Anda di halaman 1dari 2

TEMUBUAL SMK LABUAN

Interviewer:

Assalamualikum dan salam sejahtera, nama saya Jusery. Soalannya apakah amalan budaya
kerja cemerlang diamalkan di sekolah ini yang berbeza dengan sekolah-sekolah lain di
Labuan?

Interviewee:

Budaya kerja cemerlang ini, payah juga hendak di cakap tetapi satu yang saya amalkan untuk
saya sendiri, saya antara orang yang paling awal datang ke sekolah. Jam 5.50 am sudah ada
di sekolah, paling lewat saya jam 6.05 minit pagi saya log in dan saya akan balik lepas pukul
6 petang. Jadi itu memang saya amalkan dari dulu di aman sebelum pukul 6 pagi saya sudah
berada di sekolah. Jadi kita sudah set disitu sebagai budaya. Yang lain (guru-guru) tu
takkanlah jauh sangat jaraknya dengan kehadiran pengetua kan? Mestilah awal juga sampai
ke sekolah takkan lah hari-hari pengetua sampai menunggu di pintu pagar. Mau juga berdiri
bersama-sama dengan pengetua di pintu pagar, itu saya amalkan. Yang lain tu, bila guru kita
buat kerja yalah kalau pengajaran tu kita masuk kelas untuk pencerapan kan? Kalau kerja-
kerja lain tu seperti kokurikulum, kadang-kadang macam keceriaan merdeka tu kan. Sebagai
pengurus dan juga guru-guru kita pun mesti terlibatlah, bukan boleh mengarah saja dan boleh
bersama-sama mereka dan kena percayalah yang itu sebenarnya memberi impak semangat
kepada semua guru… yang lain tu kita ikut peraturan, kerja mengikut peraturan.

TEMUBUAL DI JPN LABUAN

Interviewer:

Ingin mengetahui budaya kerja cemerlang di jabatan ini. Bagaimanakah ia dilaksanakan bagi
memperlihatkan pengurusan yang efektif.

Interviewee:

Tidak boleh dibezakan kerana setiap JPN diterajui arah yang berbeza, karekter yang berbeza
tapi visi yang sama, menggunakan visi dan misi pendidikan yang sama cuma strategik
mungkin berbeza. Berbeza bukan sebabnya yang simple but because of the lokasi, macam di
Sabah sama juga ada SIC, kami juga ada SIC but then how their buat kerja. A lot of thing
that their is done, Sabah pun semakin bagus educationnya, berbanding 40 tahun yang lalu.
Labuan ni berbeza, Labuan ni pulau yang kecil, masuk dalam Wilayah Persekutuan dan kami
mempunyai ramai orang di sini dengan budaya dan kaum yang pelbagai. Sukar nak katakan
budaya kerja cemerlang ini kerana sabah juga mempunyai keunikan tersendiri dalam
pengurusan institusi mereka kerana ada peningkatan. Antara budaya cemerlang yang boleh
dikongsikan adalah galakan inovasi untuk penyelidikan kerana Jabatan Pendidikan Labuan
percaya guru-guru yang didedahkan pemikiran berinovasi ini, membuat kajian jadi kita semua
atau majoriti guru di Labuan ada master. Ada ramai yang buat PHD dan sudah ada 2 orang
yang telah graduate, alhamdullilah. Kami ada 1400 orang guru sahaja, tidak ramai dan kami
adaa 15,000 orang murid sahaja. Walaupun tinggal di pulau, Labuan juga mengorak kejayaan
dalam akademik. Budaya kerja cemerlang juga seperti menggalakkan kepimpinan berterusan
yang selaras dengan tema oleh pengarah ‘Labuan Super’ sekarang ni kami ‘super’ kerana
UPSR, SPM kami melonjak dengan tagline tu di mana diwar-warkan ‘Guru sayang murid’. Kami
punya tuan pengarah kelebihannya ialah awal pagi bergerak dari rumah akan singgah ke salah
satu sekolah pada waktu pagi sebelum sampai ke pejabat. Sekolah tiada pilihan, kekhuatiran
itu mungkin sangat tinggi kerana pengarah akan menjenguk datang ke sekolah. Ia sebenarnya
memberi satu galakan dan pemantauan ini memberi banyak impak dan tidak ada sekolah yang
tertinggal. Tagline ‘Guru sayang murid’ semenjak di hebahkan ke seluruh Labuan peningkatan
TPM (tahap penguasaan murid) telah meningkat. Begitu juga dengan UPSR kami terkeluar
dari 3 serangkai. Itulah yang boleh dikongsikan dengan tagline yang digunakan maka ia
memberi kesan kepada Labuan itu sendiri. Dari segi kerjasama sahaja. Ada dialog prestasi,
dialog prestasi negeri, dialog prestasi sekolah dan dialog prestasi mata pelajaran. Itu kalau
tentang akademik. Berkata dengan pembangunan murid di bahagian sukan, disiplin dan
sebagainya kita juga ada karnival yang lain sukannya, golfnya, aktiviti-aktiviti kebangsaan kita
buat di sini. Bagi guru pula kita lebih kepada guru-guru terlibat penyelidikan, kita ada juga
PLC, dan inovasi dimana dibuat diluar, gabungan guru-guru kita galakkan berinovasi di mana
adanya kolokium kajian tindakan, conference dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai