Anda di halaman 1dari 3

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING_2017

1.0 PENGENALAN

Jamuan Penghargaan Pemimpin Muda iaitu satu program menghargai pemimpin muda yang terdiri
dalam kalangan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya atas
khidmat bakti mereka sepanjang setahun ini. Program ini juga sebagai salah satu token untuk
mendorong pemimpin muda sekolah ini lebih bersemangat untuk menjalankan tanggungjawab pada
tahun akan datang agar murid merasakan mereka sebahagian daripada aset sekolah sekaligus
mereka akan lebih menyayangi sekolah. Selain itu juga, program ini sebagai majlis perpisahan untuk
pemimpin muda dalam kalangan tahun 6 yang akan meneruskan perjalanan ke alam sekolah
menengah kelak. Program sebegini juga dapat mengeratkan hubungan sesama murid dan guru
serta pihak pengurusan sekolah. Semoga program ini berjaya dilaksanakan dan membentuk
kemenjadian murid yang sering diwar-warkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.0 OBJEKTIF

Program Jamuan Penghargaan Pemimpin Muda ini adalah bertujuan untuk :-

2.1 Menghargai khidmat bakti pemimpin muda sepanjang setahun perkhidmatan .


2.3 Mengeratkan hubungan murid dengan para guru.

3.0 MATLAMAT

3.1 Bermatlamat agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.
3.2 Menghidupkan budaya saling menghargai sesama warga sekolah.
3.3 Menimbulkan perasaan dihargai dalam kalangan warga sekolah

4.0 ANJURAN

Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Taman Daya

5.0 BUTIRAN PROGRAM

Tarikh : 5 November 2017 (Ahad)


Masa : 10.30 Pagi – 12.30 Tengahari
Tempat : Dewan Sri Cemerlang, SK Taman Daya

6.0 KUMPULAN SASARAN

Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya Sk Taman Daya
(150 orang)
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING_2017

7.0 AHLI JAWATAN KUASA

Penasihat : Encik Ahmad Jais Bin Omar (Guru Besar)


Pengerusi : Encik Mohd Anuar bin Ab Samad (Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi : En Jemenon bin Jambol (Penolong Kanan Pentadbiran)
: Pn Maslinda binti Yahaya (Penolong Kanan Kokurikulum)
Setiausaha : Cik Afiefa Binti Saiful Fazad (Guru Bimbingan dan Kaunseling)
Ahli jawatankuasa
Pengacara : Encik Nik Mohd Nafis bin Ahmad Mokhjamil
Jemputan : Puan
Dokumentasi : Cik Afiefa binti Saiful Fazad
Cenderamata : Puan Maget
Persiapan Tempat : Encik Ikmal Hijjaz
Jamuan : Puan Nomy binti Sukaimi
Aktiviti : Cik Afiefa binti Saiful Fazad
Siaraya : Encik Azlee

8.0 KEWANGAN

Bil Perkara Peruntukan Kewangan Jumlah


1. Jamuan Makan Bimbingan dan Kaunseling RM375.00

RM2.50 x 150 orang


JUMLAH BESAR RM375.00

9.0 PENUTUP

Diharapkan program ini dapat memberi banyak faedah dan pengetahuan kepada semua murid di
sekolah ini. Program ini juga diharapkan agar dapat membentuk sahsiah diri murid yang baik dan
juga bertanggungjawab. Ini adalah kerana mereka merupakan pemimpin dunia pada masa hadapan.
Seharusnya program seperti ini mendapat sokongan dan galakan daripada semua pihak. Dengan ini
dapat melahirkan pemimpin dan warga sekolah yang bertanggungjawab, berdisiplin berlimu dan
sentiasa mengetahui hala tuju kerjaya masing-masing di samping dapat meningkatkan
kecemerlangan akhlak dalam kalangan murid khususnya remaja pada masa kini
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING_2017

Disediakan oleh :

……………………………………………
(AFIEFA BINTI SAIFUL FAZAD)
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah Kebangsaan Taman Daya
Tarikh :

Disemak oleh :

……………………………………………….
(MOHD ANUAR BIN AB SAMAD)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah Kebangsaan Taman Daya
Tarikh :

Disahkan oleh :

……………………………………..
(AHMAD JAIS BIN OMAR)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Taman Daya
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai