Anda di halaman 1dari 4

2.

0 Tugasan 1

Falsafah pendidikan kebangsaan ialah pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha


berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi garis panduan untuk semua aktiviti
pendidikan di Malaysia. Kewujudan FPK secara tidak lansung melonjakkan negara Malaysia
untuk duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pendidikan di negara-negara
membangun yang lain. Pendidikan di Malaysia daripada peringkat pra-sekolah sehinggalah
ke peringkat universiti mempunyai sistem tersendiri yang sistematik dan berperingkat.
Konsep yang didokong oleh FPK bertujuan menyatupadukan rakyat Malaysia yang terdiri
daripada berbilang kaum dan etnik demi melahirkan masyarakat yang berintegriti dan
mampu bermesra dengan pelbagai kaum. Dengan adanya perpaduan, negara akan aman,
sentosa dan bahagia dan seterusnya menjana peningkatan produktiviti Negara. Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang menjadi asas dan sumber inspirasi kepada semua rangka
kearah pembangunan pendidikan ini sebenarnya mempunyai beberapa unsur-unsur penting
yang perlu difahami oleh setiap ahli masyarakat sama ada warga pendidik, para pelajar,
mahupun sesiapa sahaja rakyat Malaysia. Menurut Kamus Dewan edisi Keempat (2013)
pendidikan bermaksud perihal mendidik, ilmu, didikan, latihan, ajaran. Sepanjang membawa
maksud segenap waktu, selama, seluruh. Hayat bermaksud hidup. Secara keseluruhannya
pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan
kemahiran dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang
manusia. Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa.
Konsep pembelajaran sepanjang hayat sebagai suatu pendemokrasian pendidikan yang
merangkumi program meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada
secara formal di sekolah, pusat latihan vokasional atau secara tidak formal berdasarkan
pengalaman dan latihan di tempat kerja. Pendidikan formal adalah pengajaran dan
pembelajaran secara sistematik dan teratur, berdasarkan falsafah dan sistem pendidikan
sesebuah negara. Misalnya, seseorang pekerja perlu memahami keseluruhan sistem kerja.
Oleh itu, proses pembelajaran tidak akan berakhir walaupun seseorang itu meninggalkan
alam persekolahan. Pendidikan tidak formal merupakan proses yang berlaku sepanjang
hayat dan kaedah pembelajaranya tidak sistematik kerana ia diperolehi menerusi aktiviti
harian. Contohnya, sebarang aktiviti pendidikan yang tersusun, sistematik yang dijalankan
diluar kelas formal untuk pembelajaran khusus bagi kumpulan tertentu. Menurut Tun Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi bekas perdana menteri Malaysia menyatakan bahawa “konsep
pembelajaran sepanjang hayat bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan
peluang pekerjaan tetapi untuk memperkayakan jiwa dan minda melalui ilmu pengetahuan
untuk melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.” Pembelajaran
sepanjang hayat meliputi pelbagai pendekatan untuk belajar. Antaranya ialah amalan
membaca, penyertaan kursus jangka pendek, penyertaan kursus jangka panjang dan
penyertaan ceramah.

Pertama adalah amalan membaca. Amalan membaca merupakan salah satu elemen
penting dalam pembelajaran sepanjang hayat. Transformasi pendidikan yang sebenar
menurut Nwi Ismail, Pelita Bahasa, September 2013, pada masa ini adalah merealisasikan
amalan membaca dalam kalangan pelajar. Beliau menekankan kepentingan membaca.
Sebagai contoh, guru perlu mengadakan aktiviti membaca dan membuat rujukan sebelum
aktiviti penulisan dalam karangan. Pelbagai program diadakan di sekolah untuk memupuk
budaya membaca. Antaranya ialah program nadi ilmu amalan membaca (NILAM), program
majalah dalam kelas (MDK) dan akhbar dalam darjah (ADD). Elemen ini amat berkait rapat
dengan falsafah pendidikan kebangsaan yang keenam iaitu rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan. Elemen ini menyaran rakyat yang memiliki sikap suka membaca, cintakan
ilmu pengetahuan serta akan menggunakanya untuk manfaat diri dan orang lain. Namun,
peranan guru menjadi perkara penting dalam falsafah pendidikan kebangsaan kerana
mereka adalah pendidik dan pemebntuk modal insan. Guru yang berilmu pengetahuan
merupakan guru yang memiliki ciri-ciri seperti mencintai ilmu pengetahuan, menambah ilmu
pengetahuan, meningkatkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan serta berfikiran terbuka
luas dan mendalam. Seseorang guru yang penuh dengan berilmu boleh memberi
sumbangan kepada pembangunan negara. Kemahiran dan pengetahuan mengenai kaedah-
kaedah pembelajaran harus diperkemaskan dari masa ke masa. Untuk mengharungi
cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru haruslah
melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Sehubungan dengan kehendak tersebut, guru harus meningkatkan penguasaan ilmu dalam
pelbagai bidang. Penguasaan ilmu dalam kalangan guru penting dalam memastikan ilmu
yang disampaikan kepada murid-murid mencapai obejktifnya. Justeru, guru perlu
meningkatkan amalan membaca dalam kehidupan seharian agar dapat membentuk insan-
insan yang cemerlang pada masa hadapan.
Kedua ialah penyertaan kursus jangka pendek dan jangka panjang. KPM memulakan
program latihan perguruan kursus-kursus jangka pendek dan jangka panjang bagi guru-guru
dalam perkhidmatan. Sehingga tahun 1987, program membangunkan kerjaya guru lebih
fokus kepada kursus jangka panjang iaitu menyediakan sijil walaupun terdapat kursus
jangka pendek untuk memenuhi keperluan-keperluan tertentu. Dalam tahun 1985 kerajaan
telah mengubah dasar peruntukan untuk membangunkan kerjaya guru. Dasar yang
terbentuk ini memberi impak terhadap program-program semasa. Dalam tulisan “The White
Paper Better Schools” (DES 1985) mengenai kertas kerja memajukan sekolah, menegaskan
sumber INSET yang sedia ada tidak berfungsi dengan berkesan. Dinyatakan juga aktiviti-
aktiviti jangka pendek dan sedikit berbeza daripada yang lazim dijalankan adalah lebih
sesuai daripada kursus pendidikan jangka panjang. Guru mampu mengikuti kursus seperti
ini yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu termasuk LEA, institusi pengajian tinggi dan
pakar penasihat. LEA membentuk kumpulan pembangunan kerjaya yang khusus dalam
bidang pentadbiran atau pelajaran tertentu, dan latihan sebegini kekal sehingga hari ini.
Program membangunkan kerjaya dikaitkan dengan apa yang dilaksanakan di luar program,
amalan meningkatkan kaedah mengajar dan belajar serta mengawal dan menilai kelas yang
diajar. Guru-guru yang perlu latihan khusus boleh mendapat tajaan. Elemen ini sangat
berkait rapat dengan elemen FPK yang ketujuh iaitu rakyat malaysia yang berketerampilan.
Rakyat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran sentiasa rela memberi
sumbangannya demi kemuajuan negara dengan cekap dan sempurna. Rakyat malaysia
yang berketerampilan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti berilmu pengetahuan,
berkelayakan yang sesuai dengan tugas yang dipertanggungjawabkan serta kemahiran
yang sesuai dalam pelaksanaan tugasan secara cekap dan sempurna. Guru perlu
mempunyai sikap berketerampilan dalam segala perkara terutamanya apabila berada di
sekolah. Guru yang mempunyai sikap sebegini dapat melakukan sesuatu perkara dengan
berani dan yakin. Jadi, guru perlu memainkan peranan penting dalam elemen ini agar dapat
membentuk modal insan yang cemerlang serta membangunkan negara.

Ketiga ialah penyertaan ceramah. Pelbagai latihan dan ceramah telah dianjurkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Latihan ini diadakan untuk
mempertingkatkan pengetahuan serta kemahiran guru dalam kalangan guru selarang
dengan dasar Latihan Kebangsaan Kerajaan. (LKK). Antara latihan yang disediakan ialah
kelas dan kursus penyelidikan, melawat, bengkel dan sebagainya. Terdapat beberapa
kursus yang telah ditawarkan oleh Latihan Dalam Pendidikan (LDP). Antaranya ialah Media
dalam Pendidikan Islam, Pengayaan dalam Pendidikan Bahasa Melayu dan sebagainya.
Tujuan latihan ini diadakan ialah untuk meningkatkan pengalaman seseorang guru dalam
mengembangkan kerjaya serta untuk naik pangkat. Latihan ini juga akan membentuk
seseorang guru menjadi fasilitator. Ia juga berlatih guru untuk menjadi seseorang yang
berupaya dalam menjadi pemimpin. Elemen ini amat berkait rapat dengan elemen falsafah
pendidikan yang ke-11 iaitu rakyat malaysia yang dapat memberi sumbangan. Sebenarnya,
melalui latihan, guru boleh menggunakan tenaganya yang mahir, produktif dan inovatif untuk
mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan negara. Rakyat malaysia yang
dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara ialah guru yang memperoleh keupayaan seperti memupuk keharmonian
keluarga, semangat kerjasama dan perpaduan serta menguasai kemahiran sains dan
tekonologi untuk perkembangan negara. Melalui latihan-latihan yang telah dirancang oleh
KPM akan sangat membantu guru-guru untuk meningatkan pengetahuan mereka dalam
pembelajaran dan ppengajaran di dalam bilik darjah. Jadi, elemen ini menjadi elemen yang
sangat penting dalam membentuk guru yang berpengetahuan serta menjana idea yang
kreatif dalam pembangunan murid dan negara.

Kesimpulanya, KPM telah mengambil pebagai alternatif untuk merealisasikan hasrat


untuk menjadikan malaysia sebagai sebuah negara yang maju dalam pelbagai bidang
terutamanya dalam bidang pendidikan. Guru-guru yang bertenaga mahir, berdedikasi,
bertanggungjawab amat diperlukan untuk menjayakan hasrat tersebut. Elemen-elemen
dalam falsafah pendidikan kebangsaan ini sangat berkait rapat dengan elemen-elemen
dalam pembelajaran sepanjang hayat. Bagi merealisasikan hasrat ini semua pihak terutama
guru perlu memainkan peranan penting dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dan
berkualiti.

Anda mungkin juga menyukai