Anda di halaman 1dari 3

Kangkung 2

Amalan perladangan

Jenis tanah

Kangkung sesuai di tanam di kawasan beriklim tropika dan subtropika. Ia sesuai ditanam di pelbagai
jenis tanah terutama tanah yang kaya dengan bahan organik serta saliran air yang baik.

Penyediaan biji benih

Biji benih kangkung boleh didapati selepas ia berbunga.

Jarak tanaman

Jarak yang sesuai adalah 20 cm antara baris dan 10 cm antara pokok.

Kaedah penanaman

Dua jenis penanaman diusahakan: kering dan basah. Dalam kedua kes, sejumlah besar bahan organik
(kompos dan najis) dan air diperlukan.

Dalam penanaman kering, kangkong ditanam pada jarak 5 inci pada batas dan disokong dengan kayu
sangga. Kangkong boleh ditanam dari biji benih atau keratan akar. Ia sering ditanam pada tapak
semaian sebelum dipindahkan di kebun. Penuaian dilakukan selepas 6 minggu ia ditanam.

Dimana penanaman basah diamalkan, potongan sepanjang 12-inci ditanam dalam lumpur dan dibiar
basah. Semasa kangkong tumbuh, kawasan basah ditenggelami pada tahap 6 inci dan aliran air
perlahan dikekalkan. Aliran air ini dihentikan semasa pembajaan. Rumpai dikawal dengan membanjiri
kebun. Tuian dilakukan 30 hari selepas penanaman. Apabila pucuk diambil, cabang sisi dan menegak
digalakkan dan boleh dituai setiap 7-10 hari.

Semasa berbunga, pucuk kangkong kurang tumbuh tetapi pembajaan dan penuaian cenderung
menggalakkan lebih banyak daun terhasil.

Pengairan
Kangkung memerlukan air yang banyak untuk tumbersaran.

Pembajaan

Penggunaan NPK hijau semasa awal penanaman dan 2 minggu selepas penanaman dan selepas
penuaian kali pertama.

Kawalan penyakit dan perosak

Ia selalu diserang lebam. Manakala serangga seperti belalang suka makan kangkung. Selalunya
bawang atau selasih ditanam sebelah batas kangkung sebagai tanaman penghalua untuk
mengurangkan serangan serangga perosak.

Penuaian

Kangkung merupakan salah satu sayuran yang boleh dituai dalam masa yang singkat. Kebiasaannya,
kangkung boleh di tuai dalam masa 30 hari selepas penanaman. Untuk mencapai kualiti optimum,
penuaian perlu dilakukan dengan cermat kerana batang dan daun agak rapuh dan mudah patah.
Kangkung dituai dengan mencabut pokok bersama akar supaya ia lebih tahan di pasaran. Kangkung
kemudianya hendaklah dibasuh, dirapikan dan dibugkus jika ia adalah untuk jualan pasaran. Selain
itu, kangkung juga boleh dituai untuk kali kedua dengan syarat tuaian pertama tak dituai sekali
dengan akar. Walaupun begitu tuaian kangkung selepas tuaian pertama akan menghasilkan daun dan
batang kangkung lebih kecil dari biasa.

Kangkung yang disimpan dalam bilik sejuk pada suhu 13-15oC dengan kadar kelembapan relatif 90-
95% mempunyai jangkahayat 5-7 hari. Seperti sayur berdaun lain, kangkung amat sensitif dengan gas
etilena dan perlu dielak dari disimpan bersama dengan produk yang mengeluarkan gas etilena
terutamanya buah-buahan.[7]

Lihat juga

Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Kangkung.

Senarai pokok

Jay Chou

Rujukan
"Kangkong / Ipomoea aquatica Forsk./ POTATO VINE / Herbal Medicinal Therapies / Philippine
Alternative Medicine". Stuartxchange.org. Dicapai 2014-01-13.

"Melaka Belacan – Part II". Homestay Warisan Melaka. 2011. Dicapai 17 Januari 2014.

"Kangkung can kill you: Hazards (and health benefits) of a noxious weed". The Star Online. 15 Januari
2014. Dicapai 17 Januari 2014.

Sokeng, S.D.; Rokeya, B.; Hannan, J.M.A.; Junaida, K.; Zitech, P.; Ali, L.; Ngounou, G.; Lontsi, D.;
Kamtchouing, P. (2007). "Inhibitory effect of Ipomoea aquatica extracts on glucose absorption using a
perfused rat intestinal preparation". Fitoterapia. 78 (7–8): 526–9. doi:10.1016/j.fitote.2007.06.011.
PMID 17651914.

Shivananjappa, Mahesh Mysore; Muralidhara (2012). "Dietary supplements of Ipomoea aquatica


(whole leaf powder) attenuates maternal and fetal oxidative stress in streptozotocin-diabetic rats".
Journal of Diabetes. 5 (1): 25–33. doi:10.1111/j.1753-0407.2012.00210.x. PMID 22646693.

"Transmission: a Case Study of the Vuon-Ao-Chung Agricultural System on the Mekong Delta of
Vietnam". Universiti Stanford. 2002-04-28. Dicapai 2014-01-13.

September 2008. Risalah Siri Panduan Kualiti Kangkung. FAMA. Diambil 9 Januari 2012.

Anda mungkin juga menyukai