Anda di halaman 1dari 5

3 . Elemen-elemnen persekitaran mikro memberi kesan keatas Genting Highland.

3.1 kerajaan atau agensi yang berkaitan

Elemen persekitaran mikro memberi kesan keatas Genting Highland ialah elemen kerajaan
atau agensi yang berkaitan seperti pelabur. Pelabur memainkan peranan yang penting dalam
sesebuah organisasi .Pelabur menyumbang modal dalam sesebuah organisasi perniagaan
adalah untuk memperolehi keuntungan.

Pelabur dapat mempengaruhi keputusan, dasar serta aktiviti-aktiviti perniagaan sesebuah


organisasi. Pelabur mengeluarkan modal yang besar dalam sesebuah organisasi perniagaan
sama ada dalam bentuk mata wang ataupun teknologi yang tinggi adalah untuk kepentingan
dengan perniagaan bersama organisasi tersebut.

Pelabur akan bergiat aktif dan berusaha sepenuhnya dalam perniagaan organisasi yang
dilaburkan. Jadi , organisasi akan terikat dan di bawah kawalan pelabur. Setiap keputusan
yang ingin dibincangkan oleh sesebuah organisasi hendaklah berbincang dengan pelaburnya
terlebih dahulu . Keadaan ini menyebabkan organisasi merasa tidak bebas dan tertekan.

Contohnya, Genting Highlands . Mula-mula terdapat pelabur –pelabur yang mahu menyertai
syarikat Genting Highlands, tetapi Tan Sri Lim Goh Tong berasa jika pelabur masuk akan
menjejaskan operasi syarikat Genting Highlands . Jadi , Tan Sri Lim Goh Tong pun menolak
pelabur lain baru ke Genting Highlands. Kemudian , Tan Sri Lim Goh Tong pun menubuhkan
syarikat baru iaitu Genting Highland Hotel Sendiri Berhad untuk memajukan Genting
Highlands .

Selain itu , Genting Highlands juga dapat membuka kasino yang disah oleh kerajaaan .
Kasino tersebut merupakan kasino yang tunggul dan berlesen di Malaysia. Dengan membina
kasino di Genting Highlands dapat menarik banyak pelacong dalam negara ataupun luar
negara datang ke Genting Highlands untuk bermain.
3.2 Pembekal

Pembekal seperti firma atau individu yang membekalkan sumber-sumber yang diperlukan
oleh syarikat atau organisasi untuk mengeluarkan produk dan perkhidmatan . Dengan itu ,
sesebuah organisasi baru boleh mengeksploitasi harga dan barangannya.

Pembekal memainkan peranan yang penting antara pembeli dengan syarikat atau organisasi
dalam sistem penghantaran nilai. Pembekal akan mempengaruhi dari segi harga di mana
pembekal berkuasa dalam menguasai naik turun harga barangan yang dibekalkan. Dengan
itu , harga dan nilai produk yang dihasilkan di pasaran tidak tetap dan tidak kosisten kerana
nilai harga boleh mencapai pada tahap yang maksimum atau manimum.

Contohnya, pembekal boleh mengurangkan kualiti produk dan perkhidmatannya di pasaran


atau yang dihendakkan oleh sesebuah organisasi. Selain itu , pembekal berkuasa menlakukan
tawar menawar dengan sesebuah organisasi. Jadi , banyak pembekal memberi produk kepada
Genting Highlands samaada dalam makaman ataupun bahan mentah dalam perkhidmatan
hotel.

3.3 Institusi kewangan

Institusi kewangan seperti bank perdagangan, syarikat kewangan, syarikat insuran dan
syarikat venture capital dapat membantu sesebuah organisasi . Sebaliknya , kadar faedah,
jumlah pinjaman dan senang atau susah pinjaman yang diberikan oleh institusi kewangan
akan mempengaruhi perniagaan sesebuah organisasi.

Apabila sesebuah organisasi ingin membuat pinjaman , bukan senang untuk mendapat
kelulusan pinjaman kewangan kerana handak kadar faedah yang tinggi kepada Institusi
kewangan tersebut. Kesan daripada itu , sesebuah organisasi itu akan terpaksa menanggung
kan risiko yang besar untuk memulakan peniaga baru.

Sesebuah organisasi yang baru memerlukan modal yang besar untuk bermula .Dengan itu ,
sesebuah organisasi adalah sangat susah untuk mendapat kepercayaan dan pinjaman daripada
mana-mana badan institusi kewangan. Contohnya, Genting Highlands. Apabila Tan Sri Lim
Goh Tong memulakan project Genting Highlands, beliau tidak membuat sebarang pinjaman
kepada mana-mana badan institusi kewangan .Sebaliknya , Tan Sri Lim Goh Tong
menjualkan semua harta benda, tanah-tanahnya untuk mendapatkan kewangan serta
mencampur dengan modal-modal syarikatnya dalam memulakan projek Genting Highlands.
Jadi , disebabkan Tan Sri Lim Goh Tong tidak membuat pinjaman kepada mana-mana
badan institusi kewangan dan kadar faedah yang perlu dibayarkan kepada institusi kewangan
pun tiada. Tindakan ini telah membuat Tan Sri Lim Goh Tong boleh memajukan Genting
Highlands dengan lancar kerana tidak perlu mengeluarkan kewangan yang besar untuk
membayar kadar faedah bank ataupun mana-mana badan institusi kewangan .

3.4 Pesaing

Dalam dunia ini , mana-mana syarikat ataupun organisasi mestilah terdapat pesaing. Apabila
sesebuah syarikat ataupun organisasi menurunkan harga , maka pesaingnya pun tidak
berdiam diri dan akan mengambil tindakan yang sama.

Selain itu, apabila sesebuah organisasi menggunakan teknologi terkini dalam produknya ,
maka pesaing bagi organisasi atau syarikat itu juga mengikut cara menggunakan teknologi
terkini dalam produknya.

Pesaing dapat memberi kesan ke atas strategi organisasi dan bole mempengaruhi cara
organisasi bertindakbalas terhadap persekitaran. Dalam dunia pemasaran terkini , pesaing
bagi sesebuah organisasi atau syarikat bukan daripada pesaing dalam negara sahaja , tetapi
juga pesaing daripada luar negara. Dengan itu , ini akan memberi kesan yang baik kepada
perkembangan organisasi atau syarikat serta memantapkan lagi tahap pencapaian organisasi
tersebut.

Contohnya, Cameran Highland ataupun Fraser Hill merupakan tempat pesaing bagi Genting
Highlands . Oleh itu , Genting Highlands perlu bijak mengurus dan membuat perancangan
yang strategik dalam perkhidmatan hotel dan jualan barangan agar boleh setanding dengan
tempat percutian yang lain .

Selain itu , perkhidmatan kasino di Genting Highlands juga boleh berbanding dengan kasino
di Las Vegas. Dengan pengurusan perkhidmatan kasino yang baik di Genting Highlands ,
maka Genting Highlands boleh menjadi pesaing bagi kasino yang lain di dalam dunia .
3.5 Pelanggan

Dalam sesebuah organisasi dan syarikat , pelanggan akan menentukan kegagalan dan
kejayaan organisasi tersebut. Kepuasan dan kepentingan dalam sesebuah organisasi ataupun
syarikat amat diutamakan . Tiada organisasi ataupun syarikat boleh hidup tanpa pelanggan
dan pengguna. Segala produk dan keluaran akan wujud setelah sesebuah organisasi ataupun
syarikat membuat tinjauan ke dalam pasaran .

Jika sesebuah organisasi atau syarikat memberikan perkhidmatan yang baik dan cemerlang
kepada pelanggan ,maka kesan pelanggan terhadap organisasi adalah positif. Sebaliknya , jika
sesebuah organisasi atau syarikat memberikan perkhidmatan yang tidak baik dan kepada
pelanggan ,maka kesan pelanggan terhadap organisasi adalah negatif.

Walaupun sesebuah organisasi ataupun syarikat perlu berhadapan dengan pelbagai ragam dan
karenah daripada pelanggan ,maka kebanyakan pelanggan dapat memberi kesan yang baik ke
atas syarikat sebab kuasa beli adalah tinggi .

Contohnya, Genting Highlands . Genting Highlands dapat memberi perkhidmatan yang baik
kepada pelanggan , maka pelanggan akan berasa akan gembira dan rela hati . Dengan itu ,
pelanggan-pelangan yang pergi ke Genting Highlands akan meningkat setiap tahun dan
keuntungan bagi Genting Highlands juga dapat bertambah.
3.6 Badan bukan kerajaan atau NGO

Badan bukan kerajaan atau NGO boleh memberi kesan yang positif dan negatif terhadap
sesebuah organisasi ataupun syarikat. Badan-badan bukan kerajaan dapat membantu
sesebuah organisasi ataupun syarikat dalam membuat promosi mengenai syarikat tersebut.

Dengan secara tidak langsung , akan menyebabkan masyarakat mula sedar akan kewujudan
dan keistimewaan organisasi ataupun syarikat. NGO juga boleh memberi kesan yang negatif
kepada sesebuah organisasi atau syarikat dengan isu-isu yang negatif yang mampu
menggugat kestabilan syarikat.

Contohnya, badan-badan bukan kerajaan dilihat dari pandangan positif apabila membantu
Genting Highlands dalam mempromosi dan memperkenalkan Genting Highlands ke dunia
melalui iklan-iklan .Sebaliknya , dari sudut pandangan negatif, badan-badan bukan kerajaan
turut boleh mencemarkan nama Genting Highlands dengan isu-isu kemalangan yang berlaku
di jalan raya Genting Highlands ataupun kes-kes yang lain.

Anda mungkin juga menyukai