Anda di halaman 1dari 2

6 JENIS NILAI MORAL

1. NILAI INTRINSIK - Kualiti yang diterima /ditolak semata-mata ia


baik/buruk tanpa mengambil kira kesannya. Contoh: seorang hakim
menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada seorang pengedar dadah
semata-mata kerana kewajipannya dari segi undang-undang

2. NILAI EKSTRINSIK/INSTRUMENTAL - Nilai yang diterima/ ditolak


sebagai alat mencapai sesuatu matlamat. Contoh: mengebom Hiroshima

3. NILAI OBJEKTIF - Kualiti baik atau buruk yang bebas dari pandangan
peribadi. contoh: peperangan, buruh kanak-kanak

4. NILAI SUBJEKTIF - Nilai yg diterima/ditolak berdasarkan


pendapat/pandangan seseorang individu. Contoh; serangan Amerika ke atas
Iraq, pembinaan bangunan untuk kemajuan negara adalah wajar

5. NILAI ABSOLUTE - Nilai yang berharga itu tidak terikat kepada sesuatu
kebiasaan bagi sesuatu masyarakat. Nilai yang bersifat sejagat atau universal.
Contoh : Hidup berkeluarga adalah kehidupan yang baik, Membunuh tanpa
sebab adalah perbuatan keji

6. NILAI RELATIF - Nilai yg diterima/tidak oleh sesuatu masyarakat


berdasarkan kebudayaan, adat agama, kepercayaan dan larangan masyarakat
itu. Contoh: Malaysia-Pembentukan keluarga

Kalkulus Hedonistik Bentham


Pengukuran keseronokan (dan kesengsaraan) dilakukan melalui Kalkulus
Hedonistik Bentham. 7 elemen mesti ditimbangkan dalam kalkulus ini iaitu:

Kedalaman (Intensity) Berapa dalamkah kesan pengalaman


terhadap setiap orang?
Kelamaan (Duration) Berapa lamakah keseronokan atau kesengsaraan
akan berlangsung?
Kepastian (Certainty) Berapa pastikah timbulnya keseronokan dan
kesengsaraan dari sesuatu tindakan?
Kesegeraan (Propinquity) Berapa cepat?
Kesedaran (Fecundity) Bagaimanakah kemungkinan perasaan seronok di
masa depan?
Keberkesanan (Purity) Bagaimanakah kemungkinan perasaan sengsara di
masa depan?
Had (Extent) Berapa banyak kesengsaraan dan keseronokan
58 PENDIDIKAN MORAL 1153 dihasilkan dalam kehidupan orang lain?
Cara mengatasi pembuangan bayi:

1. HUKUMAN MANDATORI(gantung sampai mati) - Seksyen 317 dan


seksyen 318 kanun keseksaan (di Malaysia)
2. Mengelakkan pergaulan bebas.
3. Menubuhkan rumah kebajikan untuk bayi yang tidak mampu dijaga dan
pusat jagaan ibu muda yang mengandung.
4. Didikan agama yang kukuh menganjurkan kempen kesedaran dan
ceramah motivasi kepada remaja.

Anda mungkin juga menyukai