Anda di halaman 1dari 2

1.

UCAPAN ALUAN

Hadirin sekalian,

Sebagai pembuka tirai majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama
menyanyikan lagu ‘Negaraku’ dan lagu ‘Sekolahku Gemilang’. Hadirin
diminta berdiri.

Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian itu tadi. Hadirin
dipersilakan duduk.

Kain cindai bawa berjalan,


Buat mengibas nyamuk dan agas,
Rajin dan tabah dalam bersukan,
Minda cerdas, jasmani cergas.

Untuk pengetahuan semua guru dan murid, Hari Sukan Negara telah di
isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap
tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif
Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah proaktif di
dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia
sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian,
Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat
negara ke arah Wawasan 2020. Hari Sukan Negara ini adalah penting di
dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya
hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia
yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus
berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan
melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat
membantu menurunkan kadar penyakit kronik dalam kalangan rakyat
Malaysia.

Oleh itu, sekolah kita tidak ketinggalan untuk menyambut Hari Sukan Negara
ini. Pada pagi tadi, terdapat dua aktiviti sukan yang telah kita adakan seperti
aktiviti senam robik dan berjalan seribu langkah.

Emas tempawan buatmu puteri,


Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Seterusnya, majlis dengan takzimnya menjemput Guru Besar Sekolah


Kebangsaan Penghulu Imban, Cikgu Andrew Sirai anak Benang untuk
menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan Majlis Penangguhan Hari
Sukan Negara Peringkat Sekolah Kebangsaan Penghulu Imban tahun 2017.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
***UCAPAN GB***
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas ucapan itu tadi.

Hadirin sekalian,
Sebelum kita mengakhiri majlis kita pada hari ini, marilah kita bersama-sama
berdiri untuk menyanyikan lagu ‘Ibu Pertiwiku’. Hadirin dipersilakan berdiri.

Terima kasih kepada semua atas nyanyian itu tadi. Dengan berakhirnya
nyanyian itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada hari ini. Sebelum majlis
bersurai, izinkan saya bacakan serangkap pantun.

Mancis digores menyala api,


Sinar kilauan menyambar para.
Walaupun Majlis Hari Sukan Negara berakhir di sini,
Semangat kesukanan terus membara.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”


Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai