Anda di halaman 1dari 1

Pokok Ulam Raja (nama lain: Pokok kenikir) merupakan tumbuhan tropika yang berasal

dari Amerika Latin, tetapi tumbuh meliar dan mudah didapati di Florida, Amerika Syarikat,
serta di Malaysia dan negara-negara ASEAN. Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan
berayun yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang
berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan
sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budu,
sambal belacan atau tempoyak serta cincalok.

Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak
dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A.

Herba ini adalah herba semusim mencapai ketinggian hampir satu meter. Batangnya
berwarna hijau tua dan keunguan sedikit. Kebiasaannya herba ini bercabang banyak di
bahagian atas.

Daunnya bergaris bentuk ovat atau segi tiga dengan anak daunnya yang runcing, kesat dan
berwarna hijau tua. Bunganya bertangkai panjang, berwarna kuning keunguan. Daun herba
ini mengeluarkan bau apabila diramas.

Anda mungkin juga menyukai