Anda di halaman 1dari 7

Tutorial MySQL Bahagian 3 – Bina dan Guna Pangkalan Data

Rujukan : http://mdnazri.com/zonict/2015/06/28/tutorial-mysql-bahagian-3-bina-dan-guna-pangkalan-data/

Hari ini kita akan lihat bagaimana kita boleh membina dan menggunakan pangkalan data dengan
server MySQL. Antara yang akan disentuh secara ringkas adalah:

1. Menyenaraikan pangkalan data


2. Membina pangkalan data
3. Menghapus pangkalan data
4. Membina dan Kemaskini ‘Table’
5. Operasi rekod pangkalan data dengan SQL query

Seperti biasa, untuk membina pangkalan data, kita perlu login ke MySQL sebagai ‘root’:

Contoh:
1. Menyenaraikan Pangkalan Data

Arahan untuk menyenaraikan pangkalan data: SHOW DATABASES;

Contoh:

2. Membina Pangkalan Data

Arahan untuk membina pangkalan data: CREATE DATABASE <nama pangkalan data>;

Contoh, kita hendak membina pangkalan data ‘customer_db‘ bagi menyimpan maklumat senarai
pelanggan perniagaan kita:

Jika kita jalankan arahan SHOW DATABASES:

Jika kita lihat, pangkalan data ‘customer_db’ telah pun dibina.

3. Menggunakan pangkalan data

Sebelum melakukan apa juga operasi ke atas pangkalan data, kita perlu melaksanakan arahan: USE
<nama pangkalan data>;
Contoh:

4. Bina dan Lihat maklumat Table

Sekarang kita akan bina table (rasanya tak perlu untuk translate jadi meja pulak kan..) untuk
pangkalan data ‘customer_db‘ ini. Katakanlah maklumat pelanggan yang akan disimpan adalah
seperti berikut:

Nama Pelanggan – NAMA dengan data type VARCHAR(100)

Email Pelanggan – EMAIL dengan data type VARCHAR(100)

Nombor Telefon – TEL dengan data type INT(14)

Tarikh Lahir – BIRTHDAY dengan data type DATE

Kita juga perlu mempunyai maklumat ‘id’ yang unik bagi setiap rekod pelanggan yang hendak
disimpan.

Bina table dengan arahan berikut: CREATE TABLE <maklumat table>;

Kita namakan table ini sebagai ‘pelanggan‘.

Contoh:

mysql> CREATE TABLE pelanggan (id INT NOT NULL PRIMARY KEY AUTO_INCREMENT, nama
VARCHAR(100), email VARCHAR(100), tel INT(14), birthday DATE);

Query OK, 0 rows affected (0.00 sec)

Kita kini boleh melihat yang kita bina dengan arahan SQL: SHOW TABLES;

Contoh:

Bagi melihat maklumat atau description bagi table yang kita bina, guna arahan SQL: DESCRIBE
<nama table>;
Contoh:

5. Tambah Rekod ke Pangkalan Data

Bila dah ada table, barulah kita gunakan arahan INSERT untuk memasukkan rekod pelanggan.

Contoh:

mysql> INSERT INTO `pelanggan` (`id`, `nama`, `email`, `tel`, `birthday`) VALUES (NULL, "Nazri Ahmad",
"nazri@datalead.com.my", 0173732005, "1997-04-11");

Query OK, 1 row affected (0.00 sec)

Kini kita telah add satu (1) rekod pengguna ke dalam pangkalan data ‘customer_db’;

6. Senarai Rekod

Macam mana nak lihat rekod? Betul ke dah masuk database? Ok, kita guna arahan SQL: SELECT

Contoh:
Mari kita tambah dua lagi rekod pelanggan:

INSERT INTO `pelanggan` (`id`, `nama`, `email`, `tel`, `birthday`) VALUES (NULL, "Hurriya Harlinda",
"hurriya@datalead.com.my", 0163632005, "1998-05-20");

INSERT INTO `pelanggan` (`id`, `nama`, `email`, `tel`, `birthday`) VALUES (NULL, "Ahmad Albab",
"albab@datalead.com.my", 0183832005, "1997-04-11");

Senaraikan kembali dengan Arahan SQL: SELECT

7. Hapus Rekod

Kita juga boleh hapus rekod dengan arahan: DELETE

Contoh:

mysql> DELETE FROM pelanggan WHERE nama="Ahmad Albab";

Query OK, 1 row affected (0.00 sec)

Senarai dipaparkan

Mengikut senarai, data telah dipadam


8. Kemaskini Rekod

Katalah “Nazri Ahmad” dan tukar nombor telefon.. Macam mana? Gunakanlah arahan SQL:
UPDATE

Contoh:

mysql> UPDATE pelanggan SET tel=0134543434 WHERE id=1;

Query OK, 1 row affected (0.00 sec)

Rows matched: 1 Changed: 1 Warnings: 0

Senaraikan kembali rekod pelanggan untuk melihat perubahan:

9. Kemaskini Table

Katakan kita hendak tambah maklumat yang perlu ada pada rekod pelanggan, kita boleh kemas
kini column di dalam table dengan arahan SQL ALTER.

Contoh, kita hendak mempunyai maklumat status sama ada pelanggan aktif atau tidak. Ia hanya
perlu maklumat ‘Y’ untuk ‘yes’ dan ‘N’ untuk ‘No’. Kita boleh gunakan nama column ‘status’ dan
data type CHAR(1).

Contoh:

Lihat kembali description bagi table:


Untuk hapus column dalam pangkalan data pula, kita gunakan ALTER TABLE DROP.

Contoh:

Penutup

Sekian sahaja pengenalan ringkas bagi pangkalan data, cara-cara membina table dan
memasukkan, mengemaskini serta menghapuskan rekod dalam pangkalan data.

Kaedah hapus pangkalan data: DROP DATABASE <nama pangkalan data>;

Kaedah hapus table: DROP TABLE <nama table>;

Anda mungkin juga menyukai