
semasa jarak di antara titik-titik tersebut jauh. Sebaik-baiknya tunggulah peluang
lain.
Tip 2: Parabolic SAR tidak begitu efektif sekiranya digunakan sendirian.
Gunakannya bersama beberapa indikator lain untuk menyokong dan membuktikan
keputusan anda.

73 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

v) MACD

Untuk menggunakan MACD sebagai indicator, signal-signal berikut harus


ada:

Garisan MACD bersilang— trend bertukar


MACD histogram di atas garisan ‘0' — market sedang BULLISH/ UPTREND , jika di
bawah, market BEARISH (DOWNTREND).
MACD histogram melepasi garisan ‘0’ — mengesahkan trend semasa yang kuat.

Semakin banyak bar-bar histogram itu, maka semakin kuat trend pada masa itu.
Default value pada MACD iaitu 12,26, 9 adalah bersesuaian untuk MACD kerana ia
selalunya tidak banyak ‘false signal’ yang terjadi pada default ini.

MACD adalah perbezaan antara Moving Average yang Perlahan (slow) dan Laju
(fast) iaitu 12EMA dan 26EMA. Contoh seperti diagram di bawah.

74 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Cara membaca MACD dan kedua-dua EMA di atas:

o Apabila dua garisan EMA bersilang, berlaku perubahan trend

o Apabila MACD telah melepasi garisan ‘0’ ia menguatkan teori EMA bahawa trend
sedang berubah

o Apabila kedua-dua indicator telah menunjukkan trend, bolehlah membuka post


atau menutup post yang masih ada.

vi) RSI (Relative Strength Index)

75 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Setup RSI pada Metatrader sama seperti indikator- indikator lain.

Insert-> Indicator –> Custom –> RSI

Nilai default RSI sebanyak 14 sesuai digunakan untuk semua Time Frame pada
Metatrader. Untuk menukar value RSI, klik pada Value dan tukarkan kepada nilai
yang anda inginkan. Cuba tukar nilai ini beberapa kali untuk menyesuaikannya
dengan teknik trading anda. Klik pada Levels dan tekan ADD untuk menambah
level 70,50, dan 30.

76 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Untuk menggunakan RSI sebagai indicator, signal-signal berikut harus


ada:

 RSI bergerak melebihi level 50 — trend menaik (Uptrend), bawah 50 trend


turun— downtrend.
RSI berada di atas level 70 — pasaran telah overbought.
RSI berada seketika di level 70 — uptrend yang makin kuat.
RSI keluar dari level 70 — akan berlaku downtrend , atau sekurang-
kurangnya berlaku retracement.
 Sama seperti RSI di bawah 30:
bawah 30 — pasaran telah oversold,
berada seketika di level 30 — downtrend masih kuat,
keluar ke atas dari level 30 — akan berlaku uptrend, atau sekurang-
kurangnya berlaku retracement.

Penggunaan RSI

RSI melebihi level 70, OVERBOUGHT

vii) FIBONACCI RETRACEMENT


77 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Fibonacci atau Fibo diperkenalkan oleh seorang Matematik Italy bernama Leonardo
Pissano Fibonacci pada tahun 1240. Mengikut kajian beliau, beberapa nombor
mempunyai kelebihan tersendiri kerana mempunyai peranan penting dalam
kehidupan.

Konsep teknik Fibonacci digunakan untuk menganggarkan tahap


Support/Resistance pergerakan harga. Mengikut pengiraan Fibo, terdapat nisbah-
nisbah khas yang terbentuk mengikut lumrah alam, yang boleh digunakan untuk
membantu menganggar point-point support dan resistance. Nombor-nombor
Fibonacci ialah 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, dan seterusnya. Turutan ini
dihasilkan dengan mencampurkan dua nombor dalam turutan tersebut untuk
mendapatkan nombor berikutnya (1+ 1, 1+2, 2+3, ...) Nisbah Fibo pula diperolehi
dengan membahagikan satu nombor Fibo dengan nombor
berikutnya(55/89=0.618). Level-level Fibonacci Retracement yang yang telah
ditetapkan adalah pada tahap-tahap 0.382 (38.2%), 0.500 (50%) dan 0.618
(61.8%).

Di antara jenis Fibo yang paling kerap digunakan ialah Fibonacci Retracement –
bagi mencari tahap/harga retracement dan support dalam sesuatu trend
menaik/menurun. Indikator ini menggunakan satu garisan menegak yang dilukis
dengan menyambungkan harga tertinggi kepada harga terendah sesuatu pair bagi
satu tempoh trend sebelumnya. Beberapa garisan mendatar pula dilukis bersudut
tepat pada garisan menegak tadi pada paras-paras 23.6%, 38.2%, 50% 61.8 %,
78.4% dan 100%. Pada permulaan trend, paras 23.6% akan digunakan sebagai
tahap resistance. Tetapi jika harga terus naik melebihi paras ini, 38.2% pula akan
digunakan sebagai tahap resistance. Tahap 23.6% tadi kini menjadi tahap support
pula. Jika harga terus naik ke tahap 50%, tahap 38.2% pula menjadi point support.

Satu yang perlu diingat, Fibo tidak digunakan untuk menentukan trend keseluruhan
harga, tetapi hanya tahap support dan resistance sesuatu trend kerana kerapkali ia
menepatii anggaran dan ramalan trader.

Bagi Meta4, satu garisan trend akan dilukis menghubungkan harta tertinggi kepada
harga terendah. Secara automatik pula, pengiraan dilakukan oleh platform dan
garisan melintang dilukis bagi menandakan tahap-tahap Fibo.

Untuk setup Fibonacci Retracement di Metatrader

78 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Klik pada butang ini untuk mendapat Fibonacci Retracement

Contoh Fibonacci Retracement:

Time frame yang sesuai untuk Fibonacci digunakan adalah pada 1jam.

Sebenarnya banyak lagi teknik-teknik yang lain boleh dipraktikkan. Tujuan saya
perkenalkan beberapa teknik yang mudah adalah kerana sepanjang pengalaman
saya dalam dunia forex ini, walaupun secanggih mana indikator yang kita gunakan,
teknik ‘basic’ iaitu menggunakan MA, RSI, serta Stochastic jugalah yang lebih
mudah dan berkesan. Pada pandangan saya, ketiga-tiga indikator ini amat berguna
dalam membantu anda membuat keputusan sama ada untuk membuka atau
menutup post.

79 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

BAB 7
ANALISIS TEKNIKAL DAN
STRATEGI/TIP

Menggunakan analisis teknikal


serta strategi & tip-tip
penggunaannya yang berkesan

80 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

BAB 7- ANALISIS TEKNIKAL & STRATEGI KOLEJFOREX


Saya banyak mengkaji pair-pair mata wang dalam Forex dan pilihan peribadi saya
ialah pasangan-pasangan GBPUSD, EURUSD, EURJPY, GBPJPY serta USDJPY.
Kesemua pair-pair kegemaran saya ini amat sesuai dengan petunjuk teknikal yang
saya akan huraikan berikut ini.

1) TEKNIK KANDANG KAMBING –

- Boleh digunakan untuk kesemua pair.


Indikator yang digunakan;

a) MOVING AVERAGE

b) RSI dan/atau

c) STOCHASTIC

Mulakan dengan
PAIR USDJPY TIMEpair USDJPY
FRAME M15 ATAU M30

Langkah 1; Membina Kandang

i) Untuk memasukkan MA, klik Insert-Indicator-Trend-Moving Average


81 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

 Kemudian klik Parameter.

 Tukarkan Period daripada 14 kepada 21

 MA Method – Simple

 Apply to – tukarkan kepada High

 Style – Tukar warna yang kita suka. Klik OK.

>> Parameter = Period = 21, MA Method = Simple, Apply To = High

Langkah ii) dalam membina kandang;

ulang langkah-langkah di atas ;

INSERT INDICATOR  TREND  MOVING AVERAGE

 Kemudian pada kotak MOVING AVERAGE tukarkan PERIOD 14 kepada 21.

 Method –SIMPLE , Apply to - tukar kepada LOW

 Style –tukar warna kepada HIJAU (atau apa-apa warna anda suka)

>> MOVING AVERAGE = Period = 21, Method = Simple, Apply To = Low

Sekarang kita sudah ada 2 garisan Moving Average seperti berikut;

82 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Langkah iii) membina kandang; seterusnya, ada satu lagi garisan Moving Average
yang perlu di tambah untuk menyiapkan kandang;

 Ulang langkah-langkah yang sama seperti di atas, kecuali pada ‘Apply to’,
tukarkan kepada ‘Typical Price HLC/3’ untuk mendapat garisan tengah
antara high dan low.

 Style –tukar pada warna KUNING (atau warna kegemaran anda)

Kini sudah ada 3 garisan pada chart USDJPY anda yang membentuk seperti saluran
itulah dalam teknik saya yang saya namakan “kandang”.

Langkah 2; Meletakkan kambing

Setelah kandang selesai dibina, kita perlu meletakkan satu lagi garisan Moving
Average yang diibaratkan sebagai ‘kambing’ dalam teknik ini.

 Untuk setup, ulangi langkah-langkah yang di atas seperti dari mula-mula


‘Insert  Indicators  Trend  Moving Average’

 Kemudian pada kotak Moving Average, tukarkan ‘Period’ kepada 8.

 Method tukar kepada ‘Exponential’

 Apply to –tukar kepada ‘Close’.

 Style –tukar kepada warna PUTIH.

83 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

>> Moving Average = Period = 8, Method = Exponential, Apply to = Close

Chart anda haruslah seperti contoh di bawah:

Teknik Kambing

Ok. Siap sudah setup MA pada carta USDJPY. Untuk membuktikan dan menyokong
keputusan anda sebelum membuka sebarang post, kita akan tambahkan satu lagi
indikator pada carta ini iaitu Stochastic atau RSI. Stochastic ditetapkan pada nilai-
nilai 10, 5, 3. (cara setup stochastic telah diterangkan sebelum ini.)

Langkah 3; Membaca Teknik Kandang Kambing

Cara membaca teknik ‘kandang kambing’ pula adalah seperti berikut:

1) Teknik ini sesuai untuk 15 minit atau 30 minit. Saya lebih suka
menggunakan time frame 15minit. (M15)

Keterangan bagi contoh di atas;

84 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Untuk aktiviti sell: garisan merah (kambing) mula keluar di bahagian yang di
labelkan. Selang beberapa minit, harga turun dengan lebih jauh melebihi 5 pip dari
lokasi kambing mula keluar.

i) Dengan menggunakan fungsi crosshair atau dengan menambahkan grid pada


carta anda, dapatkan kiraan pip di antara harga pada mana kambing mula terlepas
dari kandang dengan harga semasa.

ii) Cara menggunakan crosshair, tekan simbol untuk crosshair (+) pada menu
Meta4. Klik di atas point di mana kiraan ingin dimulakan. Sambil menekan tetikus,
tarik pointer tetikus ke arah point ke dua (harga semasa). Satu garisan putih anda
terhasil dan jumlah pip serta harga akan kelihatan disebelah garisan putih tersebut.

85 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Menggunakan fungsi crosshair untuk mendapatkan


kiraan pip

ii) Pastikan perbezaan atau bacaan pip melebihi 5 sebelum anda boleh membuka
post. Sekiranya perbezaan tersebut melebihi 5pip, maka TREND pada pair
tersebut adalah KUAT, dalam contoh di atas, trend tersebut adalah Downtrend dan
perbezaan tersebut adalah besar iaitu 10pip, dan anda bolehlah bersedia untuk
membuka post BUY.

iv) Pastikan trend pada semua Time Frame bermula dari H4, H1, M30, M15 adalah
SAMA. Sekiranya trend itu BUY, pastikan semua trend pada TF itu BUY. (Lihat pada
3 garisan tersebut beserta candlestick terakhir)

v) Apabila trend yang sama didapati pada semua time frame, anda bolehlah terus
membuka posisi BUY. Anda juga boleh menggunakan RSI (3) bersama Time Frame
M5 untuk mendapatkan jumlah pip maksimum. Contohnya adalah seperti di bawah.

vi) Dengan menggunakan RSI 3 pada TF 5 minit, anda boleh membuka posisi BUY
apabila RSI berada di bawah garisan 30 (oversold) dan SELL apabila RSI berada di
atas garisan 70(overbought). BUY (BELI) pada harga RENDAH, dan SELL (JUAL)
pada harga TINGGI.

86 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Menggunakan RSI 3 pada frame 5 minit

87 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

4-Boleh buat SELL dan


tunggu sehingga
garisan yang keluar
bertembung semula.
1-Garisan MA8 telah keluar dari
pagar bawah 3 garisan. SELL

3-Garisan MA8 telah keluar dari pagar


atas 3 garisan. Boleh buka post BUY.

2- Tak perlu trade. Dalam pagar.

Analisis

1) Perhatikan Post yang pertama, Garisan MA8(kambing) telah terkeluar dari


kandang/pagar yang 3 garisan ke bawah dan jarak pip antara ‘kambing’ dan
‘kandang’ melebihi 5. Itu menunjukkan trend SELL yang kuat. Pada masa inilah
yang amat sesuai untuk kita buka post SELL. Biarkan seketika sehingga garisan
MA8 bertembung semula dengan pagar (garisan pertama), barulah boleh tutup
(close) posisi SELL tersebut. Dalam contoh di atas, kita mampu mendapat
sekurang-kurangnya 60 pips dari trend SELL tersebut.

2) Untuk post yang kedua, garisan MA8 telah berada dalam kepungan 3 garisan
tersebut (kambing berada dalam kandang.) Dalam tempoh ini, kita tidak perlu
melakukan apa. Urusniaga sama ada Buy atau Sell tidak perlu dilakukan kerana
belum cukup petunjuk untuk mengesahkah trend/arah pergerakan harga yang
sebenar.

3) Pada posisi yang ketiga, garisan MA8 telah pun keluar dari kepungan 3 garisan
tersebut (pagar), dan menuju ke atas. Pada masa ini kita harus buka BUY. Biarkan

88 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

seketika sehingga MA8 bertembung semula dengan garisan pertama pagar


tersebut. Pada ketika ini, haruslah kita TUTUP (close) post BUY tersebut.

2) TEKNIK SCALPING

– boleh digunakan untuk GBPUSD dan EURJPY.


Teknik ini hanya sesuai untuk kedua-dua pair ini sahaja. Sekiranya anda
menggunakan pair-pair tersebut untuk trade, berhati-hati kerana pergerakan pair-
pair ini agak aktif dan kerap berlaku pergerakan ‘memecut’. Teknik ini digunakan
untuk scalping.

Setup chart: contoh GBPUSD

1) Gunakan teknik MA yang sama seperti yang di atas untuk USDJPY –teknik ‘kandang
kambing’

2) Kemudian gunakan RSI 3 (sila tengok bab RSI untuk setup)

Tukarkan default RSI 14 kepada 3. Letakkan level dengan nilai-nilai 70,50, dan
30.

Carta anda seharusnya berbentuk seperti di bawah;

89 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Cara-cara untuk menggunakan teknik ini:

1) Pastikan CANDLESTICK TERAKHIR pada Time Frame H4 sama ada BUY atau
SELL. Sebaik-baiknya candlestick terakhir itu mempunyai BADAN yang panjang, ini
kerana BADAN Candlestick yang panjang menunjukkan banyak berlaku transaksi.
Candlestick BUY yang panjang bermakna ramai trader Forex sedang membeli. Jadi
elok kita ikut trend beli.

Badan Candlestick terakhir yang lebih panjang menunjukkan trend yang lebih kuat.

90 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Candlestick Terakhir pada


TF 4 jam mempunyai
BODY yang panjang.
Trend BUY yang Kuat.
Garisan MA8 juga sudah
keluar dari pagar
tersebut. Satu lagi signal
menunjukkan trend Buy
yang kuat.

2) Apabila kita sudah ‘SET IN MIND’ (tetapkan sepenuh jiwa dan raga  )
bahawa trend adalah BUY, kemudian kita pergi ke TF M5 (time frame 5 minit).

Buka SELL
Buka BUY

91 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

3)

Apabila Garisan RSI telah melepasi paras 70, maknanya pair tersebut telah
OVERBOUGHT dan haruslah di JUAL (SELL). Apabila garisan RSI berada di bawah
paras 30, bermakna pair telah OVERSOLD dan harus diBELI (BUY). RSI (3) 91.5809
bermaksud garisan RSI terakhir berada di paras 91.5%.

Seandainya, garisan RSI telah mencecah 100%, harga akan turun dengan banyak,
sehingga mencecah paras terendah. Sekiranya anda dapati garisan RSI telah
mencecah 100%, buka post SELL. Begitulah sebaliknya, sekiranya RSI telah turun
melepasi paras 30, bersedia untuk membuka post BUY. Sekiranya RSI telah
mencecah 0%, bukalah post BUY untuk mendapat untung semaksima mungkin.

Secara ringkas –

-Bila RSI atas level 70, SELL. Tunggu sehingga RSI mula tunjuk akan menurun

-Bila RSI bawah level 30, BUY. Tunggu sehingga RSI mula tunjuk akan menaik.

Teknik scalping ini digunakan hanya untuk pair-pair GBPUSD dan EURUSD. Jumlah
pip yang disasarkan atau set take profit kurang daripada 15 pip setiap kali trade.

92 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

3) TEKNIK KOTAK

–digunakan untuk Pair GBPUSD dan EURUSD.

Teknik ini digunakan antara pukul *8mlm-10mlm waktu Malaysia (dan pada chart
adalah antara pukul 1400 dan 1600) .

*Nota: Day Light Saving Time – Untuk teknik ini, waktu pada carta akan berubah
kepada 7 malam-9 malam(waktu M’sia) apabila waktu di USA bertukar apabila
memasuki musim bunga. Manakala pada musim luruh, waktu untuk teknik ini ialah
dari 8malam-10malam (waktu M’sia).

Cara memasangTeknik Kotak:

1- Pastikan pair sama ada GBPUSD atau EURUSD

2- Gunakan TF 15 minit

3- Buatkan 2 garisan menegak (vertical). Satu pada jam 1400 dan satu lagi
pada jam 1600 (antara pukul 8 mlm dengan 10 mlm)

4- Ada 9 candle di antara dua garisan ini (jam antara 1400 dan 1600)

5- Buatkan pula 2 garisan mendatar (Horizontal). Satu untuk harga TERTINGGI


dan satu lagi untuk harga TERENDAH di kalangan 9 candle tersebut (seperti
dalam gambar rajah di bawah.)

6- Kemudian buat pending order BUY STOP pada harga TERTINGGI and SELL
STOP pada harga TERENDAH tersebut.

Contoh; jika harga tertinggi ialah 1.5080, buy stop anda ialah pada 1.5080
Jika harga terendah ialah 1.4870, maka sell stop anda ialah pada 1.4865

7- Buatlah Take Profit untuk 10 pip.

8- Cancel mana-mana pending order apabila salah satu pending order sudah

telah diaktifkan dan mengaut untung.

93 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Nota:

1) Setupkan BUY STOP pada harga tertinggi (iaitu pada 1.5502).

2) Setupkan SELL STOP harga terendah (iaitu 1.5440)

3) Pending order buy stop akan diaktifkan jika harga naik mencecah harga buy

stop anda.

4) Jika harga bergerak ke bawah dan mencecah harga sell stop anda, pending

order sell stop akan diaktifkan. Dalam gambarajah di atas, SELL STOP telah

diaktifkan dan turun sebanyak 65 pip.

94 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

4) TEKNIK ‘CURI PIPS’.

Tip-tip dan strategi –strategi


Dalam bahagian ini ada pelbagai teknik dan cara-cara kita dapat ‘mencuri’
pips dengan cara yang mudah. Ada yang hanya perlu menggunakan pending
order, tanpa meletak sebarang indicator, dan ada juga yang hanya
menggunakan garisan sahaja.

i) BREAKOUT.
1) Pair: GBPUSD dan EURUSD sahaja.

2) Time Frame: 5 minit

3) Target profit : 10-20pips

4) Sediakan teknik dalam masa biasanya satu jam sebelum market dibuka
contohnya di antara pukul 1pm-2pm.

5) Tengok pada HIGHEST dan LOWEST (harga tertinggi dan


terendah).Letakkan garisan mendatar bagi menandakan harga tertinggi
dan terendah.

6) Apabila harga telah melepasi harga tertinggi dan terendah sebelum pukul
2 petang, pindahkan garisan untuk buat garisan baru. Sehingga pasaran
dibuka dan mencecah mana-mana satu garisan high/low.

Contoh:

Apabila menggunakan carta Metatrader, waktu yang


digunakan adalah waktu London (UK). Jadi kita perlu
sesuaikan waktu UK dengan waktu Malaysia. Sekarang
waktu Malaysia dan UK berbeza selama 7 jam. Jika waktu
Malaysia pukul 2petang, waktu UK bersamaan pukul 8pagi.

95 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

HIGH—harga tertinggi sebelum pasaran forex di buka pukul 8 pagi


waktu LONDON, bersamaan dengan pukul 2 ptg waktu Malaysia.

LOW –Harga terendah sebelum


pasaran forex Europe dibuka pukul 8
pagi waktu London.

Pasaran Forex Europe


(Eropah )dibuka pada pukul
8 pagi. (pukul 2 ptg M’sia)

Apabila diperhati pada diagram di atas, pada pukul 12:00 tengahari dan 1:00,
sebelum market Euro dibuka, kita telah membuat garisan lurus pada harga yang
tertinggi dan yang terendah.

Apabila pasaran dibuka, mata wang masih lagi tidak berubah dan masih berada di
dalam julat high/low pada masa itu.

96 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Apabila, mata wang telah ‘break’ (melepasi) atau memecah mana-mana garisan,
sama ada tinggi atau rendah, barulah kita boleh buka post sama ada BUY atau Sell.

Sambungan dari contoh di atas, selepas beberapa kali mencuba untuk memecah
(break) harga tertinggi, akhirnya ia berjaya menembusi garisan tersebut dan
membentuk harga tertinggi yang baru.

Percubaan pergerakan
untuk menembusi
garisan highest.

Harga tertinggi
sebelum pasaran
50pips
Eropah dan London
dibuka

Pergerakan akhirnya
menembusi garisan untuk
harga tertinggi.
Garisan harga
terendah sebelum Pasaran Forex
pasaran dibuka. Eropah dibuka

Apabila anda ingin menggunakan strategi ini, pastikan sebaik sahaja selepas
pasaran Eropah dibuka, harga yang melepasi garisan highest (tertinggi)/lowest
(terendah) boleh diguna sebagai panduan untuk membuka post. Perhatikan contoh
di atas, selepas sahaja market dibuka, ada beberapa kali pergerakan cuba untuk
97 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

melepasi garisan tersebut, berlaku retrace beberapa kali. Kemudiannya barulah


pergerakan tersebut menembusi garisan untuk harga tertinggi sebelum itu. Sebaik
sahaja telah terkeluar dari garisan tertinggi/terendah, Buka post BUY atau SELL
dan buat TP sekurang-kurangnya 15 atau 20pip.

ii) PENDING ON NEWS DATA (Post Tertunda menunggu Data Berita)


Diguna semasa data-data ekonomi yang kuat diumumkan. Contohnya NFP, Interest
Rate.

Cara untuk pending order adalah seperti berikut:

i. Gunakan BUY STOP dan/atau SELL STOP

ii. Pastikan sekiranya data ekonomi yang akan diumumkan itu kuat dan
dapat mengubah kadar mata wang dengan banyak

iii. Setup/pasangkan PENDING ORDER tersebut sekurang-kurangnya 5 - 15


minit sebelum data tersebut diumumkan. Sebaik-baiknya, lebih dekat
dengan masa yang akan diumumkan lebih baik.

iv. Setup PENDING ORDER tersebut 15-20 pip dari harga pada waktu
tersebut (harga semasa)

v. Contoh pair GBPUSD

98 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Apabila data telah diumumkan,


BUY STOP @1.6349 BUY STOP order telah diaktifkan
dan terus mengena Take Profit
iaitu 20pips di atas
kita pada 15pips tersebut.
dari harga semasa.

SELL STOP @1.6309


iaitu 20pips di bawah
harga semasa.

 Apabila BUY STOP kita telah diaktifkan dan mendapat untung, anda perlu CANCEL
SELL STOP yang masih ada. Atau sebaliknya, jika SELL STOP yang diaktifkan dan
mendapat untung, anda perlu cancel BUY STOP tersebut.

iii) TEKNIK AWAL PAGI

-untuk GBPJPY sahaja


Buat pending order BUY STOP dan SELL STOP di antara pukul 6 pagi -7 pagi. Waktu
pasaran Asia belum dibuka.

Huraian: Setiap pagi anda buka PENDING ORDER BUY STOP dan SELL STOP.
Dengan 50 pip dari harga semasa pasaran ditutup hari sebelumnya. Dan buat TP
10-20 pip dan 150 pip stop loss. Kebiasaannya, pair GBPJPY akan naik atau turun
sebanyak lebih kurang 50 pip barulah membentuk trend yang sebenar. Apabila
ianya membentuk trend, setidak-tidaknya pair GBPJPY ini akan mencecah 200 pip
selepas mencecah harga Buy Stop atau Sell Stop tersebut.

Cara-cara menggunakan Teknik Awal Pagi GJ ini.

99 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

 Mula-mula, anda harus dapatkan HARGA OPEN GBPJPY yang PERTAMA


sekali pada hari trading anda. Contohnya pada pukul 6.15 pagi 13.11.2009,
Anda perlu dapatkan HARGA OPEN GBPJPY pada hari tersebut, dan bukan
hari sebelumnya.

 Untuk dapatkan HARGA OPEN; Pada Platform META4, klik pada TOOLS
kemudian kllik pada HISTORY CENTER.

 Kemudiannya klik pada FOREX, dan cari pair GBPJPY.

 Sesetengah broker menggunakan FOREX CROSS dalam history center untuk


mengasingkan di antara FOREX MAJOR dan FOREX cross yang biasa.

 Klik pada GBPJPY dan anda akan dapati pelbagai time frame yang
disenaraikan. Pilih satu sahaja.

 Double click pada 30 minit dan di sebelah kiri akan keluar data yang
termasuk harga open, high, low dan close, seperti contoh di muka surat
sebelah. Perlu ingat bahawa harga yang akan diambil adalah harga pada hari
yang akan kita trade, contohnya hari ini 13.11.2009, maka kita akan
dapatkan data harga open pada 2009.11.13 00:00 (seperti di dalam jadual
history center).

100 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

 Seperti contoh di atas, hari yang akan anda buka post adalah pada
2009.11.13 00:00 dan harga OPEN ialah 149.80 .

 Kemudian buatkan pending order BUY STOP dan SELL STOP dengan
menambah 50 pip dari harga open tersebut untuk BUY STOP dan
menolak 50 pips dari harga open tersebut untuk SELL STOP. Kemudian
buat lah Take Profit pada 10 pip dahulu, apabila sudah mendapat
profit kita boleh menggunakan teknik kandang kambing pada 15 minit
untuk mendapat lebih lagi pips.

 Dalam contoh di atas: BUY STOP adalah 150.30 (149.80+50 pip) dan
Take Profit adalah 150.30 +10pips = 150.40. SELL STOP pula adalah
149.30 (149.80-50 pip) dan Take Profit adalah 149.30-10 pip
=149.20

 Apabila sudah setup kedua-dua pending order tersebut. Biar sahaja


sehingga anda mendapat keuntungan dari salah satu pending
tersebut. Sekiranya salah satu daripada dua post itu sudah mendapat
untung atau sudah diaktifkan, anda haruslah batalkan (cancel) dan
buang (delete) pending post yang tidak mengena lagi itu.

101 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

iv) TEKNIK GAP ISNIN

- Untuk GJ saja

Gap Isnin (untuk yang suka berjaga pagi-pagi atau bangun awal sebelum pukul 5
pagi) Pair yang bagus untuk digunakan adalah GBPUSD, GBPJPY, EURJPY, dan
EURUSD. Kebiasaannya pair-pair ini akan ada gap; iaitu perbezaan/jurang harga
di antara harga ditutup pada hari terakhir minggu sebelumnya dengan harga dibuka
pada hari Isnin minggu berikutnya.

Setup Gap Isnin adalah seperti berikut:

 Seperti yang kita ketahui, pasaran forex ditutup pada setiap hari Sabtu
pukul 5 pagi (waktu Malaysia).

 5 minit sebelum pasaran ditutup (4.55 pagi), buatlah dua pending


order iaitu BUY STOP dan SELL STOP dengan mencampur 5 - 10 pip
kepada harga semasa. Untuk Buy Stop, campurkan harga semasa
dengan 5. Untuk Sell Stop, tolak 5 – 10 pip daripada harga semasa.
Set take profit sebanyak 10 pip setiap satu.

 Kemudian pada hari Isnin pukul 5 pagi, pastikan anda sempat untuk
menutup salah satu dari pending order tersebut setelah anda
mendapat untung dari salah satu order.

102 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Gap berlaku apabila harga tutup (close) adalah lebih tinggi atau lebih rendah
daripada harga buka (open) pada hari Isnin.

103 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

BAB 8
DISIPLIN

Cara mengawal emosi


semasa trade serta kepentingannya

104 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

BAB 8 - DISIPLIN
1) GUNA SISTEM ANDA SENDIRI. Bila trade, jangan jadi seperti lembu dicucuk
hidung. Anda perlu faham pasaran, apa yang anda lakukan, risiko anda dan
yang lebih penting, faham sistem trading yang anda gunakan. Jangan semata-
mata mengikut teknik orang tanpa memahaminya. Gunakan teknik yang sesuai
dengan anda. Jangan mencedok teknik orang lain kerana dijamin
keberkesanannya tetapi tidak faham bila dan dalam keadaan apa perlu
digunakan. Ditakuti membawa padah!

2) PATUHI PERATURAN TRADING ANDA. Semasa menggunakan demo


account, cuba pastikan jadual trading, peraturan dan disiplin yang perlu anda
ikut. Tetapkan pip yang anda perlu kutip untuk sehari. Jika sudah melebihi apa
yang anda tetapkan, awas, jangan tamak. Berhati-hati. Semasa dalam keadaan
tertekan, jangan trade. Kalau market sedang ‘mengamuk’, jangan trade. Kalau
ada post yang tergantung, dan anda tahu keadaan akan semakin parah, buat
apa yang perlu. Jika tidak yakin dengan arah harga naik atau turun, kaji dulu,
pastikan dulu. Dan lagi sekali, jangan tamak! Ikut peraturan-peraturan trading
yang anda tetapkan untuk diri anda.

3) KEADAAN MARKET YANG MEMBAYAR ANDA UTK BERDISIPLIN.Trade


secara berdisiplin- poket makin berisi, kurang rugi. Keadaan market sendiri
yang mengajar anda utk berdisiplin. Anda berdisiplin anda dapat duit. Anda
gagal berdisiplin, anda hilang duit.

4) BERDISIPLIN SETIAP MASA, UNTUK SETIAP TRADE. JANGAN KATA ANDA


BERDISIPLIN JIKA TIDAK BERDISIPLIN 100% SETIAP MASA TRADE, SETIAP TRADE.
Walaupun anda sudah berdisiplin dalam 9 daripada 10 trade, ini tidak bermakna
anda boleh leka untuk trade seterusnya. Jangan sekali-kali terleka kerana trade
yang ke-10 itu ada kemungkinan melenyapkan seluruh isi akaun anda.

5) BERMULA KECIL-KECILAN.
Trader yang baik adalah trader yang mengikut peraturan. Mulakan dengan lot
yang kecil. Setelah itu, jika anda yakin dengan arah pergerakan harga dan
yakin dengan bentuk pasaran, baru tingkatkan lot anda. Tentukan trend
pasaran. Jangan tambah lot baru atau buka post baru bila anda ada 2 trade
yang menunjukkan negatif (loss) dalam trading. Lihat dulu pergerakannya.
Tunggu post yang terapung (floating) bertukar positif dulu. Pastikan margin
yang anda buka tidak lebih dari 20% – 30 % daripada akaun anda.
105 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

6) TRADE YANG UNTUNG JANGAN BERTUKAR RUGI.

JANGAN TAMAK. Apabila post anda sudah menunjukkan keuntungan yang


memuaskan (10pip atau lebih-bergantung), dan harga menunjukkan pasaran
mula bergerak arah bertentangan, tutup post anda dulu. Jangan tunggu hingga
post menunjukkan negatif dan kemudian anda berharap dan menunggu supaya
harga menunjukkan positif semula. Mungkin selepas itu harga dan nasib tidak
lagi akan menyebelahi anda. Akhirnya anda ‘tersiksa dalam penantian!’

7) KERUGIAN TIDAK BOLEH MELEBIHI KEUNTUNGAN

Jika anda trade menggunakan akaun mikro, anda akan menerima penyata
urusniaga anda setiap hari dalam akaun emel anda. Tetapi jika anda
menggunakan demo account, anda tidak akan menerima penyata transaksi.
‘Account History’ dalam Meta4 anda ada menyenaraikan semua urusniaga yang
telah anda lakukan (post yang anda buka/tutup). Atau, simpan satu buku log
bagi setiap trade yang anda buat. Ketahui jumlah pip yang anda sudah kumpul
dan jumlah pip yang mampu anda ‘korbankan’ bagi setiap post yang berhadapan
dengan kerugian.

8) TETAPKAN PENDIRIAN ANDA-KENALI DIRI ANDA

Elakkan daripada menjadi mesin fotostat. Jangan asyik meniru dan mengikut
cara orang. Cari cara tersendiri. Tetapkan kemampuan anda. Kalau anda hanya
mampu mengumpul 10 pip, maka, 10 pip itu dikira terbaik untuk anda. Jangan
kerana orang lain trade 2 lot atau kumpul 50 pip, anda pun buka 1 post 2 lot
dan tunggu 50 pip. Padahal margin anda kecil. Tidak mustahil untuk mendapat
50 pip, tetapi bagi ‘orang baru’ yang mencuba nasib dengan margin yang kecil,
naik turun harga menyebabkan ‘margin call’ sampai dulu daripada 50 pip. Oleh
itu, lihatlah kemampuan diri dan trade berdasarkan kemampuan masing-
masing. Kata orang, mengukur baju biarlah di badan sendiri.

9) BERANI UTK KELUAR/EXIT BILA RUGI.

Jika anda dapati post yang anda buka mengumpul mata dalam kiraan negatif
(rugi) walaupun anda telah mengkaji dengan sebaik-baiknya trend pasaran
sebelum membuka post, anda perlu bertindak sewajarnya. Jangan takut untuk
menutup post yang mengumpul mata negatif. Jika anda dapati keadaan ini

106 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

berlaku, lihat semula frame H1, M30, dan seterusnya. Jika anda dapati harga
semasa telah jauh meninggalkan harga semasa post anda dibuka, dan
kebarangkalian untuk pasaran kembali ke harga tersebut agak tipis,
beranikanlah untuk menutup post anda. Jika dibiarkan, margin anda akan
semakin mengecil dan anda terpaksa menunggu dalam debaran. Sekali margin
‘terpanggil’, tidak akan ada peluang untuk berpatah balik.

10) KERUGIAN PERTAMA, KERUGIAN TERBAIK

Sebaik saja anda menyedari yang post anda mengalami kerugian dan akan terus
‘parah’ , anda perlu membuat keputusan untuk menutupnya. Kerugian pertama
anda ini perlu dijadikan iktibar supaya anda lebih berhati-hati dalam membuat
keputusan selanjutnya.

11) SEDIKIT DEMI SEDIKIT, LAMA-LAMA JADI BUKIT.

Semasa trade, jangan terlalu mengikut perasaan. Jika anda berasa kurang
yakin, segeralah berhenti dan tarik nafas panjang. Seperti yang disebut sebelum
ini, walaupun 9/10 daripada post anda menjadi, post yang ke sepuluh belum
tentu menjamin keuntungan. Jadi, berhati-hati semasa membuka setiap post.
Untung yang dikutip sedikit-sedikit lama kelamaan akan menimbun jua.
Walaupun anda mengutip 5 pip untuk setiap post, sepuluh post anda akan
menjadikan 50 pips.

12) BERITA (NEWS)

Yang dimaksudkan ‘news’ di sini ialah bukan sebarang berita, tetapi berita yang
kuat mempengaruhi naik turun harga pasaran Forex. Berita-berita ini perlu anda
ketahui waktu ia diumumkan. Ini adalah kerana harga akan naik/turun secara
mendadak. Seeloknya, pastikan anda yang anda benar-benar bersedia sebelum
membuka post pada masa berita ini diumumkan. Jika anda faham tentang
kesan berita terhadap pergerakan harga atau mempunyai teknik-teknik tertentu
untuk digunakan pada masa news, anda bolehlah trade pada masa ini. Jika
tidak, anda disyorkan supaya menunggu sehingga pasaran tenang semula untuk
membuka post.

107 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

13) JANGAN BUAT KECOH

Seorang trader professional pernah berpesan, kalau trade, trade macam pro.
Professional Trader tidak menunjukkan reaksi semasa postnya untung atau rugi.
Maksudnya, jika post beliau ditutup dengan keuntungan 2K sekali pun, tak akan
ada insan lain yang tahu. Jika dia kerugian 3K sekali pun, mukanya tetap tenang
dan tumpuannya tetap fokus!

14) Jangan Gelojoh

Adakalanya, bila harga mula bergerak aktif, trader-trader baru akan mula
gelabah. Sebaik saja mereka mula sedar harga mula bergerak aktif dan ada
peluang untuk membuka post, jangan gelojoh- perhatikan carta dengan teliti
bermula dengan H1, M30, M15. Tentukan trend. Jangan terus membuka post
tanpa menentukan trend. Adakalanya, disebabkan gelabah atau tergesa-gesa,
anda tersilap tafsir carta anda. Kemudian tentukan jumlah pip yang dapat anda
kumpul dengan perubahan harga yang anda ramal akan berlaku.

15) Trade Demo lwn Live

Kedua-duanya memang tidak sama walaupun serupa. Secara kasarnya, fungsi


yang digunakan semasa trade memang sama, tapi, dari segi psikologinya, kesan
dan perngaruhnya ke atas diri anda adalah berbeza. Bila mengendalikan akaun
anda sendiri, dengan bermodalkan wang hasil titik peluh anda sendiri, anda
akan menjadi lebih berwaspada. Ini akan mempengaruhi cara anda membuat
keputusan. Keputusan semasa trade akaun demo mudah dibuat kerana tidak
berlaku kerugian sebenar. Jadi, jangan terlalu berbangga kerana akaun demo
anda menunjukkan prestasi yang amat membanggakan! Tetapi jika trade akaun
‘live’, kerugian bermakna wang anda benar-benar lenyap. Ada trader mula
teragak-agak dan hilang keyakinan bila ingin membuka post untuk akaun live.
Jadi proses membuat keputusan biasanya lebih rumit dan menggerunkan bagi
trader amatur. Kesimpulannya, berhati-hati kerana situasi alam maya (trading
demo) tidak mempengaruhi psikologi, manakala trading akaun sebenar boleh
membuatkan fikiran kusut!

108 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

PENUTUP

Pihak Kolejforex ingin mengingatkan sekali lagi bahawa pelaburan FOREX


mempunyai RISIKO yang tinggi, dan merupakan salah satu jenis perniagaan yang
sudah tentu ada untung dan ada rugi. Sekiranya anda masih lagi mempunyai
pekerjaan tetap, teruskan bekerja dan jadikan Forex ini sebagai sumber
pendapatan sampingan sahaja sehinggalah anda sudah yakin yang pendapatan
FOREX ini dapat melepasi pendapatan kerja tetap anda.

Buku ini adalah satu panduan sahaja bagi membantu anda memahami secara
mendalam mengenai FOREX dan bagaimana Forex dapat memberi keuntungan
kepada kita. Jika anda masih lagi memerlukan guru untuk membimbing dan
memberi tunjuk ajar selebihnya mengenai FOREX ini, bolehlah menghubungi kami.
Insyaallah kami akan cuba membantu setakat mana yang termampu dan selagi
Tuhan masih memberi peluang kepada kami untuk berkongsi ilmu FOREX ini.

Kolejforex boleh dihubungi melalui Yahoo Messenger: kolejforex

Atau hantarkan sebarang persoalan anda ke kolejforex@yahoo.com

Sekali lagi, terima kasih dan kami berharap sama-samalah kita berusaha untuk
mencari keuntungan bersama FOREX. Tanamkan azam dan niatkanlah bahawa
sedikit sebanyak dari hasil FOREX ini dapat anda kongsi dengan orang lain yang
memerlukan bantuan kewangan. Insyaallah Tuhan akan membantu kita apabila
dalam kesusahan.

Untuk maklumat semua pembaca, kandungan buku ini telah disemak semula bagi
menjamin ketepatan maklumat yang kami di kolejforex berikan kepada anda.
Segala kandungannya adalah kutipan daripada pengalaman dan pengetahuan yang
diperolehi selama beberapa tahun berkecimpung dalam dunia forex. Kami yakin,
penghasilan buku ini sedikit sebanyak dapat membantu anda mengurangkan risiko
kerugian dan membuka peluang lebih besar untuk mengaut keuntungan.

Sekian.

Fendi Abdullah & Zuraini M. Zain

109 | K O L E J F O R E X . C O M
Forex – Cara Mudah & Berkesan
Disediakan oleh kolejforex.com

Laman Web: http://www.kolejforex.com


http://collegeforex.com

Blogspot: http://kolejforexmudah.blogspot.com

110 | K O L E J F O R E X . C O M

Anda mungkin juga menyukai