Anda di halaman 1dari 1

Pokok Ulam Raja

Pokok Ulam Raja

Pokok Ulam Raja (nama lain: Pokok kenikir) merupakan tumbuhan tropika yang berasal
dari Amerika Latin, tetapi tumbuh meliar dan mudah didapati di Florida, Amerika Syarikat, serta
di Malaysia dan negara-negara ASEAN. Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun
yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna
kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan sayuran ulam yang
amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budu, sambal
belacan atau tempoyak serta cincalok.
Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja mengandungi 3 peratus protein, 0.4
peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A.
Herba ini adalah herba semusim mencapai ketinggian hampir satu meter. Batangnya berwarna
hijau tua dan keunguan sedikit. Kebiasaannya herba ini bercabang banyak di bahagian atas.
Daunnya bergaris bentuk ovat atau segi tiga dengan anak daunnya yang runcing, kesat dan
berwarna hijau tua. Bunganya bertangkai panjang, berwarna kuning keunguan. Daun herba ini
mengeluarkan bau apabila diramas.

Anda mungkin juga menyukai