Anda di halaman 1dari 1

Ringkasan Soalan Tutorial 1

Reformasi Politik Dan Undang-undang

- Penghapusan sistem feudal


- Tiada sistem tuan tanah/semua tanah menjadi milik kerajaan
- Penghapusan sistem hieraki sosial
- Melantik samurai kelas bawahan sebagai anggota Oligarki Meji
- Melantik sebuah badan perubuhan untuk mengubal Perlembagaan Jepun
- Perlembagaan yang menekankan mengenai kedudukan Maharaja dan kekal sebagi ketua
empayar dengan nasihat dari Diet

Reformasi Sosial Dan Pendidikan

- Pemodenan bidang komunikasi seperti pengenalan sistem telegraf, pejabat pos dan mesin
pencetakan.
- Aktiviti pertubuhan sosial Mirokusha yang berfungsi untuk menyebarkan idea-idea kebaratan
- Menubuhkan Kementerian Pelajaran Jepun telah ditubuhkan pada tahun 1871 dengan
menyeragamkan sistem pendidikan
- Sekolah rendah, menengah dan Universiti ditubuhkan yang menerapkan pendidikan barat dan
nilai Konfusianisme
- Menghantar pelajar-pelajar ke luar negara untuk mempelajari ilmu sains dan teknologi.

Refomasi Ketenteraan Dan Ekonomi

- Bidang ketenteraan adalah bidang pertama yang mengalami perubahan struktur yang paling
utama
- Menubuhkan pasukan tentera ala barat dengan mengasingkan pengaruh kuasa klan dalam
ketenteraan
- Mewajibkan setiap lelaki menjalani latihan militari selama tiga tahun tepat usia 21 tahun
- Pengenalan kod moral dan etika yang menyeru kepada kesetiaan yang tidak berbelah bahagi
- Menyumbang kepada zaman kolonisasi Jepun ke atas Asia
- Melakukan reformasi dalam bidang ekonomi utama seperti pertanian, industri dan dasar
kewangan dan fiskal
- Menyerap pengetahuan teknologi dan peralatan perang daripada barat
- Menjalankan penswastaan dengan menyerahkan industri milik kerajaan kepada zaibatsu

Refomasi Kebudayaan, Idealogi Dan Keagamaan

- Kegiatan penulisan puisi-puisi sastera yang mengambarkan realiti kehidupan rakyat


- Penterjemahan karya sastera barat yang telah mendedahkan tentang idea kebaratan dalam
pelbagai bidang
- Ideologi telah dijadikan sebagai alat untuk menaikkan semangat nasionalisme dan memberikan
taat setia sepenuhnya kepada maharaja
- Mewujudkan Shinto Negara dengan gabungan dari Konfusianisme dan mengasingkan agama
Budha dari Shinto
- Penerimaan agama Kristian

Anda mungkin juga menyukai