Anda di halaman 1dari 15

KONSEP HARTA DALAM ISLAM

“ Tidak ada sedikit pun diantara yang kami punyai (yakni harta dan
penghasilan) benar-benar jadi milikmu kecuali yang kamu makan dan
gunakan habis, yang kamu pakai dan kamu tanggalkan, dan yang kamu
belanjakan untuk kepentingan bersedekah, yang imbalan pahalanya kamu
simpan untukmu." ( Dituturkan oleh Muslim dan Ahmad).

Dalam Konsep Islam Harta merupakan keperluan asas bagi manusia.


Majoriti ulama mendefinsikan harta adalah segala sesuatu yang dimiliki
manusia dan boleh diambil manfaatnya, baik berupa barang, jasa, piutang
maupun hak dan pengertian harta secara Istilah Madzhab Hanafiyah pula
ialah : Semua yang mungkin dimiliki, disimpan dan dimanfaatkan.
Pengertian harta (maal) dalam bahasa Arab pula ialah apa saja yang
dimiliki manusia. Kata maal itu sendiri berakar dari kata dan frasa: ‫ مل‬، ‫مول‬
‫ ت‬، yang saleh." (Bukhari ‫تمو‬، ‫و‬‫ لت تم و‬sebagaimana Rasulullah bersabda
dalam sebuah Hadits:

" Sebaik-baik maal ialah yang berada pada orang dan Muslim)

Terdapat dua kosa kata yang digunakan al-Quran untuk erti harta, ‫مال‬
(Maal) dan ‫( خير‬khayr). Maal secara etimologi berarti pembohongan,
cenderung, menyeleweng, penipuan. ini menunjukkan isyarat bahawa
fungsi harta adalah sosial, Dalam al-Quran kata “maal” dengan segala
bentuknya disebut 86 kali. 25 kali dalam tunggal ‫( مال‬maal) dan 61 kali
dalam bentuk jama’ ‫( أموال‬amwal) serta diidhofahkan (disandarkan) kepada
kata ganti jama’. ---- Hanya 6 kali kata maal (harta) dalam bentuk tunggal
yang disandarkan kepada tunggal personal ketiga ‫( ماله‬maaluhu=hartanya).
Dan dari 6 kali itu, hanya satu kali yang bersifat pujian, Iaitu dalam surat al-
Lail: 18, yakni Abu bakar yang rela menyerahkan hartanya untuk
membebaskan Bilal bin Rabah
‫اللذذي ييؤؤذتي لمالليه ليلتلزلكى‬
“ yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah) untuk membersihkannya”

Jelasnya dalam Islam menganggap harta sebagai anugerah dari Allah


swt. As-Sibâ'î berpendapat bahwa Islam tidak membenarkan adanya
kemiskinan, dengan mengacu sabda Nabi Muhammad SAW,

"Kemiskinan hampir-hampir mendekatkan orang kepada pengingkaran


terhadap Islam (kekufuran)."

Dr. Abdul Karim Zaidan mentakrifkan harta sebagai :

"setiap sesuatu yang boleh dikuasai dan dimanfaatkan pada kebiasaannya".


Wang, harta kekeayaan dan pendapatan merupakan rezeki yang Allah
SWT kurniakan kepada hamba-hambaNya. Masyarakat Islam digalakan agar
mencari dan mengumpul harta dari sumber yang halal memandangkan dunia
ia adalah kebun bagi menuai hasil untuk kehidupan yang sejahtera di akhirat.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ankabut ayat 17 yang bermaksud:

“Maka mintalah rezeki itu di sisi Allah.”

Begitu juga, harta kekayaan yang digunakan mengikut landasan syara’


akan membawa keberkatan di dunia dan keselesaan di akhirat.

“Dan jadikanlah sebahagian kekayaan dan kurnia yang Allah berikan


kepadamu di jalan Allah dan amalan untuk kehidupan akhirat.” ( Surah al-
Qashah : 77 )

Takrif ini menekankan dua perkara iaitu boleh dikuasai dan


dimanfaatkan. Manusia dengan sifat fitrahnya amat suka kepada harta dan
mengumpulnya. Mereka tidak pernah merasa puas dalam mengejar harta
kekayaan. Tidak ada sesuatu yang dapat menghalang kecintaan mereka
mengejar harta kecuali kematian. Allah telah merakamkan sifat kecintaan
manusia kepada harta benda dalam firman-Nya yang bermaksud:

"Dan kamu cintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan"(al-Fajr


20).

Al-Quran menggambarkan bahawa manusia mencintai harta kekayaan


melebihi kecintaan kepada anak-anak dan keluarga dengan firman-Nya:

"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi, amalan-


amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu
serta lebih baik untuk menjadi harapan" (al-Kahfi, 46).

Ayat ini mendahulukan perkataan harta daripada perkataan anak-anak


yang menunjukkan manusia amat mencintai harta kekayaan. Malahan
manusia sanggup berkelahi dan berperang demi untuk mendapatkan harta.
Manusia juga telah mencipta berbagai-bagai sistem ekonomi seperti
kapitalis, sosialis, komunis, dan lain-lain bertujuan untuk mengatasi masalah
ekonomi serta hubungan manusia dengan ekonomi dan harta kekayaan.
Dalam sistem kapitalis kita dapat melihat dengan jelas penumpuan yang
berlebihan terhadap kemaslahatan individu.

Dalam sistem ini, individu bebas memiliki hak pemilikan harta yang
mutlak, tanpa terikat kepada syarat-syarat tertentu dalam membelanjakan
harta. Sementara itu, sistem komunis dan sosialis pula mengharamkan
pemilikan kepada individu dan sebaliknya menyerahkan pemilikan tersebut
kepada negara sebagai pihak yang berhak menentukan harta tersebut.

Namun harus kita ingat, harta yang kita miliki ini sebenarnya hak
Allah. Hak kita hanyalah sebagai "pengurus" yang pastinya akan ditanya dari
mana harta itu kita perolehi dan ke mana harta itu dibelanjakan. Janganlah
kita mengaggap harta yang kita miliki itu adalah hak mutlak kita.

PEMILIKAN HARTA

Pengertian Pemilikan
Suatu ketika Nabi Muhammad SAW bertanya kepada para
sahabatnya:
"Kepada siapakah diantara kamu harta milik ahli warisnya lebih berharga
daripada miliknya sendiri?"
Mereka menjawab:
"Setiap orang menganggap harta miliknya sendiri lebih berharga daripada
milik ahli warisnya."
Kemudian Nabi bersabda:
"Hartamu adalah apa yang kamu pergunakan dan harta ahli warismu
adalah yang tidak kamu pergunakan."
Pemilikan ( ‫ ) الملكية‬secara etimologi adalah penguasaan atas sesuatu

Pemilikan ( ‫ ) الملكية‬secara terminologi adalah hubungan manusia dengan


sesuatu (harta) yang memungkinkan untuk memanfaatkannya dan
menggunakannya dan mencegah pihak lain menggunakannya
Dr. Abdul Salam al-Abadi mendefinisikan pemilikan sebagai hak
khusus manusia terhadap barang yang diizinkan untuk memanfaatkan dan
mengalokasikannya tanpa batas hingga terdapat alasan yang melarangnya.
Pemilikan dalam Islam adalah Kepemilikan harta yang didasarkan
pada agama. pemilikan ini tidak memberikan hak mutlak kepada pemiliknya
untuk mempergunakan semaunya sendiri, melainkan harus sesuai dengan
beberapa aturan. Hal ini dikaranakan pemilikan manusia terhadap harta
pada dasarnya hanya sementara, tidak abadi, dan tidak lebih dari pinjaman
terbatas dari Allah.”
Milik atau pemilikan adalah hubungan manusia dengan harta yang diakui oleh syarak. Di
mana harta itu dikhususkan kepada seseorang manusia dan membenarkannya untuk mentadbir
harta tersebut mengikut kehendaknya selagi tidak bercanggah dengan syarak.
Dari segi bahasa, 'milik' adalah pemilikan harta oleh manusia dan
penguasaannya ke atas harta itu. Bererti, dia sahaja yang mempunyai kuasa
atau hak dalam mentadbirnya. Ahli-ahli fiqh secara umumnya memberi
definisi berbeza tentang harta.

Islam bukan sahaja mengiktiraf hak setiap pemilik harta menikmati


faedah daripada harta kepunyaannya. Malah mengiktiraf hak pemilik itu
menguruskannya semasa hidup dan sesudah meninggal dunia. Mengikut
perspektif Islam, individu atau institusi hanya layak memiliki harta dengan
cara dan kaedah yang diharuskan oleh syariah sahaja. Ia seperti dengan cara
belian, sedekah, hadiah, warisan dan sebagainya.

Islam tidak pernah menyekat dan menghalang manusia dari


memenuhi tuntutan naluri dan fitrah mereka. Malah Islam mendidik cara
yang betul bagaimana tuntutan naluri tersebut boleh dipenuhi. Dalam Islam,
pemilikan mutlak adalah hak Allah SWT. Manusia hanya 'meminjam' daripada
Allah untuk membantunya mengabdikan diri kepadaNya. Dalam hal
pemilikan, selain berkaitan dengan persoalan keagamaan ada dua pihak
diiktiraf oleh syarak yang boleh menerima pemilikan.

Pertama
Syakhsiyah tobi'iyyah ataupun manusia itu sendiri. Seseorang individu
itu boleh memiliki harta kerana mereka diciptakan oleh Allah mempunyai
keupayaan untuk memiliki dan mengawal harta berkenaan.Di samping itu, ia
juga mempunyai kebolehan memindahkan harta di bawah pemilikannya
kepada pihak lain. Pemilikan Pribadi ‫ الملكية الخاصة‬berkaitan dengan satu orang
saja dan tidak ada orang lain yang ikut serta dalam pemilikan itu. Pemilikan
harta pribadi adalah hasil daripada :
 Perniagaan/perdagangan
 Upah pekerjaan
 Pertanian
 Mengelola Tanah Mati
 Keahlian Profesional
 Ekplorasi tambang yang bukan kategori kepemilikan umum
 Berburu
 Mencari kayu
 Penganugeraan atau pentabalan
 Pemberian komesyen
 Pemberian (hadiah)
 Barang temuan
 Wasiat
 Warisan
 Mahar/mas kawin
 Harta zakat dan sedekah yang diperoleh
 Harta yang didapat dari nafkah wajib

Namun harus diingat, Islam tidak mengiktiraf pemilikan harta oleh


individu dengan menggunakan harta yang haram walaupun ia sudah berada
dalam tangannya atau di bawah jagaannya. Islam jtidak mengiktiraf
pemilikan yang terhasil daripada perjudian, pelacuran, riba, rasuah dan
sebagainya. Malahan, jika harta itu didermakan atau disedekahkan, ia tidak
akan diterima sebagai amal kebajikan di sisi Allah SWT. Sabda Rasulullah
SAW:

Sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima kecuali sesuatu yang baik.
(riwayat Muslim, 3/85 ).

Maka apabila seseorang itu memiliki harta yang haram, haram baginya
mengambil manfaat daripada harta tersebut. Dia hendaklah melupuskan
harta haram berkenaan sebagaimana yang digagaskan oleh syariah.
Sabda Rasulullah SAW:

"Barang siapa yang mengumpulkan harta yang haram kemudian


mendermakannya,
tiadalah baginya sebarang pahala (kerana harta itu bukan hartanya) dan
penanggungan dosanya kekal (sehingga bertaubat)". (riwayat al-Hakim)

Kedua
Syakhsiyah i'tibariyyah seperti syarikat dan institusi. Fiqh Islam telah
mengiktiraf institusi-institusi seperti yayasan, pertubuhan, syarikat, masjid
sebagai mempunyai keperibadian yang menyerupai manusia dari sudut
keahlian untuk memiliki, sabitan hak dan melaksanakan kewajipan. Maka
dibolehkan institusi-institusi berkenaan memiliki harta dan kawalan terhadap
harta tersebut diwakili oleh individu tertentu.
Baitul Mal boleh mewarisi harta bagi orang yang tidak mempunyai waris, kadi
tidak perlu membayar diat jika berlaku kesilapan dalam keputusannya
terhadap kes-kes yang berkaitan dengan hak-hak Allah SWT kerana beliau
mewakili ummah dan hanya sebagai pemegang amanah dan disalurkan
kepada saudaranya yang kurang beruntung.

Pemilikan Publik atau Umum ‫ الملكية العامة‬bererti harta itu mempunyai nilai
dalam jumlah yang besar pemilikannya tidak boleh diikuasai seorang
individu, ianya melibatkan barang-barang yang mutlak, diperlukan manusia
dalam kehidupan sehari-hari. Seperti air, api (BBM, gas), padang rumput
(hutan) iaitu seperti sungai, danau, jalan, lautan, udara, masjid dan
sebagainya iaitu barang yang sangat
Pengelolaan terhadap pemilikan public atau umum pada prinsipnya
dilakukan oleh negara, sedangkan dari sisi pemanfaatannya dinikmati oleh
masyarakat umum.
Masyarakat umum secara langsung memanfaatkan sekaligus mengelola
barang-barang ‘umum’ tadi jika barang-barang itu bisa diperoleh dengan
mudah tanpa harus mengeluarkan dana yang besar, seperti pemanfaatan
air di sungai. Hubungan negara dengan pemilikan publik sebatas
pengurusan dan mengaturnya untuk kepentingan masyarakat umum.
Negara tidak boleh menjual aset-aset umum.
Pemilikan negara adalah izin dari Allah melalui syariat yang sudah
ada, atas setiap harta yang hak pemnfaatannya berada di tangan negara.
Misalnya harta rampasan perang, harta yang ditinggalkan musuh, pajak
bumi, upeti, harta orang yang tidak memiliki ahli waris, dan tanah milik
negara.
Harta itu menjadi tanggung jawab negara yang diwakili pejabat atau
pemerintahan, untuk ditadbir dan memanfatkannya untuk kepentingan
rakyatnya, seperti keperluan perang, menggaji pegawai pemerintah. Namun
tidak boleh diselewengkan.

‫سلبؤت لويهؤم لل ييؤظلليمولن‬ ‫لولما لكالن لذلنذبيي ألؤن لييغل ل لولمؤن ليؤغل يلؤ ليأؤ ذ‬
‫ت ذبلما لغل ل ليؤولم اؤلقذليالمذة يثلم يتلولفى يكل ل لنؤف س‬
‫س لما لك ل‬
“ Tidak mungkin seorang nabi berkhianat dalam urusan harta rampasan
perang. Barangsiapa yang berkhianat dalam urusan rampasan perang itu,
maka pada hari kiamat ia akan datang membawa apa yang
dikhianatkannya itu, kemudian tiap-tiap diri akan diberi pembalasan
tentang apa yang ia kerjakan dengan (pembalasan) setimpal, sedang
mereka tidak dianiaya” (QS. Ali Imran: 161)

Namun Hakikat Pemilikan adalah milik mutlak Allah swt. Manusia


hanyalah pemegang amanah saja. Allah-lah pemilik harta benda, kerana Dia
yang menciptakannya, mencipta sumber serta memudahkan manusia untuk
mendapatkannya

‫ت لولما ذفي اؤللؤر ذ‬


‫ض‬ ‫لوذللذ لما ذفي ال ل‬
‫سلمالوا ذ‬
“ Dan hanya kepunyaan Allah-lah apa yang ada di langit dan apa yang ada
di bumi” (QS. An-Najm: 33)
‫لوآيتويهؤم ذمؤن لماذل ل‬
‫اذ اللذذي آلتايكؤم‬
“ dan berikanlah kepada mereka sebahagian dari harta Allah yang
dikaruniakan-Nya kepadamu” (QS. An-Nur: 31)
Dengan demikian, manusia terhadap harta adalah

Seperti juga rezeki-rezeki yang lain, harta kekayaan merupakan


amanah yang mesti diuruskan dengan sebaik mungkin dan mengikut
ketentuan syara’. Pemilik hakiki harta dan kekayaan adalah Allah swt. Harta
yang diamanahkan akan di persoalkan tentang sumber, perbelanjaan serta
penggunaannya. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam lagi yang
diriwayatkan oleh At-Tirmidzi yang bermaksud :

“ Sesungguhnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umat
adalah harta kekayaan.”

Sumber harta merupakan seperkara yang amat dititik-beratkan dalam


Islam. Ia haruslah berasal dari sumber yang halal, samada harta itu
merupakan pendapatan, simpanan mahu pun warisan. Segala sumber rezeki
yang boleh merosakan harta, akal fikiran dan segala pemberian Allah SWT
kepada manusia adalah haram. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
bersabda yang bermaksud:

“Orang yang paling dirundung penyesalan di hari kiamat ialah orang yang
memperolehi harta dari sumber yang tidak halal lalu menyebabkanya masuk
neraka.” (HR. Al-Bukhari)

Begitu juga cara kita membelanjakan wang tersebut. Islam melarang


umatnya dari melakukan pembaziran. Cara hidup yang sederhana
merupakan sesuatu yang ideal dalam Islam. Manusia mestilah menggunakan
haknya sejajar dengan apa yang diperintahkan dan dibenarkan oleh syara’.
Manusia tidak boleh mengunakan haknya yang boleh memudaratkan orang
lain, individu atau kumpulan, sama ada memang bermaksud memudartkan
ataupun tidak. Manusia tidak boleh membazir atau merosakan sesuatupun
daripada hartanaya kerana perbuatan ini dilarang oleh syara’. Firman Allah
SWT dalam Surah Al-Israa ayat 27 bermaksud:

“ Sesungguhnya mereka yang membazir itu adalah saudara syaitan.”

PENGURUSAN HARTA

PENGURUSAN dan perancangan adalah suatu yang amat mustahak dalam


semua urusan kehidupan lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan harta atau
kewangan. Kegagalan merancang harta atau kewangan dengan bijak dikenal
pasti antara punca mudahnya seseorang itu terperangkap dengan pelbagai
masalah dalam kehidupan. Seseorang yang mempunyai perancangan dalam
menguruskan harta dan kewangannya akan memperoleh gambaran yang
jelas tentang kedudukan kewangan terkininya, memberi hala tuju yang tepat
mengenai matlamat kewangan yang ingin dicapai yang akhirnya akan
membolehkan seseorang itu mencapai matlamat yang diharapkan secara
lebih efektif. Islam sebagai agama yang sempurna mengajar umatnya agar
sentiasa mempunyai perancangan dalam menguruskan hal ehwal kehidupan
mereka. Hal ini dapat dilihat menerusi al Quran dan sunnah. Allah SWT
menjelaskan bahawa dalam menguruskan kehidupan jangan bergantung
kepada satu pendekatan semata-mata tetapi perlulah mempelbagaikan
pendekatan dan strategi. Dan setelah segala persiapan dan perancangan
dilakukan maka hendaklah bertawakal kepada Allah SWT. Allah SWT
menegaskan pentingnya perancangan sebelum menghadapi atau melakukan
sesuatu malah perlu bijak dalam menguruskan kehidupan agar tidak susah di
kemudian hari, kerana masa depan bergantung kepada perancangan kita
hari ini selain daripada ketentuan Allah SWT.
Secara umumnya ada lima aspek atau elemen utama pengurusan harta
secara Islam.

Pertama,
Penghasilan Harta (Wealth Creation). Sebagai seorang Muslim yang sejati,
Islam menggalakkan umatnya mencari harta dan tidak hanya pasrah pada
qada' dan qadar seperti di dalam surah al-Juma'ah ayat 10.

Kedua,
Pengumpulan Harta (Wealth Accumulation) atau dengan erti yang lain
bermaksud pengembangan harta. Adalah tidak wajar jika harta yang kita ada
disimpan begitu saja tanpa mengembangkannya. Pengembangan harta boleh
dilakukan melalui simpanan dan pelaburan di institusi kewangan. Malah
Islam menggalakkan umatnya untuk membuat simpanan serta
melaburkannya sebagaimana dalam, surah Yussuf ayat 47-48.

Ketiga,
Perlindungan Harta (Wealth Protection). Setiap manusia harus mempunyai
matlamat dalam
kehidupan dan pasti salah satu daripadanya ialah untuk dapat kehidupan
yang selesa dan terjamin dari segi kewangan sepanjang hidup. Sebagai
jaminan hidup di dunia ini selain mempunyai simpanan dan harta yang
mencukupi, diri kita dan harta kita juga harus dijaga daripada sebarang
musibah dan perkara-perkara yang tidak diingini.

Keempat,
Pengagihan Harta (Wealth Distribution). Islam memperuntukan beberapa
cara atau kaedah untukpengagihan harta sebelum atau selepas mati. Antara
instrumen perancangan harta adalah wakaf, wasiat, hibah dan sebagainya.

Kelima,
Penyucian Harta (Wealth Cleansing). Sebagai seorang Muslim kita tidak
sewenang-wenang membelanjakan atau mempergunakan mengikut
kehendak dan hawa nafsu. Ini kerana setiap harta ada hakhak yang tertentu
untuk dibahagikan seperti berzakat dan amal jariah kita seperti sedekah. Ini
terbukti dalam surah al-Baqarah ayat 195.
PENGAGIHAN HARTA

Islam mewajibkan setiap orang membelanjakan harta miliknya untuk


memenuhi kebutuhan diri pribadi dan keluarganya serta menafkahkan di
jalan Allah. Dengan kata lain Islam memerangi kekikiran dan kebakhilan.
Larangan kedua dalam masalah harta adalah tidak berbuat mubadzir kepada
harta kerana Islam mengajarkan bersifat sederhana. Harta yang mereka
gunakan akan dipertanggungjawabkan di hari perhitungan.

Sebagaimana seorang muslim dilarang memperoleh harta dengan cara


haram, maka dalam membelanjakannya pun dilarang dengan cara yang
haram. Ia tidak dibenarkan membelanjakan wang di jalan halal dengan
melebihi batas kewajaran kerana sikap boros bertentangan dengan
faham istikhlaf harta majikannya (Allah). Norma istikhlaf adalah norma yang
menyatakan bahwa apa yang dimiliki manusia hanya titipan Allah. Adanya
norma istikhlaf ini makin mengukuhkan norma ketuhanan dalam ekonomi
Islam. Dasar pemikiran istikhlaf adalah bahwa Allah-lah Yang Maha Pemilik
seluruh apa dan siapa yang ada di dunia ini: langit, bumi, manusia, haiwan,
tumbuh-tumbuhan, batuan, dan sebagainya, baik benda hidup
ataupun mati, yang berfikir ataupun tidak befikir, manusia atau bukan
manusia, benda yang terlihat ataupun tidak terlihat

Hidup kita ni ada yang banyak harta dan mungkin ada yang sederhana
cukup saja. Sebenarnya harta yang diamanahkan kepada setiap individu
muslim perlulah di bersihkan melalui pengagihan kepada yang memerlukan.
Hakikatnya harta tidak boleh dipergunakan dengan sesuka hati dan wajib
dizakatkan supaya mendapat ganjaran dari Allah swt dan membersihkan
harta kita serta mengurangkan rasa cinta kepada harta.

“Mereka tanya kepadamu tentang apa yang mereka


nafkahkan.Jawablah:”Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah
diberikan kapada ibu-bapak, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang
miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan.” Dan apa saja
kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui ”
(Al Baqarah 2:215)

Di antara beberapa cara pengagihan harta dalam Islam sebelum


individu itu meninggal dunia dan selepas meninggal dunia ialah ;

 Hibah
Sebelum kematian
Jika punyai keluarga angkat
Punyai keluarga yang bukan muslim

 Wasiat
tidak lebih dari satu pertiga

 Waqaf
satu dari 3 pelaburan ukhrawi

 Faraid
setelah ditolak pengurusan jenazah, yuran perlaksanaan pentadbir,
hutang si mati dan wasiat.

“ Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa


dan jangan tolong menolong dalam membuat dosa dan pelanggaran. Dan
bertaqwalah kamu kepada Allah, sesunggunya Allah amat berat siksa-
Nya.” (Al-Maidah: 2)

Agama Islam terbina di atas dasar rahmah dan ihsan. Kedua nilai ini
membentuk keperibadian Muslim dan diterjemahkan di dalam perwatakan
serta sikap di dalam kehidupannya. Ia merentasi semua aspek kehidupan,
termasuk di dalam menguruskan harta. Oleh yang demikian, Islam
mensyariatkan perkongsian harta demi untuk menjaga masalah ahli keluarga
yang lain, menerusi institusi faraidh, baitul mal dan sebagainya.

Di dalam membahagiakan harta, seseorang Muslim harus bersifat


rahmah dan mempunyai belas ihsan yang berpatutan dengan ahli keluarga
lain. Ini bermakna, ia harus memikirkan tentang implikasi apabila ia
menuntut haknya dari faraidh contohnya. Adakah tuntutan sedemikian akan
menyebabkan seseorang berada di dalam kesusahan kerana akan hilang
keperluan asas, seperti tempat berteduh? Ini adalah di antara persoalan
yang harus difikirkan terlebih dahulu. Dengan harta, seseorang boleh
mendekatkan dirinya kepada Allah melalui sedekah dan menolong mereka
yang susah. Tanggungjawab seseorang terhadap hartanya juga mesti
ditunaikan. Zakat, nafkah, sedekah mestilah diberikan kepada mereka yang
berhak sebagaimana Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Az-zariyat ayat 19
yang maksudnya:

“ Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta
dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).”

Malah, harta boleh dijadikan alat untuk menyerlahkan sifat keihsanan


seseorang dan jugamemperkukuh silaturrahim antara saudara mara. Imam
Ibnu Abi Jamrah berkata:
“ Silaturrahim itu boleh dengan harta, dengan memberikan keperluan
mereka, dengan menola keburukan dari mereka, dengan wajah yang berseri-
seri serta dengan do’a.”

Umat Islam telah disebut sebagai sebaik-baik umat yang dikeluarkan


untuk manusia dan Nabi kita telah diutus sebagai rahmat bagi seluruh alam.
Oleh itu, kita mesti menggunakan segala sumber yang ada untuk
menghidupkan visi tersebut. Ini termasuklah membelanjakan sebahagian
daripada harta yang Allah kurniakan kepada kita untuk membantu mereka
yang memerlukan, tanpa batasan agama, bangsa mahu pun Negara.
Tanpa berteraskan rahmah dan keihsanan di dalam mengurus harta, ia boleh
membawa kepada perpecahan dan pergaduhan, terutama di kalangan ahli
keluarga dalam masalah harta warisan. Maka sebagai orang Islam, kita
berkewajipan menerima ketentuan Allah dalam harta peninggalan, termasuk
wasiat dan faraidh. Adalah perlu ditekankan bahawa harta bukanlah milik
kita selamanya. Pemilik harta yang hakiki hanyalah Allah s.w.t. dan ia harus
ditadbir menurut ketentuanNya
Ada tiga asas pokok tentang harta dalam ekonomi Islam, yaitu:

1. Allah Maha Pencipta, bahwa kita yakin semua yang ada di bumi dan di langit
adalah ciptaan Allah.
2. Semua harta adalah milik Allah. Kita sebagai manusia hanya memperoleh
titipan dan hak pakai saja. Semuanya nanti akan kita tinggalkan, kita kembali
ke kampung akhirat.
3. Iman kepada hari Akhir. Hari Akhir adalah hari perhitungan, hari pembalasan
terhadap dosa dan pahala yang kita perbuat selama mengurus harta di dunia
ini. Kita akan ditanya darimana harta diperoleh dan untuk apa ia digunakan,
semua harus dipertanggungjawabkan.

Anda mungkin juga menyukai